Monday, March 31, 2014
KAD INSURANS, TAKAFUL RAWATAN JEJAS KEBAJIKAN MAJORITI? (EXTRA MONEY FOR HEALTHCARE)
Akhirnya, amalan pembiayaan rawatan di negara-negara maju sudah semakin ketara di negara kita. Syarikat insurans dan takaful berlumba-lumba menawarkan skim kad rawatan kesihatan sama ada secara bayaran sekali gus setiap tahun atau secara bayaran bulanan. Sebahagian skim berkenaan bersifat hangus, iaitu wang yang dicarum tidak boleh dituntut kembali jika tiada sebarang pembiayaan rawatan dalam tempoh perlindungan, manakala terdapat juga yang berstatus simpanan jika tidak digunakan.
Secara sepintas lalu, skim kad rawatan seumpama itu memberikan perlindungan maksimum kepada pemegang kad kerana bil rawatan yang tinggi akan diselesaikan oleh pihak insurans dan takaful. Pemegang kad akan dilayan sebagai pesakit wad kelas pertama di hospital pakar yang tersenarai. Pesakit tidak perlu menyediakan wang pendahuluan atau bukti kedudukan kewangan ketika mendaftar masuk untuk mendapatkan rawatan.
...
...
...
...
...
...
...
...
BAHAN TUTORIAL MAKROEKONOMI: KUIZ DASAR KEWANGAN (HOW TO OVERCOME BOOM, RECESSION)
...
...
...
...
...
...
...
...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KUIZ DASAR KEWANGAN, DK (01042014)_______________________________
Bil.
|
Pernyataan
|
Benar
|
Palsu
|
1
|
DK ialah campur tangan k’jaan
secara langsung menerusi BPs bagi m’pengaruhi M, r
|
|
|
2
|
Nisbah rizab berkanun (NRB) ialah
cadangan deposit BPd bagi memenuhi tuntuan pelanggan
|
|
|
3
|
Nisbah rizab tunai bersamaan
dengan lebihan rizab
|
|
|
4
|
Kadar bank, kadar diskaun dikenaⁿ
õ BPs t’hadap surat jaminan k’jaan yang dipegang BPd
|
|
|
5
|
Operasi pasaran terbuka ialah
proses jual beli surat jaminan k’jaan kepada orang ramai, IK
|
|
|
6
|
Funding (pendanaan) ialah langkah memanjangkan tempoh matang
surat jaminan k’jaan
|
|
|
7
|
Kadar bunga semalaman merujuk
penetapan r yang berlainan dengan r pasaran
|
|
|
8
|
Kawalan kredit terpilih
memastikan keutamaan jenis pinjaman ~ keadaan ekonomi
|
|
|
9
|
Syarat margin ialah jumlah
pinjaman yang boleh diluluskan untuk pembelian spekulasi
|
|
|
10
|
Kredit ansuran merujuk bayaran
pendahuluan maksimum dan tempoh bayaran balik
|
|
|
11
|
Gadai janji bererti barang yang
dibeli hanya menjadi milik peminjam setelah selesai ansuran
|
|
|
12
|
Kadar pengangguran yang tinggi
menjejaskan perbelanjaan agregat
|
|
|
13
|
Semasa ekonomi meleset, DK
menguncup dilaksanakan
|
|
|
14
|
Kadar bunga perlu dinaikkan
semasa berlaku pengangguran
|
|
|
15
|
Semasa meleset, NRB & NRT
dinaikkan
|
|
|
16
|
Semasa pengangguran, bank pusat
akan menjual surat jaminan kerajaan kepada OR, IK
|
|
|
17
|
Penurunan kadar bak turut
menurunkan penawaran wang
|
|
|
18
|
Inflasi berlaku kerana tekanan AE > AS
|
|
|
19
|
Hubungan antara M dengan r sentiasa negatif
|
|
|
20
|
Apabila syarat margin
dinaikkan, inflasi akan bertambah buruk
|
|
|
21
|
Semasa inflasi, BPs memujuk BPd
mengurangkan pinjaman yang tidak produktif
|
|
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya
...
...
...
PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA: SUATU ANALISIS MAKROEKONOMI (TRANSFER PAYMENT AND WELFARE MAXIMISATION)
Secara teori, pelaksanaan dasar makroekonomi bertujuan menjamin pertumbuhan yang mapan, tanpa inflasi dan tanpa pengangguran, serta dengan imbangan pembayaran yang positif. Di Malaysia, tujuan berkenaan cuba dicapai menerusi sistem agihan pendapatan yang lebih berkesan dan cekap. Proses rasionalisasi subsidi dan pelbagai skim bantuan kewangan di bawah program 1Malaysia dilaksanakan agar kek kemakmuran ekonomi negara dapat dikongsi oleh sekalian lapisan rakyat jelata (isi rumah).
Antara skim yang dimaksudkan ialah baucar buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 kepada semua pelajar pengajian tinggi dan prauniversiti, termasuk pelajar tingkatan enam. Semua pelajar yang berdaftar secar sah, sama ada di institut pengajian tinggi awam (ipta) mahupun swasta (ipts) layak menikmati bantuan kewangan yang diberikan itu. Baucar tersebut boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang mengambil bahagian berdasarkan tarikh luput yang tertentu.
Dalam kajian ekonomi, segala bentuk bayaran atau ganjaran terhadap seseorang atau sesebuah organisasi tanpa sumbangan produktif diklasifikasikan sebagai bayaran pindahan. Contohnya ialah biasiswa, elaun pengangguran, pencen bulanan dan subsidi. Maka, BB1M termasuk dalam kategori bayaran pindahan, tetapi tetap menyumbang terhadap kerancakan kegiatan ekonomi, terutama dalam sektor perniagaan bahan bacaan.
Dengan anggaran konservatif bahawa 400,000 orang pelajar menerima BB1M, maka sejumlah RM1 bilion bakal mengalir ke dalam kocek atau kantung taukeh kedai buku. Tambahan pendapatan industri buku itu turut dikongsi oleh penulis buku dalam bentuk honorarium dan royalti, kilang cetak, pembekal kertas, pekerja dalam bentuk elaun khas dan kesan rantaian yang lain. Seterusnya, semua pihak yang menikmati pendapatan yang lebih tinggi akan berbelanja dalam sektor lain, misalnya pelancongan, atau menambah tabungan di bank yang bererti bahawa dana pinjaman dan pelaburan bakal mengelembung.
...
...
...
...
...
...
Sunday, March 30, 2014
PENGALAMAN SEBAGAI CALON PENGAWAL TRAFIK UDARA ( SHORT LISTED UNTIL FINAL PHASE )
Usai pengajian ekonomi di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, penulis blog (PB) menerima surat
panggilan temu duga untuk mengisi jawatan pengawal trafik udara bertempat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Walaupun tidak membuat
permohonan, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menaja pengajian PB
dengan menganugerahkan dermasiswa selama empat tahun telah membuat pencalonan
tersebut. PB pun terus berangkat ke pulau mutiara tanpa membuat persiapan rapi.
Maklumlah bahan rujukan tentang
kawalan trafik udara sukar dicari justeru bukan sahaja perkhidmatan internet
masih belum meluas, bahkan ketika itu
memori komputer masih sekitar 32 megabait sahaja. Kerja menaip menggunakan perisian Wordstar dan Lotus yang kini sudah pun pupus. Cakera liut yang mudah rosak pula
berfungsi sebagai pamacu memori luaran dengan kegunaan yang terhad.
Setiba di lapangan terbang Bayan
Lepas, di bilik ujian, semua calon menduduki ujian IQ dan aptiud terlebih dahulu. PB mendapat maklumat bahawa ujian di
lapangan terbang diadakan di seluruh negara dengan bilangan calon yang
berjumlah dua ribu orang siswazah. Calon yang lepas ujian bertulis itu kemudian
dipanggil untuk sesi ujian suara yang dikendalikan oleh pegawai kawalan trafik
udara yang berpengalaman walaupun kelihatan masih muda, dalam lingkungan 30-an.
PB tidak menghadapi masalah
membacakan arahan lalu lintas udara dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan
penggunaan kod seperti bravo, charlie dan lain-lain. Tanpa disangka,
pegawai ujian itu mengatakan suara PB sesuai untuk dicalonkan sebagai pegawai
kawalan trafik udara, tetapi perlu melepasi senarai pendek terakhir sejumlah
100 orang sahaja. Pegawai berkenaan turut memberitahu bahawa hanya sejumlah 30
orang calon yang bakal terpilih bagi menjalani latihan di kolej penerbangan
selama tiga tahun dengan elaun yang lumayan.
Jawatan pengawal trafik udara
telah dinaik taraf daripada lulusan Malaysian
Certificate of Education, MCE,
kepada lulusan ijazah sarjana muda. Hasrat JPA dan juga Jabatan Penerbangan
Awam (DCA) ialah menyediakan pengawal
trafik udara sehingga mencapai kelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) untuk lantikan sebagai pengurus
lapangan terbang dalam jangka masa panjang. Maksudnya, kalau terpilih, belum
dapat kerja tetap kerana perlu bergelar pelatih terlebih dahulu.
Lagi
Dan lagi
seterusnya
catatan hujung
iktibar
Saturday, March 29, 2014
PELAKSANAAN DASAR KEWANGAN TANGANI ISU MAKROEKONOMI (THE INFLUENCE OF MONEY SUPPLY AND INTEREST RATE)
...
...
...
...
...
...
...
...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: DASAR KEWANGAN, DK (01042014)______________________________________
Hasil Pembelajaran: 1 M’bincangⁿ cara alat DK m’pengaruhi M, r
2 M’analisis DK untuk me<ⁿ kadar inflasi,
pengangguran; ↑ⁿ output
Alat DK
|
Pengangguran, < output
|
Inflasi
|
||
M: ↑ⁿ
|
r: ↓ⁿ
|
M: ↓ⁿ
|
r: ↑ⁿ
|
|
Kuantitatif
|
|
|
|
|
1 Nisbah rizab
berkanun
|
|
|
|
|
2 Nisbah rizab
tunai
|
|
|
|
|
3 Kadar diskaun,
bank
|
|
|
|
|
4 Kadar bunga
semalaman
|
|
|
|
|
5 Operasi pasaran
terbuka
|
|
|
|
|
6 Pendanaan (funding)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kualitatif
|
|
|
|
|
Kawalan kredit terpilih
|
|
|
|
|
Syarat
margin
|
|
|
|
|
Kredit
ansuran
|
|
|
|
|
Kawalan
gadai janji
|
|
|
|
|
Pujukan moral
|
|
|
|
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
...
...
...
ARAH KE CAMERON HIGHLAND MENGELIRUKAN? (CLIMBING THE V SHAPE ROAD)
10 malam di r & r rawang, kerusi bersebelahan: duga
soalan
Tujuan sebenar, saja teringat
Kerja nilai 3
Tanah kampung dekat salak tinggi, 2 km empress: 2 ekar, dulu
rm500
Tanah sebelah: ½ ekar hanya rm50
Saranan: cari hotel dahulu, sebelah r & r pun ada,
budget di s pulai
Menikmati makanan
nantikan cerita penuh ...
Friday, March 28, 2014
CARA MEMBACA BUKU EKONOMI YANG BERKESAN ( EXPLAINING COMPLEXITY WITHIN BRIEF CONCEPT AND THEORY )
Apabila pelajar kelas ekonomi
prauniversiti tingkatan enam bertanya soalan yang sangat asas dan sepatutnya
sudah di hujung jari masing-masing, guru menyarankan supaya mereka merujuk
kembali buku teks dan modul edaran yang sudah dijelaskan sebelumnya. Maka,
setiap kali ada pelajar lain yang cuba bertanya, belum sempat guru menjawab,
mereka mengajuk cakap guru supaya merujuk buku teks dan modul edaran. Guru
hanya mampu tersenyum (kelat atau tawar?) selain mengelakkan diri daripada
marah-marah yang hanya membazirkan tenaga produktif demi menolong pelajar
mengekalkan momentum keinginan yang tinggi untuk belajar ekonomi, sekali gus memastikan
bahawa pelajar tidak membuat keputusan yang merugikan seperti membuang kuliah
ekonomi dalam zon penolakan.
Walaupun dalam nada yang separuh
bergurau, perbuatan pelajar yang melontarkan kembali saranan guru secara
tiba-tiba tanpa mengambil kira konteks keperluan boleh memberi gambaran yang
sipi. Apatah lagi pelajar itu ialah pemimpin pendapat (opinion leader) yang berpengaruh di sebalik pencapaian sederhana
dalam kertas ekonomi. Sedikit sahaja kerosakan yang berlaku sudah berupaya
menjejaskan kepercayaan pelajar lain terhadap kelebihan belajar ekonomi dan
seterusnya mencatat pencapaian cemerlang semasa peperiksaan.
Kerjaya sebagai guru dan
pensyarah tergolong dalam perkhidmatan menolong, iaitu menolong pelajar menuju
kecemerlangan dalam pembelajaran dan pencapaian. Guru ekonomi sangat akur
kepada prinsip bahawa bertanya ialah anak kunci ilmu (miftahul ‘ilm, as-sa-al), lalu sentiasa bersedia melayan
kemusykilan pelajar. Namun, jika pertanyaan yang dilontarkan tentang isi
pelajaran terdahulu yang tidak diberi tumpuan atau kerana pelajar tidak hadir,
saranan merujuk buku dan modul edaran (dan rakan) lebih menjurus kepada teguran
yang membina.
Guru dan pensyarah ekonomi
sendiri telah melalui pengalaman peribadi sebagai pelajar ekonomi prauniversiti
dan kuliah pengajian tinggi. Maka, kemahiran bertanya dipelbagaikan dengan
merujuk terus kepada guru dan pensyarah semasa atau selepas kuliah, mendapatkan
bantuan rakan atau merujuk buku meskipun harus mengambil masa yang panjang
justeru membaca sebaris ayat ekonomi selalunya lebih sukar daripada membaca
sebuah novel yang tebal! Pelajar perlu ingat bahawa tidak semua perkara boleh
dicapai dengan mudah, bak kata pepatah Inggeris, no pain no gain (less pain
less gain).
Benarkan tiada lampu ajaib Aladin
dan tiada jalan pintas untuk belajar dan membaca buku ekonomi dengan berkesan?
Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan
(baca: masa akan) dapat sagunya, bermakna idea baharu dan kreativiti sebagai
prasyarat. Kaedah usul-fiqh juga menyebut, ma
la yatimmul wajib illa bihi fahua wajib, tidak
sempurna sesuatu yang wajib itu melainkan jalan kepadanya juga menjadi wajib.
Lampu ajaib Aladin dan jalan
pintas untuk belajar menerusi bacaan buku ekonomi boleh diperoleh daripada
pakar, iaitu guru dan pensyarah, atau menerusi pelajar ekonomi yang telah
terbukti berjaya. Kaedah dan pendekatan
bacaan ekonomi mereka boleh diambil secara bersemuka, mahupun secara atas
talian. Dalam laras bahasa kaunseling, kemahiran belajar untuk belajar juga
disebut sebagai kemahiran generik pembelajaran.
Contoh ayat makroekonomi:
perangkap kecairan ialah keadaan apabila kadar bunga berada pada tingkat paling
rendah dan tidak akan turun lagi, mengakibatkan orang ramai menjual bon untuk
memegang wang tunai. Memang benar budak berusia empat tahun pun boleh membaca
ayat itu dengan lancar, tetapi langsung terpinga-pinga jika ditanya akan
maksudnya. Hal yang sama akan berlaku kepada pelajar prauniversiti dan orang
dewasa yang fobia dengan konsep dan pemboleh ubah yang bersifat abstrak.
Ayat di atas langsung tidak
bermakna apa-apa andainya pelajar tidak terlebih dahulu kukuh dengan teori
permintaan wang Keynes (John Maynard King) yang berbeza dengan teori kuantiti
wang klasik
(Irving Fisher), iaitu masyarakat
meminta wang bukan sahaja untuk tujuan urus niaga, tetapi juga untuk tujuan
awasan dan spekulasi. Urus niaga jual beli bon termasuk dalam kategori
permintaan wang untuk spekulasi yang dipengaruhi oleh kadar bunga, Ls = f (r). Apabila kadar bunga mencapai tingkat paling rendah, harga bon meningkat
tinggi, lalu masyarakat memilih untuk menjual bon, serta memegang tunai
(kecairan) sepenuhnya.
Perangkap kecairan juga boleh
dijelaskan menerusi gambar rajah, iaitu bahagian keluk permintaan wang (MD) yang anjal sempurna, iaitu garis lurus
serta selari dengan paksi kuantiti wang. Keluk MD menunjukkan hubungan antara kadar bunga ( r ) dengan kuantiti wang ( M ). Pada mulanya, keluk MD
bercerun negatif yang merujuk hubungan songsang antara r dengan M sebelum menjadi anjal sempurna sebaik sahaja r mencapai tingkat minimum yang menandakan bermulanya perangkap
kecairan.
Laras ayat ekonomi lebih mirip
kepada ayat matematik, iaitu termasuk sebagai logik yang sempurna.
Mengikut hukum logik yang
sempurna (misalnya syllogism), kalau
hujan maka basah atau ditukar dalam bentuk simbol pemboleh ubah, kalau A maka
B. Namun, seperti biasa teori ekonomi tertakluk kepada andaian tertentu (ceteris paribus, diandaikan faktor lain
tidak berubah), membuat analisis terhadap sesuatu pemboleh ubah (umpama satu
sahaja bergerak, yang lain jadi patung!).
Maka, dalam ayat ekonomi yang
dibaca, pelajar hendaklah mengenal pasti pemboleh ubah yang digunakan, kemudian
cuba menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang tersenarai. Pelajar ekonomi
tidak boleh berharap untuk membaca ayat ekonomi sebagai sama dengan ayat-ayat
cinta (novel) yang boleh diselesaikan dengan cepat atau secara tebuk-tebuk (zig-zag). Lebih baik pelajar memberikan
tumpuan secara tuntas semasa kelas atau kuliah supaya pelajar dapat menangkap cara
seseorang guru dan pensyarah menyampaikan ayat ekonomi dengan lancar sekali
sebelum membuat bacaan buku ekonomi secara bersendirian atau secara berkumpulan
…
Thursday, March 27, 2014
SUATU PETANG DI KAMPUNG TOK KAH ( ONCE REMOTE AREA, BUT NOW CLOSE TO TOWN )
Ketika mula diteroka beberapa
dekad yang lalu, orang Terengganu sendiri enggan berpindah ke situ. Kanun tanah
Terengganu membenarkan orang luar memiliki tanah di negeri tersebut, berbanding
dengan Kelantan yang menetapkan hanya penduduk sah Kelantan sahaja yang boleh
berbuat demikian. Jumlah penduduk Terengganu baru menghampiri angka satu juta
jiwa, sedangkan Kelantan tiga kali ganda daripada jumlah itu.
Walaupun jika di kampus universiti,
orang Kelantan kelihatan lebih cenderung bergaul sesama sendiri, membentuk klik
dan berbangga dengan loghat Kelantan, tetapi orang Kelantan juga terkenal
dengan sikap suka merantau ke tempat orang. Buktinya, di mana-mana pasar malam
dan pasar tani seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, terdapat makanan
Kelantan seperti nasi kerabu, laksam dan nasi dagang beras hitam yang dijual
oleh peniaga yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Demikian juga
restoran yang menyajikan masakan tom yam, lakna dan paprik yang dikuasai oleh
orang Kelantan keturunan Patani.
Kampung Tok Kah terletak
kira-kira 15 kilometer dari pekan Kuala Dungun. Disebabkan sambutan masyarakat
setempat begitu dingin, akhirnya Kampung Tok Kah diterokai sepenuhnya oleh
masyarakat Kelantan. Pendek kata, Kampung Tok Kah dan beberapa petempatan yang
luas di rancangan tanah Terengganu Tengah (Ketengah) mirip demografi Beserah, Kuantan yang didominasi oleh
masyarakat Kelantan.
Seorang mantan guru besar di
sekolah kebangsaan di situ memaklumkan bahawa saiz tanah yang dimiliki oleh
penduduk Kampung Tok Kah bergantung kepada tanda batu sempadan yang disahkan
ketika penetapan saiz lot terokaan terawal. Generasi pertama Kampung Tok Kah
memiliki tanah dengan keluasan anggaran antara satu hingga 10 ekar. Mereka
menikmati balasan hasil kesanggupan membuka kawasan yang dahulunya dianggap
sebagai tempat ‘jin bertendang’ atau ‘hutan banat’.
Kegiatan asas penduduk Kampung
Tok Kah ialah pertanian dan perniagaan kecil-kecilan. Berkat kegigihan mencari
rezeki di perantauan, mereka kini telah memiliki kehidupan yang selesa. Rumah
pun sudah moden dan memiliki kelengkapan seperti masyarakat bandar. Hanya
gangguan bekalan elektrik masih berlarutan apabila bekalan akan terputus mulai
pukul sembilan malam dan hanya pulih pukul lapan pagi keesokan harinya.
KiniKampung Tok Kah terbabit dengn kebakaran belukar akibat cuaca panas terik yang membahang. Sesetengah kawasan belukar masih kelihatan api dan asap. Tiada perbuatan khianat dilaporkan memandangkan fenomena kebakaran merebak hingga di beberapa buah bukitdi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
...
...
...
Tuesday, March 25, 2014
KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR PRAUNIVERSITI DAN PENGAJIAN TINGGI: KREATIVITI MEMACU KECEMERLANGAN (TURNING POINT OF SUCCESSFUL CAMPUS FOLK )
Jalan pintas untuk menuju
kejayaan dan pencapaian cemerlang memang ada, tetapi hendaklah dicari. Kunci
kepada jalan pintas itu sebenarnya berada dalam diri pelajar sendiri, iaitu
kreativiti. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu
kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada dalam dirinya
(sikap): mafhum ayat surah ar-Ra’d, juzuk 13, surah 13: ayat 11.
Sudah pasti bahawa apabila
pelajar beralih daripada pembelajaran di peringkat sekolah menengah kepada
persediaan universiti dan seterusnya sarjana muda, pengkhususan disiplin
akademik dan kedalaman pengajian menghendaki pelajar lebih cakna, cekap dan
cepat. Dalam kata lain, pelajar perlu memilih kaedah belajar dan perancangan
telaah yang baharu, di samping mengekalkan kaedah sedia ada yang masih wajar,
melakukan beberapa penambahbaikan (ubah suai), mengubah secara tuntas atau
mengganti kaedah belajar yang tidak lagi berkesan. Mungkin jadual di bawah
boleh membantu pelajar melakukan anjakan paradigma dalam menghadapi cabaran
pengajian prauniversiti dan tinggi.
Kaedah / pilihan
|
Kekal
|
Ubah suai
|
Ubah terus
|
Ganti
|
1 Belajar bersendirian
|
/
|
|
|
|
2 Belajar berkumpulan
|
|
/
|
|
|
3 Rujukan di perpustakaan
|
|
/
|
|
|
4 Rujukan laman sesawang
|
|
/
|
|
|
5 Latih tubi kertas soalan terdahulu
|
/
|
|
|
|
6 Maklumat pelajar senior
|
|
/
|
|
|
7 Berjumpa guru, pensyarah
|
|
/
|
|
|
8 Buat salinan teks ikut bab
|
/
|
|
|
|
9 Guna high
lighter
|
|
/
|
|
|
10 Ramal soalan
|
|
|
/
|
|
11 Guna akronim, analogi
|
|
/
|
|
|
12 Jadikan lirik lagu, nada muzik
|
|
|
|
/
|
13 Fotostat nota kawan
|
|
|
|
/
|
14 Tugasan bertaraf A +
|
/
|
|
|
|
15 Bantu rakan yang buntu
|
/
|
|
|
|
16 Sentiasa muhasabah diri
|
|
/
|
|
|
Tempoh pengajian bagi sistem
penggal dan semester ialah kira-kira 14 minggu kuliah dan tutorial, serta satu
minggu peperiksaan akhir. Jelas sekali bahawa jadual harian seorang pelajar
prauniversiti dan pengajian tinggi sangat padat dan singkat. Namun, sebagai orang
muda, pelajar juga sedang mengalami proses perkembangan diri dan perubahan
persekitaran (sosialisasi) yang pesat.
Terlalu mudah untuk pelajar
hanyut lalu terpesong dari haluan asal, iaitu mencatat pencapaian yang
cemerlang dalam pembelajaran. Sebagai contoh, tiba-tiba pelajar terkena panahan
asmara dana (cupid and culprit)
hingga lebih sibuk melayan perasaan dan dunia khayalan yang mengasyikkan. Pada
ketika itu nasihat dan teguran bagaikan biasan logam maya (fatamorgana) di padang pasir semata-mata.
Nasi lemak buah bidara, sayang selasih
hamba lurutkan. Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. Demikian
bunyi serangkap pantun empat kerat yang bersifat ekstrem, melulu dan
keterlaluan, tetapi sayang seribu kali sayang, perkara seumpama itulah yang
sering terjadi.
Alasan untuk menjalin kemesraan
berlainan jantina dijustifikasikan sebagai dorongan untuk belajar kononnya.
Maka, diberilah contoh banyak pasangan belangkas di kampus yang muncul sebagai
tokoh terkenal hari ini. Pelajar licik sengaja lupa bahawa matlamat tidak
menghalalkan cara dan hubungan terlarang menjerumuskan mereka ke kancah dosa
dan noda.
Sebagai jalan tengah bagi memujuk
jiwa muda yang bergelora dan amukan rindu yang tidak tertahan, cukuplah sekadar
berjanji atau cop dulu (tanda) jika
masih tidak bersedia untuk membina mahligai rumah tangga dalam usia yang muda. Ujian
cinta memang sangat berat untuk ditanggung oleh anak muda yang menginjak ke
alam serba indah dan pesona. Sesiapa sahaja yang cuba menghalang ikatan kasih
yang membara dianggap sebagai penjahat yang mesti ditumpaskan.
Maaflah kerana terlajak empat
perenggan membebel dengan kisah cinta cintun
dan sisi jiwang anak muda kampus. Mudah
cakap ialah pelajar prauniversiti dan pengajian tinggi hendaklah bijak menjaga
kecerdasan emosi supaya jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong
berciciran. Sentiasalah ingat akan tujuan asal pelajar menjejakkan kaki ke
kolej persediaan universiti dan menara gading.
Sebagai pelajar pascamenengah,
pelajar sepatutnya sudah mula membiasakan diri dengan sikap berdikari (autonomy) dan mengurangkan pergantungan
(dependency) kepada pihak lain dalam
proses pembelajaran dan menuntut ilmu tahap tinggi. Pelajar usah lagi berharap
kepada kaedah suap sudu (spoon feeding)
dan merengek seperti bayi apabila berhadapan dengan kesukaran dalam memahami
isi pelajaran dan kuliah. Pelajar harus sentiasa kuat sebaik sahaja membuat
keputusan untuk mencampakkan diri ke dalam lautan ilmu yang sarat dengan
khazanah yang tersembunyi, niskala (abstract)
dan kata kunci konsep yang sebelumnya asing.
Pelajar prauniversiti dan pengajian
tinggi hendaklah berpegang kepada ciri tegas diri (assertive) sepertimana yang selalu disebut dalam slot motivasi dan
kaunseling. Perbuatan helah bela diri (defence
mechanism) dan sifat sentimental
dengan menyalahkan pihak ketiga, terutama guru dan pensyarah hanya menyerlahkan
ketakutan diri dalam proses pembelajaran aras tinggi. Sebaliknya, pelajar
hendaklah lebih banyak meneroka potensi diri menerusi kaedah Swot (strength, weaknesses, opportunity, threat), iaitu kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman.
Proses / Ciri
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Peluang
|
Ancaman
|
Menetapkan matlamat
|
Jelas, tertulis
|
Sekadar hiasan
|
Lazimkan diri
|
Berasa leceh
|
Perancangan belajar
|
Terjadual
|
Tidak akur
|
Buat catatan log
|
Mudah terbiar
|
Mendahului masa
|
Berkobar-kobar
|
Cepat surut
|
Pujuk diri
|
Biasa tangguh
|
Istiqamah / konsistensi
|
Azam suci, hehe
|
Sikap tidak apa
|
Contohi tokoh
|
Layan relaks
|
Ligat berfikir, cari jalan
|
Falsafah hidup
|
Buntu sokmo
|
Lawan kelesuan
|
Malas berfikir
|
Akur bisikan positif
|
Jati diri
|
Takut skema
|
Jadikan moto
|
Hasutan syaitan
|
Banyak berdoa
|
Sarat harapan
|
Solat ekspres
|
Zikir, istighfar
|
Mangsa keadaan
|
Bijak pandai mengatakan bahawa apabila
bercakap tentang harta dan rezeki lihatlah orang di bawah kita, tetapi apabila
bercakap tentang ilmu dan amal soleh lihatlah orang di atas kita. Pelajar
hendaklah sentiasa mendahulukan sangka baik (husnul zon) daripada memindahkan hakikat kekurangan diri kepada
nasib malang dan jiwa walang (minda kerdil). Andai kata kita berasa senang,
ayuh kongsikan dengan mereka yang kesusahan; andai kata kita kesusahan, ayuh merendah
diri terhadap mereka yang dekat dengan rencah dan ramuan kecemerlangan.
Pelajar prauniversiti dan
pengajian tinggi yang kreatif bakal muncul sebagai pemimpin dan anggota
masyarakat yang disenangi dan sebagai peribadi rujukan. Insan yang kreatif
sentiasa cenderung kepada idea pembaharuan (inovasi), perubahan dan reka cipta
yang selama ini menyumbang terhadap kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan
hidup umat manusia generasi demi generasi. Insan yang kreatif juga umpama resmi
padi, semakin berisi semakin tunduk, bukan angkuh seperti hendak menongkat
langit layaknya.
Pelajar kreatif wajib sentiasa
berwaspada justeru perjalanan kreativiti sangat dibenci oleh musuh yang nyata
dan musuh yang kabur, walaupun pada zahirnya berlagak biasa-biasa. Pelakuan
kreatif, peluahan kreatif dan tindakan kreatif sering menyimpang daripada
amalan konvensional, konservatif, normal dan rutin. Namun, harga untuk
transformasi diri sebagai pelajar prauniversiti dan pengajian tinggi yang
kreatif memang selalunya mahal …
Subscribe to:
Posts (Atom)