SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 31, 2016

STATUS PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH (THE VALUE OF DOMINANT COMMUNICATION)

...

...
akhbar kosmo, 31.8.2016

...

...

...

...

...

...

CARA GENERASI MUDA MENYAMBUT MERDEKA (REAL TIME BORDERLESS WORLD GENERATION)

...

...

...

...

...

...

...

...

CUTI MERDEKA HARI MEMBELI BELAH (CONSUMERISM ATTITUDE)

Barangkali Malaysia antara negara yang banyak memperuntukkan cuti kelepasan am berasakan sambutan perayaan. Namun, jumlah hari cuti umum masih dikawal dengan had jumlah hari yang tertentu. Misalnya, cuti persekolahan tertakluk kepada jumlah minimum hari belajar sebanyak 190 hari.

Cuti memberi kerehatan dan masa santai kepada para majikan dan pekerja. Dalam masa yang sama, mereka boleh menikmati hasil titik peluh mereka menerusi kegiatan persendirian bersama keluarga, sama ada berbelanja atau bersuka ria. Sektor perniagaan juga mampu menawarkan harga jualan yang lebih rendah kerana keuntungan dijangka berlipat kali ganda atas jumlah jualan besar-besaran.
keadaan sesak di tempat parkir Aeon Stesen 18, Ipoh

Cuti sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-59 juga tidak terkecuali. Gedung perniagaan besar menggamit kunjungan orang ramai menerusi pakej promosi cuti perayaan. Potongan harga sehingga 10 peratus daripada jumlah belian dan hadiah baucar tunai menjadi daya tarikan yang berkesan.

Seisi keluarga yang tidak terikat dengan urusan pekerjaan dan persekolahan mengambil kesempatan untuk bersama-sama berbelanja dan berlibur. Mereka sanggup menempuh kesesakan semata-mata untuk menikmati suasana ramai itu. Gedung perniagaan juga menyelitkan persembahan seni tertentu secara oercuma, di samping badut yang mengedarkan belon kepada kanak-kanak.

Persaingan bagi mendapatkan tempat meletak kenderaan umpama perlumbaan dan pertempuran. Pelbagai taktik digunakan, termasuk menunggu di belakang kenderaan pegun dengan harapan tempat itu segera dikosongkan. Laluan menjadi sempit dan pergerakan kenderaan agak tersekat-sekat.

Giliran untuk membuat bayaran di kaunter juga lebih panjang. Taktik biasa ialah meletakkan salah seorang anggota keluarga dalam barisan membayar dengan menyorong troli yang belum belum penuh. Kemudian, ibu bapa pun datang dengan memasukkan barang belian pusingan akhir.

Muda-mudi yang sekadar datang mencuci mata pula kelihatan melaram dengan pelbagai gaya. Sebahagian mereka tidak pun membeli barang pengguna, tetapi lebih kepada makan-makan di restoran hidangan segera. Maka, semua premis makanan di gedung perniagaan pun tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan dalam jumlah yang luar biasa.

Bagi mengekalkan momentum jualan luar biasa pada hari cuti, lazimnya gedung perniagaan mengadakan acara jualan lelong (baca: stok lama untuk dihabiskan) yang dijenamakan sebagai happy hour. Memanglah pengguna tidak rugi kerana barang berkenaan masih elok, tetapi kebijaksanaan ketika berbelanja sangat kritikal supaya tidak terlajak membazir. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-59 ...

Tuesday, August 30, 2016

Monday, August 29, 2016

MODUL TUTORIAL TEORI PENGELUARAN (CONCEPTUAL AND THEORITICAL SENTENCES)

...

...

SMK ST. MICHAEL, IPOH (LA1): TUTORIAL 2, TEORI PENGELUARAN, 30082016 _____________________________

Tentukan status pernyataan di bawah, sama ada benar atau palsu
1
Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk hubungan antara dua input berubah
Benar / Palsu
2
Hukum pulangan bertambah bermula dari keluaran sut sifar hingga keluaran sut maksimum
Benar / Palsu
3
Bahagian keluaran sut menurun menunjukkan tambahan input berubah ke atas input tetap mengakibatkan tambahan jumlah keluaran merosot
Benar / Palsu
4
Apabila jumlah keluaran maksimum, maka keluaran purata bersamaan sifar
Benar / Palsu
5
Dengan bertambahnya keluaran secara berterusan, kos berubah purata semakin menghampiri kos purata, tetapi tidak akan menyentuhnya atau memotongnya
Benar / Palsu
6
Keluk kos purata berbentuk U kerana pengaruh kos tetap purata semakin kuat
Benar / Palsu
7
Apabila keluk keluaran sut di tingkat maksimum, keluk kos berubah purata di titik minimum
Benar / Palsu
8
Keluk kos sut memotong titik minimum kos berubah purata dan minimum kos purata
Benar / Palsu
9
Bahagian menurun keluk kos purata jangka panjang menjelaskan tak ekonomi bidangan
Benar / Palsu
10
Ekonomi bidangan luaran merujuk faedah yang dinikmati firma apabila menjalankan pengeluaran besar-besaran akibat perkembangan industri
Benar / Palsu

© azhar bin mohd rodzi, SmEkon (ukm), dip.ed(uiam), m.ed (distinction(malaya)

...

...

...

...

...

Sunday, August 28, 2016

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN HUJUNG OGOS (FOCUS ON DOMINANT BEHAVIOR)

Terima kasih pengacara majlis

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi dan selamat sejahtera

Yang Berusaha Puan Pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Sepanjang minggu lepas, iaitu dari 22 hingga 26 Ogos 2016 bersamaan 19 hingga 23 Zulkaedah 1437 Hijriyyah, saya ______________________ bersama Puan ______________________  merupakan guru bertugas mingguan. Kebetulan, kita masih dalam suasana bulan kemerdekaan dan juga musim peperiksaan dalaman, iaitu percubaan PT3 dan percubaan SPM. Sedar atau tidak, kita telah semakin menghampiri suku terakhir tahun 2016.

Bagi pihak guru bertugas mingguan, sukacita saya mengucapkan syanas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana telah mempamerkan sisi jati diri dan semangat patriotik yang begitu tinggi. Sebagai contoh, 98 peratus pelajar berjaya berada alam kawasan sekolah lebih awal daripada pukul 7.15 pagi. Amalan mendahului masa ini hendaklah berkekalan sebagai tabiat agar ciri kecemerlangan modal insan yang sedemikian bakal memacu kalian ke puncak jaya.



...

...

...

...

...

...

Friday, August 26, 2016

FUNGSI PENGELUARAN DAN HUKUM PULANGAN BERKURANGAN (EXPLAINING TP, AP, MP)

Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk hubungan antara keluaran dengan input berubah. 

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, August 20, 2016

Friday, August 19, 2016

Monday, August 15, 2016

Saturday, August 13, 2016

Friday, August 12, 2016

Thursday, August 11, 2016

Wednesday, August 10, 2016

EGOSENTRIK MUSNAHKAN ORGANISASI (FAIR REMARKS IN FORMAL SPEECH)

Barangkali suatu perkara biasa untuk seseorang begitu yakin dengan pendapat diri sendiri dan menyebelahi kelompok yang disenangi. Namun, apabila hal itu dilafazkan secara terbuka, pihak lain akan menganggapnya sebagai gopoh dan tidak beretika. Sebab itu peribahasa Melayu mengungkapkan 'masuk bakul angkat sendiri' atau 'bajak wangkang'.

Andai perbuatan berkenaan menjadi tabiat ketua sesebuah organisasi rasmi yang dianggotai para ikhtisas, keadaan menjadi lebih buruk. Di dalam majlis mungkin tidak ada yang bersuara bagi mengelakkan pertelingkahan yang tidak sihat. Adakah hal yang sama dapat dijamin berlaku di luar majlis?

...

...

...

...

...

...

Tuesday, August 9, 2016

Sunday, August 7, 2016

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, August 6, 2016

SISTEM GILIRAN KEPIMPINAN SEKOLAH (HIRE AND FIRE DUE TO PERFORMANCES)

Bilangan guru yang terlalu ramai mengakibatkan hanya segelintir daripada mereka yang berkesempatan menyandang jawatan pentadbiran sebelum bersara. Kaedah pelantikan sedia ada berkemungkinan sekali menafikan bakat-bakat terbaik dalam dunia pendidikan bagi mereka menumpahkan kebolehan dan kreativiti kepimpinan yang unik. Berlainan halnya dengan universiti apabila kedudukan tertinggi daripada naib canselor, dekan dan ketua jabatan bukanlah jawatan sampai pencen atau sepanjang hayat.

Suatu ketika yang panjang, kekananan berasaskan tempoh perkhidmatan menjadi kriteria utama pelantikan kepimpinan sekolah. Kemudian, berlaku perubahan apabila calon pemimpin sekolah dikehendaki melalui proses permohonan dan latihan yang dianugerahkan diploma atau sarjana kepengetuaan. Maka, guru veteran yang tidak terpilih bakal kekal dengan status guru penolong sehingga pencen walaupun sebahagian mereka memiliki ijazah tinggi sekian lama.

Kerjaya keguruan termasuk dalam kategori ikhtisas tetapi tidak mempunyai majlis ikhtisas yang mengawal pelantikan dan kemajuan dalam perkhidmatan mereka sendiri. Sebaliknya, hal ehwal guru diuruskan menerusi sistem pentadbiran pelbagai peringkat yang membabitkan pegawai pendidikan yang tidak lagi bertugas di sekolah, selain sejumlah pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang memiliki akses terhadap implikasi kewangan awam untuk tujuan pelantikan dan kenaikan pangkat.

Banyak kajian ijazah tinggi, termasuk di luar negara, yang bertemakan guru lesu (burn out) yang berpunca daripada sistem sedia ada. Motivasi mereka didapati menurun seiring dengan jangka masa perkhidmatan. Perasaan terpinggir dan tersisih dimanifestasikan menerusi tekanan kerja dan psikologi rendah diri.

Sudah tiba masanya satu kajian semula tentang sistem pelantikan kepimpinan sekolah dilaksanakan, sekurang-kurangnya di tahap projek rintis. Jawatan kepimpinan sekolah misalnya bersifat giliran berjangka masa sepertimana amalan di universiti. Kedudukan pentadbiran hanya dalam tempoh tiga tahun dan sebarang pelanjutan aeterusnya dilakukan berasaskan keperluan yang mustahak.

Terlalu lama pada satu-satu kedudukan walaupun suatu kelebihan dari segi pengalaman juga membawa beberapa natijah sebaliknya. Pemimpin sedemikian mula membina status quo dan ciri inertia. Mereka berkubu dengan pendapat sendiri atas nama pengalaman, serta sangat sukar melayani perubahan dan perbezaan.

Politik hubungan peribadi dan kecenderungan penilaian yang sipi sudah menjadi rahsia umum dalam mana-mana organisasi yang diterajui oleh ketua yang tidak akur terhadap etika perkhidmatan yang luhur. Mereka sengaja enggan membuka mata terhadap pencapaian sebenar subordinat, tetapi lebih mengutamakan dokumen yang penuh bombastik dan jargon. Pada akhirnya, klon kepimpinan ala zaman jentera (factory age) dengan teori X kekal berleluasa.

Hakikatnya pendidikan dan kurikulum sangat sinonim dengan perubahan persekitaran yang begitu pesat tanpa henti. Seandainya kita berhasrat untuk melihat kemajuan dan perkembangan bertaraf dunia, sesuatu perlu dilakukan terhadap sistem kepimpinan di sekolah. Saranan dalam tulisan ini mungkin boleh diambil kira.

Wednesday, August 3, 2016

EKONOMI MALAYSIA MASIH DI LANDASAN (PERCEPTION OF CONSUMERS SPENDING)

Firma perunding Nielsen menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-28 dunia dari segi keyakinan pengguna untuk berbelanja (rujuk keratan akhbar The Star bertarikh 3 Ogos 👇). Berlaku lonjakan sebanyak lapan anak tangga pada suku kedua tahun 2016 ini berbanding dengan suku pertama. Hal itu menunjukkan kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (gst) dan kejatuhan nilai mata wang RM telah mula dapat diserap.

Isu keselamatan pekerjaan dan prospeknya menjadi kunci utama keyakinan pengguna di Malaysia. Pembiayaan peribadi juga dijangka meningkat walaupun persekitaran ekonomi masih mencabar. Sikap berhati-hati untuk berbelanja juga telah kembali pulih.

Peningkatan perbelanjaan agregat juga disumbangkan oleh potongan tiga peratus caruman KWSP dan pelaksanaan perintah gagi minimum RM1,200 sebulan.

...

...

...

...

...

Tuesday, August 2, 2016

BERASA JAWAB EKONOMI DENGAN BAIK, TETAPI KEPUTUSAN ... (THEORITICAL ARGUMENTS IN PUBLIC EXAM)

Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, akan ada calon yang berasa tidak puas hati dengan pencapaian masing-masing. Gred yang diperoleh dirasakan tidak berpadanan dengan skrip jawapan yang ditulis di dewan peperiksaan.

...

...

...

...

...

...

...