Wednesday, July 31, 2013
PENGANGGURAN SISWAZAH TIDAK SEKAT REBUT TEMPAT KE UNIVERSITI (KNOWLEDGE CAPITAL PLANNING)
Fenomena pengangguran siswazah telah lama menjadi isu sejagat, termasuk di negara-negara maju (klik di sini). Perangkaan rasmi tentang pengangguran siswazah di Malaysia pula boleh dirujuk di laman portal ini. Walaupun kebimbangan bahawa sebaik sahaja tamat pengajian, siswazah dan pengangguran sudah seperti sinonim, perebutan tempat ke universiti tetap sengit.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, July 30, 2013
MOTIVASI BELAJAR: USAH TERLALU PERCAYA KEPADA GERAK HATI (THE LIMITATION OF MIRACLE THINKING)
Salam.
Pelajar yang dikasihi sekalian,
Pelajar yang dikasihi sekalian,
Saya tidak mengatakan bahawa gerak hati, intuisi atau naluri tidak boleh diberi perhatian yang tinggi. Saya hanya mengatakan bahawa
...klik di sini.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, July 29, 2013
Sunday, July 28, 2013
KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR UNIVERSITI DI TAHAP RENDAH? (CRITICAL VIEW, CLAIM OR FALLACY?)
Kredit terhadap lepasan murid sekolah antarabangsa sebagai lebih menyerlah berbanding dengan lepasan sistem kebangsaan merupakan suatu tamparan hebat dan boleh jadi juga sebagai dakwaan rambang yang bersifat serkap jarang. Jika pendapat itu bersifat popular dan keluar dari mulut orang awam atau pengkagum bahasa Inggeris, hal itu tidaklah menghairankan. Namun, apabila sasterawan negara yang bertaraf ahli akademik dengan latar belakang sastera Melayu yang bercakap demikian, maka sudah tentu ada perkara yang tidak kena.
...klik di sini.
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, July 27, 2013
BERBUKA PUASA DI HOTEL SERI MALAYSIA (THE LIMIT OF EATING AND DIGESTION)
Memang sungguh bahawa wang macam air, mengalir deras tanpa kembali ke tempat asal. Sebab itu dalam kajian ekonomi, wang juga disebut sebagai kecairan. Maknanya, memegang wang sama juga dengan memegang air yang mudah tiris dan hilang begitu sahaja!
Dari satu segi, seseorang yang memiliki wang tunai yang banyak, sama ada di tangan atau di dalam bank, memiliki kelebihan untuk menyambar peluang yang datang srcara tiba-tiba. Misalnya, tawaran lelong hartanah secara murah, tetapi perlukan pendahuluan 10 peratus tunai. Begitu juga dengan pembelian hartanah atau aset lain yang tidak membabitkan urusan hutang dengan institusi kewangan.
Dari sudut yang lain, jika tersasul menyebutnya, banyak pula saudara mara atau kenalan yang mengurat wang tunai itu sebagai hutang atas dasar kepercayaan. Kebahagiaan di tangan (wang) ditukar dengan penderitaan orang lain (peminjam wang) yang lazimnya akan sangat liat untuk membuat bayaran balik. Saudara entah ke mana-mana, sahabat entah ke mana-mana, semuanya auta!
Bagi golongan makan gaji, sebahagian besar pendapatan bulanan diperuntukkan untuk membeli keperluan asas, iaitu makanan, pakaian, hutang perumahan dan hutang kenderaan. Akaun bank tidak ubah seperti hentian sementara apabila wang itu dengan cepat bertukar tangan kepada pihak lain. Apatah lagi jika sebahagian perbelanjaan menggunakan kad kredit yang menerima jolokan sebagai wang plastik.
Hidangan yang disediakan di rumah memang enak walaupun masak secara campak-campak sahaja. Semua kandungan garam, minyak dan ramuan lain dapat dikawal supaya sesuai dengan konsep gizi seimbang. Tambahan pula, hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.
Hanya sesekali hendak bertukar angin makan di luar, apalah salahnya, bukan begitu? Kalau sudah sekali-sekala itu, pilihlah tempat yang agak eksklusif supaya penat lelah isteri atau ibu memasak dihargai dengan sewajarnya. Peruntukan disediakan untuk makan di hotel atau restoran yang menjadi sebutan ramai.
...
...
...
...
Friday, July 26, 2013
GOLONGAN ANGLOFIL CUBA GUGAT BAHASA MELAYU? (COLONIAL MENTALITY OF INFERIORITY COMPLEX)
Sebahagian pemimpin dan rakyat dunia ketiga yang pernah dijajah dalam tempoh yang agak lama dikatakan menderita penyakit kagum akan masyarakat bekas penjajah masing-masing. Bahasa, cara bertutur, cara berpakaian, cara makanan, nilai dan serba-serbi yang dilihat tentang institusi bekas penjajah dianggap sebagai hebat dan unggul. Sebaliknya, warisan tempatan sejak turun-temurun dianggap ketinggalan zaman, kuno dan tidak maju.
Profesor Dr. Teo Kok Seong, sarjana linguistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat pengamatan yang tepat terhadap sikap segelintir puak anglofil, termasuk elitis kaum Melayu yang sibuk mahu mengembalikan sistem sekolah aliran Inggeris dengan alasan yang cukup dangkal (klik di sini dan di sini).
...
...
...
...
...
...
...
...
MEMBEZAKAN PENENTU PERMINTAAN, PENAWARAN DENGAN PENENTU ED, ES (THE WAY TO REDUCE CONFUSION)
Jadual sebelah-menyebelah di bawah diharap dapat membantu pelajar menyenaraikan setiap penentu dengan tepat, serta tidak bercampur aduk atau silap. Bagi penentu keanjalan permintaan (Ed) dan penentu keanjalan penawaran (Es), pelajar kena isi sendiri huraian ringkas. Sebahagian penentu mungkin sama, tetapi huraian sangat berbeza.
PERBANDINGAN FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI / PENENTU: PERMINTAAN
(DD),
KEANJALAN PERMINTAAN (ED), PENAWARAN (SS),
KEANJALAN PENAWARAN (ES)
Penentu
/ Faktor Mempengaruhi
|
||||
DD
|
Ed
|
Bil
|
SS
|
Es
|
Px
hukum DD
(P↑, Q↓), vv
|
b. pengganti
|
1
|
Px
hukum SS
(P↑, Q↑), vv
|
Jangka masa
|
Py
Pengganti
Penggenap
Tiada kaitan
|
2
|
Py
b/p’ganti
Px↑, Sy↓
(harga relatif ↑)
b/p’genap
Px↑, Sy↑
|
||
Pendapatan
b/biasa
b/bawahan
b/mesti
|
Kepentingan b/p
|
3
|
||
Cita Rasa
+ve, DD ke kanan, vv
Pengaruh iklan
|
4
|
Harga faktor
Pf↑, kos pgⁿ ↑
è ∏↓
à
SS ke kiri
|
Pengganti faktor
|
|
Musim
Perayaan
Cuaca
|
Nisbah perbelanjaan
|
5
|
Teknologi pgⁿ
Cekap / kualiti
è
pgⁿ besar²ⁿ
è
SS ke kanan
|
|
Dasar Kerajaan
Cukai
Subsidi
|
6
|
Matlamat pgʳ
max ∏, had
pgⁿ
max kebajikan
è SS ke kanan
|
↑ kos
|
|
Penduduk
Saiz / bilangan
Struktur
(jantina, usia)
|
Jangka Masa
|
7
|
Dasar K’jaan
Tm↑, Pm↑, Dm↓
(DD b/tempatan
↑)
è SS ke kanan
Subsidi: kos ↓
|
|
Agihan Y
Nisbah belanja
b/asas
(vs b/biasa, b/mewah)
kuasa beli
(si kaya bolot @ saksama)
|
Tabiat pengguna
|
8
|
Bilangan pgʳ
Jika besar,
SS
ke kanan, vv
|
mobiliti faktor
|
Jangkaan (masa depan)
P↑, beli banyak
masa kini, vv
|
Bilangan kegunaan b/p
|
9
|
Jangkaan (masa depan)
|
Bilangan firma
|
©
cikguazharrodzi.blogspot.com
...
...
Thursday, July 25, 2013
BUDAK TAHFIZ NAMPAK MATANG (THE EMERGENCE OF YOUNG LEADERS)
Sebahagian masjid dan surau di Malaysia menjemput pelajar tahfiz untuk menjadi imam solat tarawih sepanjang bulan Ramadan. Usia mereka baru mencecah 14 hingga 18 tahun, tetapi mampu memimpin jemaah yang sebaya dengan bapa dan datuk mereka sendiri. Bacaan mereka cukup baik dan lancar, malah menghormati jemaah yang tidak larat untuk berdiri lama dalam setiap rakaat.
Sebagai manusia biasa, kadang-kadang imam tahfiz muda seperti mereka juga terlupa ayat, lalu terdiam seketika. Jika ada makmum yang tolong sambung (dengan niat zikir), mungkin hafazan mereka datang kembali. Jika sebaliknya, imam muda tadi akan terus rukuk, atau membaca surah lazim dari juzuk Amma.
Watak kepimpinan imam tahfiz muda begitu terserlah. Ciri keberanian dan keyakinan diri begitu menebal untuk berada di ruang kedudukan imam. Dalam usia yang begitu muda, mereka tidak kekok atau gentar untuk memimpin jemaah solat tarawih yang memenuhi masjid dan surau.
Terdapat juga imam tahfiz yang ditemani oleh guru masing-masing yang bakal membuat 'pembetulan' (dengan niat zikir) apabila berlaku sahaja kesilapan atau ketinggalan. Naskhah al-Quran juga akan dirujuk ketika makmum melafazkan selawat antara dua rakaat solat tarawih berikutnya. Bagi imam tahfiz muda, ayat permulaan yang betul akan menjamin hafazan mereka sangat mantap.
Bacaan wirid dan doa selepas solat juga menggambarkan bahawa imam tahfiz muda telah menerima latihan yang mencukupi sebagai pemimpin solat jemaah yang berwibawa. Meskipun masih muda, mereka bagaikan imam yang sangat berpengalaman. Imam harian masjid dan surau dengan senang hati memberi laluan dan berdiri di saf belakang imam sebagai ahli jemaah solat yang biasa.
Pelajar tahfiz bukan sahaja memperlihatkan hafazan yang mantap, bahkan memiliki lidah yang fasih dalam menyebut setiap makhraj huruf dan akur dengan segala hukum tajwid. Sudah tentu bahawa asas bahasa Arab dan usul al-Quran mereka juga direka bentuk dalam satu pakej pembelajaran yang lengkap. Penghayatan bacaan yang baik juga berpunca daripada kefahaman terhadap maksud dan tujuan setiap ayat itu diturunkan.
Para hafiz merupakan aset masyarakat Islam yang sangat penting. Mereka dapat menjadi benteng terhadap sebarang bentuk percubaan musuh untuk mengelirukan umat, misalnya versi Qadiyani yang dimasukkan dalam pakej komputer tablet yang tertentu. Para hafiz bagaikan al-Quran yang hidup dan bergerak, serta dapat memusnahkan serangan para penyamar yang benci kepada al-Quran.
Langkah memberi elaun sara hidup kepada para hafiz yang diiktiraf memang sangat wajar. Mereka bukan sahaja dapat memberi tumpuan terhadap hafazan al-Quran, bahkan meneroka seluruh bidang ilmu yang berkaitan. Dengan itu, segala perintah, khabar gembira, hukum hakam dan anjuran al-Quran dapat dipindahkan dalam bentuk pelaksanaan sebenar, manakala segala bentuk larangan, ancaman dan kerosakan dapat dikenal pasti sebagai sempadan yang perlu dijauhi...
Wednesday, July 24, 2013
ISU KANTIN SK SERI PRISTANA: WARTAWAN INGKAR ETIKA? (PROVING CONDUCIVE LEARNING ENVIRONMENT IN SCHOOL)
Tidak semena-mena, nama Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh (SP) menjadi sebutan ramai, ekoran isu kantin sekolah yang disensasikan dalam media arus perdana dan media sosial. Seperti lazim, banyak pihak yang melatah tanpa usul periksa bagaikan menyambung lidah wartawan yang tidak bertulang itu. Maka, benarlah kata peribahasa, mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Hakikatnya ialah keputusan menggunakan bilik persalinan sebagai ruang makan murid dan guru dibuat dalam mesyuarat PIBG. Maka, terserlah bahawa ibu bapa yang membuat kecoh dalam media tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan. Mereka tidak menyedari bahawa perkara berkenaan sudah bermula sejak empat bulan yang lalu.
Guru Besar SP selaku pemimpin sekolah harus memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang perkara berbangkit telah membuat permohonan maaf atas salah faham yang berlaku. Kementerian Pendidikan telah menghantar timbalan menteri yang kemudiannya mengesahkan bahawa tiada unsur agama atau perkauman dalam isu berkenaan. Ternyata bahawa wartawan telah membuat laporan yang bersifat sensasi dan berlebih-lebihan di luar konteks sebenar.
Maklum balas tentang isu SP masih mendapat tempat dalam media kerana ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat unsur menyembunyikan maklumat sebenar (cover line) yang disengajakan. Selain itu, timbalan menteri yang membuat kunjungan ke SP menganggap bahawa pihak SP berniat baik, tetapi keputusan berkenaan mungkin tidak disenangi. Guru Besar SP, Mohd Nasir Mohd Noor kini diarah bercuti bagi meredakan keadaan, apatah lagi beliau telah menerima pelbagai ugutan (klik di sini).
Isu SP ialah suatu ujian terhadap pelaksanaan konsep sekolah selamat dan persekitaran pembelajaran yang selesa. Kantin sekolah ialah salah satu kemudahan penting yang disediakan untuk murid, guru dan kakitangan sekolah. Keseluruhan reka bentuk kantin dari segi ruang, pengurusan kebersihan dan proses sajian makanan perlu akur kepada piawaian kesihatan yang ketat.
...
...
...
...
Tuesday, July 23, 2013
MOTIVASI BELAJAR: KEMAHIRAN BERCAKAP DI HADAPAN KELAS (IMPROMPTU AND OUTSTANDING)
Bilakah masa pelajar tampil di hadapan kelas?
Apabila diminta oleh guru / pensyarah
...
...
Pembentangan spontan
...
...
Pembentangan tugasan / PBS
...
...
Persediaan emosi
...
...
...
Persediaan jasmani
Postur
Gestur
Kawalan pergerakan
Nada suara / tahap kelantangan
...
...
...
Penggunaan alat bantu
...
...
Tidak terlindung
...
...
...
Apabila diminta oleh guru / pensyarah
...
...
Pembentangan spontan
...
...
Pembentangan tugasan / PBS
...
...
Persediaan emosi
...
...
...
Persediaan jasmani
Postur
Gestur
Kawalan pergerakan
Nada suara / tahap kelantangan
...
...
...
Penggunaan alat bantu
...
...
Tidak terlindung
Mengendalikan provokasi
...
...
...
Teknik melontarkan soalan / menjawab soalan
...
...
...
Mengekalkan tumpuan khalayak
Membaca mood mereka
...
...
Penegasan / kesimpulan
...
...
...
...
...
...
Sunday, July 21, 2013
PERTENGAHAN RAMADAN: MASJID DAN SURAU SEMAKIN MAJU! (SCREENING THE PIOUS AND GORGEOUS)
Permulaan Ramadan ialah rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan daripada api neraka. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ Maksudnya: ‘Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang telah mendahuluinya daripada dosa-dosanya; dan barang siapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang mendahulukannya (iaitu dosa-dosanya). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih] (untuk huraian lanjut sila klik di sini).
Para ulama juga mengumpamakan Ramadan sebagai penawar andainya sepanjang sesuatu tahun itu diumpamakan sebagai racun. Percakapan yang sia-sia ialah racun, manakala zikrullah ialah penawarnya. Sifat kedekut (dan bakhil) ialah racun, zakat dan sedekah ialah penawarnya.
Salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan (muakkad) sepanjang Ramadan ialah solat sunat tarawih berjemaah, khususnya buat kaum lelaki. Ironinya, pada permulaan Ramadan, masjid dan surau penuh sesak hingga jemaah melimpah ruah entah dari mana datangnya, masya-Allah. Tempat letak kenderaan juga demikian seolah-olah waktu solat Jumaat.
Setelah dua minggu berlalu, keadaan kembali seperti biasa. Almarhum Tuan Guru Haji Hamdan yang begitu terkenal di Teluk Intan pada dekad 1970-an dan 1980-an dahulu pernah menyamakan keadaan itu sebagai masjid dan surau menjadi janda. Ustaz Badli Shah, dari Jabatan Agama Islam Pahang (slot ceramah Perak.fm 6.30 petang 21/7/13) membuat metafora tentang pusingan awal, pusingan penyingkiran (separuh akhir) dan perlawanan akhir sesuatu acara (misalnya bola sepak). Maka, hanya jemaah yang betul-betul istiqamah akan bertahan hingga ke malam terakhir Ramadan bagi menunggu pengumuman Aidil Fitri.
Hakikatnya, Ramadan bertandang setahun hanya sekali dan seseorang itu tidak pasti sama ada dia dapat bertemu dengan Ramadan berikutnya. Ramadan ialah karnival ibadah, bukan pesta makan-makan atau kemaruk membeli-belah. Begitu juga kegembiraan hakiki sewaktu berbuka puasa ialah rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan rukun Islam ketiga itu, bukan semata-mata kerana makanan dan minuman yang mewah.
...
...
...
...
...
Saturday, July 20, 2013
PERSEKITARAN KAMPUNG YANG DINAIK TARAF (RARE EXPERIENCE FOR TOWN KID)
Proses pembandaran atau urbanisasi mengakibatkan sebahagian besar generasi muda tinggal di kawasan perumahan sama ada rumah teres, rumah berkembar, banglo, pangsa puri, kondominium dan sebagainya. Mereka sudah biasa dengan persekitaran kejiranan yang sempit, sesak dan bunyi bising. Kawasan bermain dan riadah anak kota ialah taman rekreasi awam atau taman tema berbayar.
Berlainan pula halnya dengan anak kampung yang mendiami rumah tradisional seadanya, tetapi dengan kawasan laman yang cukup luas dan menghijau. Bunyi cengkerik dan pelbagai unggas yang saling bersahutan sudah menjadi halwa telinga yang lazim. Tanah asal keluarga mungkin pada asalnya mencecah keluasan hingga sepuluh ekar, siap dengan bendang, kebun getah dan dusun durian.
...
...
...
...
...
...
Friday, July 19, 2013
KONSEP BARANG DALAM KAJIAN MIKROEKONOMI STPM (MATCHING THE SIMILAR TERMS)
Pengenalan
Ketika di bilik kuliah ekonomi, pelajar mungkin berasa bahawa konsep barang tidak mendatangkan sebarang masalah justeru analisis dan perbincangan dibaut secara khusus mengikut bab. Masalah timbul dalam bilik peperiksaan kerana bab tidak lagi dinyatakan dengan jelas. Misalnya, dalam bab pengenalan, pelajar akan berjumpa dengan konsep barang percuma, barang ekonomi dan barang awam; seterusnya barang modal dan barang pengguna; barang persendirian dan barang perantaraan.
Dalam bab penentuan harga dan pasaran, pelajar akan berjumpa pula dengan konsep barang pengganti, barang penggenap, barang tiada kaitan: Dx = f(Py), c.p. ; barang biasa, barang bawahan, barang mesti: Dx = f(Y) dan lain-lain. Maka, pelajar perlu menyediakan satu kaedah supaya setiap konsep tidak akan bercampur aduk atau tersalah tempat. Perbincangan ini cuba memberi saranan agar kekeliruan yang mungkin timbul itu dapat diatasi.
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, July 18, 2013
KEPENTINGAN MUET DALAM PERMOHONAN IPTA (WHY ENGLISH?)
Apakah Muet?
...
...
...
Mengapakah Muet?
...
...
...
Nasihat yang betul
...
...
...
Matlamat pentaksiran Muet
Pengetahuan / idea?
Kecekapan / had masa
...
Kaedah belajar Muet
...
...
...
Persediaan peperiksaan
...
...
...
Kelebihan pencapaian Muet
...
...
...
Saranan kepada calon Muet
...
...
...
Wednesday, July 17, 2013
KEJUTAN KEPUTUSAN STPM PENGGAL 2 (MISSING THE TARGET)
Pelajar kohort pertama sistem modular telah menduduki peperiksaan penggal dua antara 20 hingga 23 Mei yang lalu. Keputusannya juga telah diketahui hari ini. Sebagaimana lazim, tidak semua harapan sama dengan kenyataan apabila pencapaian yang didambakan tidak kesampaian.
Sebahagian pelajar berasa bahawa gred yang diperoleh kali ini tidak sepadan dengan usaha kuat 'bagai nak gila' dan kebanyakan soalan telah dijangka akan keluar. Mereka melangkah keluar daripada bilik peperiksaan dengan lega dan yakin. Namun, hari ini langit yang dijangka cerah hingga ke petang, tetapi hujan menimpa pada waktu tengah hari.
Mereka turut bingung melihat slip keputusan penggal dua yang menunjukkan perbezaan gred yang sangat ketara dalam mata pelajaran yang sama. Misalnya, gred A pada penggal satu, tetapi gred F pada penggal dua. Mungkinkah berlaku kesilapan di mana-mana?
Proses instrumentasi atau pembinaan item peperiksaan telah dilakukan dengan begitu ketat dan teliti supaya kesahan dan kebolehpercayaan sistem peperiksaan negara kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pelbagai peringkat keakuran seperti akur dengan sukatan pelajaran, akur dengan peluang calon untuk menjawab dan sebagainya telah dipastikan. Demikian juga dengan pentadbiran pemarkahan oleh pemeriksa yang telah diselaraskan sepenuhnya.
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, July 14, 2013
PEMBELAJARAN EKONOMI MALAYSIA STPM MODULAR (TIME SERIES DATA AND TREND ANALYSIS)
Pengenalan
...
...
Sukatan pelajaran
...
...
...
Bidang pembelajaran
...
...
...
Pentaksiran
Peruntukan markah / masa
Teori @ aplikasi?
Tafsiran data
Saranan belajar
...
...
...
...
...
Sukatan pelajaran
...
...
...
Bidang pembelajaran
...
...
...
Pentaksiran
Peruntukan markah / masa
Teori @ aplikasi?
Tafsiran data
Saranan belajar
...
...
...
Saturday, July 13, 2013
PENULISAN NOTA EKONOMI STPM (USING SYMBOLS RATHER THAN VERBATIM TRANSFER)
Pengenalan
...
...
...
Kegunaan buku Teks
...
...
...
Keperluan nota persendirian
...
...
...
Konsep nota persendirian
...
...
...
Saranan Penulisan Nota
...
...
...
Singkatan / Simbol yang piawai
...
...
...
Singkatan / simbol ciptaan sendiri
...
...
...
Kamus konsep ekonomi peribadi
...
...
...
Huraian isi dalam nota
...
...
...
Tertib nombor dalam nota
...
...
...
Kaedah akronim sebagai rangkuman tajuk
...
...
...
Nota peribadi yang sangat membantu
...
...
...
Aplikasi nota untuk peperiksaan
...
...
...
Kesimpulan
...
...
...
...
...
...
Kegunaan buku Teks
...
...
...
Keperluan nota persendirian
...
...
...
Konsep nota persendirian
...
...
...
Saranan Penulisan Nota
...
...
...
Singkatan / Simbol yang piawai
...
...
...
Singkatan / simbol ciptaan sendiri
...
...
...
Kamus konsep ekonomi peribadi
...
...
...
Huraian isi dalam nota
...
...
...
Tertib nombor dalam nota
...
...
...
Kaedah akronim sebagai rangkuman tajuk
...
...
...
Nota peribadi yang sangat membantu
...
...
...
Aplikasi nota untuk peperiksaan
...
...
...
Kesimpulan
...
...
...
Friday, July 12, 2013
Thursday, July 11, 2013
KEPUTUSAN UPU DAN TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN (60.52 PER CENT SUCCESSFUL UNIVERSITY APPLICANTS)
Syabas dan tahniah kepada sejumlah 41,573 orang pemohon yang ditawarkan tempat untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah asas (prasiswazah) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan mulai 1 September ini. Kepada 27,229 orang pemohon lagi masih boleh berharap untuk berlaku keajaiban apabila tempoh rayuan ditetapkan sehingga 12 tengah malam 21 Julai ini. Segala proses mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan IPTA dan e-rayuan boleh dibuat menerusi laman Unit Pusat Universiti (UPU) di sini, Universiti Teknologi Malaysia di sini, Universiti Utara Malaysia di sini, Universiti Malaysia Sarawak di sini dan Universiti Malaysia Sabah di sini.
Makluman lanjut tentang nombor talian telefon dan rujukan terus ke Putrajaya sila klik di sini atau di sini. Barang diingat bahawa tempoh 10 hari bukanlah panjang sangat. Maka, keputusan untuk tindakan selanjutnya perlu dilakukan secepat mungkin supaya tidak 'ketinggalan kereta api'!
Berdasarkan maklum balas Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati bahawa persaingan merebut tempat ke IPTA semakin sengit. Jika pada tahun lalu (2012), pemohon STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 2.8 dijamin tempat di IPTA, kini dengan PNGK setinggi 3.0 (purata gred B) mungkin mendapati permohonan mereka ditolak untuk pusingan pertama ini. Maka, pemohon yang membuat rayuan perlu membuat pilihan yang tepat dan mungkin terpaksa melupakan kursus idaman masing-masing.
Kekosongan tempat di IPTA mungkin berlaku kerana sebilangan calon mendapat tawaran menyambung pengajian di luar negara, misalnya di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) atau berasa kursus yang ditawarkan tidak menepati kehendak mereka. Dengan kesanggupan kewangan keluarga, golongan sedemikian memilih institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan bidang pengajian popular secara berkembar dengan universiti ternama dunia. Ibu bapa mereka tidak begitu berharap supaya anak mereka memasuki sektor awam, sebaliknya untuk mewarisi perniagaan keluarga, atau menyertai sektor swasta .
Pemohon IPTA yang mengisi e-rayuan harus memberi pertimbangan terhadap kursus yang kurang saingan seperti pengajian bahasa asing seperti di fakulti linguistik, Universiti Malaya atau fakulti bahasa moden, Universiti Putra Malaysia. Hakikatnya, pemohon mesti merebut tempat di IPTA dalam mana-mana kursus kerana ijazah asas yang bersifat am (bukan ikhtisas) memiliki prospek kerjaya yang sama rata, tertakluk kepada pencapaian PNGK dan kemahiran insaniah yang menyerlah. Semua pemegang ijazah asas juga layak untuk menukar bidang pengajian di peringkat ijazah tinggi seperti pentadbiran perniagaan (MBA), sains komputer (M.Sc) dan mana-mana bidang sastera umum (MA).
Banyak juga contoh pemegang ijazah pertama kemudian membuat keputusan belajar ijazah pertama yang lain (double degrees) misalnya undang-undang (LL.B) dan perakaunan (ACCA, CA dan MACPA). Ijazah pertama hanyalah tiket untuk mendaki mobiliti sosial (kerjaya dan keluarga) sebelum memiliki peluang kedua mencapai cita-cita sebenar sejak di bangku sekolah! Maksim kejayaan yang tertangguh lebih sesuai daripada melayan rasa kecewa akibat kegagalan yang bersifat jangka pendek atau sementara.
Setelah berehat selama hampir sembilan bulan untuk menyambung pengajian, kini tibalah masanya untuk kembali ke 'sekolah' dan 'bilik darjah'. Banyakkan kesyukuran dan mulailah mendengar kisah-kisah kejayaan insan yang cemerlang dan layan seadanya insan yang biasa-biasa dalam pencapaian akademik di universiti. Nasihat yang bersifat negatif sekadar dijadikan sempadan untuk meningkatkan jati diri.
Masa berehat sembilan bulan barangkali telah dimanfaatkan untuk mengumpul wang bagi membiayai serba sedikit kos sara hidup di universiti. Perbelanjaan harian yang paling kritikal di universiti ialah makan minum yang cukup dan berkhasiat supaya pelajar memiliki stamina yang diperlukan untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran aras tinggi. Hampir semua universiti (mungkin pengecualian untuk UiTM) menggunakan sistem kafetaria yang bermakna pelajar perlu membuat bayaran tunai setiap kali untuk menikmati makanan dan minuman.
Sementara belum menerima bantuan atau pinjaman kewangan, sebahagian pelajar terpaksa mengikat perut dan menelan air liur sahaja kerana poket yang kosong. Cara berjimat ialah membeli sepotong ikan dan dikerat dua untuk makan tengah hari dan makan malam, bersama nasi yang ditaruh kuah kari misalnya. Barangkali pihak kerajaan perlu menyediakan token RM1,000.00 dalam bentuk kupon supaya tiada pelajar universiti yang 'kebuluran' dalam semester pertama pengajian!
Belanja fotokopi juga agak tinggi kerana bilangan buku di perpustakaan, khususnya di bahagian tanda merah (red spot) yang memang terhad, serta hanya boleh dipinjam dalam tempoh dua jam. Sebaik sahaja menerima senarai buku rujukan, pelajar harus cepat-cepat mendapatkannya di bahagian tanda merah atau melantik ketua kelas kursus untuk proses fotokopi secara beramai-ramai. Sesetengah pengendali kedai fotostat di kampus sudah sedia menjilid rujukan berkenaan walaupun pada hakikatnya bercanggah dengan undang-undang hak cipta kerana membuat salinan penuh untuk tujuan jualan.
Cabaran kehidupan kampus seterusnya ialah
...
Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
SEMBANG DENGAN KONTRAKTOR DARI SEBERANG (TRANSRORMING HAVE-NOTS TO AFFLUENT)
Ketika memasuki gerai roti canai Pak Din di pasar Gunung Rapat, semua meja sudah penuh. Penulis blog (PB) harus berkongsi meja dengan pelanggan yang lain. Kebetulan ada seorang pelanggan yang masih menunggu pesanan memberi laluan. Beberapa minit kemudian, meja kami disertai seorang lagi pelanggan
Perkenalan ringkas kemudian berkembang kepada pelbagai tajuk yang produktif juga, bukan sekadar sembang kedai kopi yang bertaraf gosip atau mengata orang. Antara tajuk perbualan ialah tentang perbuatan membazir sewaktu bulan puasa dan kebijaksanaan dalam berbelanja. Perbincangan juga berkisar tentang kuasa beli masyarakat tempatan yang semakin tinggi sehingga mampu berbuka puasa di hotel mewah, termasuk untuk projek amal anjuran organisasi tertentu.
Pelanggan yang datang kemudian yang meminta diri dahulu kerana ada urusan penting katanya. PB terus berbual dengan pelanggan asal di meja itu. Dari awal PB perasan bahawa dia bukan warga tempatan justeru cakapnya agak perlahan dan seperti mengawal sebutan dan nada suara.
Telahan PB memang tidak meleset. Pelanggan berkenaan (Bapak S), mungkin dalam usia awal 50-an mengaku berasal dari Medan, Sumatera. Malah, isterinya juga sekampung, tetapi semua anaknya lahir di Malaysia dan berdaftar sebagai warganegara.
PB sempat bertanya tentang Pulau Nias di Selat melaka yang mengambil masa empat jam perjalanan menggunakan bot atau feri ke Medan. Nama Pulau Nias timbul semasa PB bercakap dengan seorang pelatih kolej pelancongan di sebuah hotel di ibu negara yang berasal dari sana. wajah orang Pulau Nias persis keturunan Cina, tetapi kebanyakan mereka beragama Kristian.
Bapak S juga mengaku berasal dari daerah Minangkabau dan banyak persamaan dengan adat perpatih di Rembau, Negeri Sembilan. Jika masyarakat Minang mempunyai genre muzik sendiri, maka begitu juga orang Pulau Nias. Persamaannya ialah generasi muda di kedua-dua tempat sudah tidak begitu peduli terhadap genre muzik warisan tradisional, bahkan tidak mengenali jalur nyanyian Bob Tutupoli atau Broery Marantika.
PB seterusnya memancing maklumat tentang pekerjaan Bapak S yang nampak kemas berbanding dengan pekerja Indonesia yang biasa. Bapak S kontraktor berdaftar yang bergiat dalam pelbagai kegiatan pembinaan, perkhidmatan dan perladangan (kelapa sawit). Bapak S baru sahaja balik dari Sabah setelah menyiapkan projek dalam tempoh dua minggu di negeri bawah bayu itu.
Bapak S juga memaklumkan dia terbabit dengan banyak projek membina bilik kebal (untuk kegunaan peperiksaan awam berpusat) di sekolah-sekolah seluruh negara. Selain itu, Bapak S turut bergiat dalam pembinaan rumah kediaman dan ubah suai rumah. Bapak S juga melayan permintaan pelanggan yang meminta perkhidmatan kecil seperti sinki tersumbat atau pendawaian bagi mengembangkan asas pelanggan.
Bapak S mengatakan bahawa untuk bertahan dalam dunia perniagaan seperti kontraktor, hubungan dengan semua pihak seperti pelanggan berpotensi, pembekal bahan binaan dan pekerja mesti dijaga supaya projek dapat berjalan mengikut jadual. Modal pusingan tunai juga mesti kukuh kerana bayaran bagi sesetengah projek berasaskan perjanjian dan pesanan tempatan apabila projek telah siap dua tiga bulan dan memenuhi kehendak spesifikasi seperti yang ditandatangani. Bapak S membina jaringan pintar (menang-menang) dengan kontraktor lain kerana tidak semua kerja mampu dilaksanakan bersendirian.
Bapak S berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam penampilan dan gaya hidup. Ketika PB mengikutnya untuk mengambil kad nama perniagaan, PB mendapati Bapak S hanya memandu kereta Proton Iswara untuk urusan kerja. Bapak S masih menyewa rumah di Sungai Rokam, tetapi operasi perniagaannya berpangkalan di Bercham.
Bapak S tidak pernah melupakan kampung halaman sendiri. Bapak S memiliki ladang kelapa sawit di Medan yang kebetulan hanya dalam jarak perjalanan lori pengangkut sawit selama sepuluh minit ke kilang memproses buah kelapa sawit. Kilang berkenaan milik perkongsian pelabur Malaysia dan Australia.
Bapak S juga menerima nasib seperti ahli-ahli perniagaan yang lain apabila tiada seorang pun anak yang mahu bekerja dengan bapa mereka. Semua anak Bapak S merantau ke ibu kota dan salah seorangnya bekerja dengan konglomerat Tenaga Nasional Berhad. Bapak S tetap berharap bahawa pada suatu hari nanti mereka akan terbuka hati untuk meneruskan perniagaan yang diasaskan dengan susah payah itu...
Sunday, July 7, 2013
AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM BULAN PUASA (LET'S KEEP THE CLASSROOM MOMENTUM GOING UP)
Ramadan al-Mubarak (bulan yang mulia) kini menjengah lagi. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan panjang umur dan murah rezeki untuk menjalani ibadah yang sangat penting ini. Bayangkan betapa banyak insan yang telah dijemput kembali dan betapa banyak pula insan yang hidup dengan penuh cabaran, dugaan dan ujian yang berat.
Secara mudah, puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang tempoh yang ditetapkan (dari masuk Subuh hingga masuk Maghrib), iaitu lebih kurang antara 5.30 pagi hingga 7.30 petang di Semenanjung. Ibadah puasa merupakan madrasah, sekolah dan tarbiyyah tentang keikhlasan, kesabaran dan segala sifat terpuji (mahmudah) yang lain. Pada masa yang sama, umat perlu menjauhkan diri daripada segala sifat keji dan tercela (mazmummah).
Tulisan ini akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran rasmi di sekolah semasa menjalani ibadah puasa. Adakah berlaku ubah suai atau sama sahaja seperti biasa? Bagaimanakah kepekaan dan perasaan hormat kepada bulan yang mulia ini dapat dipamerkan oleh seluruh warga sekolah?
Jika murid, guru dan kakitangan Islam mengamalkan anjuran bersahur sejurus (lebih kurang setengah jam sebelum waktu imsak), maka stamina mereka sebenarnya langsung tidak terjejas sepanjang sesi persekolahan. Namun, atas faktor kemanusiaan, ada juga pengecualian, misalnya terlepas waktu sahur atau tergesa-gesa bersahur akibat waktu sudah terlalu suntuk, atau tidak merancang pengambilan makanan pada waktu sahur. Demikian juga terhadap mereka yang diberi kelonggaran justeru masalah kesihatan.
Pengambilan kurma dan oat mungkin membantu orang yang berpuasa untuk bertahan dengan tenaga yang konsisten lebih lama. Orang yang tidak bersahur mungkin terjejas dari segi tumpuan kerana perut yang berkeroncong. Walaupun begitu, jika minda mereka kuat, isyarat yang dihantar kepada sistem tubuh badan dapat mengawal kesan yang menjejaskan ibadah puasa dansegala aktiviti biasa seharian, termasuk pembelajaran.
Pendek kata, guru harus peka terhadap tingkah laku tertentu murid sepanjang bulan puasa ini, lalu sentiasa memberi galakan terhadap murid yang menunjukkan semangat yang lebih kuat sewaktu berpuasa. Ibadah puasa bukan sahaja memberi kelegaan kepada sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, bahkan melatih akal supaya lebih aktif dan inovatif. Namun, dalam peringkat usia awal remaja, sudah pasti murid memerlukan bimbingan dan nasihat supaya proses pembelajaran dalam bulan puasa mereka lebih hebat.
Aktiviti mengeluarkan peluh seperti Pendidikan Jasmani di padang mesti ditangguhkan, kecuali kepada murid bukan Islam, jika perlu. Sebaliknya, sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan serta pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) boleh dikemas kini. Reka bentuk pedagogi yang menjurus terhadap penglibatan murid dapat mengelakkan rasa bosan kerana sekadar membaca teori kesihatan dalam buku teks atau sekadar mendengar 'celoteh' guru.
Selepas pukul 11 pagi, murid yang berpuasa mungkin menunjukkan tanda letih dan lesu. Maka, guru perlu peka dengan kedaan tersebut dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian. Barangkali lebih banyak modul tentang sesuatu tajuk perlu disediakan supaya murid terus memperoleh pengalaman pembelajaran yang unggul.
Semua pihak di sekolah mesti bijak mengawal emosi supaya tidak meletus sebarang bentuk pertelingkahan dan rasa marah yang mengakibatkan mutu ibadah puasa terjejas dengan teruknya. Meskipun demikian, teguran yang berhikmah hendaklah diteruskan supaya perubahan yang baik terus berlaku. Puasa bukan alasan untuk bermalas-malas atau belajar secara sambil lewa.
Sebaik-baiknya proses pentaksiran formatif diselesaikan dalam bilik darjah dan tidak perlu dibawa pulang ke rumah sepenuhnya. Murid juga perlu memiliki kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan pengisian amalan sunat yang lain. Semoga ibadah puasa benar-benar menjadi madrasah, sekolah dan tarbiyyah yang terbaik untuk umat seluruhnya, Insya-Allah...
Saturday, July 6, 2013
PENGALAMAN MENAIKI BAS EKSPRES DUA TINGKAT (CCTV IN THE PUBLIC TRANSPORT)
Mungkin kerana lebih banyak memandu kenderaan sendiri menyebabkan hanya baru-baru ini penulis blog (PB) berkesempatan menaiki bas ekspres dua tingkat dan duduk di tingkat atas pula. Kalau kapal terbang dua tingkat sudah ada pengalaman semasa menjadi penumpang Air Bus, Pakistan Air Lines. Banyak juga yang hendak diceritakan, tetapi biar fokus kepada satu peristiwa yang mengejutkan jugalah.
Kisahnya ketika bas ekspres dari Ipoh hampir tiba di Plaza Tol Jalan Duta, tiba-tiba pemandu menggunakan sistem pembesar suara dalam bas menyuruh seorang penumpang wanita Cina memeriksa beg, kemudian turun ke tingkat bawah. PB beranggapan mungkin wanita berkenaan sudah terlebih awal memberitahu pemandu bas bahawa dia hendak turun di situ. Namun, tiada pula bunyi pintu bas dibuka dan tiada sesiapa pun yang turun.
Sebaliknya, bas diletak di tepi jalan dan kali ini wanita tadi naik semula ke atas bersama pemandu. Tiba-tiba pemandu bas terus menyoal seorang lelaki India dalam lingkungan usia 40 tahun lebih. lelaki itu terus diminta penjelasan sama ada dia ada mengambil apa-apa daripada beg wanita berkenaan. Lelaki berkenaan yang tersentak terus membuat penafian sambil mengeluarkan semua barang yang ada dalam poketnya.
Pemandu bas bertegas bahawa perbuatan yang didakwanya berlaku itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di bahagian belakang bas. Lelaki yang berasa tercabar dengan dakwaan itu mula meninggikan suara sambil memberitau bahawa dirinya pegawai di sebuah badan tabung pencen yang terbesar di Malaysia. Dia cuba menunjukkan 'kad kuasa' sebagai bukti.
Wanita itu pula tidak pasti perkara yang sebenarnya berlaku kerana dia tertidur di baris belakang sekali. Tambahan pula, beg itu milik kawannya. Dia tidak tahu apa-apa tentang barang yang terdapat di dalamnya.
Pemandu bas yang berusia pertengahan 50-an itu akhirnya beredar setelah mengingatkan lelaki tadi bahawa jika ada aduan susulan, bukti video telah pun jelas. Wanita itu juga turun ke aras bawah bas walaupun dia kemudian hanya turun di stesen KL Sentral. Lelaki itu meneruskan perjalanan hingga ke Pudu Raya (kini Pudu Sentral).
Pengajarannya ialah semua penumpang bas ekspres harus berhati-hati dengan tingkah laku masing-masing, justeru mungkin menjadi bahan bukti atau bahan tontonan pihak lain. Sebarang kelakuan yang kurang sopan atau kurang senonoh boleh tersebar dan menjadi buah mulut ramai. Malah, keadaan akan menjadi lebih buruk jika rakaman kamera litar tertutup dalam bas ekspres dimuat naik sebagai fail perkongsian video di laman Facebook atau You Tube.
Dari sudut yang lain, keselamatan penumpang, terutama kaum wanita kini lebih terjamin. Penumpang bas ekspres, tidak kira lelaki atau wanita, mesti lebih bersopan dan berkelakuan lebih kurang. Ada mata yang memerhati dan merakamkan segala perbuatan...
Friday, July 5, 2013
MOTIVASI BELAJAR: MENUNAIKAN HAK DIRI SENDIRI DAN RAKAN UNTUK CEMERLANG (ASSERTIVE LEARNING EXPERIENCE)
Pelajar yang dirahmati,
Pelajar yang cemerlang sekalian,
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Apabila pelajar berada di dalam sesebuah kelas, pelajar ialah anggota sebuah organisasi, sebuah pasukan dan sebuah wadah pembelajaran yang unggul bagi mendaki mercu kecemerlangan dalam titian kehidupan duniawi dan ukhrawi. Dengan itu, pelajar hendaklah menghargai sepenuhnya kesempatan dan peluang yang ada bagi mengukuhkan nilai modal insan dan jati diri pelajar. Pada akhirnya nanti, pelajar tidak lagi boleh bergantung kepada orang lain, termasuk ibu bapa yang semakin berusia, demi kelangsungan dalam bidang keilmuan, pekerjaan dan keluarga.
Jika pelajar ingin berjaya, maka demikianlah juga dengan rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Kalian sebenarnya saling berharap dan mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Maksudnya, tingkah laku yang baik dalam proses pembelajaran di bilik darjah bakal menyumbang terhadap pencapaian keseluruhan yang berbaloi!
Dalam satu mafhum hadith dilaporkan bahawa sesebuah umat (jemaah / organisasi) itu umpama sekumpulan orang yang sedang menaiki bahtera yang bertingkat. Air merupakan keperluan untuk pelbagai tujuan. Maka, jika orang di tingkat bawah tidak cerdik dan tidak sabar, dia akan menebuk lubang pada lantai kapal untuk mendapatkan air, lalu pada akhirnya kapal akan karam.
Pelajar yang cemerlang sekalian,
Saya hendak menyebut semula tentang istilah tegas diri atau asertif dalam konteks pembelajaran. Asertif bermaksud menjaga hak diri sendiri dan dalam masa yang sama menjaga hak orang lain (bacaan lanjut klik di sini).
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, July 4, 2013
RAMPASAN KUASA TENTERA: MESIR TERUS BERGOLAK (MIDDLE EAST POLITICAL MELIEU)
Kemelut kuasa setelah kejatuhan rejim diktator Hosni Mubarak masih belum berakhir. Presiden Dr. Morsi yang dipilih menerusi peti undi digulingkan oleh tentera yang diketuai oleh menteri pertahanan lantikan Morsi sendiri. Terdapat dakwaan bahawa berlaku percaturan perisikan asing dalam menghasut penentang Morsi untuk turun ke jalan raya sebagaimana juga yang berlaku di Turki dalam tempoh yang hampir sama.
Morsi, lulusan doktor falsafah bidang kejuruteraan dari Amerika Syarikat, anggota kanan gerakan Ikhwanul Muslimin, hanya sempat memegang jawatan presiden lebih kurang setahun. Dalam tempoh pemerintahan sesingkat itu, banyak usaha cuba dilakukan termasuk mendekati musuh politik beliau seperti penyokong Hosni Mubarak, jeneral tentera, puak sekular dan golongan koptik Kristian. Walaupun menyedari risiko pengkhianatan seperti gunting dalam lipatan, Morsi memberi tempat kepada mereka dalam pentadbiran kerajaan.
Kesudahannya sudah pun dimaklumi. Musuh-musuh politik Morsi memanipulasi segala ruang yang diberi untuk merancang peristiwa kudeta yang pasti menyebabkan rejim haram Tel Aviv berasa lega, manakala rakyat Palestin di Gaza kembali berhadapan dengan keganasan zionis apabila pintu Rafah ditutup semula. Morsi telah pun dikenakan sekatan dalam rumah, serta akan didakwa di mahkamah dengan pelbagai pertuduhan yang bakal menghumban beliau ke penjara.
Mesir memang dikagumi sebagai bumi anbiya', serta warisan tamadun yang hebat. Maka, tidak hairanlah bahawa Mesir muncul sebagai salah sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang ingin menyusuri Sungai Nil dan melihat sendiri keangkuhan Firaun menerusi tinggalan binaan piramid di Kaherah. Mesir juga menjadi tumpuan pelajar Islam seluruh dunia dalam bidang pengajian Islam dan perubatan.
Namun, Mesir masih belum keluar daripada status sebagai negara dunia ketiga. Kadar kemiskinan dan kadar buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir masih tinggi (kadar celik huruf sekadar mencecah 72 peratus, berbanding Malaysia 89 peratus: klik di sini dan di sini). Akses pendidikan yang rendah mengakibatkan pertimbangan emosi dan sentimen lebih mudah dieksploitasi.
Dunia masih menunggu perkembangan selanjutnya, terutama kira-kira 52 peratus pengundi yang memberi sokongan kepada Morsi dalam pilihan raya presiden yang lalu. Laporan media menggambarkan sejumlah dua juta penentang Morsi menguasai Dataran Tahrir, manakala lebih lapan juta penyokong Morsi pula turun ke jalan raya, tetapi tindak balas mereka sudah terlambat. Politik anarkis akan ditamatkan dengan segera apabila matlamat penganjur dilihat tercapai sebelum tembelang bahawa sokongan terhadap mereka tidak sehebat mana terbongkar apabila lawan bangkit menunjukkan kekuatan.
Gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan al-Banna dan Syed Qutb kira-kira 85 tahun yang lalu kini berhadapan dengan ujian yang sangat berat. Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwan berkemungkinan besar akan disekat daripada terus aktif. Idealisme yang dicetuskan menerusi pidato, kuliah, wacana intelektual, usrah dan penulisan yang tersebar ke serata dunia bukan suatu jaminan pelaksanaan dalam dunia nyata.
Bacaan politik dan sifir kuasa memang berbeza sama sekali dengan logik dan mantik aras biasa. Maka, ungkapan bahawa sebelah kaki ahli politik sudah berada di sel penjara bukan suatu jenaka yang tidak berasas. Marilah kita berdoa semoga Mesir akan kembali ke landasan kuasa awam yang tidak didalangi campur tangan asing yang licik...
Wednesday, July 3, 2013
LANTIKAN PENGETUA BAHARU: PELUANG UNTUK GURU LEBIH MUDA (LEADERSHIP COMPETENCY IN SCHOOL)
Berdasarkan hitungan konservatif, hanya sejumlah 2.67 peratus guru sekolah rendah berpeluang menduduki kerusi guru besar, manakala hanya 1.91 peratus guru sekolah menengah akan memegang jawatan pengetua. Hitungan itu berdasarkan bilangan sekolah rendah sebanyak 7,743 buah, manakala sekolah menengah sebanyak 2,344 buah. Bilangan guru sekolah rendah ialah sebanyak 289,631 orang, sedangkan di sekolah menengah sebanyak 122,532 orang (klik di sini).
Pengetua dan guru besar ibarat nakhoda sebuah bahtera besar, ketua juruterbang pesawat atau seorang jeneral di medan pertempuran. Dengan punca kuasa dan autoriti yang sah, pengetua dan guru besar memiliki wewenang sebagai pembuat keputusan tertinggi di peringkat sekolah, tetapi dalam masa yang sama memikul tanggungjawab terhadap semua urusan yang berkaitan dengan sekolah. Maka, pengetua dan guru besar juga boleh diumpamakan sebagai raja yang sangat berkuasa, namun perlu sentiasa waspada terhadap segala anasir dan ancaman yang boleh menjejaskan organisasi.
Selama ini, pengetua dilantik dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP / guru) atas cadangan pegawai pendidikan daerah dan pengarah jabatan pendidikan negeri sebelum dimuktamadkan oleh ketua pengarah pendidikan Malaysia. Memandangkan bahawa hanya segelintir guru sahaja yang berpeluang dilantik sebagai pengetua dan guru besar, maka kebanyakan guru hanya akan bersara sebagai guru penolong atau guru akademik sahaja. Dalam proses berkenaan, bakat dan potensi kepimpinan sebilangan guru mungkin terbiar begitu sahaja.
Peluang guru yang berada di sekolah lebih tipis berbanding dengan PPP yang bertugas di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri. Maka, berlaku keadaan apabila PPP yang lebih junior memintas guru lama di sekolah untuk jawatan kepimpinan sekolah. Dalam teori kepimpinan pendidikan, sekolah juga tertakluk kepada tingkah laku organisasi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran, sama ada yang boleh dikawal atau sebaliknya.
Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pelaksanaan kaedah lantikan pengetua baharu bagi tahun 2014 dan seterusnya (klik di sini).
...
...
...
...
...
Tuesday, July 2, 2013
SEPINTAS LALU BAHASA MELAYU 2 SPM ULANGAN (COMMON MISTAKE IN WRITING ANSWERS)
Pencapaian gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM masih kekal sebagai syarat utama menyambung pengajian peringkat pasca menengah termasuk kursus prauniversiti, sijil dan diploma, khususnya di bawah kendalian awam. Demikian juga dengan syarat melamar pekerjaan di sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan dan segelintir syarikat swasta. Tanpa gred kepujian Bahasa Melayu SPM, permohonan mereka berkemungkinan besar ditolak pada akhirnya.
Sebahagian calon yang masih tidak berjaya mencatat gred kepujian menduduki kertas ulangan pada bulan Jun. Selain calon muda, terdapat juga calon telah berusia, iaitu mencecah 50-an. Mungkin mereka mahu memohon gred jawatan yang lebih tinggi (daripada kelayakan asal PMR) sebelum bersara, atau sekadar mahu mewujudkan persaingan dengan anak-anak.
Dalam mana-mana peperiksaan atau temu duga, calon tidak seharusnya hadir tanpa persediaan yang mencukupi. Kebolehan spontan bukan tidak berguna langsung, tetapi memang jauh daripada mencukupi. Keadaannya sama dengan soldadu yang mara ke medan perang tanpa membawa apa-apa senjata.
Soalan rumusan adalah berdasarkan petikan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Sama seperti calon sekolah (SPM November), calon masih boleh menulis isi tersurat dan isi tersirat yang mencukupi, tetapi berhadapan dengan masalah untuk menulis pendahuluan dan penutup. Barangkali tekanan semasa peperiksaan menyebabkan sebahagian calon tidak dapat berfikir dengan teratur dan cepat, justeru masa terlalu suntuk.
Soalan pemahaman merujuk petikan mengikut bidang, iaitu petikan umum (teks rumusan), petikan drama (Dato' Onn), petikan prosa tradisional (Hikayat Khoja Maimun) dan petikan syair (Syair Definisi Orang Berakal). Seperti biasa, pecahan soalan terbahagi kepada aras petikan, aras kbkk dan aras komsas. Calon yang tidak membuat persediaan tidak dapat membezakan kepeluan jawapan bagi setiap aras soalan berkenaan.
Calon juga menghadapi kesukaran untuk membezakan antara isi dengan huraian. Hal itu dapat dikesan dalam penulisan jawapan rumusan dan pemahaman. Kadang-kadang jawapan menjadi berlebihan dan kadang-kadang tidak padan dengan jumlah markah yang diperuntukkan.
Soalan tatabahasa masih menguji tentang penggunaan perkataan (morfologi), binaan ayat (sintaksis), kesalahan bahasa dan peribahasa. Perkataan yang diuji untuk membina ayat ialah adab, beradab, peradaban, khidmat, berkhidmat dan perkhidmatan. Selain perkataan peradaban yang dikira agak tinggi (ilmiah sedikit), seperti lazim sebahagian calon akan melanggar arahan supaya tidak menjadikan perkataan yang diuji sebagai nama khas, peribahasa dan cogan kata.
Pecahan 3b menghendaki calon menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Calon sepatutnya dapat mengenal pasti perkataan yang berimbuhan meN dalam ayat yang diuji, lalu ditukarkan kepada imbuhan di. Seboleh-bolehnya calon mengekalkan struktur ayat seadanya walaupun frasa penerangan pada prinsipnya boleh diletak di pangkal ayat, di tengah ayat atau di hujung ayat.
Pecahan soalan 3c menghendaki calon mengenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan untuk dibetulkan. Pecahan soalan 3c pula tentang kesalahan penggunaan istilah dan kesalahan tatabahasa. Hanya calon yang sudah biasa membaca tentang kesalahan umum bahasa dapat menjawab kedua-dua pecahan soalan 3c dan 3d dengan mudah.
Soalan peribahasa menghendaki calon membubuh peribahasa yang sesuai dengan mengisi tempat kosong yang bergaris dalam petikan. Sekali lagi faktor persiapan calon bakal memisahkan calon yang berkerut dahi dengan calon yang tersenyum simpul sampai ke telinga! Hanya peribahasa yang telah mantap penggunaannya bakal diterima sebagai jawapan yang tepat.
Soalan 4a (novel) menghendaki calon menjelaskan dua latar tempat. Calon seharusnya menyatakan tempat yang disebut dalam novel secara khusus, bukan secara umum seperti di rumah, di pejabat atau di hospital sahaja. Selain itu, bukti kewujudan tempat berkenaan sama ada menerusi peristiwa yang berlaku atau kepentingan tempat berkenaan dalam jalan cerita novel.
Akhir sekali soalan 4b tentang pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. Nama watak utama dan watak lain mesti dinyatakan dengan jelas, bukan main teka sahaja. Peristiwa atau perkara yang membuktikan berlaku pertentangan pendapat hendaklah juga ditulis secara ringkas...
Subscribe to:
Posts (Atom)