Sejak pandemik novel corona virus (covid 19) merebak ke seluruh dunia, gaya hidup terus mengalami perubahan yang agak mendadak. Pergerakan yang terhad mengakibatkan kegiatan ekonomi secara konvensional yang tertentu lumpuh, misalnya sektor perjalanan dan pelancongan, serta acara keramaian. Institusi pendidikan sekolah dan pengajian tinggi secara bersemuka juga terjejas.
Mujur kemajuan teknologi jalur lebar dan peralatan gajet yang relatif lebih murah menyediakan jalan keluar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah bersemuka diganti dengan pelantar atas talian atau maya. Ekonomi bidangan telah memungkinkan kos pengeluaran dan pembiayaan teknologi ini dapat dinikmati pada harga yang berpatutan.
Aplikasi seperti google classroom telah lama didedahkan kepada guru dan murid bagi tujuan penyampaian dan pengurusan pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan isi pelajaran dan tugasan lanjutan tidak terhad semasa di dalam bilik darjah. Hasil kerja murid dan pelaporan berkaitan akan bersifat lebih autentik dan jelas.
Penambahbaikan aplikasi tanpa bayaran seperti google meet, life size dan zoom telah memberi pilihan yang mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) sementara menanti sekolah atau universiti kembali dibuka. Meskipun agak sukar untuk memastikan tumpuan murid semasa sesi pembelajaran maya, guru dan pensyarah memiliki kepakaran bagi mengukur maklum balas mereka. Kesesakan talian internet, masalah data syarikat telekomunikasi dan pemilikan gajet barangkali mengehadkan penyertaan murid secara tuntas.
Andai komunikasi dua hala sukar berlaku, aplikasi whatsapp dan telegram masih boleh digunakan. Guru dan pensyarah boleh terus menghubungi pelajar menerusi panggilan telefon jika melanggan pakej internet tanpa had. Panggilan video secara berkumpulan boleh menyelesaikan isu aksesibiliti terhadap pelantar pdpr yang lain.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...