Friday, January 31, 2014
KUASA AKAR YANG MENJALAR (THE CHOICE OF TREES)
Sebagai sebuah bandar raya warisan era bijih timah, Ipoh bukan sahaja memiliki deretan bangunan yang bersejarah, malah mengekalkan sejumlah pokok yang berusia ratusan tahun. Pokok berkenaan asalnya tumbuh meliar di kampung atau memang sengaja ditanam oleh pemilik tanah. Kawasan berhampiran kompleks Islam, SMK St. Michael dan SMJK Pooi Lam dahulunya ialah penempatan masyarakat Melayu yang dinamakan Kampung Pisang.
Proses pembandaran telah menyebabkan pokok yang pada asalnya menghiasi pemandangan kampung kini berdiri pula di pinggir jalan raya yang sibuk. Pokok yang didapati masih kuat dijaga dengan rapi oleh pihak Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), manakala pokok yang bermasalah terpaksa dilupuskan. Namun, ciri sebahagian akar tunjang yang menjalar di permukaan tanah mengakibatkan binaan jalan dan bangunan mungkin diancam rekahan (klik di sini dan di sini).
Laluan pejalan kaki bermula dari Bank Simpanan Nasional (BSN (dahulunya cawangan Bank Negara) sudah mengalami kerosakan yang ketara. Akar pokok besar yang berdekatan jalan telah tersembul di permukaan pesiar kaki. Blok batu konkrit yang menutup permukaan tanah yang asal terangkat satu demi satu.
Adakah kemungkinan bahawa akar yang menjalar itu akan melarat hingga ke permukaan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus di situ? Pihak DBI sudah tentu menyedari akan hal berkenaan dan jabatan landskap DBI memiliki kepakaran yang cukup bagi menangani kes yang berkait rapat dengan keselamatan orang ramai itu. Pelajar kejuruteraan awam politeknik atau universiti swasta yang berdekatan juga boleh mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian.
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mesti membuat pemantauan tentang tiang lampu berdekatan dengan permukaan jalan yang terjejas akibat akar yang menjalar. Demikian juga Lembaga Air Perak (LAP) hendaklah membuat pemeriksaan berkala sama ada saluran paip bawah tanah yang sedia ada berkemungkinan mengalami gangguan. Pendek kata, langkah berjaga-jaga perlu mendapat keutamaan pihak yang menyediakan prasarana penting kepada orang ramai.
Pendapat pakar perhutanan dan pakar tumbuhan perlu diambil kira. Mereka boleh dijemput sebagai panel undangan khas jawatankuasa pengurusan risiko bandar raya. Tidak ada suatu perkara pun yang boleh dianggap kecil dan remeh apabila membabitkan risiko keselamatan awam.
Pemilik unit rumah di kawasan perumahan juga perlu diberi garis panduan tentang jenis pokok yang sesuai ditanam. Pokok yang mempunyai akar yang menjalar seperti mempelam juga hendaklah memperoleh nasihat jabatan landskap bandaran (dan bandar raya) sebelum ditanam. Barangkali terdapat cara penanaman dan jenis pokok tertentu yang tidak menjejaskan permukaan tanah dan struktur binaan di kawasan perumahan.
Ciri warisan dan persekitaran yang hijau menyumbang terhadap keunikan dan ekosistem sesuatu bandar. walaupun demikian, apabila berlaku percanggahan atau pertembungan antara keindahan dengan keselamatan, maka keselamatan orang ramai mesti didahulukan. Penggemblengan kepakaran dalaman sesebuah pihak berkuasa tempatan dan pendapat kedua pakar luaran merupakan gandingan kritikal yang memungkinkan orang ramai berpeluang menikmati kedua-dua unsur keindahan dan keselamatan ...
Thursday, January 30, 2014
SISTEM MODULAR STPM DAN KOLEJ TINGKATAN 6 SEMAKIN DIFAHAMI (ROAD TO UNIVERSITY)
Kohort pertama calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sistem modular bakal memperoleh keputusan peperiksaan penggal tiga mereka selewat-lewatnya pada suku ketiga bulan Mac nanti. Jika masih tidak berpuas hati, calon boleh memohon untuk pemeriksaan semula, atau membuat keputusan untuk menduduki kertas ulangan pada bulan April (tertakluk kepada pengumuman Majlis Peperiksaan Malaysia, MPM). Keputusan muktamad STPM bagi calon berkenaan hanya diketahui dua bulan selepas itu.
Memandangkan kemasukan institut pengajian tinggi tempatan ialah pada bulan September, kaedah STPM modular yang ditawarkan memberi kesempatan kepada calon untuk memperbaiki pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) masing-masing sebelum permohonan ditutup. Walaupun dikenakan bayaran yuran untuk setiap kertas yang diambil semula, langkah itu dikira berbaloi justeru dalam peperiksaan kali pertama, semua bayaran telah ditanggung oleh pihak kerajaan. Calon tidak perlu menunggu sehingga setahun untuk peperiksaan penuh seperti di bawah sistem terminal terdahulu.
Pelaksanaan sistem modular tiga penggal juga menunjukkan bahawa pengajian prauniversiti tingkatan enam perlu kepada sistem yang lebih autonomi, iaitu tidak bersekali dengan aliran perdana tingkatan satu hingga lima di sekolah menengah. Pelajar prauniversiti juga didapati lebih sesuai dengan persekitaran pembelajaran ala pengajian tinggi dengan lebih banyak kelenturan dari segi peraturan pakaian dan disiplin. Sistem pentaksiran tahap tinggi dalam sistem tiga penggal juga menyebabkan pelajar tingkatan 6 sukar dibabitkan sama dengan kegiatan sekolah, termasuk perhimpunan mingguan dan acara rasmi sekolah yang lain.
Maka, penubuhan kolej prauniversiti tingkatan enam yang dijangka menjadi kenyataan pada pertengahan tahun ini dijangka meningkatkan status pengajian tingkatan enam sebagai laluan utama kemasukan ke universiti sebagaimana era sebelum penubuhan kolej matrikulasi, program asasi, program diploma politeknik dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Pengecualian yuran pengajian dan yuran peperiksaan STPM akan menjadi tarikan utama. Pelajar tingkatan 6 tidak perlu membiayai pengajian menerusi perbelanjaan sendiri atau PTPTN.
Kolej Tingkatan 6 juga berdekatan dengan tempat tinggal pelajar. Mereka boleh berulang alik ke kolej dengan kos pengangkutan yang minimum. Menerusi kod etika berpakaian yang lebih menarik, pelajar tingkatan 6 tidak lagi kelihatan seperti budak sekolah biasa. Semangat belajar akan berkobar-kobar justeru mereka menerima layanan yang selayaknya.
Dari sudut yang lain, sekolah arus perdana boleh menggembleng bakat kepimpinan murid bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pelajar tingkatan enam. Selama ini jawatan penting kepimpinan banyak diserahkan kepada pelajar tingkatan 6. Kepimpinan sekolah juga boleh menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan dasar baharu kurikulum, pentaksiran dan pelbagai kemahiran insaniah kepada generasi muda awal remaja di sekolah.
Pendidikan vokasional nampaknya bergerak lebih pantas menerusi penjenamaan semula sekolah vokasional kepada kolej vokasional dengan program diploma selepas tingkatan tiga. Pengajian politeknik juga dilihat lebih agresif dengan pengenalan program ijazah dan naik taraf sebagai universiti politeknik. Walaupun agak ketinggalan, penubuhan kolej tingkatan enam membuka lebih banyak kemungkinan baharu, termasuk naik taraf STPM sehingga layak diberi pengecualian jam kredit tertentu di peringkat sarjana muda.
Pelantikan pensyarah kolej tingkatan 6 pada masa hadapan juga boleh ditambah baik bukan sahaja dari segi kekananan dalam perkhidmatan, bahkan peluang untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah sebagaimana yang dinikmati oleh pensyarah politeknik dan matrikulasi. Dengan kelayakan akademik yang lebih tinggi, pensyarah kolej tingkatan 6 juga boleh diberi peranan mengendalikan program atau kursus baharu pada bila-bila masa. Kolej juga boleh menubuhkan unit penyelidikan yang dianggotai oleh pensyarah yang memiliki pengkhususan akademik yang tertentu.
Kemudahan asrama yang selesa, setaraf dengan kolej kediaman di kampus program prauniversiti yang lain boleh meringankan beban kewangan kepada pelajar yang tinggal jauh dari kolej tingkatan 6. Pelajar yang datang daripada latar belakang keluarga yang kurang beruntung juga layak dipertimbangkan bantuan khas dan pengecualian yuran asrama. Pengajian tingkatan 6 bakal memberikan pilihan yang terbaik kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai laluan untama ke universiti.
Keistimewaan sistem modular STPM dan penubuhan kolej tingkatan enam bukan bermakna pelajar akan dimanjakan. Mereka hanya diberikan kemudahan dan layanan yang selayaknya sebagai pelajar prauniversiti. Pelbagai bentuk kemahiran insaniah dan keusahawanan juga dapat diterapkan apabila pelajar tingkatan 6 dikumpulkan dalam sebuah kolej pengajian prauniversiti yang serba lengkap ...
Wednesday, January 29, 2014
KAJANG KEMBALI JADI SEBUTAN (THE TOWN THAT SATAY BUILT)
Berita pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bakal diadakan dalam tempoh yang terdekat telah menaikkan lagi bacaan suhu politik tanah air. Pelbagai andaian dan ulasan yang bersifat amatur atau berkepentingan (partisan) telah dilontarkan sama ada secara komunikasi bersemuka, media sosial maya atau media arus perdana. Hakikatnya, sifir politik dan perebutan pengaruh merupakan percaturan tahap tinggi yang sangat sukar untuk ditafsirkan dengan tepat oleh orang awam atau ahli politik separuh masak.
Bandar Kajang ialah satu contoh pusat pertumbuhan ekonomi yang menerima kesan limpahan penubuhan sebuah institut pengajian tinggi berskala besar. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bermula dengan menumpang Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, serta menggunakan sebahagian besar tenaga akademik Universiti Malaya (UM) pada awal penubuhannya pada tahun 1970 kemudian berpindah ke Bangi, bandar satelit bagi Kajang, secara berperingkat-peringkat. Kampus UKM Bangi dan Kajang sebenarnya sudah lama saling sinonim.
Sebelum berkembang pesat akibat penubuhan UKM Bangi, serta pelbagai pusat latihan agensi kerajaan dan korporat, Kajang memang sudah dikenali sebagai bandar sate. Malah, sate Kajang telah menjadi satu jenama penanda aras sate terbaik yang terjual hingga ke hemisfera selatan (klik di sini). Sejarah sate kajang boleh dibaca di sini.
Semasa penulis blog (PB) bergelar sebagai mahasiswa UKM suatu ketika dahulu, Kajang memang sangat kerap dikunjungi, sama ada untuk urusan peribadi atau urusan pengajian. Pada ketika itu, mahasiswa tidaklah bergaya mewah seperti yang berlaku sekarang. Kebanyakan mahasiswa membiayai pengajian dengan tajaan dermasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala sebahagian kecil mahasiswa yang bertuah mendapat tajaan biasiswa oleh JPA, Bank Negara dan Mara.
Maka, hanya segelintir mahasiswa yang mampu memiliki kenderaan sendiri atas faktor kos dan keselamatan. Pilihan utama dari kampus UKM ke Kajang ialah pengangkutan bas awam. Perkhidmatan teksi juga belum begitu rancak.
Semasa berada pada tahun tiga dan tahun empat pengajian di fakulti ekonomi, PB berjaya mendapat tempat di desa siswa Kamsis Ibrahim Yaakub, iaitu satu bilik seorang. Bersama sembilan orang rakan lain daripada pelbagai fakulti, PB menubuhkan kumpulan masak bagi menjimatkan perbelanjaan. Dengan hanya RM50 sebulan bagi setiap orang, sarapan, makan tengah hari dan makan malam dapat dinikmati oleh semua anggota kumpulan.
Selain itu, kumpulan masak yang ditubuhkan itu turut mempelawa sahabat di luar kumpulan yang kesempitan wang untuk makan bersama tanpa bayaran. Rezeki yang dikongsi dengan orang lain memang sangat berkat, justeru doa yang dipanjatkan oleh mereka yang menghargai pertolongan kecil itu amat makbul. Pasar Kajang menjadi destinasi harian kumpulan masak PB untuk membeli bahan mentah segar.
Terdapat juga cakap-cakap bahawa pekan Kajang menjadi sasaran amalan santau. Maka, berlegar bisik-bisik supaya sentiasa waspada untuk singgah di kedai makan. Pelbagai bentuk petua dan saranan disampaikan bagi mengenal pasti kemungkinan pelanggan mana-mana kedai makan menjadi sasaran.
Namun, sepanjang PB bergelar mahasiswa UKM dan pengunjung setia bandar Kajang, tiada pula kes santau benar-benar terjadi. Sebaliknya, Kajang sentiasa meriah dengan kegiatan ekonomi dan urusan orang ramai. Hari ini, Kajang semakin glamor apabila menerima tempias sebagai jiran Putrajaya dan Cyberjaya, serta termasuk dalam zon lebuh raya maklumat multimedia (MSC).
Pertumbuhan pesat bandar Kajang tidak sunyi daripada risiko kos sosial dan alam sekitar. Seluruh bandar Kajang pernah ditenggelami banjir besar beberapa tahun yang lalu apabila aras air meningkat secara mendadak, serta tidak mampu ditampung oleh sistem saliran yang sedia ada. Isu-isu kebajikan penduduk bandar dan proses kemajuan yang lestari dijangka mendapat perhatian semasa pilihan raya kecil kali ini ...
Tuesday, January 28, 2014
MOTIVASI BELAJAR: MUSLIHAT UNTUK PENCAPAIAN KECEMERLANGAN (SMART LAZY AND LESS EFFORT)
Assalamu alaikum dan salam sejahtera
Pelajar yang dikasihi sekalian
Pelajar yang dikasihi sekalian
Saya baru sahaja mendengar saranan supaya pelajar bangun seawal pukul empat pagi untuk mentelaah buku. Waktu berkenaan dianggap sebagai waktu perdana dan bening, justeru pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bacaan, latih tubi dan perancangan pembelajaran yang lain. Bagi pelajar Islam, mereka sempat menunaikan paling tidak solat tahajud sebelum memulakan pagi yang baharu.
Memang saranan berkenaan suatu pilihan yang wajar dipertimbangkan, tetapi keberkesanan pembelajaran mungkin berbeza mengikut keupayaan pelajar dan bidang pengajian. Tambahan pula, penekanan pembelajaran semasa tidak lagi bergantung kepada hafalan, sebaliknya terhadap pelbagai aras pembelajaran seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pentaksiran berterusan di dalam bilik darjah. Sementelah, sebahagian besar mata pelajaran memerlukan penglibatan aktif dalam persekitaran bilik darjah berbanding dengan kaedah pembelajaran bersendirian yang menitikberatkan kepintaran individu.
Di samping itu, penerapan kemahiran insaniah dalam pelaksanaan kurikulum menghendaki pelajar mengambil bahagian secara aktif di dalam bilik darjah atau bilik kuliah bagi tujuan aplikasi ilmu pengetahuan dan pembaharuan dalam persekitaran pendidikan yang mengalami kepesatan perubahan yang luar biasa. Akses maklumat di hujung jari mengakibatkan proses meluahkan kembali fakta yang dihafal dengan susah payah semakin terpinggir. Sebaliknya, pelajar perlu membiasakan diri dengan kurikulum futuristik yang menjamin persediaan utuh untuk kepentingan hari muka.
Pelajar yang dimuliakan,
Hakikatnya, kejayaan tidak semestinya milik mutlak ulat buku atau orang yang bekerja keras semata-mata. Kejayaan bukan semata-mata diukur dengan sebanyak mana ilmu pengetahuan yang dimiliki, tetapi sejauh mana seseorang pelajar itu menyumbang terhadap pengalaman pembelajaran bersama rakan sebaya, serta menerusi bimbingan guru. Tambahan pula, item soalan peperiksaan terkini bukan lagi menjurus kepada penulisan fakta per se, sebaliknya seiring dengan keperluan daya saing tanpa melupakan nilai jati diri dan kemenjadian pelajar.
Dalam usia yang masih remaja dan muda, pelajar juga beroleh kesempatan untuk menikmati fasa kehidupan yang indah itu seadanya. Mereka perlu memperuntukkan masa untuk interaksi bersama ibu bapa, jiran dan masyarakat. Ilmu pengetahuan yang dipelajari dan diperoleh tidak terpisah dengan kehidupan sebenar di depan mata.
Kebanyakan kampus universiti ternama di negara maju terletak secara berselerak di kawasan bandar, bukan seperti konsep menara gading eksklusif di suatu kawasan khusus. Pelajar universiti hebat seperti Oxford, Cambridge, Harvard, Yale dan al-Azhar berada di tengah hiruk pikuk nadi kegiatan masyarakat. Mereka tidak terkurung dalam persekitaran eksklusif, sebaliknya saban waktu menyaksikan dinamika masyarakat demi pembaharuan tubuh ilmu pengetahuan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, January 27, 2014
MODUL FUNGSI PENGGUNAAN, FUNGSI TABUNGAN (JUST LIKE PARETO PRINCIPLE)
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: FUNGSI PENGGUNAAN, FUNGSI TABUNGAN (28012014)_______________________
Hasil Pembelajaran:
M’jelasⁿ fungsi C dan fungsi S, i.e. MPC, MPS dan kesan cukai sekali gus
1 Dalam ekonomi dua sektor, pendapatan ________ ______ (Yd)
= ___ kerana tiada __________ ( )
2 Konsep, rumus takrif dan tafsiran
Konsep
|
Rumus
|
Takrif
|
Tafsiran
|
Kecenderungan Mengguna Purata (A___)
|
Nisbah antara ___
dengan ____
|
menunjukⁿ
|
|
Kecenderungan Menabung Purata (A___)
|
Nisbah antara ___
dengan ____
|
menunjukⁿ
|
|
Kecenderungan Mengguna Sut
(______)
|
Nisbah antara ____
dengan _____
|
menunjukⁿ
|
|
Kecenderungan Menabung Sut
(______)
|
Nisbah antara ____
dengan _____
|
menunjukⁿ
|
3 M’hitung APC, APS,
MPC, MPS
Y (RM)
|
C (RM)
|
S (RM)
|
APC
|
APS
|
ΔY (RM)
|
ΔC (RM)
|
ΔS (RM)
|
MPC
|
MPS
|
1 000
|
900
|
||||||||
1 100
|
120
|
||||||||
1 044
|
156
|
||||||||
200
|
100
|
4 Andaiⁿ MPC = 0.8,
maksudnya ______ daripada ___ di____________ⁿ;
maka MPS = 1 -
____ = _____, maksudnya ________
daripada ___ di___________ⁿ
5 Kesimpulan: APC
+ APS = ___;
MPC + MPS = ____
Fungsi Penggunaan
i.e. ___________ @ p’_____________ matematik menunjukⁿ
hubungan antara ____ dengan ____
C = a + b____
|
a = C
__________, i.e. C = +ve ketika Y = ___
b = C t’________, i.e. C yang dipengaruhi ___.
Semakin tinggi ___ semakin tinggi __,
___
|
Fungsi Tabungan
i.e. ___________ @ p’_____________ matematik menunjukⁿ
hubungan antara ____ dengan ____
S =
- a + (1-b)___
|
- a = S__________, i.e. S= -ve ketika Y =
___
1 - b = S t’________,
i.e. S yang dipengaruhi ___. Semakin tinggi ___ semakin tinggi __, ___
|
Hubungan Y dengan C, S
Kes
|
Maksud
|
Tafsiran / interpretasi
|
Y = 0
à C
= __ve
|
||
Y rendah à C
__ Y
|
||
Y = C à S
= ___
|
||
Y __
à C __; +Δ__ < +Δ__
|
+Δ__ akibat +Δ__dinamakan
_____; +Δ__ akibat +Δ__dinamakan _____
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Sunday, January 26, 2014
SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA? (EXTREME CLIMATE CHANGES)
Fenomena embun membeku dan hujan ais di puncak Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah Negeri Di Bawah Bayu meningkatkan rasa teruja rakyat negara ini tentang kemungkinan turunnya salji sebagaimana yang telah terjadi di Vietnam dan utara Thailand (klik di sini). Paras suhu di situ mencatat bacaan serendah negatif 2 darjah celcius. Namun, ahli kaji cuaca menyangkal bahawa salji telah turun justeru kedudukan geografi negara yang berada dalam zon khatulistiwa.
Cuaca sejuk turut dialami oleh wilayah pantai timur semenanjung dan negeri-negeri utara. Kuala Krai misalnya mencatat bacaan 17 darjah celcius, seolah-olah bertukar menjadi kawasan peranginan tanah tinggi yang dingin. Bandaraya Ipoh pula mencatat bacaan suhu minimum 22.8 darjah celcius.
Jabatan Kaji Cuaca (metereologi) menyatakan bahawa penghujung Januari dan awal Februari memang mencatat suhu paling rendah akibat pengaruh angin sejuk Siberia dan tanah besar China. Keadaan akan kembali menjadi normal selepas itu. Benua Amerika Utara juga menghadapi suhu sejuk yang ekstrem ketika ini.
Keadaan sebaliknya berlaku di hemisfera selatan, seperti Australia yang mendapat jolokan down under. Dalam kejohanan tenis terbuka Australia yang baru sahaja berakhir, banyak pemain ternama telah tersingkir di pusingan awal akibat tidak tahan dengan cuaca panas ekstrem yang mencecah bacaan melebihi 40 darjah celcius. Iklim panas kering memang sangat perit untuk dilalui.
...
...
...
...
...
...
Saturday, January 25, 2014
KESEIMBANGAN EKONOMI DUA SEKTOR (AGGREGATE EXPENDITURE, INJECTION - LEAKAGE MODELS)
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KESEIMBANGAN PN: KOMPONEN AE, J-W (27012014)________________________
Hasil Pembelajaran 1:
M’garisⁿ komponen AE, J – W.
1 Konsep Asas
Keseimbangan pendapatan negara
|
A__ = A__;
A__ = __; A__
= A__
|
Persamaan AE
|
AE =
|
Komponen suntikan (J)
|
_______________ (I), p’____________ k’_________(G), ___________ (X)
|
Komponen bocoran (W)
|
_________________ (S), _________
(T), ___________ (M)
|
2 ______________
menambahⁿ Y dan m’besarⁿ saiz aliran
______________ Y.
3 ______________ mengurangⁿ Y dan mengecilⁿ saiz aliran ______________ Y.
4 Keseimbangan PN dua
sektor
Pendekatan AE – Y
|
|
Pendekatan J – W
|
|
5 Pendapatan
__________ _______ (Yd) = _________________ (Y) setelah di________ ___________ (T)
6 Dalam ekonomi dua
sektor Yd = ___ kerana tiada ___.
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
...
...
...
...
...
Friday, January 24, 2014
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA DAN MASALAH (NARROW DOWN AND LIMITATION)
...
...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: MASALAH P’HITUNGAN PN (25012014) ________________________
KIRAAN
2 KALI
|
BARANG
TAK DIPASARⁿ
|
MENENTUⁿ
HARGA
|
BARANG
HARAM
|
|
|
|
|
KUMPUL
DATA
|
Δ
KUALITI BARANG
|
↑
HARGA BARANG
|
SUSUT
NILAI
|
|
|
|
|
KEGUNAAN DATA PN:
ALAT
P’UKUR ___________ ____________
|
ALAT
P’UKUR KADAR P’_________________ EKO.
|
|
|
ALAT
P’UKUR ____________ ___________ EKO.
|
PETUNJUK
Δ _______________ EKO.
|
|
|
ASAS
___________________________ EKONOMI
|
|
|
KELEMAHAN P’GUNAAN DATA PENDAPATAN PER KAPITA (Y pc)
PENGANGGURAN
|
AGIHAN
PENDAPATAN
|
|
|
MASA
REHAT
|
KOMPOSISI
PN
|
|
|
IKLIM, KAWASAN
|
HARGA
UMUM
|
|
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Thursday, January 23, 2014
ADAB PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM (OPEN MINDED BUT WITH VALUE DRIVEN)
Adab ialah gambaran keadilan yang terpancar daripada kebijaksanaan (the spectacle of justice as it reflected by wisdom) (Syed Muhamad Naquib al-Attas: 1980, The Concept of Education in Islam, 23). Adab umpama gelas yang membendung air, kerana tanpa gelas, air akan tumpah begitu sahaja. Ertinya, tanpa adab, tingkah laku seseorang itu akan mengalami kecelaruan.
Perbezaan pendapat yang berlandaskan adab sudah pasti mendatangkan kebaikan, tetapi perbezaan pendapat yang sarat emosi dan tajam boleh menjerumuskan pihak yang bertelingkah ke arah perpecahan yang parah. Antara punca perbezaan pendapat yang demikian ialah justeru berlaku pelanggaran terhadap perbahasan tentang perkara-perkara yang sepatutnya sudah jelas dalam agama, al-ma'lum minaddin bid-darurah. Selain itu, agenda perpaduan umat diabaikan justeru ada pihak yang mendahulukan prasangka daripada ilmu, serta kurang kekuatan diri untuk menahan sifat tercela (mazmummah).
Terdapat naskhah yang bersifat kontemporari tentang isu perbezaan pendapat dari sudut adab Islami oleh Dr. Thaha Jabir Fayyadh al-'Alwani (klik di sini) yang berjudul Adab'ul-Ikhtilaf fi'l-Islam (terjemahan versi bahasa Melayu oleh Hj. Md. Rivai Batutara, 1989). Perbezaan pendapat sudah berlaku sejak zaman Nabi, tetapi segera dirujuk kepada baginda Sallallahu alaihi wasallam bagi memperoleh keputusan yang muktamad. Analisis ringkas periodisasi pensejarahan mungkin merungkai kemusykilan betapa perbezaan pendapat yang berlaku akibat perubahan persekitaran dan zaman yang semakin rencam (klik di sini).
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa dalam satu peristiwa perang Ahzab, Nabi telah bersabda, maksudnya "Jangan solat Asar seorang pun melainkan di bani Quraizah". Para sahabat terbahagi dua, iaitu yang berpegang kepada zahir lafaz, dan yang membuat istimbath bahawa Nabi hanya bermaksud supaya mereka mempercepat perjalanan. Apabila dirujuk, Nabi Sallallahu alaihi wasallam tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.
Amru al-Ash bermimpi pada suatu malam yang dingin di Zat al-Salasil di bumi Syam (sekarang Syria), tetapi membuat keputusan untuk bertayamum sahaja walaupun ada air. Beliau solat Subuh berjemaah tanpa melakukan mandi wajib, bertakwilkan ayat 29, surah an-Nisa'. Apabila hal itu dimaklumkan, Nabi Sallallahu alaihi wasallam hanya tertawa (riwayat Abu Daud dan ad-Daruqutni).
Dalam satu lagi peristiwa yang serupa, seorang sahabat terluka di kepala akibat tertimpa batu, kemudian bermimpi (hadas besar). Sahabat lain menolak tayamum sebagai ganti mandi wajib, lalu sahabat berkenaan mandi lalu mati. Apabila dikhabarkan, Nabi Sallallahu alaihi wasallam marah (Ibid).
Usamah bin Zaid menikam musuh yang mengucap dua kalimah syahadah dengan andaian bahawa tindakan berkenaan semata-mata helah untuk menyelamatkan nyawa (takwil ayat 85, surah Ghafir). Nabi Sallallahu alaihi wasallam juga marah dan tidak memperaku pendapat berkenaan (riwayat Imam Ahmad, as-Syaikhan, Abu Daud, an-Nasa'i dan at-Tabrani). Banyak lagi peristiwa yang boleh dijadikan rujukan tentang adab perbezaan pendapat pada zaman awal Makkah dan Madinah.
Pada zaman khulafa' ar-rasyidin, Abu Bakr as-Siddiq pernah berbeza pendapat dengan Umar al-Khattab tentang kalimah illa bihaqqiha dalam konteks memerangi golongan yang ingkar membayar zakat. Namun, mereka berdua tidak pula menjadi renggang, bahkan berganding ketika mententeramkan perhimpunan Ansar di Thaqifah Bani Si'adah yang didominasi oleh jurucakap emosional tentang pelantikan khalifah. Selepas kurun keempat Hijriyyah, muncul golongan umara' yang kurang faqih, serta didampingi oleh golongan fiqh yang berkepentingan duniawi hingga mewujudkan faham taqlid per se.
Thaha Jabir memberikan saranan supaya umat Islam menghindari perbezaan pendapat sebaik mungkin, serta terhad kepada perkara yang bersifat tidak muktamad (furu') sahaja. Pihak yang berbeza pendapat juga hendaklah yakin bahawa pendapat pihak lain boleh jadi benar dan bersedia mengakuinya. Pendek kata, pendapat yang lebih kuat hendaklah didahulukan atas semangat persaudaraan.
Kesimpulannya, perbezaan pendapat yang menjurus terhadap kebaikan atau penambahbaikan memang sentiasa dialu-alukan, dengan syarat bahawa pihak yang berbeza pendapat itu akur terhadap pedoman adab yang dianjurkan oleh akhlak dan syariat. Sesungguhnya kepentingan perpaduan umat hendaklah menjadi keutamaan dengan semangat tasamuh (tolak ansur) justeru bibit-bibit perpecahan umat menjadi titik lemah yang sentiasa diintai oleh pihak musuh sebenar. Mudah-mudahan perbezaan pendapat yang dibenarkan itu sebaliknya menyumbang input yang kritikal terhadap proses penghujahan secara dialektik ...
KUIZ PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA (ACCURATE AND CLEAR CULCULATION)
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KUIZ PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA (24012014)________________________
1 Kaedah
Perbelanjaan
Takrif/ definisi /
maksud / erti /makna:
PN dihitung dengan m’____________ⁿ semua _________ b/p
yang dihasilⁿ sesebuah ___________ se________
|
2 Klasifikasi
Barang Konsep Contoh
barang
b/ a______________
|
|
|
b/p’______________
|
|
|
3 Komponen
Perbelanjaan
Konsep
Contoh barang
C = _______________ awam
|
|
|
_____ _________
s________
|
|
|
I = _______________
awam
|
|
|
_______________ s_________
|
|
|
Δ __________ (in__________)
|
|
|
Xn
|
|
|
4 Rumus am kaedah
perbelanjaan ialah KDNK ___ = C +
__ +
___ + X__
5 Nilai akhir yang
dihitung ialah K_____ hp
6 Perbelanjaan
negara boleh dihitung mengikut harga ____________ dan harga __________
7 Pendapatan negara
harga ___________ juga disebut sebagai pendapatan negara n____________
8 P’gunaan harga
_________ b’tujuan untuk m’peroleh nilai KNK b_________, untuk m‘ukur
p’________________
9 Gunakan maklumat berikut
untuk menghitung pendapatan negara* dengan
(a)
kaedah
perbelanjaan;
(b) kaedah keluaran
Pembinaan: 17 321 Bunga bersih: 5 000 Utiliti:
15 488 Pelaburan kasar swasta: 66 155
Pendapatan perusahaan persendirian:
9 000 Eksport
barang dan perkhidmatan: 655
335
Perubahan stok: -38 358 Pertanian: 39 992 Pengangkutan dan penyimpanan:19 760 Sewa: 3 000
Penggunaan awam: 95 918 Komunikasi: 21 619
Bayaran perkhidmatan bank: -21
872
Perlombongan dan kuari:40
246 Keuntungan syarikat:20 000 Perdagangan borong dan runcit: 69 498
Perkhidmatan lain: 31 580 Pembuatan: 138 809 Import barang dan
perkhidmatan: 508 927
Pelaburan kasar awam:71
670 Cukai import:6 445 Upah dan gaji:80 000 P'gunaanwasta: 338 894
Penginapan dan restoran: 3
007 Kewangan dan insurans: 61 210 Perkhidmatan kerajaan: 39 671
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan: 28 320
Bayaran faktor bersih ke luar negeri:
-14 640
|
*
semua angka dalam nilai RM juta
10 Hitungkan
sumbangan setiap komponen perbelanjaan terhadap
perbelanjaan negara.
11 Hitungkan sumbangan setiap sektor di bawah
terhadap keluaran negara.
12 Lengkapkan jadual
nilai barang akhir dan nilai tambah berdasarkan kegiatan pengeluaran di bawah:
Membalak di hutan:
RM 200 Menggergaji
balak menjadi papan: RM 350
Membuat meja: RM
600 Jualan runcit meja: RM 800
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Sumber data: Laporan Ekonomi 2010/2011 dalam Lai Moon Chang, 2013: ms 25, 27 (diubah suai).
Subscribe to:
Posts (Atom)