SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 22, 2018

HARIMAU MUDA PADAM RASA RENDAH DIRI BOLA SEPAK NEGARA (THE TRUE COLORS OF OUR.SPIRIT)

Keupayaan membenam skuad bawah 23 tahun Korea Selatan yang turut dibarisi pemain skuad Piala Dunia 2008 Rusia telah membenihkan kembali harapan peminat tegar bola sepak tanah air. Percaturan Datuk Ong Kim Swee selaku ketua jurulatih jelas menjadi. Sejak Piala Asia bawah 23 tahun yang lalu, Malaysia bukan lagi lawan yang mudah buat Taegeuk Jeonsa (Pahlawan Taegeuk), Harimau Asia, Si Merah, nama jolokan pasukan nombor satu Asia itu.

Berikut laporan akhbar Sinar Harian:


Muhammad Akhyar Rashid diasak oleh pemain Korea, Kim Minjae.
Foto - Bernama

SKUAD Bawah 23 Tahun Negara (B23) membuktikan reputasi dimiliki Korea Selatan selaku penyandang juara bukanlah sesuatu yang kebal apabila tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata dengan kemenangan 2-1 ke atas lawan pada aksi kedua Kumpulan E, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, sebentar tadi.

Dua gol jaringan dihasilkan Safawi Rasid pada awal permainan dan penghujung babak pertama ternyata mencalar ego pasukan bimbingan Kim Hag Burn yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mengungguli kedudukan dalam kumpulan.
Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menampilkan corak permainan penuh disipilin dengan sanjungan dan pujian perlu diberikan kepada benteng yang teguh memastikan gawang tidak dibolosi.

Malaysia tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila penjaring gol pertama Malaysia pada perlawanan menentang Kyrgyzstan, Safawi Rasid meledak gol menewaskan penjaga gawang Korea Selatan, Song Bumkeun pada minit ke 5.
Gol tersebut nyata memberikan tekanan kepada Korea Selatan yang melancarkan serangan bertali arus memburu gol penyamaan namun gagal selepas pertahanan Malaysia yang dipimpin Dominic Tan, Mohd Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin menjalankan tugas dengan penuh disiplin.

Safawi terus menceriakan kem negara apabila rembatannya dari luar kotak penalti sekali lagi berjaya menewaskan Bumkeun untuk gol kedua ketika perlawanan memasuki minit terakhir separuh masa kedua.
Memasuki babak kedua, Korea Selatan dilihat begitu tertekan menggandakan asakan memburu gol namun hampa walaupun pemain tumpuan mereka, Son Heung Min masuk sebagai pemain gentian untuk menambah jentera serangan.

Gol saguhati Korea Selatan akhirnya terhasil pada minit ke 88 melalui Hwang Ui Jo namun sudah terlewat untuk memastikan Harimau Muda meraih tiga mata penuh.
Kemenangan ini memastikan Malaysia layak berada dalam kelompok 16 terbaik selepas meraih enam mata penuh walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Bahrain, 20 Ogos nanti