SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TINGGAL 2015, SELAMAT DATANG 2016 (YEAR END, YEAR BEGIN)

Hanya beberapa minit detik 12 tengah malam yang memisahkan antara dua tahun yang berbeza mengikut kalendar masihi. Di Malaysia, tiada acara sambutan rasmi di peringkat persekutuan sebagaimana lazimnya. Dasar berjimat cermat sedang dilaksanakan bagi menghadapi cabaran ekonomi sejagat yang dijangka lebih getir tahun demi tahun.

Tahun 2015 menyaksikan Malaysia bergelut dengan gelora politik tempatan dan hubungan ekonomi antarabangsa. Hal itu akan bersambung ke tahun 2016 justeru titik noktahnya belum muncul. Pengenalan GST sebagai punca hasil persekutuan yang baharu bagi menampung penyusutan sumbangan Petronas masih hangat diperkatakan.

Kepada individu, kedatangan tahun baharu bererti keperluan perancangan yang utuh bagi menginjak usia yang semakin meningkat dari segi angka, tetapi berkurangan dari segi jangka hayat. Ada yang baharu memulakan pengajian menengah, prauniversiti dan ijazah asas. Ada juga yang masih mengamggur atau sudah mula menceburi kerjaya pilihan.

Seisi keluarga juga memprruntukkan sumber dengan cekap supaya serba serbi kecukupan. Kebijaksanaan silam menegaskan perihal ukur baju di badan sendiri. Susunan keutamaan bererti bahawa terdapat banyak pengorbanan kecil kena dilakukan supaya tujuan yang lebih besar dapat dicapai.

Kenangan tahun 2015 mumgkin sangat indah mungkin juga sebaliknya. Kenangan ialah pengalaman yang perlu dipelajari. Kehidupan jangan diikat dengan kenangan, tetapi sebagai pedoman untuk bertindak dan membuat keputusan hari muka.

Muhasabah diri terhadap kekuatan dan kelemahan silam menjadi penanda aras untuk bergerak menuju kesempurnaan. Memang manusia biasa tidak sesekali sempurna, tetapi wajib cuba menghampirinya. Maka, ungkapan sentiasa terbaik patut menjadi pegangan tanpa maksud ujub, riak dan segala sifat mazmummah yang seumpamanya.

Kini, tahun 2015 hanyalah suatu sejarah. Masa yang lalu tidak akan kembali dan tidak dapat dibeli. Bunyi letupan mercun di luar sana tidak membawa sebarang makna jika esok, daya usaha dan pencapaian masih di takuk lama.

Marilah kita melakar perubahan ke arah daya usaha dan pencapaian yang lebih baik hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya orang yang sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan, nescaya tidak sia-sia. Bukalah lembaran al-Quran, al-hadith dan kata-kata hukamak tentang hal itu.

Tiada masalah jika membina azam tahun baru sama ada ketika awal Muharam atau 1 Januari. Buat azam setiap kali bangun oagi pun lebih baik. Lidah sentiasa basah dengan lafaz kesyukuran, taubat dan zikir. Selawat dan bacaan kitab suci menjadi rutin di samping segala amalan fardu yang lain.

Marilah kita berdoa semoga panjang umur murah rezeki, serta senantiasa beroleh perlindungan Ilahi. Kita melakukan yang terbaik sama ada hubungan dengan Pencipta, dengan sesama insan san dengan segala ciptaan Allah yang lain. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, serta terhindar daripada azab neraka. Amin ...

Tuesday, December 29, 2015

NOVEL 'SONGKET BERBENANG EMAS' KOMSAS TINGKATAN 5 (YOU GET WHAT YOU DESERVE)

Hanya pada muka surat terakhir (halaman 255) pembaca beroleh jawapan tentang tajuk novel. Watak utama, Dahlia membelek hadiah berkenaan daripada tunangnya, Azhari semasa di dalam bas ekspres menuju Kuala Lumpur. Penulis novel, Khairuddin Ayip, 54, juga dikenali sebagai penulis buku model peperiksaan dan ulasan yang prolifik di pasaran.


Novel ini memenangi hadiah tempat pertama peraduan menulis novel remaja DBP pada tahun 1990. Secara keseluruhannya novel ini mudah difahami jalan ceritanya, serta tidaklah terlalu abstrak dari segi gambaran mental setiap watak yang dipaparkan. Kisah yang berkisar di sekolah dan di kampung juga tidaklah menghairankan justeru penulisnya seorang guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (180-82) dan Universiti Putra Malaysia (1996-1999).
Watak dan Perwatakan

Keluarga watak utama

Dahlia: pelajar tingkatn 6 / calon STPM

Embong: bapa Dahlia / suami Saleha / berhijrah dari Melaka

Saleha: ibu Dahlia / isteri Embong / anak Nek Kiah / pesakit jiwa Hospital Permai

Mawar: adik Dahlia / pelajar sekolah berasrama penuh

Melati:

Kiambang:

Anggerik: adik bongsu Dahlia

Abu Bakar: adik lelaki tunggal Dahlia / lulusan SPM pangkat 3

Nenek Kiah: nenek Dahlia / ibu Saleha / mertua Embong

Seman: bapa saudara Dahlia / anak Nedk Kiah

Pengkagum watak utama:

Azhari: siswazah / pekerja sementara Hospital Permai / penagih cinta Dahlia

Najib: pesaing Azhari

Rakan sekolah watak utama:

Siti Wangi:

Kavita:

Jiran watak utama di kampung:

Haji Sulaiman: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Rais

Aton: Ibu tunggal / ibu Said

Said: anak tunggal yang mati lemas di sungai walaupun cuba diselamatkan oleh Dahlia

Tauke Lim: rakan baik Embong / sama-sama dari Melaka

Guru watak utama:

Cikgu Hisyam: guru kelas, lewat 30-an masih bujang

Cikgu Salwani: warden asrama

Cikgu Daim: bekas guru di SMK Tun Ismail / Setiausaha Bahagian Seri Gading

Watak sampingan lain:

Dokor Ridhuan: pegawai perubatan yang merawat saleha

Cikgu Zalina:  ibu Azhari

...

...

Sinopsis

Dahlia, pelajar harapan STPM di sekolah berhadapan dengan pelbagai masalah keluarga, jiran dan desakan Azhari. Ibunya Saleha menghadapi masalah kemurungan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Permai. Hubungan keluarga Dahlia dengan Nenek Kiah tidak mesra kerana Embong, bapa Dahlia bukan menantu pilihan, apatah lagi baru berhijrah dari Melaka. Dahlia membuat keputusan untuk meninggalkan asrama sekolah, bahkan agak lama juga tidak hadir ke sekolah. Embong pula dipatuk ular tedung dan terlantar di hospital selama seminggu. Kedudukan kewangan keluarga Dahlia juga kritikal justeru Embong hanya bekerja mengambil upah di kebun kelapa sawit. Dua ekor kambing Said juga dijual aoleh Abu Bakar secara sembunyi. Nek Kiah pula termakan pujukan Seman untuk menjual tanah tapak rumah keluarga Dahlia. Kejadian banjir mengakibatkan rumah Dahlia ranap, jambatan hanyut dan penduduk kampung ditempatkan di balai raya. Hubungan masyarakat kampung kembali erat. Mereka bergotong-royong membina semula rumah keluarga Dahlia. Dahlia juga menjenguk Nek Kiah yang terlantar sakit. Peristiwa itu mengubah sikap Nek Kiah. Dahlia kembali ke sekolah. Walaupun keputusan STPM belum diumumkan, Dahlia terpilih untuk mengikut program persediaan ke Jepun di Universiti Malaya. Sehari sebelum ke Kuala Lumpur, Dahlia mengikat tali pertunangan dengan Azhari.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, December 26, 2015

MENITI IMPIAN: NOVEL KOMSAS TINGKATAN 2 (HANDS-ON DISCIPLINE IN EDICATION AND TRAINING)

Pengenalan

Watak utama: Zahar bin Kamarudin (ms 164)
Judul novel diambil daripada Bengkel Perabot Meniti Impian, yang didirikan secara gotong-royong di bekas tapak kebun ibu Zahar. Pembaca hanya menemui hal itu pada bab terakhir, iaitu bab 24 yang berjudul 'Impian Terlaksana', muka surat 194. Zahar telah lulus pangkat satu MLVK dalam bidang Pertukangan Perabot.
Penulis novel bernama Osman Ayob, tetapi tiada biodata disertakan. Berdasarkan maklumat facebook, Osman Ayob penulis berpengalaman lulusan USM. Beliau menetap di Sungai Petani walaupun berasal dari Kuala Lumpur.
Keistimewaan novel ini ialah pengertian tentang kecemerlangan dari sudut yang berbeza. Akibat demam ketika menduduki peperiksaan SPM, Zahar hanya beroleh pangkat tiga. Zahar tidak dapat mengikut jejak Suhaili binti Abdul Karim, rakan sekelas dan cinta pertamanya ke ITM.

Zahar tidak menduduki semula SPM kerana dua orang adiknya bersekolah. Sebaliknya, Zahar membantu Pak Yusuf, adik ibunya, di bengkel perabot kampung. Dari situ, minatnya berputik sehingga diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani tiga tahun kemudian.

Suhaili memandang rendah pilihan Zahar, apatah lagi dia sudah menggenggam diploma serta menjalin hubungan dengan anak Yang Berhormat. Di IKM, Zahar berkenan dengan Norimi binti Kamil dari Johor yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina. Norimi memang prihatin dan simpati, tetapi sifat feminin yang cemburu agak menyerlah.
Selain Norimi, Cikgu Baharom menjadi pendorong untuk Zahar melakar kejayaan yang cemerlang. Zahar turut aktif dalam permainan bola sepak sebagai pemain penting institut. Persekitaran IKM Sungai Petani sangat baik, termasuk rakan-rakan yang tekun belaka.

Ketika menjalani latihan di Kamunting, tanpa disangka Zahar bertemu semula dengan Suhaili yang menyandang jawatan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Razali, rakan serumah Zahar memberitahu Suhaili meninggalkan Petaling Jaya kerana sudah putus cinta. Walaupun Suhaili cuba merebut hatinya kembali, Zahar sentiasa mengelakkan diri.

Usai latihan, Zahar pulang ke kampung untuk memulakan perniagaan. Zahar memperoleh pinjaman Mara senyak RM100,000 di samping RM5,000 lagi dari kocek sendiri dan sumbangan keluarga. Dua pucuk surat diterima serentak daripada Suhaili dan Norimi.

...

...

...

...

...

...

...



Friday, December 25, 2015

BIMA SAKTI MENARI: NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 PANTAI TIMUR


Pengenalan

Jumlah muka surat = 195
(tidak termasuk kulit dan muka surat berhuruf roman)
Muka surat ilustrasi = 34
Muka surat kosong = 1
Muka surat glosari = 5
Muka surat biodata penulis = 3

Maka, jumlah muka surat yang sebenarnya perlu dibaca ialah 152 halaman. Penulis novel ialah Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Sinopsis

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.

Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.

Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.

Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.

Tema


Teknik penceritaan


Susunan plot


Kesesuaian tajuk


Perwatakan


Latar masyarakat


Latar masa


Latar tempat


Nilai murni


Persoalan


Pengajaran 


Peristiwa menarik


Unsur kejutan / saspens 


Contoh tugasan soalan


Contoh cadangan jawapan


Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Penutup dan kesimpulan

BAB 1 NOVEL 'JALAN KE PUNCAK': BAGAIKAN MIMPI, TINGKATAN 2 (INDUSTRIAL TRAINING EXPERIENCE)

Pengenalan

Watak utama: Laiman (pelajar kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri)

Watak sampingan: Sukri, penyelia latihan industri dan rakan Laiman

Watak imbas kembali: Chow Chin (pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya)

Latar tempat: pejabat tempat latihan industri (loji minyak) dekat pekan lutong, Sarawak

Latar masa: Waktu rehat tengah hari

Sinopsis:

Sambil menyusun fail yang berselerak, Laiman mengelamun perihal kehadirannya di Sarawak. Selepas rehat, Laiman berhasrat untuk menjenguk kerja pembersihan loji minyak. Dia mahu berkongsi pengalaman dengan pekerja bawahan yang berpengalaman lama. Laiman mahu ke bilik rehat sahaja, tetapi diajak oleh Sukri untuk makan di luar. Dalam kereta, Sukri bertanyakan perancangan kerjaya Laiman, tetapi Laiman sebagai pemengang biasiswa kerajaan mahu berfikir dahulu walaupun mendapat tawaran. Laiman teringat akan Chow Chin, senior di universiti yang muncul sebagai jutawan tanpa bergantung kepada bantuan ayahnya yang kaya raya. Seorang pengusaha bengkel yang bermula sebagai pekerja biasa turut bermain dalam ingatannya. Lamunan Laiman terhenti apbila kereta Sukri berhenti di hadapan warung tepi jalan.


Perwatakan:

Tegas diri / jati diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan

Peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri

Berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri.

Latar masyarakat:

Masyarakat mahasiswa: Sukri, pelajar tahun tiga fakulti kejuruteraan (Unimas)

Masyarakat yang tegas diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan

Masyarakat yang peramah: (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Masyarakat yang berdikari: (huraian sama seperti dalam perwatakan)


Nilai murni:

Ketegasan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Keramahan / kemesraan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Berdikari (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Persoalan

Ketegasan dalam membuat keputusan / pendirian (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Keramahan / kemesraan dalam komunikasi / pergaulan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Berdikari dalam perancangan kerjaya / masa hadapan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Pengajaran

Kita hendaklah tegas diri dalam membuat keputusan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Kita hendaklah ramah dalam komunikasi / pergaulan (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Kita hendaklah berdikari dalam perancangan kerjaya  (huraian sama seperti dalam perwatakan)

Teknik penceritaan:

Sudut pandangan orang ketiga: penulis novel memerihalkan segala peristiwa dan perkembangan watak

Perbincangan kbat


Contoh tugasan


Contoh penulisan jawapan

Saranan untuk murid

Saranan untuk guru

Penutup dan kesimpulan

...

Wednesday, December 23, 2015

'JALAN KE PUNCAK' NOVEL KOMSAS TINGKATAN 2 (ENGINEER BECOME AQUABUSINESS ENTREPRENEUR)

Pengenalan

Novel 'Jalan Ke Puncak' edisi murid mengandungii 122 muka surat, termasuk 13 halaman paparan ilustrasi dan satu halaman glosari. Maka, hanya lebih kurang 104 halaman bercetak penuh yang perlu dibaca. Andai kata, proses membaca dilakukan tanpa henti, insya-Allah selesai dalam tempoh dua jam sahaja.

Terdapat 15 bab semuanya. Namun, uniknya bab 5 berjudul 'Pulang' hanya sebaris ayat dengan sembilan patah perkataan. Bab-bab lain antara 4 hingga 12 halaman.
Kulit hadapan novel memaparkan tiga perkara, iaitu jurutera muda bertopi keselamatan dan berkaca mata, pemandangan kota dan sepohon pokok yang subur menghijau dengan akar tunjang yang kukuh. Jurutera muda itu (watak utama: Laiman) sedang mendongak. Dia sedang mencatur masa hadapan yang penuh cabaran.

Judul 'Jalan Ke Puncak' memberi gambaran bahawa watak utama perlu mendaki laluan yang mencabar sebelum menikmati kejayaan. Laiman tidak memilih untuk selesa dengan kerjaya makan gaji, sebaliknya menceburi tradisi keluarga tani di kampung. Kemahiran insaniah yang diperoleh di universiti digunakan untuk menghadapi cabaran berfikir cara lama (status quo) dan menangani persaingan secara sihat atau menang-menang (membimbing Kedek dan Muali yang pernah 'lari' daripada projek ternak airnya setelah dihantar menjalani latihan).

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, December 22, 2015

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 5 (CONFLICT AND RESENTMENT IN THE COLONIAL EXPERIENCE))

Pengenalan
Cerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini dimuatkan pada muka surat 43 - 58, termasuk hampir lima halam ilustrasi. Penulisnya Zainal Rashid bin Ahmad, 48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen sahaja sudah memancing perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda bernama Ahmad Mutawakkil itu.


Tema
Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Sinopsis
Permulaan cerita sebenarnya pengakhiran cerita. Ahmad Mutawakkil, anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth keranan baginya budi dan hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah ...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Monday, December 21, 2015

CATATAN PERJALANAN DI BUMI KOREA SELATAN (EXPERIENCING EXTREME COOL WITH ARTIFICIAL WINTER)

Sesudah enam jam penerbangan pesawat AirAsia berlepas dari lapangan terbang KLIA2, akhirnya romongan kami tiba di Seoul kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan. Usai urusan imegresen dan bagasi, kami diberi taklimat ringkas tentang acara orogram seterusnya. Kami bergerak dengan dua buah bas yang selesa walaupun 40 orang anggota rombongan boleh muat dalam sebuah bas.

... akan datang

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, December 20, 2015

'BEBERAPA PETUA HIDUP' KARYA ZA'BA, KOMSAS TINGKATAN 5 (THE CARDINAL VALUE OF MANLINESS)

Antologi Sejadah Rindu dimulai dengan gurindam yang berjudul 'Beberapa Petua Hidup' nukilan Pendeta Za'ba: Zainal Abidin bin Ahmad, 1895 - 1973). Gurindam dibahagikan kepada 7 bahagian berasingan, iaitu Fikir dan Kata (4 rangkap), Silang Sengketa (2 rangkap), Ilmu (2 rangkap), Dunia Pergaulan (3 rangkap), Sifat-sifat Yang Baik (3 rangkap), Perbuatan Yang Baik (2 rangkap) dan Sifat-sifat Yang Jahat (2 rangkap). Keseluruhannya, terdapat 18 rangkap atau 36 baris yang dipersembahkan dalam gurindam Pendeta Za'ba itu.

Sebelum perbincangan tentang komponen sastera dan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), mari mulakan dengan menjelaskan maksud setiap bahagian dan rangkap gurindam.

Fikir dan Kata

Kurang fikir kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

(Seseorang yang kurang berfikir dan kurang teliti sudah pasti akan melakukan kesilapan)

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

(Sebelum bercakap, seseorang itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak timbul salah falam dan tafsiran yang sipi yang berkemungkinan mencetuskan perbalahan)

Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

(Kata-kata pedas, sindiran atau kecaman jika diucapkan bagaikan mengundang bahaya besar. Beringin atau ara waringin ialah pohon yang dianggap mistik [menyeramkan dalam kalangan masyarakat Jawa kuno]. Upas atau pokok ipoh juga mengandungi getah yang beracun)

Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
(Seseorang yang tidak menjaga pertuturan, celopar atau cakap lepas biasanya mudah terjebak dalam kancah kebinasaan dan kerosakan diri sendiri)

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

(Individu atau pihak yang cenderung terhadap saling berbalah / bergaduh, lambat laun akan kecewa / bermuram durja)

Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.

(Saling berbalah / bergaduh / bermusuh hendaklah dielakkan, tetapi jika bertemu juga kenalah dihadapi)


Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

(Andai ilmu / pengetahuan sah belum mencukupi, maka berkuranglah faedah / manfaatnya)

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.

(Segala kebijaksanaan / pengetahuan sah boleh dicari dengan syarat bersungguh-sungguh menuntutnya)


Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

(Dunia / bumi memang tempat berkawan / berinteraksi, namun perlu berhati-hati memilih teman akrab dan rakan)

Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.

(Seseorang itu dapat dinilai pekerti / peribadinya menerusi pemerhatian terhadap rakan yang sering bersamanya)

Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

(Umpama kawanan burung yang pada zahirnya serupa, sentiasa bersama ke mana-mana)

Sifat-sifat Yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.

(Andai anda / seseorang mengamalkan kebijaksanaan, maka anda / dia akan disukai dan disanjung tinggi)

Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.

(Andai anda / seseorang itu suka menderma, semua orang akan menyenangi anda / dia)

Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.

(Andai anda / seseorang itu suka memberi, semua orang bersedia menyokong / menolong anda / dia )

Perbuatan Yang Baik

Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

(Orang yang suka berbakti / berbuat baik akan sentiasa terhormat, terpuji, dikenang sampai bila-bila)

Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

(Perbuatan membantu orang lain suatu kemestian, tetapi setelah mencukupkan keperluan diri sendiri)

Sifat-sifat Yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

(Jika hanya pada zahirnya kelihatan baik sedangkan di hatinya tersembunyi kejahatan / khianat, maka kedua-dua belah pihak akan menyimpan rasa curiga / tidak percaya)

Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.

(Seseorang / pihak yang suka berbuat jahat / aniaya / belot / tidak setia, maka dia akan beroleh balasan keji / terkutuk / kemurkaan Allah)


Perbincangan komsas

Tema: nilai-nilai murni sebagai pegangan hidup seharian
Nilai murni:

1  Berhati- hati

2  Kesungguhan / ketekunan

3  Kebijaksanaan

4

5

6

7

Persoalan:

1   Berhati-hati dalam percakapan / komunikasi

2   Kesungguhan / ketekunan dalam menuntut ilmu / belajar

3   Kebijaksanaan dalam pergaulan

4

5

6

7

Pengajaran:

1

2

3

4

5

6

7

Perbincangan kbat

1

2

3

Contoh tugasan

1

2

3

4

Cadangan jawapan

1

2

3

4

Saranan kepada guru

1

2

Saranan kepada murid

1

2

Penutup dan kesimpulan

1

2

selamat belajar ...

Saturday, December 19, 2015

SEJADAH RINDU: ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHARU TINGKATAN 5 (NEWCOMER AND ESTABLISHED WRITERS TOGETHER)

Naskhah antologi 'Harga Remaja' mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada teks komsas terkini yang berjudul 'Sejadah Rindu'. Hanya calon SPM ulangan (Jun) masih menggunakan naskhah terdahulu. Murid tingkatan 5 tahun 2016 dan empat kohort seterusnya bakal menekuni naskhah antologi baharu.

Naskhah 'Sejadah Rindu' dijual pada harga rak RM4.30 sahaja. Naskhah setebal 120 halaman itu dicetak dengan menggunakan kertas bermutu tinggi. Reka bentuk kulit hadapannya boleh dikatakan sebagai kreatif dan menarik.
Naskhah Sejadah Rindu memuatkan hanya 11 buah karya pelbagai genre. Naskhah dimulai dengan dua buah karya Pendeta Za'aba, iaitu Beberapa Petua Hidup dan Berbuat Istana Zaman Dahulu. Zaaba memang penulis yang berfikir mendahului zaman dengan menerapkan nilai murni serta jati diri yang sangat mulia.

Puisi moden menampilkan nukilan 4 buah sajak, diikuti oleh prosa tradisional tunggal berjudul Burung Terbang Dipipiskan Lada. Tiga buah cerpen terpilih berupa buah tangan Zainal Rashid Ahmad, Illias Zaidi dan Aminah Mokhtar. Naskhah diakhiri dengan skrip drama 'Bukan Gila' karya Sharif Shaary.
Judul antologi diangkat daripada sajak karya pe ulis muda, Mohd. Haikal bin Aminuddin, 24. Sajak lima rangkap itu dipaparkan pada halaman 13 - 14. Sajak bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada agama.

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

(Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam kalbu yang selalu tertutup)

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan

(Menerusi segala deria kuniaan Ilahi, penyajak merayu dipulihkan jalan yang benar walaupun akur tentang kekurangannya sebagai manusia biasa. Penyajak mengharapkan taubatnya diterima sebelum dia mati)

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(Penyajak menangis dengan sesungguh hati sehingga dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana bening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri)

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

(Penyajak benar-benar berasa dirinya kosong dan ego dirinya musnah. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di hamparan tempat dia berdoa sekian lama. Dia memohon keampunan yang tuntas terhadap Tuhan dengan penuh gementar)

Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

(Permintaan penyajak terhadap Tuhan yang satu agar dia menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal)

Kalam Pertama, 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tema:

Nilai:

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Contoh tugasan


1 (aras petikan)

2 (aras kbat)

3 (aras komsas)

Saranan kepada guru

Saranan kepada murid

Kesimpulan dan penutup

CELOTEH DJ KENDURI KAHWIN: SIAPA YANG DENGAR? (SCRIPTED FOR RELAXING EMCEE)

Majlis jamuan bagi meraikan mempelai memang dikhususkan kepada tetamu yang diundang oleh tuan rumah. Orang yang hadir pun singgah sebentar sahaja, tidak berlama-lama atau melekat di meja makan kerana banyak yang menunggu giliran tempat duduk dengan sabar. Tuan rumah pula sibuk menyambut ketibaan tetamu yang tidak putus-putus terutama pada waktu puncak.

Berdasarkan suasana yang tersebut, pengacara majlis hendaklah peka akan keperluan dan persekitaran yang ada. Tetamu datang untuk menikmati makanan sambil berbual-bual dengan anggota keluarga dan kenalan yang sesekali bersua muka. Jika pengacara membuat bising serta memainkan muzik yang membingitkan telinga, maka itu suatu bentuk gangguan yang menyeksakan.

Maka, sebelum mengacara sesebuah majlis perkahwinan, pengacara wajib melakukan kerja rumah dengan mengumpul maklumat yang berkaitan. Penyampaian yang bersahaja tidak bermaksud dilakukan secara spontan sepenuhnya. Tanpa perancangan dan persediaan skrip, pengacara akan sering tersasul dan mungkin menyentuh sensitiviti mana-mana pihak secara tidak sengaja.

...


...


...


...


...


...


...


Friday, December 18, 2015

PENYAMUN BERSENJATA TUMPAS DI DEPAN MATA (CRIME DOES NOT PAY)

Kegiatan jenayah berlaku kerana wujud niat, peluang dan mangsa. Penjenayah berkeliaran sepanjang masa dan di mana-mana. Kealpaan mangsa sasaran walaupun kecil akan dimanipulasikan dengan begitu licik dan kejam.

Apa-apa pun alasan pelakuan jenayah, tiada sebarang kewajaran untuknya. Penjenayah menceroboh hak sah mangsa secara kekerasan ataupun tanpa kesempatan untuk menyelamatkan diri. Masyarakat yang menjunjung peradaban dan tamadun akan mengenakan hukuman yang setimpal atas setiap perbuatan jenayah.

Kejadian samun di kawasan kejiranan penulis blog (PB) mempunyai jalur cerita yang sama, iaitu masyarakat sangat membenci kegiatan jenayah. Seorang wanita Cina separuh umur telah ditetak dengan pisau pemotong daging di tangannya. Dua orang penjenayah bermotosikal nekad melakukan samun pada waktu siang hari, iaitu kira-kira pukul 3 petang.

Dalam keadaan terkejut, nyonya itu menjerit, lalu menarik perhatian orang awam lain. Seorang pemandu keturunan India sempat menghimpit motosikal penjenayah yang dipercayai menghadapi masalah clutch. Penjenayah terjatuh, lalu cuba melarikan diri.

Penjenayah yang menunggang motosikal tidak sempat mencapai apa-apa senjata lalu dibelasah oleh orang ramai. Namun, penjenayah kedua menghayun-hayunkan pisau pemotong daging menyebabkan dia sukar didekati. Orang ramai terpaksa menggunakan kayu panjang untuk melemahkan pergerakan penjenayah, iaitu mensasarkan bahagian kaki.

Akhirnya, penjenayah membaling pisau ke dalam longkang sambil melarikan diri tetapi nendapati kepungan senakin kuat. Dia terjelepuk lalu dibelasah sehingga tidak bermaya. Polis berpakaian preman muncul setengah jam kemudian bagi menggari penjenayah yang ganas itu.

Seorang anggota keluarga yang berbadan tegap kelihatan membawa kayu panjang bagi membelasah penjenayah, tetapi berjaya dihalang kerana penjenayah sudah dikawal ketat. Polis tidak memberi muka kepada penjenayah lalu disumbat dalam kenderaan polis dan dibawa pergi. Penjenayah tidak dibenarkan berbaring.

Tindakan berani orang awam walaupun berisiko tinggi patut dipuji. Tindakan secara kolektif dengan mengenepikan segala perbezaan telah berjaya menumpaskan penjenayah yang sanggup membunuh mangsa demi mencapai matlamat jenayah. Orang ramai mengetahui had tindakan mereka supaya penjenayah dapat diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tonakan selanjutnya ...

Thursday, December 17, 2015

Wednesday, December 16, 2015

SALAH FAHAM KONTRAKTOR TERHADAP BAYARAN GST (TRANSFERING FINANCIAL RESPONSIBILITY)

Pengenalan rejim cukai barang dan perkhidmatan, GST bermula 1 April lalu bertujuan menampung kekurangan hasil sumbangan Petronas akibat kejatuhan harga petroleum. Kutipan berjumlah hampir RM40 bilion setahun itu dijangka dapat mengehadkan tekanan kurangan (defisit) fiskal yang dihadapi dalam belanjawan negara. Pihak kastam menggalas tannggungjawab melaksanakan pentadbiran dan kutipan GST dalam pelbagai sektor produktif.

Pembelian barang siap di pasaran perlu dibayar oleh pengguna, iaitu sektor isi rumah. Para peniaga pula dikenakan cukai perkhidmatan justeru mereka dibenarkan menuntut balik cukai input atas barang supaya tidak berlaku cukai berganda. Maka, peniaga tidak dibenarkan memindahkan beban cukai kepada pembeli sekali lagi.

Berlaku tafsiran yang salah dalam kalangan kontraktor pembinaan rumah kediaman apabila cuba memindahkan bayaran GST kepada pembeli perkhidmatan mereka. Memang benar bahawa setiap kali cek bayaran kemajuan diterima, kontraktor dikehendaki membayar GST. Namun, hakikat sebenar ialah bayaran GST dikenakan terhadap perkhidmatan kontraktor, bukannya kerana pembeli memperoleh pinjaman.

Tanggungjawab terpikul ke atas kontraktor secara tuntas melunaskan bayaran GST itu, bukannya pembeli yang sudah pun menanggung bayaran GST bagi setiap barang pembinaan yang diuruskan oleh pihak kontraktor. Prinsipnya ialah pembeli tidak boleh dikenakan bayaran GST secara berganda. Kontraktor mungkin mengalami margin keuntungan yang lebih kecil kerana tuntutan semula cukai input mungkin hanya mewakili tidak sampai 40 peratus daripada keseluruhan bayaran perkhidmatan yang diterima.

Desakan kontraktor tentang tanggungan bayaran GST bukan sahaja tidak sah, bahkan melanggar undang-undang kontrak, iaitu ikatan perjanjian pembinaan rumah yang ditandatangani. Pengguna hanya perlu menanggung bayaran GST sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian jual beli pembinaan rumah kediaman. Hanya pembeli yang peka mampu menggunakan kuasa tawar-menawar sebelum bersetuju menurunkan tandatangan.

Kontraktor mungkin mengambil jalan mudah kerana tidak mahu bersusah payah menuntut kembali cukai input atas pembelian barang bahan binaan. Mereka juga cuba memanipulasi kejahilan pembeli dengan alasan tindakan kastam. Selama ini, para kontraktor begitu licik dengan manipulasi dokumen belian bagi mengelak cukai serta enggan mengagihkan semula sebahagian keuntungan untuk menyumbang terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat.

Sistem komisen dan duit kopi telah sekian lama berleluasa dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan membina rumah kediaman. Pengenalan GST yang memerlukan sokongan dokumen jual beli yang sah mengakibatkan peniaga dan kontraktor tidak boleh berdalih lagi. Dalam jangka panjang, proses pembetulan kegiatan ekonomi akan berlaku walaupun pada peringkat awal banyak kesukaran terpaksa dilalui oleh semua pihak yang masih kabur tentang mekanisme GST.

Rasional pelaksanaan GST ialah perkongsian sumbangan dan tanggungjawab dalam proses kemajuan dan oembangunan negara. Isu politik dan patuh syariah harus diserahkan kepada kumpulan pakar dan pemikir yang autentik. Pengguna harus menggunakan kuasa tawar-menawar yang mereka miliki supaya tidak terperangkap dalam manipulasi mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh ...

Monday, December 14, 2015

PANDUAN BERURUSAN DENGAN PENGURUP WANG BERLESEN (FOREX BUYING ADVICE)

Perjalanan ke luar negara memerlukan perancangan rapi termasuklah perbelanjaan yang diperlukan. Denominasi mata wang negara yang hendak dikunjungi hendaklah dibereskan seelok-eloknya seminggu sebelum berlepas, terutama ke negara-negara yang kurang menjadi pilihan pelancong Malaysia. Kecuali mata wang dolar Amerika (USD), dolar Singapura (S$) dan riyal mudah diperoleh, di samping mata wang pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal dan Thailand, mata wang negara lain mungkin kekurangan stok atau tiada langsung di kedai pengurup wang.

Katakanlah seseorang itu hendak mendapatkan mata wang won bagi mengunjungi Korea Selatan. Kadar tukaran semasa ialah 365 won bagi setiap RM1, tetapi harga belian ialah antara RM3.75 hingga RM3.85 bagi setiap 1,000 won, bergantung kepada kedudukan kedai pengurup wang berkenaan. Jika setelah pulang dari Korea Selatan masih ada baki won, maka bolehlah dijual semula tetapi hanya dengan harga antara RM3.50 hingga RM3.68 bagi setiap 1,000 won.

Beza harga jualan dengan belian berlaku kerana di situlah bayaran komisen untuk pengurup wang atas setiap urus niaga yang berlaku. 

...

...

...

...

...

...

...


Saturday, December 12, 2015

GAMBIA ISYTIHAR SEBAGAI NEGARA ISLAM (THE DILEMMA OF AFRICAN CONTINENT)

Negara terkecil benua Afrika yang juga bekas jajahan Inggeris itu lebih dikenali kerana status kemiskinan dan taraf kesihatan penduduk yang rendah. Tiba-tiba negara berkenaan dimasyhurkan sebagai sebuah negara republik Islam yang bakal melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya. Perkembangan yang berlaku sudah pasti akan diberi perhatian justeru segala sumber pelaksanaannya akan menjadi penanda aras dan rujukan.

...
keluasan Gambia kurang sedikit daripada negeri Terengganu, tetapi jumlah penduduk melebihi 1.8 juta orang
sumber gambar di sini

...

...

...

...

...

...