SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 31, 2016

GURU DAN MESYUARAT (THE REAL WORKING HOUR AT SCHOOL)

Tugas asasi seseorang guru ialah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru dikehendaki akur dengan keperluan kurikulum yang telah ditetapkan sambil menyediakan reka bentuk penyampaian berdasarkan latar belakang murid dan persekitaran pendidikan yang sedia ada. Guru memikul tanggungjawab bagi memastikan bahawa sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran tercapai sepenuhnya.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

TEKS UCAPAN UNTUK MAJLIS PERSARAAN GURU (APPRICIATING AND SENT OFF)

TEKS UCAPAN PENGETUA
SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
__________________________
TARIKH: 31 MAC 2016 (KHAMIS)


Terima kasih pengacara majlis
Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan Tuan / Puan _____________________________
Penolong-penolong Kanan, Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru, pemimpin pelajar
dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam majlis meraikan persaraan _____________________________, guru pengkomputeran, pengajian prauniversiti tingkatan 6 SMK _______________________. Selama setahun saya mengenali _________________ di ____________ ini, saya berpendapat bahawa beliau seorang guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas keguruan beliau dengan cemerlang.

Hari ini, 31 Mac 2016, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun ______, _____________ akhirnya memilih untuk bersara secara pilihan pada hari lahir ke-58 beliau. Pengalaman _________________ cukup luas justeru telah berkhidmat di lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil sebelum  bergelar guru di SMK ______________ sejak tahun 1999, iaitu bersamaan 17 tahun lamanya. Sudah pasti bahawa sumbangan dan bakti _________________ tidak terhitung jumlahnya dalam konteks kemajuan dan perkembangan sekolah yang kita kasihi ini.

Saya percaya bahawa warga SMK ______________ akan berasa kehilangan seorang pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi pelajar yang pernah menerima bimbingan ikhtisas beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang tidak mengenali ___________________, beliau mungkin kelihatan pendiam, tetapi sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran dan pengalaman, khususnya dalam bidang I T dan isu semasa.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara operasi piawai atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. _______________ sudah tentu meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK __________________ ini ________________ membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, _______________________________ bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian pelajar pengkomputeran STPM cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan tugas lain yang diamanahkan dengan jayanya.

Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang ___________________ lalui semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai modal insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada _______________

           Pisang emas pisang berangan
           Selang seli si pohon ara
           Bersara tuan terasa kehilangan
           Doa kami tuan sejahtera

Selamat bersara _____________________________ .

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

Wednesday, March 30, 2016

Tuesday, March 29, 2016

CINTA PERTAMA DAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH TANGGA (THE SECRET OF A HAPPY FAMILY)

Barangkali tajuk ini sudah terlalu kerap ditulis dan sering dijadikan tema perbualan. Namun, tulisan ini bakal memaparkan kisah benar yang boleh diambil iktibar dan pedoman. Seperti biasa, nama watak dan tempat diubahsuaikan bagi melindungi maklumat peribadi pihak yang berkenaan.

Munir sudah mencecah usia 7 siri (70-an), manakala pasangannya muda lima tahun daripadanya. Mereka telah melayari bahtera rumah tangga selama puluhan tahun, malah telah mempunya beberapa orang cicit. Namun, kemesraan mereka berdua masih terserlah apabila ke hulu ke hilir menaiki motor kapcai dan bercanda bagaikan baru mula menempuh alam rumah tangga.

...

...

...

...

...

...

...

...

HARGA BAWANG PUTIH NAIK MENCANAK (CNY IMPACT GOES ON)

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah filem yang berjudul The Cry Onion. Dalam kalangan masyarakat nusantara, terdapat hikayat bawang putih bawang merah. Seolah-olah kisah bawang sangat berkait rapat dengan kesedihan dan penderitaan.

Namun, bagi chef ternama, tukang masak terlatih dan suri rumah, bawang merupakan bahan masakan yang sangat asas, penting dan mempengaruhi aroma serta keenakan hidangan. Kajian saintifik juga mendapati bahawa bawang tergolong dalam rempah ratus yang baik dan berkhasiat. Setiap dapur yang berasap akan terasa janggal tanpa stok bawang mencukupi.

Pengelyar bawang utama ialah negara China dan India. Walaupun bawang boleh tumbuh dengan mudah, sektor pertanian di negara kita belum lagi memberi perhatian terhadap kemungkinan bahawa bawang boleh ditanam dalam skala besar di sini. Maka, bekalan bawang tempatan masih tersenarai antara item import makanan yang berwajaran tinggi.

Kini, harga jualan runcit bawang putih berlegar di sekitar RM12 hingga RM13 bagi setiap kilogram. Hal itu bermakna bahawa lonjakan harga sebanyak 50 peratus semasa musim perayaan tahun baru Cina masih belum kebah. Akibatnya, segelintir peniaga pasar malam enggan menjual bawang putih kerana tidak tahan terhadap rungutan pembeli.

...

...

...

...

Monday, March 28, 2016

...


KEPENTINGAN KAD KESIHATAN TAKAFUL (PERSONAL RISK ALLOCATION)

Kesihatan ialah mahkota yang hanya dapat dilihat oleh si pesakit. Ketika sihat walafiat, mahkota itu tidak pernah kelihatan. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa sesuatu nikmat itu hanya dihargai apabila telah hilang, lucut atau luput.

Hakikatnya, walaupun seseorang itu berusaha menjaga kesihatan diri sekuat manapun, masalah penyakit yang mendatang adalah di luar kawalan. Kombinasi faktor genetik (keturunan) dan persekitaran sangat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Penyakit yang jarang-jarang dihidapi berkemungkinan diwarisi berselang generasi dan dengan nisbah kebarangkalian yang kecil.

Dahulu pengamal perubatan tradisional kampung sering menyebut tentang angin, terkena santau, disampuk makhlus halus, lemah semangat dan seumpamanya. Namun, kini hampir semua masalah kesihatan boleh dirujuk kepada doktor pakar untuk dicarikan penawar dan jalan kesembuhan, kecuali mati. Seseorang doktor pakar telah menghabiskan masa minimum lima tahun di peringkat ijazah asas perubatan dan empat tahun lagi untuk sarjana kepakaran.

Bayaran perkhidmatan doktor pakar sudah pastilah berlipat kali ganda berbanding dengan doktor biasa (general practitioner, GP). Walaupun demikian kos yang tinggi sebenarnya amat berbaloi. Diagnosis keputusan pemeriksaan doktor pakar dikatakan 33% tepat berbanding doktor biasa yang hanya 3% tepat.

Tidak dinafikan bahawa mutu perkhidmatan di hospital kerajaan sememangnya cukup tinggi, tetapi tempoh mendapatkan rawatan pakar didapati lebih panjang secara berbanding dengan perkhidmatan hospital berbayar swasta. Masyarakat yang berpendapatan tinggi berpeluang menjalani rutin pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital pakar swasta. Masyarakat berpendapatan sederhana dan tendah tidak perlu berasa iri hati kerana hal itu membolehkan tempoh menunggu di jospital kerajaan dapat disingkatkan.

...

...

...

...

...

Sunday, March 27, 2016

KOMUNITI IKHTISAS BELAJAR DI SEKOLAH (PLC & EXCLUSIVE PRACTICE AMONG TEACHERS)

Idea berbaris dalam pendidikan nampaknya tidak pernah menemui titik noktah. Penggubalan dasar pendidikan begitu kuat dipengaruhi oleh desakan industri (manpower planning) dan sekumpulan tokoh yang berasa mereka cerdik tentang hal ehwal pendidikan (social demand). Selain itu, muncul pemikiran modal insan (human capital) yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap, tetapi dalam kerangka kebendaan dan utilitarian.

Robert T. Kiyosaki juga mempunyai pengaruh yang tersendiri walaupun beliau bukanlah seorang sarjana dalam bidang pendidikan. Kiyosaki menulis betapa pelajar gred A akan bekerja dengan pelajar gred C yang menjadi usahawan, manakala pelajar gred B akan menyertai sektor awam. Kiyokasi membidas fahaman bahawa wang tidak penting, serta kecelaruan tentang aset dan liabiliti dalam pemilikan hartanah.

Sekilas pandang, Kiyosaki berjaya membuat pengamatan yang tajam terhadap keberhasilan dunia pendidikan yang tidak begitu menyebelahi orang-orang pintar yang menguasai disiplin ilmu yang sangat sukar. Para profesor harus tunduk kepada aturan birokrasi, selain hidup seadanya berbanding dengan golongan peniaga yang mungkin hanya lepasan sekolah biasa. Ahli ikhtisas seperti doktor, akauntan, jurutera dan peguam juga mungkin tertakluk kepada perintah pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), serta majikan yang berpendidikan biasa-biasa sahaja.

Atas premis itu, pendidikan dan latihan berorientasi vokasional dan hands-on dianggap lebih menguntungkan dari segi kerjaya dan pendapatan. Universiti juga mula menawarkan pengajian yang dahulunya dilaksanakan oleh institut latihan teknikal. Aliran akademik walaupun masih bertahan, tetapi semakin tidak dipedulikan oleh sebilangan besar murid di sekolah.

Perkembangan yang berlaku itu menimbulkan rasa khuatir yang tidak sedikit dalam kalangan cendekiawan pendidikan. Kecenderungan membiarkan urusan pendidikan dicaturkan oleh kapitalis industri, amatur dan orang awam mendatangkan kesan buruk dalam jangka panjang. Hasrat untuk memupuk pembelajaran ke arah penggemblengan jati diri dan nilai murni akan diambil alih oleh persaingan kebendaan semata-mata.

Bagaimanakah para guru selaku ahli ikhtisas pendidikan berupaya mencari jalan supaya murid mencintai ilmu pengetahuan dan amalan terbaik dalam kehidupan? Masih adakah ruang untuk mengukuhkan tingkah laku terbaik walaupun murid kelihatan lebih menjurus terhadap kerja tangan dan berbantu teknologi? Bersediakah guru mengangkat martabat mereka sendiri sebagai ahli ikhtisas pendidikan yang sebenar, bukan sekadar pak turut kapitalis dan amatur?

...

...

...

...

Friday, March 25, 2016

Thursday, March 24, 2016

Tuesday, March 22, 2016

TEORI KUANTI WANG KLASIK IRVING FISHER (SUBJECTED TO BASIC ASSUMPTIONS)

Secara amnya, teori kuanti wang mengatakan bahawa peratus perubahan bekalan wang bersamaan dengan peratus perubahan tingkat harga umum (%◇M = %◇P) atas andaian halaju wang (V) dan jumlah urus niaga (T) adalah tetap. Persamaan teori kuantiti wang ialah MV = PT
Bahagian MV mewakili perbelanjaan agregat, manakala bahagian VT mewakili keluaran / pendapatan negara (Y).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, March 20, 2016

Saturday, March 19, 2016

Thursday, March 17, 2016

Tuesday, March 15, 2016

MINYAK MASAK KITAR SEMULA JEJAS KESIHATAN PENGGUNA (BAD PRACTICE OF HAWKERS)

Kita sering mendengar kisah jutawan senyap dalam kalangan penjaja jalanan dan peniaga pasar malam. Dengan kos sewaan tapak serendah RM5 sekali berniaga, serta kunjungan  pembeli berskala besar, hal itu tidaklah menghairankan. Mereka sangat bertuah justeru pembeli yang datang tidak begitu mengambil kisah tentang perkara remeh-temeh dari sudut mata kasar.

Makanan dimasak dan dipamerkan di tempat terbuka. Siapakah yang dapat menjamin  bahawa berlaku rembesan air liur ketika peniaga bercakap dengan pelanggan, atau bahan  cemar singgah dalam kuali masakan? Sebahagian peniaga juga didapati tidak mematuhi peraturan berpakaian seperti apron dan penutup kepala.

...

...

...

...

Operasi pematuhan penyediaan makanan secara mengejut dan berkala perlu dikuatkuasakan. Peniaga juga  hendaklah diwajibkan memperoleh sijil kursus penyediaan makanan daripada kolej komuniti, serta dipamerkan dengan jelas. Peniaga yang ingkar atau gagal melepasi tatacara piawai operasi (S O P) perlu dikenakan tindakan tegas, termasuk diheret ke muka pengadilan, misalnya tribunal pengguna.

...

Monday, March 14, 2016

DILEMA SISWAZAH PERUBATAN (PROMOTING HEALTH TOURISM)

Dasar mengehadkan penawaran siswazah perubatan dengan menghentikan sementara (moratorium) sejumlah kursus perubatan di institut pengajian tinggi swasta, serta mengurangkan pengambilan pelajar prasiswazah perubatan di universiti awam (UA) terpaksa dilakukan. Penempatan sebagai doktor pelatih (house officers) kini tidak dapat dibuat secara serta-merta. Pemegang biasiswa kerajaan juga tidak terkecuali daripada menjalani proses temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum ditempatkan sebagai pegawai perubatan gred UD 41.

Tempoh menunggu untuk ditempatkan secara housemenship boleh mencecah tiga hingga sembilan bulan. Kemudian, setelah menamatkan housemenship selama dua tahun dengan jayanya, pelantikan sebagai pegawai perubatan gred UD 44 akan dilakukan. Proses naik pangkat secara laluan pantas itu memang wajar justeru doktor perubatan telah menjalani pengajian bidang kritikal yang sukar, serta harus tabah ketika berada di bawah bimbingan doktor pakar dan doktor senior sepanjang tempoh housemenship. Perincian tentang amalan dan etika kedoktoran perubatan, tempoh wajib berkhidmat dengan kerajaan dan syarat keizinan beralih ke sektor swasta boleh dirujuk menrusi laman di sini.
keratan akhbar The Star, 1 Mac 2016

Sesetengah ibu bapa sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghantar anak belajar ke kolej universiti swasta tempatan, Indonesia, India, Mesir dan Russia kerana yakin akan jaminan kerjaya sebagai pegawai perubatan. Bilangan UA yang membuka fakulti perubatan juga telah meningkat. Semua UA bertaraf universiti penyelidikan (RU) telah menawarkan pengajian perubatan, diikuti oleh kebanyakan universiti komprensif yang bukan mengkhusus.

Mutu siswazah perubatan dan pelesenan mereka dikendalikan oleh sebuah persatuan ikhtisas perubatan, iaitu Malaysian Medical Association, MMA (klik di sini). Semua doktor perubatan yang menjadi ahli MMA juga perlu berdaftar dengan majlis perubatan Malaysia, MMC (klik di sini).

Sebagai langkah jangka panjang, semua RU telah diarahkan mengurangkan pengambilan calon prasiswazah perubatan, sebaliknya memberi tumpuan terhadap pengajian sarjana kepakaran. Masih banyak bidang kepakaran yang belum diisi sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.  Jalinan strategik dengan sekolah perubatan terbaik dunia seperti Dublin, Havard, John Hopkins, Manipal dan Monash berupaya menjimatkan kos pembiayaan pengajian kepakaran. Negara juga mampu menarik perhatian calon sarjana kepakaran perubatan dari serata dunia.

Malaysia semakin dikenali sebagai destinasi rawatan terkemuka di rantau sebelah sini. Pakej ketibaan pesakit yang ditemani oleh anggota keluarga sudah sekian lama menjadi produk pelancongan perubatan negara maju. Maka, apabila Malaysia mencapai status berkenaan, keperluan doktor am (general practitioner) dan doktor pakar secara automatik bakal meningkat.

...

...

Sunday, March 13, 2016

GURU PALESTIN MENANG ANUGERAH GLOBAL (TOP 50 FOR MALAYSIAN)

...

...
Hanan Alhroub (kanan) bersama muridnya
sumber: klik www.bharian.com.my/node/133519?m=1

...

...

...

...

...

...

Saturday, March 12, 2016

KAHWIN KERANA AYAH YANG SURUH (WISDOM CHOICE)

Apabila usia aku mececah 30 tahun, ayah mula risau akan diriku yang masih bujang trang tang tang. Ayah menggesa aku supaya segera membuka pintu hati untuk berumah tangga. Aku yang sering kecewa atas sikap dingin anak dara tempatan meletakkan syarat supaya ayah mencari calon isteriku dari Kelantan walaupun kami orang Batu Gajah, Perak.

Sebagai pesara tentera, ayah menyahut cabaranku. Ayah beralasan bahawa dirinya sudah lanjut usia. Ayah mahu aku membina keyakinan diri, serta memiliki hala tuju sendiri sesudah ketiadaannya kelak.

Dipendekkan cerita ayah berjaya mendapat persetujuan keluarga seorang cik mek molek dari Kuala Krai yang sebaya dengan diriku. Kini, setelah tujuh tahun membina mahligai bahagia, kami dikurniakan dua orang cahaya mata berusia dua dan enam tahun. Aku perlu bekerja keras bagi menyara kehidupan keluarga tercinta.

Sejak berkahwin, aku hanya mampu menyewa rumah sahabatku di Kampung Pisang, Batu Gajah. Namun, syukur Alhamdulillah, aku berjaya memperoleh tanah lot berukuran 80 X 50 kaki sebagai taoak rumah tanpa perlu mengeluarkan wang bayaran premium. Kedufukan tanah itu berdekatan dengan depot penyenggaraan kereta api Batu Gajah.

Aku masih mengumpul duit untik memantapkan permukaan tanah bekas lombong itu. Setelah itu, baharulah aky meneruskan proses permohonan pembinaan rumah di bawah skim PPRT. Tidak mungkin selama-lamanya aku tinggal di rumah sewa sahaja.

...

...

...

...

...

...

Tuesday, March 8, 2016

Monday, March 7, 2016

PERMOHONAN BIASISWA LEPASAN SPM (SPONSORS FOR PRE-UNIVERSITY AND FOUNDATION STUDY)

Masa semakin suntuk. Calon yang berminat perlu bertindak segera. Antara biasiswa yang ditawarkan:

Bank Negara Malaysia: klik di sini

JPA - Mara (bumiputera sahaja):  klik di sini

Petronas:  klik di sini

Yayasan Khazanah:  klik di sini

...

...

...

...

...

...

Saturday, March 5, 2016

BIHUN SUP PUAKA MERBOK (FOOD REBRANDING AND SIGNATURE)

Antara bidang keusahawanan dan perniagaan yang berpotensi mendatangkan pulangan lumayan ialah urus niaga makanan. Jika makanan berkenaan menjadi buah mulut, terutama menerusi sebaran media sosial, orang ramai sanggup datang beratur walaupun lokasi jualannya terpencil. Apatah lagi jika pengusaha makanan tersebut pandai menjenamakan barang jualannya.

Kini, semakin banyak penjaja makanan yang pernah memperoleh latihan formal yang sanggup bersaing dengan restoran mamak dan siam. Mereka bermula sebagai penjaja jalanan dan secara atas talian, misalnya facebook. Gerai dan warung kecil barangkali lebih dekat dengan kawasan petempatan penduduk dan mudah berpindah-randah jika 'disergah' oleh pihak berkuasa tempatan.

...

...

...

...

...

...

Friday, March 4, 2016

Thursday, March 3, 2016

AIR MATA KEJAYAAN PELAJAR EKONONOMI STPM (COMPENSATION OF HARD WORKING)

Jumlah calon yang beroleh gred A dalam mata pelajaran Ekonomi ialah 10 orang dan A- pula dua orang. Jumlah pelajar kelas itu ialah 36 orang. Pakej kertas elektif kelas berkenaan ialah Ekonomi, Perakaunan dan Perniagaan. 

..

...

...

...

...

...

...