Tuesday, November 29, 2016
Monday, November 28, 2016
Sunday, November 27, 2016
Saturday, November 26, 2016
Friday, November 25, 2016
Thursday, November 24, 2016
Wednesday, November 23, 2016
Friday, November 18, 2016
Thursday, November 17, 2016
UPSR KEMBALI SUSAH? (THE PRICE OF EXCELLENCE)
...
...
...
...
...
...
...
...
KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 - 1:07PM MURID kembar, Anis Sofiah Zolkharnaian (kiri) bersama kakaknya, Anis Solehah Zolkharnaian dari Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah menunjukkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat 6A, di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Kangar, hari ini. - Eizairi Shamsudin Berita lanjut
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/?m=1
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/?m=1
KANGAR: Pasangan kembar, Anis Sofiah Zolkharnain dan Anis Solehah Zolkharnain, antara 45 pelajar dari negeri ini yang berjaya mendapat keputusan penuh semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pasangan kembar seiras dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, di sini, mengakui sisipan Didik keluaran BH adalah antara resepi kejayaan mereka memperoleh keputusan cemerlang yang diumumkan, hari ini. "Kami belajar bersama-sama, jika ada antara kami tidak faham, kami akan saling membantu ini lebih mudah dari belajar bersendirian. "Selain memperuntukkan masa lima jam sehari selepas balik dari sekolah untuk mengulang kaji, sisipan Didik yang diberi guru setiap hari Isnin banyak membantu kami dalam pelajaran," kata Anis Sofiah kakak kembar kepada Anis Solehah. Pasangan kembar ini ditemui BH selepas sidang media pengumuman keputusan UPSR di Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis, di sini, hari ini. Menariknya, pasangan kembar anak kepada penulis buku agama, Zolkharnain Abidin ini, sejak darjah satu lagi saling bertukar kedudukan nombor satu dan dua setiap kali peperiksaan. Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail, berkata seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh semua A. "Sepuluh sekolah terbaik dalam UPSR di Perlis kali ini adalah SK Seri Indera, SK Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, SK Paya, SK Putra, SK Sena, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, SK Behor Empiang, SJKC Padang Besar (U), SK Stella Maris dan Sekolah Agama Al Islahiah," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213906?m=1
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213906?m=1
...
...
...
...
...
Wednesday, November 16, 2016
Tuesday, November 15, 2016
Monday, November 14, 2016
Saturday, November 12, 2016
Friday, November 11, 2016
Tuesday, November 8, 2016
PRESIDEN AMERIKA KEMBALI BERUSIA LANJUT (OLD TIMER LEADERSHIP)
Tidak kira siapa pun pemenang jawatan Presiden Amerika Syarikat lewat hari ini (9 November 2016), Donald Trump atau Hallary Clinton masing-masing mencecah umur 70-an. Sebagai perbandingan, Barrack Hussien Obama hanya berusia 48 tahun ketika mula mengangkat sumpah jawatan. Di Britain, David Cameron mula menduduki Lot 10, Downing Street ketika berusia awal 40-an, berbanding dengan penggantinya, Theresa Mary May yang telah berusia 60 tahun.
Filipina juga dipimpin oleh Duterte yang mencecah usia 71 tahun. Pemimpin paling tua mungkin Robert Mugabe, diktator Zimbabwe yang kini berumur 90 tahun. Negara seperti Itali, Jepun dan Australia kerap bertukar pucuk pimpinan justeru meletakkan integriti sebagai penanda aras untuk terus menduduki kerusi panas tampuk kuasa itu.
...
...
...
...
...
...
Saturday, November 5, 2016
Thursday, November 3, 2016
DIRGAHAYU DYMM TUANKU SULTAN PERAK (THE INSTITUTION OF UNITY IN MALAYSIA)
...
Sempena ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Perak, khutbah Jumaat di Surau Diri Jumaat De Palma sebentar turut menyentuh perihal institusi beraja sebagai lambang ketuanan Melayu Islam di Nusantara. Ketuanan yang dimaksudkan bukanlah hubungan antara tuan dengan hamba, tetapi ikatan hubungan antara pemerintah yang adil melindungi rakyat yang taat setia. Hakikat itu tercatat dalam naskhah Sejarah Melayu:
Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”
Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.
(ambilan di sini.)
Sesungguhnya sejarah kesultanan Melayu sebagai kesinambungan empayar Melaka yang gemilang suatu ketika dahulu menggalas tanggungjawab utama dalam memastikan bahawa Islam sebagai tonggak yang memberikan keadilan kepada rakyat jelata. Amalan dan kepercayaan agama lain tidak diganggu selama mana tidak disebarkan kepada umat Islam, serta akur terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan negara. Sejarah menjadi bukti betapa hal berkenaan sentiasa terjaga, tidak seperti di sesetengah negara yang menindas penduduk minoriti yang beragama Islam ...
...
...
Tuesday, November 1, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)