Nama:
Latar
belakang akademik:
Kedudukan
di MPM:
|
Monday, May 8, 2017
SKRIP PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT JERAYAWARA JOM STPM (SHARING HOUSEKEEPING REMINDER WITH THE AUDIENCE)
Assalamu alaikum w.w.
Salam sejahtera
Yang Dihormati Penolong Kanan
Tingkatan 6
SMK St Michael, Ipoh
Puan Tan Cheng Choo
Tenaga akademik atau
pensyarah prauniversiti
SMK St Michael Ipoh
Ibu bapa yang sempat hadir
pada pagi ini
Seterusnya pelajar baharu
penggal 1 prauniversiti
Hadirin yang dikasihi
Bersama-sama
kita dalam majlis ini ialah pasukan pasukan program Jerayawara Jom STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Jelajah atau roadshow yang sudah
pasti penting dan signifikan terhadap masa depan pengajian tingkatan 6 yang
sudah dijenamakan semula sejak tahun 2013 yang lalu. Zaman berubah, lalu muncul
sesenarai panjang pesaing baru terhadap pengajian prauniversiti tingkatan 6
sebagai laluan utama kemasukan ijazah pertama di universiti tempatan dan
antarabangsa. Pengambilan secara walk in
dan on line pesaing meletakkan
lepasan SPM semasa di persimpangan, antara teruskan tingkatan 6 atau ke mana?
Izinkan
saya memperkenalkan pegawai MPM yang akan mengisi program Jerayawara Jom STPM.
Format
majlis lebih terbuka. Maksudnya, penceramah akan mendapatkan maklum balas
hadirin secara spontan. Penceramah juga akan memaklumkan masa untuk soalan.
Hadirin yang ingin menanyakan soalan secara bertulis boleh menyerahkan kertas
berkenaan kepada pengacara. Silakan tuliskan nama dan dari mana.
Ayuh,
kita mulakan program Jerayawara Jom STPM. Tuan _________________ dipersilakan.
Terima
kasih Tuan _______________________ dari Majlis Peperiksaan (MPM) atas kesudian
menyampaikan taklimat. Mudah-mudahan hadirin lebih jelas tentang kelebihan
memilih peperiksaan STPM berbanding dengan laluan kemasukan ijazah pertama yang
lain.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi barakatuh.
Majlis
bersurai …
Subscribe to:
Posts (Atom)