Monday, November 30, 2015
ANTOLOGI BAHARU KOMSAS TINGKATAN 2: BAIK BUDI INDAH BAHASA (THINK WISE AND THINK TWICE BEFORE SPEAKING)
Meneruskan format sebuah antologi yang nipis, teks komsas tingkatan dua yang baharu hanya memuatkan sebuah syair, sebuah prosa tradisional dan sebuah drama. Tumpuan terhadap genre sastera yang dianggap berat itu barangkali lebih adil. Karya yang bersifat lebih mudah difahami seperti pantun, sajak dan cerpen masing-masing berjumlah 5, 4 dan 3 buah.
Bahagian buku yang memuatkan hasil karya karya yang terpilih hanyalah 73 muka surat, setelah ditolak halaman kosong, ilustrasi dan pengenalan setiap genre komsas. Terdapat 4 muka surat untuk biodata pengarang (98 - 101) dan satu halaman glosari (102). Muka surat berhuruf roman pula berjumlah 9 semuanya.
Naskhah comel ini hanya dijual pada harga rak RM3.90. Namun, kertas yang digunakan, serta reka bentuk naskhah komsas tingkatan 2 ini memang melebihi nilai harga belian. Hal yang lebih penting ialah jaminan mutu tentang mutiara ilmu dan kebijaksanaan yang disampaikan lewat karya pelbagai genre.
Suatu kelainan naskhah komsas ini ialah bahawa judul buku tidak diangkat daripada mana-mana tajuk karya yang dimuatkan. Memang tiada peraturan yang menetapkan hal itu, tetapi ia masih suatu penyimpangan daripada kebiasaan. Maksudnya, tiada lagi karya yang boleh dianggap sebagai ikon atau istimewa.
Secara keseluruhannya, terdapat 15 entri karya yang sejajar dengan tujuan pembelajaran komponen sastera untuk pelajar awal remaja. Selain proses penyuntingan yang tuntas, naskhah ini telah dipastikan bebas daripada sebarang unsur yang menyentuh sensitiviti mana-mana golongan masyarakat. Malah, tajuk asal prosa tradisional yang bernada negatif turut diubah kepada judul yang lunak dibaca.
Naskhah antologi disunting oleh Nor Azah Abd Aziz yang turut menulis pendahuluan pada halaman vii hingga ix. Sebagai hasil kerja kesusateraan, aspek keindahan bahasa diberi tumpuan khas. Sisipan pengenalan bagi setiap bahagian bertujuan menumbuhkan minat membaca bahan sastera yang kaya dengan daya imaginasi dan kebijaksanaan.
Sepertimana semua naskhah komsas lain termasuk novel, antologi Baik Budi, Indah Bahasa juga mengandungi sejumlah 16 paparan ilustrasi bagi membantu pelajar membina gambaran mental tentang objek atau persekitaran yang asing dengan mereka.
Tidak kurang pentingnya ialah pembelajaran bahasa yang menjurus terhadap pancaran akal budi insan dan kehalusan berbahasa. Murid sepatutnya membaca dan menekuni naskhah antologi yang asal terlebih dahulu sebelum beralih kepada buku-buku ulasan atau tulisan di laman maya seperti blog ini.
Naskhah antologi ini ialah teks pegangan bagi pentaksiran berasaskan sekolah, PT3 kelak. Maka, murid bakal beroleh bimbingan dan pertolongan guru Bahasa Melayu bagi menikmati pengalaman pembelajaran secara santai dan berkesan bagi mencapai maksud pendidikan secara seimbang dan menyeluruh. Sejajar dengan penerapan kbat, murid digalakkan mempelajari cara menyampaikan sesuatu idea secara terbuka tetapi ada kaedah yang tersusun.
Bercakap tentang keperluan PT3, terdapat beberapa aras pembelajaran yang dikehendaki. Murid kena memahami petikan, memberi pendapat dan mengenal pasti unsur komsas. Murid juga seharusnya jelas tentang konsep huraian yang merupakan bahagian wacana selain subjek dan predikat.
Tugasan aras petikan bermaksud bahawa isi jawapan yang dikehendaki ialah ambilan daripada petikan, tanpa pendapat sendiri. Tugasan kbat bermaksud idea di luar petikan, tetapi murid mesti belajar untuk membuat generalisasi. Tugasan komsas bermaksud mengenal pasti tema, nilai murni, persoalan dan pengajaran.
Murid juga diharapkan mengenal pasti asas unsur sastera seperti diksi dan perulangan, persamaan rima, perlambangan (metafora), sinkope (sinkof, ejaan yang dilemahkan) dan sebagainya yang bakal didedahkan oleh guru. Namun, murid tidak perlu bimbang kerana tugasan tentangnya tidaklah terlalu mendalam dan sukar.
Akhir sekali, peringatan tentang huraian yang ditampilkan dengan tugasan soalan seperti huraikan, jelaskan dan terangkan. Murid sering tersilap kerana menganggap huraian mestilah berjela-jela panjangnya. Sebenarnya, huraian bermaksud selain bahagian subjek dan predikat dalam sesuatu binaan ayat atau wacana ...
Sunday, November 29, 2015
Saturday, November 28, 2015
Friday, November 27, 2015
PENJUAL KEREPEK SOLAT DI KAKI LIMA BANK (PERFOMING DUTY WITHOUT FAIL)
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, November 26, 2015
NAMA P. RAMLEE TERUS DIABADIKAN (REBRANDING OF A CREATIVE HIGHER LEARNING INSTITUTION)
Memang benar bahawa Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, seniman tersohor negara sepanjang zaman tidak bebas daripada khilaf, tetapi biarlah sumbangan berharga beliau yang dikenang. Walaupun sudah lebih empat dekad P. Ramlee kembali ke rahmatullah, karya beliau masih digemari dan juga diangkat sebagai subjek penyelidikan ilmiah. Banyak kata bual P. Ramlee menjadi ayat iklan dan promosi, di samping sebagai tag line korporat.
Semasa di kampus UKM dahulu, seorang pelajar pengajian Islam yang kini bergelar dato' sanggup membawa peti televisyen mini hitam putih semata-mata untuk menunggu tayangan filem klasik P. Ramlee. Hingga kini ustaz berkenaan masih gemar mengajuk sebutan 'fenin' sebagai slanga kepada perkataan pening yang digunakan oleh P. Ramlee. Pengaruh P. Ramlee masih bersinambungan dalam kalangan generasi muda.
Selain anugerah kebesaran negara menerusi gelaran Tan Sri dan ijazah kehormat doktor falsafah Universiti Malaya, setelah ketiadaannya, membuktikan bahawa P. Ramlee bukan sekadar tokoh seni yang ulung, malah sebagai ikon dan institusi yang unggul sepanjang zaman. Tanpa maksud memuja, P. Ramlee memang layak dilimpahi pelbagai penghormatan kerana karya beliau terlihat sebagai cerminan zaman, serta didapati sebahagiannya berciri futuristik.
Riwayat kehidupan P. Ramlee berakhir dengan episod duka kerana pada penghujung dekad 1960-an dan 1070-an, irama pop yeh-yeh dan budaya hippies telah menenggelamkan genre pop klasik dan filem hitam putih. Ketiadaan hak paten menyebabkan karya beliau tidak menerima sebarang bayaran royalti hak cipta. P. Ramlee terpaksa memenuhi jemputan persembahan pentas di pedalaman, termasuk pekan kecil Chenderong Balai dengan jumlah kehadiran penonton yang amat menyedihkan.
Dalam usia awal 40-an, P. Ramlee benar-benar kesempitan dan menderita sebagaimana watak Kasim Selamat dalam filem 'Ibu Mertuaku'. Kebajikan beliau diabaikan oleh tauke filem yang berpangkalan di Hong Kong, bagaikan habis madu sepah dibuang. Beliau memejamkan mata dalam keadaan serba-serbi daif, khususnya dari segi kewangan
Kini, bayaran royalti karya P. Ramlee bernilai jutaan RM tidak diketahui statusnya. Rumah warisan beliau di Pulau Pinang dan memorial seni di ibu kota juga senyap sunyi sahaja. Maka, keputusan memasyhurkan Akademi Seni dan Warisan (Aswara) sebagai Universiti P. Ramlee suatu pengiktirafan tertinggi yang tepat. Nama P. Ramlee bukan sahaja diabadikan di sebuah menara gading, bahkan segala kebaikan beliau akan didoakan oleh generasi demi generasi.
Supaya ruh P. Ramlee bersemadi dengan tenang tenteram di sana, Aswara hendaklah mengambil teladan terbaik sahaja. Segala kekurangan seniman tersohor itu hendaklah ditutup walaupun atas nama keseimbangan ilmu. Adab terhadap insan hebat yang telah pergi perlu dijaga dengan suci hati.
Aswara boleh mewujudkan kerusi kehormat kajian khusus karya P. Ramlee dengan melantik profesor disiplin kreatif terbaik di dunia. Tumpuan penyelidikan bukanlah terhadap P. Ramlee secara individu, sebaliknya terhadap hasil kerja seni beliau yang bermanfaat. Konsep 'tugu' seharusnya bersifat begitu ...
Wednesday, November 25, 2015
PENCAPAIAN CEMERLANG MILIK ORANG YANG BERUSAHA (NATURAL LAW OF ACHIEVEMENT)
Apabila Allah telah menentukan rezeki seseorang itu, maka tiada kuasa lain yang dapat menghalangnya. Demikian juga sebaliknya, jika rezeki itu bukan milik seseorang, walaupun sudah hampir benar berada dalam genggaman pasti terlepas juga. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung.
Insan hanya ibarat sebutir debu yang sangat halus di sebuah padang pasir yang saujana mata memandang. Malah, insan tidak mempunyai kawalan mutlak terhadap diri sendiri seperti nyawa, kesihatan, proses usia, potensi yang belum digilap dan masa hadapan.
Namun, insan dituntut supaya melakukan segala ikhtiar yang boleh supaya mereka beroleh kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Berserah diri kepada Allah bukan bermaksud tidak berbuat apa-apa, berpangku tangan, berpeluk tubuh, goyang kaki dan bermalas-malas. Banyak sekali ditegaskan lewat al-Quran dan al-hadith supaya insan melaksanakan perubahan yang tertentu kemudian barulah bertawakal (ar-Ra'du:13; at-Talaq: 2 - 3).
...
...
...
...
...
Insan hanya ibarat sebutir debu yang sangat halus di sebuah padang pasir yang saujana mata memandang. Malah, insan tidak mempunyai kawalan mutlak terhadap diri sendiri seperti nyawa, kesihatan, proses usia, potensi yang belum digilap dan masa hadapan.
...
...
...
...
...
Tuesday, November 24, 2015
Monday, November 23, 2015
PASUKAN DEBAT UiTM, UIAM JUARA DI CAMBRIDGE (WORLD CLASS OF LOCAL HIGHER INSTITUTIONS)
Keyakinan terhadap keupayaan universiti awam tempatan sepatutnya meningkat apabila satu demi satu pencapaian hebat dicatatkan di peringkat antarabangsa. Hasil penyelidikan ahli akademik Malaysia semakin banyak menembusi jurnal ilmiah terkemuka, manakala sekian banyak reka cipta mahasiswa dan pensyarah memenangi anugerah peringkat dunia. Kini, pasukan debat dua buah universiti tempatan pula mengharumkan nama negara di pentas persaingan tahap tertinggi.
Pasukan debat UiTM muncul sebagai juara keseluruhan antara iniversiti sedunia anjuran Universiti Cambridge, United Kingdom. UIAM memenangi pusingan akhir kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dengan membenam cabaran dua buah universiti dari Belanda dan sebuah universiti dari Tel Aviv, Israel. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menerbitkan naskhah khas kejayaan pelajar universiti tempatan seperti itu sebagai dorongan dan inspirasi kepada pelajar lain bagi melonjakkan pencapaian masing-masing.
Penampilan menutup aurat dalam kalangan pendebat perempuan menunjukkan bahawa tanpa prejudis bahawa setiap orang jika diberi layanan adil akan berupaya menyerlahkan potensi sebenar. Para majikan syarikat multinasional dan yang dilihat sebagai cauvenis hendaklah membuka mata terhadap nilai intelektual dan kebijaksanaan siswazah bumiputera dari universiti awam tempatan. Sumbangan ahli akademik tidak hanya dihadkan terhadap kuliah dan kecendekiawanan semata-mata, bahkan dibenarkan terbabit dengan dunia keusahawan dan perniagaan berimpak tinggi.

Sunday, November 22, 2015
Saturday, November 21, 2015
KISAH MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN (HERITAGE BUILDING AS A TOURIST ATTRACTION)
Walaupun pernah tinggal dan bersekolah di bandar Teluk Anson (kini Teluk Intan) sepuluh tahun lamanya, hanya tengah tadi masuk ke dalam bangunan ikonik di situ. Orang Teluk Intan bagaikan tidak ambil kisah akan kehadiran menara unik di tengah bandar itu. Mereka melintas setiap hari di hadapan menara jam condong tanpa berasa teruja, malah sama seperti melihat sepohon kayu biasa.
Namun, perkembangan segmen pelancongan sejarah telah membawa tuah kepada bandar Teluk Intan. Menara jam condong yang sekian lama terbiar sepi tanpa sesiapa pun yang sudi memandangnya tiba-tiba menjadi taruhan daya tarikan pelancong hingga ke peringkat antarabangsa. Sebaik menikmati status sebagai bangunan warisan sejarah, proses baik pulih, naik taraf dan pemuliharaan segera dilaksanakan.
Sebuah dataran yang luas dibina di kawasan sekitar menara dengan kemudahan tempat meletak kenderaan dan medan selera. Disebabkan Teluk Intan tiada bangunan pencakar langit, maka dari kejauhan lagi menara jam condong sudah menggamit kedatangan pengunjung. Maka, label tanda arah bukan suatu keperluan yang mendesak.
Benarkah menara jam condong Teluk Intan setanding dengan menara condong Pisa di Itali? Demi tujuan promosi, hal itu bukan suatu kesalahan. Bahkan, andai tidak keterlaluan, menara jam condong Teluk Intan boleh dijadikan kembar menara Pisa!
Bergambar di bahagian luar menara sahaja sudah menghadirkan kepuasan yang tidak terhingga kepada pengunjung. Sudah tentu lebih berbaloi kalau dapat beraksi secara selfie di dalam menara. Setakat ini tiada bayaran dikenakan untuk memasuki bahagian dalam bangunan. Pengunjung hanya dikehendaki mencatatkan nama di lembaran buku pelawat tanpa oerlu pengesahan dokumen pengenalan diri.
Bagi mereka yang gayat (microphobia) cukup sekadar meninjau di aras bumi.

Friday, November 20, 2015
Thursday, November 19, 2015
Wednesday, November 18, 2015
Tuesday, November 17, 2015
Monday, November 16, 2015
Sunday, November 15, 2015
PERISTIWA SERANGAN DI PARIS: NATIJAH JANGKA PANJANG (LESSON FOR SUPER POWER)
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, November 14, 2015
KARTUNIS TEMPATAN HILANG MATA PENCARIAN (SLOWER BUSINESS DUE TO GST?)
Seorang peniaga akhbar di Medan Kidd, Ipoh memaklumkan perihal satu demi satu majalah terbitan tempatan, terutama komik telah gulung tikar. Sambutan dalam kalangan pembeli generasi muda yang hambar, serta harga jualan yang tidak mampu menampung kos percetakan menyebabkan keluaran dihentikan. Ertinya, para kartunis dan penulis pojok terpaksa beralih mata pencarian mengikut arus zaman media atas talian masa sebenar.
Majalah Apo dan Ujang ditamatkan dengan rasminya baru-baru ini (klik di sini).
...Punca penutupan (klik di sini)
...
...
...
...
...
Friday, November 13, 2015
BOLA SEPAK PIALA ASIA: MALAYSIA KENA 6-0 LAGI (NO MERCY OF PALESTINE)
Meskipun beraksi di gelanggang berkecuali di Amman, Jordan, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak mampu mengurangkan jurang jaringan gol yang dialami di laman sendiri sebelumnya. Gawang Malaysia bocor setengah dozen lagi. Ada netizen menyamakan kekalahan itu dengan permainan tenis secara dua set terus: 0-6, 0-6!
Nampak gayanya kekalahan parah 0-10 di tangan UAE dahulu bukan semata-mata salah percaturan Dolah Saleh, ketua jurulatih Harimau Malaya ketika itu. Kalau dalam bidang penyelidikan ilmiah, kemungkinan wujudnya lebih banyak faktor di luar kawalan (extrenous variables). Maka, analisis pakar yang mengerti tentang kaedah faktoral dan regresi berbilang barangkali membantu.
Di negara-negara maju, sukan bukan sekadar suatu seni, bahkan suatu sains juga. Akademi bola sepak mereka mendapat input kepakaran pelbagai bidang, termasuk pemakanan, psikologi sukan, kepimpinan, organisasi dan perubatan. Walaupun cabaran benua Afrika dan Asia Barat semakin sengit, kedudukan kuasa bola sepak seperti Jerman dan Sepanyol masih bertahan.
Pasukan pelapis bawah 13 tahun negara baru-baru ini mencatat pencapaian memberangsangkan dalam siri jelajah Eropah. Mereka mampu membenam skuad akademi kelab terkemuka England satu demi satu dengan jumlah jaringan gol yang meyakinkan sehingga 7-0. Kelihatannya seperti sudah ternampak cahaya di hujung terowong.
Namun, kemenangan jangka pendek sedemikian bukanlah suatu jaminan yang utuh. Penyakit atlet badminton yang hanya menyerlah di peringkat remaja dunia patut diambil iktibar. Tambahan pula, bidang sukan tidak menjanjikan keselamatan kewangan sepanjang hayat, malah pembiayaan latihan pun hanya bermusim
Benarkah atlet negara kita belum mempunyai cara untuk mengekalkan angin, kecergasan atau stamina apabila berhadapan dengan lawan di tahap tinggi? Hal itu memerlukan kajian, bukan setakat dakwaan kosong. Sudah tiba masanya segala kepakaran tempatan dikenal pasti dan digembleng bagi menangani isu berkenaan.
Palestin memang sebuah negara bergolak, tetapi pemain bola sepak mereka bermain dalam liga terkemuka di rantau timur tengah. Kelebihan fizikal pemain yang gagah dan tegap menjadi bonus kepada sukan berbentuk agresif seperti bola sepak. Palestin masih belum begitu dikenali sebagai kuasa bola sepak yang disegani, tetapi Malaysia pula kian terhumban di dasar tercorot kedudukan dunia.
Memandangkan Harimau Malaya hanya mengaum di rantau Asia Tenggara, impian untuk melangkah dalam kejohanan lebih berprestij di peringkat antara benua ibarat fatamorgana. Negara kuasa bola sepak belakangan ini memiliki lebihan besar pemain berbakat, lalu di'eksport' sebagai pemain naturalisasi di negara jiran kita. Jika kita terus dengan cara yang sama, milieu kepimpinan sukan yang sama dan perancangan secara cuba jaya, hanya nasib baik berlaku sekali-sekala ...

Thursday, November 12, 2015
Wednesday, November 11, 2015
BAHASA MELAYU BAHASA KECIL? (ONCE UPON A TIME AS A LINGUA FRANCA)
Bahasa Sanskrit menjadi contoh klasik betapa sesuatu bahasa agung boleh lenyap akibat peredaran masa dan kemunculan peradaban baharu. Sarjana bahasa seperti Dr. Anwar Ridzwan menyebut bahawa setiap tahun ratusan bahasa kecil mengalami proses kepupusan. Malah, Pendita Zaaba bagaikan dapat meramalkan kemerosotan kedudukan bahasa Melayu apabila tulisan Jawi semakin lemah.
Latar belakang sejarah penjajahan yang panjang oleh imperialis British mengakibatkan bahasa Inggeris mendapat tempat istimewa sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan. Pengaruh Amerika Syarikat dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, teknologi dan media menyambung nyawa bahasa Inggeris di sini. Tambahan pula, masyarakat di negara yang pernah dijajah akan berasa kagum terhadap bekas penjajah mereka.
Kebanyakan pegawai tinggi awam dan pemilik organisasi korporat kebanyakannya pernah mendapat pendidikan dalam aliran Inggeris semasa bersekolah menengah. Malah, golongan berpendidikan Inggeris lebih mudah diterima dalam dunia glamor hingga ke peringkat antarabangsa. Status wajib lulus Muet minimum band 3 menggambarkan betapa bahasa Inggeris begitu gah di negara kita.
Sebahagian besar disiplin pengajian perniagaan dan teknikal di politeknik dan UiTM dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Proses pengantarabangsaan pengajian tinggi diikuti dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih dominan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjadi penanda aras penggunaan bahasa Melayu wacana ilmiah juga tidak terkecuali.
Suara pejuang bahasa Melayu semakin kurang bermaya. Malah, Dr. Rahman Shaari. mantan profesor pengajian media di Universiti Malaya yang dikenali sebagai 'hafiz' sastera Melayu pula yang beralih arah menyokong bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Beliau yang memperoleh Ph.D dari Amerika Syarikat mumgkin terpesona dengan perkembangan bahasa Inggeris walaupun beliau sendiri memiliki ijazah sarja muda dan sarjana dari UKM.

Tuesday, November 10, 2015
PENGETAHUAN TENTANG MEMBINA RUMAH BANGLO (COSTING AND TECHNICAL WISE)
Pertama sekali saiz dan kualiti tanah yang hendak didirikan rumah hendaklah dperinci. Bertitik tolak dari situ reka bentuk bangunan dan keperluan cerucuk bagi menahan beban binaan. Perkara berkenaan dibincangkan bersama pelukis pelan bertauliah, bersekali dengan pelan besi, RC.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, November 9, 2015
KENANGAN DI TEKNIK BRASH (THE CHANGE OF SURROUNDING)
Nama Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash hanya tinggal lembaran sejarah. Malah, negeri Perak kehilangan satu-satunya sekolah teknik akademik asal di Malaysia yang berjumlah sembilan buah semuanya. Kini, bekas pelajar, guru dan kakitangan hanya melintasi sebuah kolej vokasional walaupun tenaga pengajarnya masih dikekalkan.
Persekitaran sekolah teknik Brash juga berubah secata drastik. Dahulu, walaupun bersebelahan dengan padang polo (Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz), tiada akses laluan ke sana kerana masih dipenuhi hutan. Ular senduk biasa kelihatan melintasi jalan masuk bersebelahan Sekolah Izuddin Shah, jiran terdekat teknik.

Sunday, November 8, 2015
Saturday, November 7, 2015
Friday, November 6, 2015
PERSEDIAAN EKONOMI PENGGAL SATU: SENARAIKAN ISTILAH UTAMA (SHIFTING COMMON SENSE)
Banyak pelajar menganggap bahawa mata pelajaran Ekonomi sebagai susah dan membosankan. Walaupun guru ekonomi telah berusaha sedaya upaya untuk membuang tanggapan yang bersifat negatif itu, hal yang sama tetap berulang tahun demi tahun. Maka, ekonomi tergolong dalam kumpulan kertas peperiksaan yang memiliki aras kesukaran yang tinggi.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, November 5, 2015
CABARAN MENUJU USIA EMAS (PSYCHOLOGICAL AND HEALTH SUPPORT)
Malaysia diunjurkan mencapai status negara tua menjelang tahun 2035, iaitu dalam tempoh dua dekad lagi. Maksudnya, profil demografi negara berubah kepada 50 peratus penduduk terdiri daripada warga emas, iaitu golongan pesara yang mencecah usia 60 tahun dan ke atas. Kadar mortaliti (kematian) menurun, tetapi kadar fertiliti (kelahiran) tidak meningkat malah mungkin menurun sama.
Kesedaran tentang penjagaan kesihatan, kemudahan rawatan, kuasa beli dan status sosioekonomi yang relatif lebih tinggi menyumbang terhadap fenomena berkenaan.

Wednesday, November 4, 2015
Tuesday, November 3, 2015
MENANGANI PELAJAR BERTINGKAH LAKU MELENCONG (CREATING SENSE OF COMMUNITY IN LEARNING)
Pelaksanaan dan penyampaian kurikulum secara tuntas di bilik darjah sering sahaja berhadapan dengan cabaran tingkah laku pelajar yang perlu diurus sebaik mungkin. Bilik darjah umpama dunia kecil yang menghimpunkan pelbagai masyarakat dengan segala kerencaman pembawaan dan strata sosial yang dipengaruhi pula oleh unsur genetik, persekitaran dan latar belakang sosioekonomi pelajar. Guru sebagai ahli ikhtisas yang sudah dilengkapkan dengan sejumlah ilmu dan kemahiran pendidikan diharapkan berupaya melakukan transformasi modal insan ke arah asertif, berdikari, holistik, seimbang, berketrampilan dan produktif.
Ciri fizikal pelajar yang bersaiz besar dan tinggi, serta pendedahan maklumat masa sebenar di hujung jari meletakkan guru pada kedudukan sentiasa berjaga-jaga justeru pelbagai perkara di luar jangkaan bisa terjadi. Ibu bapa pelajar yang memiliki akses pendidikan tinggi, serta menikmati pendapatan tinggi juga kena diambil kira dalam proses membuat keputusan di sekolah. Tekanan dari segi kesegeraan kerja oleh pihak atasan sama ada di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan kementerian bererti para guru wajib kuat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial sebagaimana ringkasan Jeris yang terungkap dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
... klik di sini.

Sunday, November 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)