Monday, December 31, 2012
TAHUN BAHARU YANG PENUH BERMAKNA (TRAVELING OUR IMAGINATION)
Peralihan tahun ke tahun selagi nyawa dikandung badan akan hanya membawa makna jika seseorang insan menghargai masa sepertimana yang disarankan dalam surah al-Asr. Allah telah bersumpah demi masa bahawa sesungguhnya insan berada dalam kerugian (al-khusran), melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
...
...
...
...
...
...
...
MEMAHAT KENANGAN MENYULAM HARAPAN (TOWARDS THE BETTER WAY AHEAD)
Sebahagian manusia memang gemar melayan kenangan lalu. Kenangan indah atau lucu akan membuat mereka tersenyum sendirian, sedangkan kenangan pahit akan mengakibatkan jiwa menjadi lara. Hidup memang ada kenangan, tetapi setiap manusia harus belajar untuk tidak terlalu terikat dengan kenangan, atau dalam kata lain, sanggup berpisah dengan kenangan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, December 30, 2012
MENOLEH TAHUN 2012, MENYONGSONG 2013 (REINVENTING THE NEW DREAMS)
Setahun berlalu lagi, episod kehidupan baharu mesti diteruskan. Panjang umur murah rezeki, insya-Allah, segala pengalaman yang dihimpun pada tahun 2012 bakal menjadi iktibar dan renungan sebagai bekalan untuk persediaan menghadapi cabaran zaman dan persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan. Dari segi angka, usia kita menginjak lagi, tetapi dari segi hakikatnya semakin singkat kesempatan yang dimiliki.
Setiap kali menjelang akhir tahun, sama ada berdasarkan takwim hijrah mahupun masihi, kita mula membuat introspektif, muhasabah atau renungan kendiri bagi menilai kembali pencapaian dalam kehidupan, khususnya dalam tempoh setahun belakangan. Kemudian, kita memasang azam baharu bagi menebus semula sebarang bentuk kekurangan yang berlaku, di samping melakukan penambahbaikan dalam serba serbi. Kita juga mungkin cuba meneroka kemajuan dan pembaharuan supaya terus mampu meningkatkan darjat, martabat dan karamah insaniah di tahap tertinggi.
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, December 29, 2012
GEDUNG MYDIN KETIGA DI IPOH TERUS BANTU USAHAWAN PKS (THE WINNER AND THE LOSER IN BUSINESS)
Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai, Kumpulan Mydin telah berjaya menyiapkan tiga projek mega perniagaan di bandaraya Ipoh bermula di Meru Raya, Manjoi dan terkini di zon pusat transformasi desa (RTC, rural transformation centre) dekat Jalan Gopeng, Simpang Pulai.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
CITRA REMAJA BERDIKARI (INEPT AND ABDICATE PERSONALITY)
Salah satu tujuan penting pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, atau ringkasnya berdikari. Tanpa kemampuan berdikari, seseorang itu akan hanya bergantung kepada orang lain, lalu menjadi beban orang lain semata-mata. Dalam analisis psikologi pendidikan, kemampuan berdikari dikaitkan dengan konsep autonomi, manakala pergantungan dikaitkan dengan sindrom rendah diri yang melampau.
Perkembangan autonomi insan berkait rapat dengan faktor usia. Seorang bayi akan menunjukkan ciri pergantungan yang tinggi sebelum proses pembelajaran menjadikan bayi mula menyerlahkan kemampuan berdikari. Maka, kadar pergantungan remaja semakin berkurangan, manakala autonomi mereka pula semakin meningkat.
Fasa peralihan daripada pergantungan kepada autonomi akan lebih pesat ketika usia remaja. Ibu bapa dan juga guru mula menghadapi anak-anak remaja yang menunjukkan perubahan tingkah laku yang agak mendadak, penuh kejutan dan sukar untuk diramalkan. Autonomi remaja perlu dibimbing ke arah kebaikan dan mengenali segala bentuk keburukan.
...
...
....
...
...
....
...
Friday, December 28, 2012
HARI PERTAMA DI BILIK DARJAH TAHUN BAHARU (LONG-LASTING FIRST IMPRESSION)
Pandangan kali pertama, sepintas lalu dan spontan sentiasa dianggap penting yang bakal menentukan kejayaan pertemuan seterusnya, jika masih berlaku. Demikian pentingnya pertemuan pertama yang lebih diingati berbanding dengan segala pertemuan yang lain. Konsep cinta pandang pertama mungkin tepat sekali dengan kejayaan pertemuan pertama.
Dalam sesi temu duga permohonan jawatan, panel penemu duga sangat maklum bahawa calon yang berada di hadapan mereka memakai beberapa lapis topeng bagi menutup seboleh mungkin wajah sebenar mereka. Namun, panel penemu duga juga maklum bahawa aura atau getaran yang menghantar isyarat tentang kesesuaian calon dengan jawatan yang dipohon boleh dirasakan. Aura atau getaran itu pada hakikatnya ialah tanggapan pertama terhadap gaya dan tingkah laku sebenar calon.
Dalam konteks pembelajaran di bilik darjah, pertemuan pertama antara seseorang guru dengan sekumpulan murid setelah lama bercuti juga bakal lebih diingati daripada hari-hari seterusnya. Keputusan kritikal murid sama ada untuk menerima atau menolak gaya pembelajaran yang direka bentuk oleh guru dibuat pada hari yang pertama. Maka, guru hendaklah memastikan bahawa pertemuan pertama itu bakal memupuk kesedaran dan kesediaan yang tinggi untuk murid belajar.
...
...
...
...
...
...
...
PENGALAMAN BERMAIN SALJI (THE ICE WORLD)
Kedudukan geografi negara kita berhampiran garis Khatulistiwa, serta mengalami iklim tropika. Bacaan suhu di kebanyakan tempat, kecuali tanah tinggi ialah antara 24 hingga 33 darjah celcius. Maka, tiada fenomena empat musim seperti negara-negara hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Sehingga awal dekad 1990-an, negara hanya mempunyai lima buah universiti awam, manakala penubuhan universiti swasta belum diberi keizinan. Maka, sejumlah besar lulusan SPM dan STPM, serta lepasan pelbagai program diploma Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan politeknik dihantar menyambung pengajian ijazah pertama (sarjana muda) di Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Jordan, Mesir, New Zealand dan United Kingdom. Setiap kali menjelang hari raya puasa, gambar mereka akan terpampang di dada akhbar dengan bergaya dalam persekitaran bersalji.
Setelah itu, kebanyakan kursus pengajian tinggi sudah ditawarkan di dalam negara dengan penubuhan lebih banyak universiti awam hingga mencecah 20 buah semuanya di samping lebih 700 buah kolej, kolej universiti dan universiti kendalian badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan pihak swasta. Pelajar ijazah tinggi sarjana dan doktor falsafah juga tidak lagi dihantar ke luar negara, kecuali untuk kursus kritikal atau kemasukan universiti ternama dunia seperti Cambridge, Harvard dan Oxford. Malah, universiti asing semakin banyak menubuhkan cawangan di Malaysia bagi menarik kemasukan pelajar serantau dan dari negar-negara umat Islam.
Keadaan yang berlaku bermakna pengalaman empat musim akan hanya dapat dinikmati jika sesebuah keluarga itu mampu menanggung perbelanjaan perjalanan ke negara-negara hemisfera utara dan selatan. Destinasi paling murah ialah China, iaitu dalam lingkungan RM3,000 untuk seminggu, misalnya dari bulan Disember hingga Mac (musim sejuk), selain Korea Selatan yang kini menjadi pilihan popular kerana jenama Samsung, Gangnam Style dan Winter Sonata. Pelancong Malaysia juga gemar ke Australia dan New Zealand yang mempunyai pemandangan menakjubkan ketika musim sejuk, musim bunga dan musim luruh.
gelagat pengunjung ruang musim sejuk I-City, seksyen 7, Shah Alam
Kalau tidak berkesempatan ke negara hemisfera utara atau selatan kerana kekangan masa dan kos, atau sekadar untuk persediaan ke sana, rakyat Malaysia masih boleh menikmati pengalaman musim sejuk di dalam negara. Suatu ketika dahulu, taman tema Genting Highland menjadi tumpuan kerana terdapat ruang musim sejuk dengan salji buatan. Kemudian, terdapat pula simulasi empat musim di Taman Pertanian Bukit Cerakah yang kini sudah semakin dilupakan.
Kuasa beli rakyat tempatan yang semakin meningkat membolehkan lebih banyak taman tema menawarkan pengalaman musim sejuk dan bermain salji. Di seksyen 7, Shah Alam, taman tema teknologi tinggi I-City semakin dikenali. Walaupun belum beroperasi pada tahap 100 peratus, I-City dikhabarkan mencatat jumlah kunjungan yang cukup tinggi.
Bayaran letak kenderaan yang dikenakan ialah RM10. Berbeza dengan Taman Tema Genting atau Sunway Lagoon yang mengenakan bayaran secara pakej untuk seluruh kawasan taman tema, aktiviti I-City dikendalikan secara berasingan untuk satu-satu permainan. Maksudnya, jumlah perbelanjaan secara tunai (bayaran menerusi kad kredit belum diaktifkan) mungkin menjadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi jika pengunjung teruja untuk membawa pulang foto yang diambil oleh petugas di sana, wang sudah macam air sahaja.
Bayaran masuk ke ruang musim sejuk ialah RM25 (8 pagi - 6 petang) dan RM35 (6 petang - 2 pagi), dan diskaun sebanyak RM5 jika pembelian tiket mencecah jumlah RM100 dengan kad keahlian percuma. Keadaan di dalam ruang musim sejuk yang luas itu tidak ubah seperti peti ais besar dengan pengunjung disediakan jaket tebal. Pengunjung yang kesejukan biasanya tidak dapat mengelak daripada menyewa but bernilai RM10 seorang daripada petugas Mat Bangla di kaunter.
Di samping berjalan-jalan dan mengambil gambar, pengunjung boleh menjenguk ke dalam terowong igloo, iaitu kediaman orang Eskimo yang dibuat daripada ais sepenuhnya. Kanak-kanak boleh bermain gelungsur salji atau futsal permukaan ais. Walaupun tiada had masa yang ditetapkan, dan masih boleh keluar masuk sesuka hati, pengunjung biasanya hanya mampu bertahan selama satu jam...
Thursday, December 27, 2012
PEMBELAJARAN KELAS HUJUNG DAN TINGKAH LAKU MELENCONG (WISE TEACHER MAGNETIC TO RELUCTANT STUDENT)
Prinsip pendemokrasian pendidikan menegaskan bahawa pendidikan bermutu untuk semua murid menjadi tanggungjawab institusi persekolahan. Akses kepada pendidikan bermutu merupakan suatu jaminan atau insurans kepada kesejahteraan, keselamatan, kemajuan, kemakmuran dan ketenteraman sesebuah masyarakat. Pengalaman pembelajaran yang dinikmati sama ada menerusi kurikulum rasmi ataupun kurikulum tersembunyi pada hakikatnya ialah suatu proses sosialisasi yang sangat kritikal.
Sudah ditetapkan sejak azali bahawa insan diciptakan dengan kepelbagaian bakat, kecenderungan dan potensi untuk dikembangkan secara optimum. Terdapat banyak persamaan umum dari segi tingkah laku perseorangan dan kumpulan, tetapi terdapat banyak pula perbezaan unik antara setiap seorang insan atau kelompok berdasarkan latar belakang keupayaan jasmani, emosi, rohani, akliah dan sosioekonomi. Maka, para guru telah menerima sejumlah pendedahan ilmu bantu pendidikan supaya kelak bersedia menerima semua anak didik di bilik darjah seadanya, tanpa syarat dan tanpa pilih kasih.
Pengkhususan dalam pendidikan khas juga telah mendapat perhatian bagi menolong murid-murid yang unik sama ada bermasalah pembelajaran ataupun terlalu aktif dan pintar cerdas. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa juga diaktifkan sebagai proses campur tangan bagi menolong murid meneroka ciri-ciri positif yang bakal menyumbang terhadap pembelajaran yang berkesan. Sekurang-kurangnya semua murid diharapkan supaya memberi kerjasama dan penglibatan optimum di bilik darjah.
Penempatan murid dalam sesuatu bilik darjah bergantung kepada kriteria dan strategi kecemerlangan sesebuah sekolah. Biasanya, murid dikelompokkan menurut rekod pencapaian kurikulum masing-masing. Tujuannya ialah bagi memudahkan reka bentuk kegiatan bilik darjah supaya gaya pembelajaran murid sejajar dengan gaya pengajaran guru.
Teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran aktif dan akses kendiri merupakan bebErapa contoh pedagogi terkini yang disarankan. Program pengukuhan bagi murid berpotensi cemerlang dan program pemulihan bagi murid bermasalah pembelajaran sudah menjadi lumrah di semua sekolah. Pemisahan yang berlaku bukan kerana pilih kasih atau diskriminasi, tetapi lebih menjurus kepada keakuran pendemokrasian pendidikan itu sendiri.
Guru-guru yang memiliki jadual waktu kelas-kelas 'hujung', iaitu kelompok yang agak belakang dari segi pencapaian kurikulum dan minat pembelajaran perlu merancang reka bentuk aktiviti bilik darjah yang berbeza dengan kelas berpencapaian tinggi dan sederhana. Jenis murid yang enggan belajar seperti itu kadang-kadang lengkap pula dengan tingkah laku lencongan yang dibawa dari rumah atau pengaruh luar. Guru akan menghadapi cabaran dan ujian yang getir untuk menjual pakej pembelajaran yang telah direka bentuk dengan susah payah 'di atas kertas'.
...
...
...
...
Wednesday, December 26, 2012
PENDAKWAH GLAMOR DAMPINGI SELEBRITI (THE NEW METHOD OF SPREADING MESSAGES)
Kemunculan saluran televisyen berunsur dakwah seperti Astro Oasis, al-Hijrah dan Ikim on-line telah membuka ruang yang lebih luas luas untuk cendekiawan Islam dan pendakwah untuk mendampingi masyarakat secara elektronik dan intraktif. Slot program keagamaan menerusi saluran RTM dan TV9 kini mempunyai sahabat dan juga saingan yang baharu. Nama-nama seperti Don Daniyal, Hassan Mahmud dan ramai lagi sudah setara dengan Dr. Zahazan dan pasangan Dr. Aqasyah dan Bahyah (Semanis Kurma).
Setelah mengecapi status baharu sebagai insan popular, para ustaz, tok alim dan pendakwah juga turut diundang bagi memeriahkan program di luar persekitaran dakwah arus perdana. Maksudnya, mereka hadir dalam program hiburan dan sukan, sama ada sebagai juri jemputan atau pakar motivasi. Ustaz Hasan Mahmud al-Hafiz sebagai contoh telah diundang sebagai tetamu saluran Astro Citra untuk rancangan komedi "Elak-elak" yang turut memaparkan babak pelakon wanita yang tidak menutup aurat dan berlaku pergaulan terbuka dengan pelawak lelaki yang bukan mahram.
Profesor Izi Haji Ali (Prof. Madya Izzuddin, UiTM Arau) pula diberi tugas sebagai penasihat motivasi bagi program realiti 'Vokal - Bukan Sekadar Rupa' yang bersiaran menerusi TV3. Kumpulan nasyid kontemporari seperti Hijjaz, Rabbani dan Raihan sering berkongsi pentas dengan kumpulan rock dan penyanyi pop dalam majlis anugerah bintang popular. Dr. Fadzillah Kamsah sering menjemput selebriti dalam program bual bicara beliau yang lebih menjurus kepada motivasi akhlak mulia.
Barangkali pendakwah glamor seperti yang tersenarai cuba mencontohi langkah Hassan al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir yang menyebarkan dakwah hingga ke kelab malam. Kesan segera yang dapat dilihat ialah berlaku penghijrahan banyak selebriti yang berpengaruh telah berhijrah daripada gaya ranggi kepada imej yang lebih beradab, sopan dan penampilan citra Islamik. Bakat mereka sebagai selebriti juga tidak disia-siakan kerana permintaan untuk dunia hiburan berteraskan nilai-nilai murni semakin meningkat.
Dakwah Wali Songo di Jawa menggunakan muzik gamelan bagi menembusi masyarakat yang telah sekian lama terbiasa dengan pengaruh agama Hindu dan hiburan. Pendakwah Wali Songo mendampingi masyarakat, tetapi dengan persediaan jati diri dan ilmu pengetahuan yang jitu. Mereka tidak pernah berganjak daripada sasaran untuk mempengaruhi, bukan sebaliknya.
Usaha dakwah yang berhadapan dengan golongan glamor dan terkenal mungkin menghendaki beberapa kompromi dari segi kaedah, namun bukan kompromi dari segi prinsip. Maksudnya, para pendakwah telah membuat kerja rumah tentang uslub'ud-da'wah dan fiqh'ud-da'wah terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam persekitaran zon penolakan. Para pendakwah sentiasa sedar bahawa segala usaha mendekati sasaran dakwah menjurus kepada seruan kebenaran dengan cara yang paling bijaksana, tetapi akhirnya dikembalikan kepada Allah jua.
Apabila pendakwah berada dalam majlis glamor, mereka mesti istiqamah dengan misi dakwah, bukan untuk menikmati majlis berkenaan yang mungkin memesongkan tujuan kehadiran mereka, lalu syaitan menghembuskan bisikan jahat supaya mereka ikut menikmati keseronokan dalam majlis. Maka, kalau secara individu pendakwah mudah goyah, usaha sedemikian mesti dilakukan secara berpasukan atau jemaah. Sedikit kecuaian bakal menjerumuskan pendakwah dalam majlis lagha dan sia-sia.
Pendakwah bertaraf bintang televisyen juga sepatutnya bergabung dalam satu pertubuhan khas mereka sendiri supaya dapat membentuk kawalan tentang usaha dakwah di samping menyediakan ruang untuk saling menegur jika berlaku isu atau perkara yang boleh menjejaskan penghormatan masyarakat. Ada rungutan bahawa segelintir pendakwah selebriti televisyen yang terlalu yakin dengan hujah sendiri tanpa membuat penyelidikan yang rapi. Misalnya, perbincangan tentang amalan sunat selepas solat berjemaah diberi penekanan yang melebihi gesaan atau galakan supaya sekalian masyarakat berbondong-bondong menuju ke masjid terlebih dahulu.
Kesempatan mendampingi golongan penggiat hiburan mesti ditetapkan dalam konteks dakwah per se. Barangkali kurang manis jika dilihat ada pendakwah yang begitu teruja apabila duduk bersebelahan dengan pelakon dan penyanyi glamor seolah-olah pendakwah dilihat sebagai peminat. Walaupun pendakwah sentiasa tawaduk, tetapi biarlah sentiasa kelihatan bijak dan berwibawa.
Sesungguhnya usaha dakwah bukan bersifat eksklusif atau elitis, lalu tempatnya hanya di masjid, pentas forum perdana dan surau, atau semata-mata menerusi wacana ilmu yang begitu teratur. Pendakwah harus turun ke lapangan, iaitu di tengah-tengah masyarakat dan di segenap penjuru alam kerana hakikatnya setiap insan di muka bumi perlu kepada mesej keadilan, kebaikan dan kebenaran. Mudah-mudahan usaha pendakwah menerusi media skala besar bakal memberi harapan dan sinergi baharu kepada ummah, insya-Allah...
LEBIH BANYAK INSENTIF UNTUK PELAJAR JURUSAN SAINS TULEN (DECLINE IN ENROLMENTS OF SCIENCE STUDENT NEED TO BE ADDRESSED)
Kebimbangan tentang penurunan minat murid memilih jurusan sains memang sangat berasas. Insentif pelepasan cukai pendapatan persendirian sebanyak RM3,000 bagi ibu bapa yang mempunyai anak dalam jurusan sains, serta kenaikan dalam pemberian kadar biasiswa kecil persekutuan dan prauniversiti. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mencadangkan biasiswa kecil persekutuan dinaikkan daripada RM70 kepada RM200, manakala biasiswa prauniversiti daripada RM110 kepada RM300 sebulan, khusus untuk pelajar sains yang memenuhi syarat kelayakan biasiswa itu.
Bagi menggalakkan inovasi pembelajaran di bilik darjah, termasuk makmal, guru-guru mata pelajaran sains akan diberikan pertimbangan khas untuk laluan kerjaya yang lebih baik. Peruntukan waktu belajar mata pelajaran sains juga ditambah daripada empat waktu seminggu kepada lima waktu. Modul pembelajaran (courseware) dan kelengkapan makmal bakal dinaik taraf bagi menambah baik persekitaran pembelajaran sains tulen yang merangkumi mata pelajaran fizik, kimia dan biologi.
Nisbah 60:40 pelajar jurusan sains dan teknikal kepada pelajar jurusan sastera dianggap kritikal sebagai pemangkin pencapaian negara Melayu menjelang tahun 2020. Tanpa menafikan kepentingan jurusan kemanusiaan dan sains sosial, kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada keupayaan teknologi gunaan termaju. Sebagai jalan tengah, pendidikan sains juga harus menerima pendedahan yang mencukupi dalam mata pelajaran kemanusiaan dan sains sosial sepertimana amalan sekolah-sekolah di Malaysia sekarang.
Di Amerika Syarikat, pelajar sains tulen dan gunaan di universiti perlu mengikuti kursus kemanusiaan dan sains sosial pada kadar 30 peratus sebelum memperoleh ijazah pertama. Pengalaman era perang dingin, dokumen A Nation At Risk dan pengamatan Alan Bloom dalam naskhah The Closing of The American Mind nampaknya cukup berpengaruh. Pendidikan liberal sedemikian didapati mustahak supaya siswazah Amerika akan bersikap terbuka dan berdaya saing, khususnya dengan negara saingan ketenteraan, serta ekonomi seperti Russia dan Jepun.
Penurunan enrolmen untuk pelajar jurusan sains bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Buktinya, satu kajian di Australia telah mendapati bahawa terdapat masalah dari segi tanggapan pelajar tentang aras kesukaran pembelajaran sains tulen dan prospek pekerjaan. Profesor Emeritus Dr. Peter J. Fensham dari Universiti Monash (http://www.acer.edu.au/documents/RC2006_Fensham.pdf) mencadangkan supaya kaedah pembelajaran sains di sekolah dikendalikan berdasarkan dunia sebenar dan pengalaman seharian pelajar.
Nampaknya masalah tanggapan (perception) terus membelenggu dan menghantui minda pelajar untuk membuat keputusan menjarakkan diri daripada jurusan sains. Mereka membentuk kumpulan yang sehaluan dengan pemimpin pendapat secara tidak rasmi. Hujah mereka dikukuhkan dengan kes kegagalan angkatan pelajar senior yang sengaja diperbesarkan.
Penulis blog (PB) ialah bekas pelajar jurusan sains hingga peringkat prauniversiti tingkatan enam sebelum menyertai jejak rakan-rakan baik yang sejak awal ditawarkan ke jurusan sastera. Namun, kecenderungan dalam teknik kuantitatif akhirnya membawa PB ke fakulti ekonomi yang berstatus sastera ikhtisas, iaitu bercantum dengan aplikasi kuantitatif dan dapatan penyelidikan. Barangkali pendedahan tentang contoh pelajar sains tulen dan gunaan yang berjaya ketika itu belum mencukupi atau kurang meyakinkan.
Jiwa remaja yang sensitif dan sentimental juga merupakan faktor dalaman yang harus diberi pertimbangan teliti selain pemberian insentif kepada ibu bapa dan pelajar yang memilih jurusan sains. Budak muda lebih mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang pada zahirnya santai, cepat dan tidak membebankan fikiran. Maka, proses campur tangan atau intervensi seperti program pemukiman dengan tokoh sains semasa, serta inventori kaunseling mungkin boleh dirancang dengan jayanya.
Pendidikan sains tidak boleh dipisahkan daripada disiplin psikologi dan sosiologi pendidikan selain manipulasi teknologi pembelajaran terkini. Kajian tindakan guru-guru sains perlu mencari jawapan kepada soalan kajian yang menjurus terhadap psikologi remaja yang masih terumbang-ambing dalam proses membuat keputusan penting dalam kehidupan mereka. Kerjaya keguruan bukan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal, tetapi bagi membina generasi muda yang cinta kepada ilmu, kebijaksanaan dan pembaharuan.
Kesenangan hidup yang dinikmati oleh keluarga mungkin sekali mengakibatkan pelajar remaja tidak berasa terdesak untuk belajar dengan susah payah. Kekayaan kebendaan yang dimiliki oleh tokoh perniagaan, ahli politik dan artis glamor umpama sihir yang mampu memesongkan perhatian mereka. Walaupun demikian, pencapaian hebat sains dan teknologi sejak zaman-berzaman juga boleh dipromosikan sebagai ibadah dan sisi kejayaan yang lebih unggul...
Tuesday, December 25, 2012
GURU MENGGENGGAM HARAPAN TAHUN 2013 (THE DREAM SCHOOL AND CAREER IN THE NEW YEAR)
Kebanyakan sekolah sudah memulakan mesyuarat guru sepanjang minggu ini, dan bersambung pula pada hari Isnin, 31.12.2013. Sesi persekolahan yang baharu bermula pada 2.1.2013 bersamaan dengan hari Rabu, 18 Safar 1433 Hijriyyah. Ibu bapa juga telah berbelanja besar untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak, sama ada di pasaran atau di kedai buku dan koperasi sekolah.
Ternyata bahawa urusan pendidikan juga membabitkan jual beli secara besar-besaran. Pengilang, pemborong dan peruncit turut menumpang tuah kepada ibu bapa kanak-kanak yang prihatin terhadap kelengkapan pembelajaran anak masing-masing. Semasa cuti panjang yang lalu, sektor pelancongan telah menikmati caj harga puncak yang membolehkan mereka bertahan andai kata kadar penginapan dan jualan merosot sedikit pada musim persekolahan.
Beberapa buah kesatuan guru juga mengambil kesempatan untuk menganjurkan seminar dan persidangan, lalu memperakukan naskhah resolusi yang dimajukan kepada pihak Kementerian Pelajaran. Kongres misalnya telah membuat usul supaya guru bukan siswazah (diploma perguruan lepasan maktab perguruan) yang sudah mencecah usia 50 tahun diberi kenaikan automatik ke gred DG 42 (gred naik pangkat mesti diakhiri dengan angka genap bagi membezakan lantikan pertama dengan angka ganjil) tanpa perlu kelayakan ijazah sarjana muda. Kemudian, KPPK atau NUTP pula mengulangi tuntutan supaya guru yang memiliki ijazah tinggi sarjana dan doktor falsafah dianugerahkan dua dan tiga pergerakan gaji.
Hakikatnya isu gaji dan naik pangkat ini memang panas dan sensitif kepada semua pihak, sama ada dari segi terma perkhidmatan atau prinsip upah yang tulen. Cadangan Kongres akan disokong bulat-bulat oleh guru diploma maktab, tetapi reaksi yang berbeza daripada siswazah terus (fresh graduate) yang telah bertungkus-lumus semasa belajar di universiti, akibat sering terlepas pandang. Hujah Kongres ialah Kementerian Kesihatan telah melaksanakan proses berkenaan, namun sudah tentu akan ada tuntutan balas oleh guru siswazah terus yang juga mahukan keadilan akademik untuk diri mereka.
Isu guru sarjana dan Ph.D telah mendapat maklum balas positif pihak kementerian, tetapi masih tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang lebih arif tentang kemampuan kewangan kerajaan. Dalam perkhidmatan awam, setakat ini hanya kakitangan akademik dan sarjana kepakaran yang menikmati gred gaji yang berbeza antara pemegang ijazah pertama dengan ijazah lanjutan. Pensyarah universiti pula mengeluh kerana proses kenaikan pangkat ke gred 52 dan 54 lebih sukar daripada guru sekolah dengan keperluan menyiapkan sejumlah penyelidikan dan bergelar profesor madya.
Kaum guru bukan kemaruk kebendaan dan wang ringgit yang melimpah ruah justeru menerima hakikat bahawa kakitangan awam hanya masuk dalam kategori kelas pertengahan, tidak seperti ahli perniagaan yang kaya raya. Mereka hanya berharap untuk memiliki keperluan dan keselesaan seadanya supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pendidikan anak bangsa dan ummah. Pemilikan unit kediaman dan kenderaan yang selamat ialah antara perkara yang diberi keutamaan hingga membabitkan hampir separuh pendapatan guru saban bulan.
Guru juga memasang impian memiliki keluarga yang sejahtera dan menyumbang terhadap masyarakat dalam kawasan kejiranan masing-masing. Namun, terlalu banyak tukang fikir di luar sekolah yang memberi arahan dan cadangan yang mengakibatkan sekolah umpama tempat longgokan idea dan agenda yang melampaui kegiatan pembelajaran di bilik darjah. Hasrat untuk menggantikan metafora bahawa guru umpama lilin yang membakar diri dengan guru umpama matahari yang menerangi nampaknya tinggal omong-omong belaka.
Hendaknya kedatangan tahun 2013 bakal membuka lembaran baharu terhadap kerjaya keguruan. Pihak-pihak berkepentingan yang membuat arahan dan cadangan kepada sekolah patut mencermin diri sendiri dan lebih empati. Guru akan terus berpegang kepada ikrar perkhidmatan dan membimbing murid untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik, berkesan dan menarik, insya-Allah...
BENCANA BANJIR PERINGATAN ALLAH (BOATS ON THE ROAD)
Tahun lalu, bandar Kajang mengalami banjir paling dahsyat dalam sejarah apabila ditenggelami air akibat pengurusan saliran dan perancangan bandar yang mungkin terlepas pandang terhadap kemungkinan paling buruk. Tahun ini giliran bandar raya Kuantan mengalami nasib yang serupa. Negara tetangga, iaitu Indonesia dan Thailand juga berhadapan dengan ujian getir bencana alam yang datang dengan pakej risiko wabak penyakit bawaan air seperti taun dan masalah kulit.
Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jepun tidak terkecuali, malah lebih dahsyat justeru dibadai oleh taufan daripada lautan lepas yang tiada penampan. Pelbagai teknologi termaju tentang amaran bencana alam digunakan supaya mangsa bencana alam dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat tindakan yang perlu. Pasukan bantuan bencana juga dilengkapkan dengan data dan statistik yang merangkumi semua prospek mangsa dan persediaan lojistik penempatan sementara mangsa.
Di negara kita, ancaman banjir tidak seburuk negara tanah rendah seperti Bangladesh. Pasukan pengurusan bencana di bawah Majlis Keselamatan Negara akan segera diaktifkan meliputi pelbagai pasukan bantuan pasukan pakaian seragam, perubatan dan sukarela. Pertubuhan politik juga bertungkus-lumus menghulurkan bantuan yang perlu tanpa mengira latar belakang mangsa, sama ada penyokong atau prospek bukan pengundi mereka.
Pada musim banjir ini, golongan bangsawan dan kenamaan sibuk menunjuk muka di pusat penempatan sementara mangsa. Walaupun hakikatnya mereka tinggal di rumah agam dan kediaman yang mewah, setidak-tidaknya amalan menjenguk rakyat jelata yang ditimpa musibah tetap merupakan amalan yang terpuji. Sekurang-kurangnya mangsa banjir berkesempatan bersua muka dengan pemimpin yang jarang-jarang ditemui dan berkemungkinan pula dilaporkan dalam media massa.
Sifat air ialah rata pada permukaan, walaupun kawasan laluan air berkenaan terdapat longkang, lubang atau objek berbahaya. Warna air banjir pula keruh dan tidak jernih mengakibatkan mangsa tidak dapat mengagak keratan rentas permukaan kawasan yang dilalui. Ibaratnya mangsa banjir seperti orang kelainan upaya penglihatan yang memerlukan bantuan tongkat dan alat pengesan permukaan yang disangka sebagai jalan.
Kenderaan dan jentera juga perlu diletak di kawasan yang lebih tinggi dan selamat bukan sahaja dari segi kerosakan komponen jentera, bahkan daripada penyangak dan pengutip besi buruk. Dalam keadaan banjir, kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta penumpang biasa boleh dihanyutkan oleh kederasan air banjir. Tayar kenderaan sebagai sentuhan terakhir dengan permukaan jalan sudah bertukar menjadi pelampung berat yang boleh jadi timbul atau terus tenggelam
Banjir menguji kesabaran insan sama ada mangsa atau petugas bantuan kecemasan. Banyak kehilangan dan keskuraran akan ditempuhi. Kehidupan harian biasa terjejas dan sisi keselesaan peribadi terpaksa dikorbankan.
Banjir menguji kesabaran insan sama ada mangsa atau petugas bantuan kecemasan. Banyak kehilangan dan keskuraran akan ditempuhi. Kehidupan harian biasa terjejas dan sisi keselesaan peribadi terpaksa dikorbankan.
Keadaan di tempat pemindahan sementara sudah tentu sempit dan terbuka pula tanpa pemisahan fizikal (bilik khusus) untuk seisi keluarga. Kaum wanita dan anak perempuan yang wajib menjaga aurat masing-masing lebih daripada kaum lelaki bakal berhadapan dengan cabaran getir. Bertudung kepala 24 jam bukan suatu perkara yang mudah, kecuali dengan benteng keimanan yang kental.
Mangsa di pemepatan sementara juga terdedah kepada risiko kacau ganggu. Anak-anak remaja juga semakin sukar dikawal dan bercampur gaul tanpa dapat ditegur dengan tegas sebagaimana di rumah. Wewenang ibu bapa tergugat, manakala autonomi remaja semakin terserlah.
Maka, di samping kunjungan orang-orang kenamaan, perkhidmatan kaunseling patut disediakan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa banjir dan juga petugas bantuan kecemasan. Ibadah solat berjemaah boleh dihidupkan, diikuti oleh tazkirah yang sangat ringkas supaya input ilmu yang berkesan dapat menghiburkan hati mangsa banjir yang gundah gulana. Setiap musibah yang melanda pasti terkandung hikmah dan iktibar di sebaliknya...
Monday, December 24, 2012
PENCERAHAN GANTI PENJELASAN: SUATU PANDANGAN KRITIS (THE POWER OF SLANG TOWARDS MAINSTREAM LANGUAGE)
Mutakhir ini, kata terbitan 'pencerahan' masih kerap digunakan dalam percakapan, majlis ceramah dan penulis dalam media. Sebagai contoh, peserta seminar bertanya kepada pembentang kertas kerja, "... mohon pencerahan tentang status kerajaan peralihan (caretaker) menjelang pilihan raya". Lazimnya sebelum ini, kata terbitan yang lebih kerap digunakan ialah penerangan, penjelasan atau huraian.
Orang ramai memang mudah tertarik dengan perkataan baharu yang dianggap lebih bertenaga (powerful) dan menusuk kalbu. Sekali mendapat perhatian, perkataan seumpama itu akan serta-merta merebak bagaikan viral dalam dunia komunikasi maya. Setakat ini, orang kuat Dewan Bahasa dan Pustaka diam sahaja dan tidak menyuarakan apa-apa bantahan. Maka, peminat pencerahan berasa bahawa tiada sebarang kejanggalan dan kesilapan yang berlaku tentang penggunaan kata terbitan berkenaan.
Sebenarnya kata terbitan pencerahan bukanlah sesuatu yang baharu. Dalam mata pelajaran sejarah, pencerahan biasa digunakan untuk merujuk kepada benua Eropah yang bebas daripada zaman kegelapan yang dikuasai oleh golongan bangsawan feudal dan gereja. Revolusi industri abad ke-17 dan sekularisasi telah dianggap sebagai titik tolak perubahan masyarakat Eropah hingga ke hari ini yang berpindah daripada ekstrem penindasan kepada ekstrem keangkuhan yang baharu.
Kata dasar bagi pencerahan ialah cerah yang bererti terang (bukan hari, bulan, lampu, langit dan lain-lain), jernih (bukan kaca, dll), tidak hitam, agak putih (bukan kulit), berseri, tidak muram (bukan rupa muka), baik, bahagia, elok (kiasan), dan berakal (kiasan) (Kamus Dewan edisi IV, 2005: 268-269). Pencerahan pula bermaksud perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu atau menjadikan cerah. Tidak ada penggantian untuk perkataan penjelasan dan huraian, melainkan penerangan yang merupakan kata terbitan kepada terang.
Walaupun perkataan pencerahan semakin popular dalam perbincangan dan penulisan rasmi, tetapi setakat ini masih belum menembusi bidang pentaksiran pendidikan. Belum ada ayat tugasan soalan yang menggunakan pencerahan sebagai setara dengan huraian, penerangan dan penjelasan. Namun, andai kata pengaruh aliran sosiolinguistik bertambah kuat, maka perkara sedemikian bukan mustahil untuk berlaku.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu tidak pernah menutup pintu kepada langkah pembaharuan dan perubahan bagi memantapkan kedudukannya. Proses itu bagaimanapun perlu melepasi perkenan dan tapisan yang ketat oleh pihak wewenang bahasa Melayu yang sah. Maka, masukan dalam kamus akan tetap memberi ruang terhadap tambahan maksud yang baharu dengan label penggunaan seperti bahasa percakapan (bp), bahasa basahan atau slanga.
Selagi kawalan bahasa tidak begitu tegas, pelbagai pihak akan lebih berani melakukan pencemaran dan pelanggaran hukum bahasa yang telah mantap. Judul majalah seperti Solusi yang diubah suai daripada solution walaupun bermaksud baik dan murni untuk mendidik masyarakat, tetapi jelas tidak menghormati peraturan tatabahasa pegangan. Pihak Telaga Biru patut diberi teguran dan diminta memberi tunjuk sebab terhadap penggunaan perkataan solusi kerana majalah berkenaan diedar dengan meluas ke seluruh negara.
Belakangan ini kata ganda 'agak-agak' juga semakin galak digunakan oleh para remaja, wartawan hiburan dan tidak ketinggalan pengendali weblog yang berpengaruh. Maksud yang setara dengan 'agak-agak' termasuk barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya, ragu-ragu, sangsi, mempunyai tujuan (niat), bermaksud, berniat, awas-awas dan hati-hati (Kamus Dewan edisi IV, 2005: 13). Namun, 'agak-agak' versi baharu yang cuba dipopularkan itu membawa erti tidak sembarangan atau hentam kromo ketika bercakap, berhujah atau mengeluarkan pendapat.
Jika dibandingkan dengan 'pencerahan', 'agak-agak' lebih hampir kepada maksud hati-hati seperti yang tercatat dalam kamus. Meskipun begitu, dalam laras ayat rasmi, penggunaan kata ganda 'agak-agak' akan terbatas kepada kamus pegangan, iaitu Kamus Dewan dan naskhah tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Nampak gayanya, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menyediakan pasukan pemantau khusus untuk menangani gejala pencemaran bahasa oleh para amatur bahasa.
Variasi bahasa akibat kepelbagaian sebutan dan lagu bahasa tidak boleh dijadikan alasan konkrit untuk melemahkan peranan bahasa baku dalam urusan rasmi dan persuratan. Tiada kongkongan atau sekatan yang keterlaluan dikenakan terhadap proses komunikasi harian dan tidak rasmi. Namun, harus diingat bahasa melambangkan bangsa, bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa...
Sunday, December 23, 2012
AKHIR PERJALANAN JUARA CATUR REMAJA (MAY ALLAH GRANT THE FAMILY A PLACE IN HEAVEN)
Dungun, Terengganu: Ahad 23/12/12
Siti Khadijah binti Sabirin, 12, baru sahaja menerima berita gembira kerana diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, iaitu Sesma (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu) setelah muncul sebagai antara murid cemerlang UPSR 2012 di Sekolah Kebangsaan Sura. Siti Khadijah juga aktif dalam bidang kepimpinan sebagai pengawas sekolah. Bersama kakaknya, Siti Aisyah, 14 (SMK Intan Zaharah, Dungun), Siti Khadijah menyertai dan memenangi pelbagai pertandingan catur remaja hingga ke peringkat kebangsaan. Ayah mereka, Cikgu Sabirin bin Sulaiman, 45, bertugas di tempat Siti Aisyah belajar, berasal dari Johor dan ibu mereka bernama Halina Saif @ Saib, 40.
Kini, mereka hanya tinggal kenangan kerana sudah menyahut panggilan Ilahi dalam suatu tragedi menyayat hati berhadapan dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik dekat sini sekitar pukul 1.30 pagi tadi. Menurut sumber, Cikgu Sabirin ialah guru bahasa Jepun, dan kedua-dua anak beliau juga dilahirkan di negara matahari terbit itu. Penulis blog (PB) sekeluarga sempat melihat kenderaan keluarga malang itu dan juga bas ekspres Budaya yang bertembung dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan renyai dan awal pagi yang gelap ketika dalam perjalanan menuju utara.
Menurut laman sesawang rasmi Persatuan Catur Antarabangsa Sedunia, Siti Aishah berada pada kedudukan 1,639 daripada sejumlah 135,707 orang pemain catur berdaftar. Dalam banyak kejohanan, Siti Aisyah bukan sahaja menjuarai kategori perempauan, tetapi juga muncul sebagai juara keseluruhan setelah kutipan mata dikumpul sepenuhnya. Kehilangan Siti Aisyah pasti dirasakan oleh rakan dan saingan beliau, bahkan kepada persatuan catur kebangsaan.
Siti Khadijah juga mengekori rapat kedudukan kakaknya dan sama-sama menyertai kejohanan catur tertutup peringkat kebangsaan pada bulan Julai yang lalu. Ternyata bahawa kepintaran mengatur langkah bidak catur tidak menjejaskan tumpuan Siti Khadijah dalam pelajaran, bahkan mampu muncul dalam kalangan kelompok terbaik. Kegigihan dan ketekunan Siti Khadijah akan selalu menjadi sebutan di Sekolah Kebangsaan Sura.
Betapa pun anggota keluarga dan rakan kedua-dua adik-beradik pintar dibalut kepiliuan, hakikatnya Allah lebih menyayangi mereka. Maka, ikhaskan pemergian mereka sekeluarga dengan iringan doa semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal saleh. Jasa dan sumbangan mereka akan terus hidup dalam kenangan dan sejarah peribadi masing-masing.
...
Friday, December 21, 2012
PENGALAMAN SEBAGAI PENGHUNI RUMAH ORANG BUJANG (LIFE BEFORE GETTING MARRIED)
Banyak kali juga penulis blog (PB) tinggal di rumah bujang, tetapi canggih sedikit daripada gambaran filem 'Bujang lapok' arahan Tan Sri Dr. P. Ramlee. Antaranya di Padang Jawa, Kelang, Melaka, Bagan Datuh, Sungai Sumun dan di Ipoh. Boleh dikatakan PB mempunyai kamar peribadi dan tidak perlu berkongsi. Bayar mahal sedikit tidak mengapa, asal sahaja selesa. Rakan serumah pula macam-macam pekerjaan dan macam-macam pula perangai masing-masing, termasuklah yang menulis ini.
Di Padang Jawa misalnya, PB bercampur gaul dengan tenaga industri (pekerja kilang) berdekatan Shah Alam. Dalam rumah hanya ada bilik air, tetapi tiada tandas. Lapan buah rumah sewa berkongsi satu unit tandas, sudah seperti cerita Bujang Lapuklah pula!
Di Melaka, semasa latihan praktikum tinggal di sebuah rumah teres taman perumahan Bukit Katil, berdekatan dengan sekolah menengah vokasional. Setelah dua bulan berpindah pula ke rumah sewa seberang jalan Sekolah Menengah Seri Kota, Ayer Leleh. Rumah sebuah, tetapi tiada tandas juga!
Di Sungai Sumun, PB menghuni kuarters guru bersebelahan surau dan pejabat sekolah.
Di Bagan Datuh, mulanya di sebuah rumah yang agak kecil, tetapi setelah itu berpindah ke Selekoh, berdekatan Sekolah Tun Abdul Razak.
Di Ipoh, tinggal di rumah semi-D yang mewah sedikit. Rakan serumah terdiri daripada doktor perubatan, pengurus bank, jurutera, dan pensyarah perakaunan politeknik.
...
...
...
...
...
NOVEL 'MELUNAS RINDU' KOMSAS TINGKATAN 4 (THE RANDOM OR TYPICAL COINCIDENCE
Pengenalan
Biodata Pengarang
Hartini Hamzah, guru bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup (gred DGA 32) di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang dilahirkan pada 3 September 1970. Beliau yang berasal dari Bagan Serai, Selama, Perak merupakan anak seorang pesawah yang kemudiannya berhijrah ke Pahang untuk bergelar peneroka Felda. Hartini memiliki diploma pengajian perniagaan dari UiTM dan sijil perguruan asas.
Maklumat Percetakan
Tema
Sinopsis
Latar Tempat
Watak dan Perwatakan
Nilai Murni (Kemanusiaan / Kemasyrakatan)
Persoalan
Kbkk
Daya Tarikan Novel
Kritikan novel
Peristiwa Menarik
...
...
...
Murid tingkatan 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sungguh bertuah kerana teks novel komsas yang perlu dibaca ialah "Melunas Rindu" karya Cikgu Hartini binti Hamzah, 42. Jalan ceritanya mudah dan watak yang ditampilkan juga tidaklah begitu banyak. Selain itu, ungkapan klise bahawa "dunia ini kecil" dieksploitasi oleh pengarang menerusi begitu banyak kebetulan, tidak ubah seperti skrip cerita Hindustan, Korea, sinetron dan telenovela Filipina dan Latin.
Perincian tentang sekolah juga lebih realistik memandangkan pengarang memang berada dalam persekitaran yang berkenaan. Namun, konflik terbuka antara Cikgu Farhana dengan Cikgu Zamani di bilik guru merupakan kes yang bersifat ekstrem dan terpencil. Terdapat pengamatan yang sedikit 'berat sebelah' dalam menggambarkan watak tertentu.
Biodata Pengarang
Hartini Hamzah, guru bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup (gred DGA 32) di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang dilahirkan pada 3 September 1970. Beliau yang berasal dari Bagan Serai, Selama, Perak merupakan anak seorang pesawah yang kemudiannya berhijrah ke Pahang untuk bergelar peneroka Felda. Hartini memiliki diploma pengajian perniagaan dari UiTM dan sijil perguruan asas.
Hartini Hamzah ialah penulis yang sangat prolifik, khususnya novel remaja dan cerpen. Bakat penulisan beliau tumbuh daripada tabiat suka membaca, di samping suka melayan minda dengan bait-bait bahasa. Pergaulan Cikgu Hartini dengan penulis seangkatan telah menajamkan lagi teknik penulisan beliau walaupun dibahasakan dengan 'tembak-tembak' sahaja.
Maklumat Percetakan
Jumlah muka surat: 209, tidak termasuk masuk kulit, maklumat am dan biodata
Jumlah bab: 19, tanpa subjudul
Harga senarai: RM9.00
Tema
Sinopsis
Novel "Melunas Rindu' mengisahkan perjalanan hidup Fuad @ Joshua @ Abdul Halim dalam menemukan ibu kandungnya yang terpisah sejak lahir. Fuad dilahirkan sebagai anak keluarga Islam apabila Robert Lim bernikah dengan Mariana binti Osman, tetapi Robert Lim kemudian bernikah dengan Susan dan kembali ke agama asalnya. Fuad dipelihara oleh bapa saudaranya, Peter Lim.
Setelah setahun kematian Sofia, adik kandung yang dilarikannya, Fuad kembali ke Danau Seberang, Terengganu untuk menebus kesilapan yang berlaku kepada keluarga angkat Sofia, Pak Cik Ismail dan Mak Salmah, di samping meneruskan usaha menjejak keluarga sebelah ibunya di Raub, Pahang. Fuad kemudian ditawarkan tugas guru sandaran tidak terlatih (sementara) di Sekolah Menengah Seri Setia. Sebagai siswazah pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti ternama di Amerika Syarikat, Fuad ditugaskan mengajar bahasa Inggeris yang membawa dirinya rapat dengan Farhana, ketua panitia lulusan United Kingdom.
Setelah setahun kematian Sofia, adik kandung yang dilarikannya, Fuad kembali ke Danau Seberang, Terengganu untuk menebus kesilapan yang berlaku kepada keluarga angkat Sofia, Pak Cik Ismail dan Mak Salmah, di samping meneruskan usaha menjejak keluarga sebelah ibunya di Raub, Pahang. Fuad kemudian ditawarkan tugas guru sandaran tidak terlatih (sementara) di Sekolah Menengah Seri Setia. Sebagai siswazah pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti ternama di Amerika Syarikat, Fuad ditugaskan mengajar bahasa Inggeris yang membawa dirinya rapat dengan Farhana, ketua panitia lulusan United Kingdom.
Pencarian Fuad terhadap ibu kandungnya berakhir tanpa disangka-sangka apabila ibu Farhana, iaitu Mariana yang terlantar di wad hospital ialah ibu kandungnya juga. Sekali lagi perasaan cinta yang baharu berputik buat kali kedua selepas Sofia rupa-rupanya dengan adik kandung sendiri. Ketika Fuad hendak berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, Robert Lim datang lalu mengatakan dia juga akan menyusul ke sana...
Binaan Plot / Kandungan
...
...
...
...
Latar Masa
...
...
...
...
...
...
Latar Tempat
...
...
...
...
...
...
Watak dan Perwatakan
Fuad @ Joshua @ Abdul Halim bin Roslan @ Robert Lim
Farhana binti Fakharuddin / guru / ketua panitia Bahasa Inggeris
Mak Salmah / ibu angkat Fuad, Sofia
Mak Salmah / ibu angkat Fuad, Sofia
Pak Cik Ismail / bapa angkat Fuad, Sofia
Mariana binti Osman / ibu Farhana / ibu Fuad
Cikgu Abas / penolong kanan Sekolah Menengah Seri Setia
Borhan / rakan Fuad / ahli jemaah masjid / menantu penghulu
Cikgu Zamani / guru geografi (bermasalah)
Chin (anak saudara Robert Lim)
Swee Lan / isteri Peter Lim / ibu saudara Fuad
Pak Ngah Lias (orang tua yang masih menyimpan kisah silam Mariana)
Pak Samsudin (pemberi maklumat Mariana masih hidup)
Pak Said (jemaah masjid yang menemani Fuad menjejak 'pusara' Mariana)
Borhan / rakan Fuad / ahli jemaah masjid / menantu penghulu
Cikgu Zamani / guru geografi (bermasalah)
Chin (anak saudara Robert Lim)
Swee Lan / isteri Peter Lim / ibu saudara Fuad
Pak Ngah Lias (orang tua yang masih menyimpan kisah silam Mariana)
Pak Samsudin (pemberi maklumat Mariana masih hidup)
Pak Said (jemaah masjid yang menemani Fuad menjejak 'pusara' Mariana)
Latar Masyarakat
...
...
...
...
...
...
Nilai Murni (Kemanusiaan / Kemasyrakatan)
...
...
...
...
...
...
Persoalan
...
...
...
...
...
...
Pengajaran
...
...
...
...
...
...
Kbkk
Daya Tarikan Novel
Kritikan novel
Peristiwa Menarik
...
...
...
KIAMAT KAUM MAYA SUDAH BERLALU (FALSE ALARM)
Sebanyak tujuh juta jiwa suku kaum Maya bertebaran di Amerika Tengah dan Mexico. Sebahagiannya masih tinggal dalam persekitaran orang Asli, manakala sebahagian lagi sudah menikmati akses pendidikan tertinggi. Maka, tarikh 21.12.12 yang diramalkan sebagai berlakunya kiamat dalam kalendar Maya kuno kini cuba dijustifikasikan sebagai petanda berakhirnya satu era dunia, tidak semestinya berlaku kemusnahan besar-besaran.
Pelik juga mengenangkan betapa suku kaum yang masih kuno berjaya mencemaskan sebahagian penduduk dunia pada tarikh yang disebutkan (hari ini). Kiamat ialah rahsia Ilahi dan tiada mana-mana insan dapat mengetahui tarikhnya. Kalau ada sesiapa yang mendakwa tahu tarikh kiamat, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa orang itu telah sesat dan kufur, na 'u dhubillahi min dhalik.
Persediaan untuk menghadapi kiamat perlu dilakukan sepanjang masa, iaitu dengan amal kebaikan dan mencegah mungkar. Andai seseorang individu tidak sempat mengalami sendiri peristiwa kiamat, dia tetap akan mengalami kiamat kecil, iaitu kematian. Sesungguhnya, tiap-tiap jiwa akan merasai mati, kullu nafsin dha iqatu'l-maut; di mana-mana sahaja seseorang itu akan didatangi maut, walaupun berada dalam benteng yang amat kukuh, ainama taqunu yudri'q-qumu'l-maut, walau kuntum fi buruji'm-musyyadah.
Kedahsyatan hari kiamat menjadi tema sebahagian kisah yang terkandung dalam al-Qur'an, khususnya surah-suarah yang diturunkan di Makkah. Kaum 'Ad, Madyan dan Tsamud sangat ingkar terhadap hari kiamat dan hari pembalasan sehingga menganggap tidak logik bahawa tulang-belulang yang sudah hancur dapat bercantum semula dengan jasad untuk dibangkitkan semula menuju padang Mahsyar. Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa jika manusia dapat diadakan daripada tiada, maka sudah tentu mudah manusia yang pernah ada dihidupkan semula, tetapi golongan yang ingkar tetap berdegil lalu menjadi musuh kebenaran.
Kemajuan dan pembaharuan (islah) ialah penanda aras umat terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia, iaitu mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan, serta mereka beriman kepada Allah (rujuk ali Imran, 3:110). Seruan kebenaran merupakan tugas asasi orang-orang yang beriman, serta perlu disampaikan dalam pelbagai cara berdasarkan keupayaan masing-masing. Paling tidak, seruan kebenaran itu terserlah menerusi kecemerlangan peribadi dan akhlak yang mulia sebagai suatu bentuk dakwah pencapaian dan perbuat, da'wah bi'l-hal.
Sikap umat yang beriman tidak menolak kebijaksanaan yang datang daripada mana-mana sekalipun, daripada sesiapa juga hatta musuh selagi bermanfaat. Penegasan sedemikian berdasarkan al-hadith, al-hikmah dholatu'l-mu'min, au kama qala (kebijaksanaan itu merupakan barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman). Batasan yang ditetapkan ialah al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai pegangan dan sempadan daripada terjerumus ke lembah kesesatan...
Thursday, December 20, 2012
IKTIBAR KEJATUHAN NOKIA (CONNECTING BY SAMSUNG GALAXY NOTE)
Berita pemberhentian kira-kira 15,000 orang pekerja Nokia, syarikat gergasi telefon bimbit menggambarkan persaingan sengit dalam industri telekomunikasi. Nokia yang berpangkalan di Finland itu sudah gagal menahan asakan pemain utama segmen telefon pintar, iaitu Apple dan Samsung. Percubaan Nokia memperkenalkan jenama Lumia dengan tawaran cabutan bertuah kereta Toyota Vios juga tidak berjaya memikat pasaran, terutama dalam kalangan pembeli muda.
Apple pada asasnya ialah pemain utama teknologi komputer mudah alih, manakala Samsung bermula dengan pelbagai jenama barangan elektronik seperti mesin basuh, peti sejuk dan televisyen. Namun, apabila teknologi komputer pintar digabungkan dengan aplikasi telefon bimbit, maka Apple dan Samsung mula berperang merebut pasaran di seluruh dunia. Kejayaan Apple memenangi kes mahkamah yang menyebabkan Samsung terpaksa membayar USD1 bilion (RM3 bilion) sebaliknya menjadikan jenama Samsung semakin popular.
Samsung dari Korea Selatan bukan sahaja menggegarkan pasaran Amerika Syarikat, bahkan menakluki pasaran Russia, United Kingdom dan benua Asia. Jenama gajet daripada negara matahari terbit Jepun seperti Panasonic dan Sony juga agak tenggelam. Baru-baru ini Google menjalin kerjasama dengan LG, saingan Samsung di Korea Selatan yang bakal menunjukkan kekuatan jenama mereka di serata dunia.
Firma penyelidikan teknologi IHS iSuppli yang berpangkalan di Washington menganggarkan Samsung berganti kedudukan dengan Nokia dengan penghantaran 29 peratus telefon bimbit, berbanding dengan 24 peratus pada tahun sebelumnya. Bagi segmen pasaran telefon mudah alih pintar, Samsung jauh di hadapan dengan 28 peratus berbanding dengan pesaing terdekat, iaitu Apple yang sekadar mencatat 20 peratus. Dalam kata lain, Samsung mencatat peningkatan mendadak sebanyak 40 peratus penguasaan pasaran bagi kedua-dua segmen telefon mudah alih dan telefon pintar.
Kesanggupan Samsung memperuntukkan perbelanjaan besar dalam pelaburan inovasi dan reka bentuk sangat berbaloi. Kemasyhuran penyanyi rap gempal Korea Selatan, Psy, 34, dengan Gangnam Style yang mencatat hampir 1 bilion hit di laman perkongsian video You Tube sedikit sebanyak menambah kegilaan remaja di seluruh dunia terhadap jenama Korea Selatan, khususnya Samsung. Kini, rakyat Korea Selatan bukan sahaja dapat berbangga dengan status sebagai negara perindustrian baharu (NIC), malah kemajuan negara bersaiz kecil itu yang berkembang dalam pelbagai bidang nyata sekali lebih cepat daripada yang dijangka.
Nokia mungkin masih bertahan untuk segmen pasaran tradisional dan pengguna yang lebih dewasa. Melainkan suatu magis berlaku dan Nokia berjaya kembali ke persada carta jualan telefon mudah alih, Nokia akan hanya mampu bergantung harap kepada segmen pasaran yang lebih kecil. Mungkin Nokia juga perlu melaksanakan pelan penggabungan dengan pesaing utama Samsung supaya dapat mewujudkan momentum jualan dan sinergi persaingan yang lebih kukuh.
Pemusatan sebahagian besar proses pembuatan dan pengeluaran jenama gajet mudah alih di China atas faktor upah buruh yang rendah pula dijangka memberi keuntungan kepada negara berkenaan dalam jangka masa panjang. Huawei, sebuah syarikat gergasi teknologi jalur lebar China sudah mula mencongak langkah untuk menyertai segmen pasaran telefon pintar dengan pembaharuan yang boleh menggugat kedudukan Apple dan Samsung. Di samping pasaran domestik yang besar, Huawei merupakan jenama yang sudah mula dikenali di serata dunia.
Khabarnya Nokia bercadang untuk mengeluarkan komputer tablet dan komputer mudah alih yang akan digabungkan sekali dengan ciri telefon pintar. Sudah tentu di peringkat permulaan, Nokia terpaksa berhadapan dengan kos overhead yang tinggi, selain ekonomi bidangan yang masih lambat. Kemungkinan harga jualan jenama Nokia itu diletakkan di bawah paras kos pengeluaran sebagai strategi merebut pasaran.
Kepada semua ahli perniagaan, besar atau kecil, kejatuhan Nokia setelah sekian lama bertakhta di pasaran perlu dipelajari dengan cermat. Pesaing-pesaing baharu akan sentiasa muncul, sedangkan kesetiaan jenama semakin sukar untuk dipertahankan. Cita rasa pasaran juga semakin sukar untuk diramalkan dengan tepat...
Wednesday, December 19, 2012
TEKNIK "I ACT" DALAM PENULISAN KARANGAN (ACRONYM METHOD IN GENERATING IDEAS)
Bidang ikhtisas (profesional) banyak menggunakan perlambangan (metafora), singkatan ejaan (akronim) dan tamsilan bagi merujuk sekumpulan idea yang tersusun. Sebagai contoh, ikon bidang kreatif, Edward de Bono menggunakan akronim seperti OPV (other people's view) bagi menjelaskan kemahiran mendengar. Analisis SWOT pula ialah singkatan kepada strengths, weaknesses, opportunities, threats sebagai kerangka sumbang saran bagi muhasabah pencapaian dan prospek sesebuah oganisasi atau apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan proses membuat keputusan strategik.
Pada hari Sabtu yang lalu (15/12/12), pukul sebelas pagi menerusi saluran radio Traxx.fm, seorang pengamal perubatan keselamatan pekerjaan, Dr. Azrul Zaiman bin Dato' Abdullah telah bersiaran secara langsung di udara bersama pengacara di konti. Salah satu penjelasan beliau yang menarik ialah strategi I ACT (saya bertindak) yang mewakili kenal pasti (Identify), menilai (Assesing), kawalan (Controlling) dan rawatan (Treatment). Dr. Azrul menjawab soalan tentang peranan doktor perubatan dalam konteks kesihatan di tempat kerja yang terdedah kepada bahan kimia, habuk dan kebisingan.
I ACT itu lebih kurang sama dengan kaedah umum perubatan, iaitu diagnosis, terapi dan prognosis. Diagnosis ialah proses mengenal pasti masalah yang dialami oleh pesakit, terapi ialah rejim rawatan yang tepat dan prognosis ialah proses susulan atau keperluan rawatan selanjutnya. Proses berkenaan boleh berulang kali berlaku dalam banyak pusingan.
Peringkat diagnosis pula tidak ubah seperti perbicaraan mahkamah yang membabitkan hakim mahkamah sesyen dan majistret, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah agung (persekutuan). Keputusan pemeriksaan doktor biasa (general practitioner) perlu dirujuk kepada doktor pakar, serta alat yang lebih tepat. Penyakit kritikal seperti lemah jantung dan ketumbuhan misalnya akan melalui peringkat pemeriksaan yang lebih banyak bagi mendapatkan pengesahan muktamad justeru pesakit seperti seorang tertuduh di kandang mahkamah untuk menerima keputusan dan hukuman daripada hakim.
Sekarang kita beralih kepada aplikasi I ACT dalam konteks menulis karangan yang baik. Tajuk yang berkaitan dengan sesuatu isu sama ada politik, ekonomi, sosial, teknologi dan akhlak (PESTA) boleh menerima pakai I ACT. Sesuatu isu hanya dapat digarap dengan jitu jika proses melihat isu berkenaan secara paling tepat.
Katakan tajuk karangan berkaitan dengan pencemaran ejaan akibat sistem pesanan ringkas (SMS) yang begitu berleluasa. Penulis atau calon peperiksaan hendaklah mengenal pasti (I) bidang isu yang dikehendaki, pihak yang terbabit, tahap masalah (intensity) dan kaitannya dengan pencemaran ejaan. Isu SMS berlaku kepada semua bahasa kerana generasi muda yang bersifat serba cepat dan serba membuang (disposable society generation).
Jika ruang sembang secara maya menerusi laman sosial memiliki kamus singkatan ejaan yang tersendiri seperti LOL (laugh on loud, ketawa besar) dan OMG (Oh My God, Oh My Goodness, Oh Tuhan), maka demikian juga dengan SMS. Dalam bahasa Melayu, semakin banyak ejaan telah disingkatkan macam sistem trengkas dulu-dulu. Perkara yang sama juga sudah biasa dilakukan oleh pelajar universiti ketika mencatat nota kuliah yang disyarahkan macam kereta api laju filem Tamil.
Antara ejaan kontroversi ialah untuk ucapan assalamualaikum yang ditulis sebagai akum sahaja sehingga menghilangkan maksud dan kemuliaan lafaz tersebut sebagai doa kesejahteraan. Sebagai jalan tengah, ulama mencadangkan supaya ditulis sebagai 'salam' sahaja. Namun, dengan teknologi salin dan tampal (copy and paste) daripada templat yang disediakan, masalah itu mungkin dapat diselesaikan dengan mudah.
Langkah seterusnya ialah menilai tahap masalah yang berlaku (A). Penulis atau calon peperiksaan perlu menimbulkan perbahasan tentang pengaruh singkatan ejaan terhadap bahasa. Bolehkan rungutan segelintir guru dan sarjana bahasa diambil kira sebagai petanda bahawa SMS telah muncul sebagai ancaman kepada penggunaan bahasa yang murni?
Peringkat kawalan (C) merujuk terhadap proses pencegahan jika maslah yang dikenal pasti belum begitu rumit. Penulis atau calon peperiksaan boleh mengemukakan saranan biasa seperti kempen kesedaran menerusi media massa, di sekolah dan keluarga. SMS tidak mungkin dapat disekat menerusi kuat kuasa undang-undang memandangkan sifatnya lebih kepada komunikasi peribadi dan tidak rasmi.
Akhir sekali, rawatan (T) hanya diperlukan setelah langkah kawalan masih gagal dan tidak berkesan sama sekali. Dalam konteks pencemaran bahasa akibat SMS, tindakan yang diambil bukanlah dengan mengharamkan singkatan ejaan dalam SMS, tetapi sekatan yang tegas dilakukan terhadap proses penulisan dokumen rasmi, karangan murid sekolah dan majlis rasmi. Teguran yang berhemah mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan yang lebih adil dan tegas hendak dilaksanakan...
Tuesday, December 18, 2012
BILANGAN CALON CEMERLANG PMR MENURUN 0.85 PERATUS (30,474 GOT STRAIGHT A's)
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan pagi ini. Secara keseluruhan, berlaku penurunan sebanyak 3797 orang jumlah calon cemerlang, iaitu sebanyak 30,474 orang, berbanding dengan tahun lalu sebanyak 34,271 orang. Calon cemerlang ialah mereka yang mencatat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, sama ada tujuh, lapan atau sembilan kertas.
Sistem peperiksaan PMR secara berpusat sepenuhnya bakal diganti dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2014. Kohort pertama PBS sudah pun berjalan, iaitu membabitkan semua murid tingkatan satu pada tahun ini. Gred penilaian PBS dibuat berdasarkan pemeringkatan band sepertimana penarafan pencapaian Muet di peringkat STPM.
Sebelum PMR berpusat menjadi sejarah, pihak sekolah tetap akan berhempas pulas mencari jalan supaya kohort terakhir sistem berkenaan pada tahun 2013 bakal mencatat keputusan yang paling membanggakan. Biarlah tirai sejarah dilabuh dengan berbekalkan kenangan yang paling manis. Lembaran baharu pencapaian pembelajaran dan kurikulum sekolah seterusnya sudah berdasarkan keperluan semasa dan jangka panjang setelah meneliti segala kelebihan dan kekurangan sistem pengukuran dan penilaian pembelajaran yang sedia ada.
Kemerosotan bilangan calon yang memperoleh semua A boleh dipandang dari banyak sudut. Kalau di sekolah, perkara yang paling diberi perhatian ialah pencapaian calon yang dikategorikan sebagai near miss, contohnya 7A, 1B atau 6A, 1B. Julat markah bagi setiap gred bagaimanapun hanya diketahui oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan berstatus sulit. Maka, tidak dapat dipastikan dengan tepat sama ada B yang diperoleh oleh calon near miss itu hampir dengan gred A atau sebaliknya.
Walaupun demikian, analisis calon near miss dapat memberi petunjuk kepada jawatankuasa kurikulum sekolah tentang pelaksanaan program panitia mata pelajaran yang terbabit. Maka, penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum), ketua bidang dan ketua panitia yang termasuk dalam kategori near miss perlu menyediakan laporan berbentuk post mortem dengan justifikasi data dan maklumat yang berkaitan. Pengetua juga akan membuat penilaian kendiri terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan sebagai ketua organisasi.
Kepada calon PMR yang cemerlang, impian kalian tercapai sudah. Kini, langkah seterusnya ialah melangkah ke dunia pembelajaran menengah atas yang lebih mencabar. Sama ada belajar di sekolah harian, atau mencuba nasib ke sekolah berasrama penuh dan MRSM, semua kemudahan akses pembelajaran boleh dikatakan sebagai setara. Cuma, murid perlu pandai membawa diri dalam persekitaran yang berbeza.
Kepada calon PMR yang mencatat pencapaian biasa-biasa atau tidak begitu memberangsangkan, perjuangan masih belum berakhir. Pepatah Jepun mengatakan jatuh tujuh kali, bangun lapan kali. Jepun telah bangkit daripada kekalahan Perang Dunia Kedua, lalu muncul sebagai gergasi ekonomi dan teknologi yang terhebat di dunia.
Selain aplikasi atas talian untuk permohonan ke asrama penuh atau MRSM, terdapat pelawaan memasuki kolej vokasional untuk pengajian diploma empat tahun. Jika masih belum jelas, murid perlu merujuk kepada guru kaunseling di sekolah masing-masing atau membuat carian laman sesawang yang berkaitan. Tindakan mesti dibuat dengan cepat kerana hari persekolahan tingkatan 4 sudah di ambang, iaitu tidak sampai dua minggu sahaja lagi...
Kemerosotan bilangan calon yang memperoleh semua A boleh dipandang dari banyak sudut. Kalau di sekolah, perkara yang paling diberi perhatian ialah pencapaian calon yang dikategorikan sebagai near miss, contohnya 7A, 1B atau 6A, 1B. Julat markah bagi setiap gred bagaimanapun hanya diketahui oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan berstatus sulit. Maka, tidak dapat dipastikan dengan tepat sama ada B yang diperoleh oleh calon near miss itu hampir dengan gred A atau sebaliknya.
Walaupun demikian, analisis calon near miss dapat memberi petunjuk kepada jawatankuasa kurikulum sekolah tentang pelaksanaan program panitia mata pelajaran yang terbabit. Maka, penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum), ketua bidang dan ketua panitia yang termasuk dalam kategori near miss perlu menyediakan laporan berbentuk post mortem dengan justifikasi data dan maklumat yang berkaitan. Pengetua juga akan membuat penilaian kendiri terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan sebagai ketua organisasi.
Kepada calon PMR yang cemerlang, impian kalian tercapai sudah. Kini, langkah seterusnya ialah melangkah ke dunia pembelajaran menengah atas yang lebih mencabar. Sama ada belajar di sekolah harian, atau mencuba nasib ke sekolah berasrama penuh dan MRSM, semua kemudahan akses pembelajaran boleh dikatakan sebagai setara. Cuma, murid perlu pandai membawa diri dalam persekitaran yang berbeza.
Kepada calon PMR yang mencatat pencapaian biasa-biasa atau tidak begitu memberangsangkan, perjuangan masih belum berakhir. Pepatah Jepun mengatakan jatuh tujuh kali, bangun lapan kali. Jepun telah bangkit daripada kekalahan Perang Dunia Kedua, lalu muncul sebagai gergasi ekonomi dan teknologi yang terhebat di dunia.
Selain aplikasi atas talian untuk permohonan ke asrama penuh atau MRSM, terdapat pelawaan memasuki kolej vokasional untuk pengajian diploma empat tahun. Jika masih belum jelas, murid perlu merujuk kepada guru kaunseling di sekolah masing-masing atau membuat carian laman sesawang yang berkaitan. Tindakan mesti dibuat dengan cepat kerana hari persekolahan tingkatan 4 sudah di ambang, iaitu tidak sampai dua minggu sahaja lagi...
SISWAZAH PNGK RENDAH DILAMAR SYARIKAT MAKANAN SEGERA (PAPER CHASE QUALIFICATION AND UNEMPLOYMENT PROBLEM)
keratan akhbar Kosmo, 17/12/12 (Isnin)
(sila klik pada salinan di atas untuk paparan penuh)
Seperti lazim, siswazah menganggur akan dilabel dengan dakwaan tertentu yang belum dibuktikan secara autentik melalui dapatan kajian yang berwibawa. Sudah pasti banyak lagi pemboleh ubah luar kawalan (extreneous variable) yang gagal dikesan kalau sekadar membuat pengamatan amatur sahaja. Kali ini, giliran Ketua Sekretariat SL1M (Sekretariat Latihan 1Malaysia), Norashikin binti Ismail pula melempar dakwaan yang boleh membikin telinga siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan menjadi berdesing.
Dakwaan pertama ialah kecenderungan mencuba nasib dengan syarikat gergasi seperti Petronas sahaja, lalu menolak pelawaan untuk jawatan pembantu pengurus di syarikat makanan segera. Barangkali Norasyikin perlu meletakkan dirinya sendiri dalam kedudukan siswazah yang masih belum bekerja itu. Mahukah Norasyikin bekerja di syarikat makanan segera dengan skala ganjaran yang kurang memuaskan dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kos sara hidup semasa?
Pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang didakwa sebagai rendah (2.2) dipengaruhi oleh banyak sebab, misalnya jurusan pengajian yang lebih sukar, kegiatan bukan akademik dan luar kawalan. Sudah tentu tidak adil untuk membandingkan PNGK siswazah fizik dengan siswazah sains politik, siswazah matematik dengan siswazah sejarah, dan sebagainya. Sekadar satu bukti bahawa seorang siswazah perakaunan kelas tiga UKM kini menjawat kedudukan ketua pengarah sebuah badan berkanun, berbanding dengan rakannya yang mendapat kepujian dua atas yang hanya menjadi akauntan biasa.
Kekurangan dalam kemahiran insaniah seperti komunikasi, interpersonal, perwatakan, keyakinan dan pertuturan bahasa Inggeris tidak patut dibebankan kepada pihak universiti tempatan atau siswazah yang berkenaan. Hakikatnya, majikan sudah terlalu besar kepala apabila enggan menyediakan peruntukan latihan semula kepada pegawai dan kakitangan mereka. Adakah mereka menganggap universiti mesti tunduk kepada tuntutan pasaran dan swasta dalam hal itu?
Kebanyakan universiti yang berimej vokasional (hand's-on) sering membesar-besarkan cerita konon siswazah mereka berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Data yang digunakan ialah soal selidik kajian pengesanan status pekerjaan siswazah sempena majlis konvokesyen. Pihak manakah yang dapat memberi jaminan bahawa dapatan yang diperoleh bebas daripada sebarang bentuk manipulasi
Diskriminasi syarikat multinasional, terutama yang berpangkalan di luar negara sudah menjadi cerita lama. Prasangka terhadap kebolehan seseorang siswazah berasaskan jantina dan kaum masih berleluasa. Siswazah universiti tempatan yang diambil pun hanya sekadar memenuhi syarat minimum.
Maka, peranan konglomerat bumiputera dan syarikat berkaitan kerajaan sangat kritikal. Memang keupayaan menawarkan jawatan kepada siswazah agak terhad, syarikat gergasi sedemikian boleh mewujudkan jaringan industri atau rangkaian vendor yang boleh diceburi oleh para siswazah. Memandangkan sebahagian besar siswazah datang daripada latar belakang sosioekonomi yang sederhana, syarikat gergasi tempatan boleh mewujudkan jalinan strategik dengan institusi kewangan supaya siswazah yang berbakat dalam bidang keusahawanan dapat ditolong.
Perancangan buruh yang cacat (Prof. Dr. Donald J. Blake, UKM)
- perancangan senario
- model paradigma palsu
Pengalaman Amerika Syarikat: hipotesis tapisan, perang dingin dengan Rusia, Sputnik
- siswazah fizik, mba
- tertutupnya minda amerika
- perluas industri
Tugas universiti: demi ilmu, kedudukan, pembekal pekerja?
- konsep
- pengaruh penyumbang pembiayaan
- tradisi yang goyah
Nasib siswazah yang mengharapkan mobiliti sosial
- bergolok bergadai
- hutang pengajian
- kecewa akhirnya
Permintaan dan penawaran buruh siswazah
- arah aliran ekonomi
- agihan
- k-ekonomi
Monday, December 17, 2012
NOVEL KOMSAS "KABUS DI PERBUKITAN" TINGKATAN 5 (FIRST IMPRESSION COMMENTS)
Pengenalan
Antara lapan buah novel komsas, barangkali "Kabus Di Perbukitan" karya Mohd Kholid Hamzah yang mengambil masa pembacaan paling panjang. Bukan sahaja watak dan latar yang begitu banyak, tetapi percanggahan dan kecelaruan jalur pemikiran pengarang juga menambah beban pembacaan. Novel bermula dengan cerita Ayu (Rahayu) solat Subuh, kemudian makan berdua-duaan dengan teman lelakinya, Azrul di kafetaria kampus UPM. Novel berakhir dengan petikan maksud ayat al-Quran, tetapi sebelumnya terdapat dialog Melina yang khuatir doktor lelaki tidak boleh merawat pesakit wanita (muka surat 247).
Di sebalik beberapa kelemahan novel, murid tingkatan 5 harus memberi tumpuan terhadap segala keperluan pembelajaran dalam bilik darjah dan juga pentaksiran, iaitu peperiksaan SPM.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, December 16, 2012
KE MANAKAH GURU SEMASA CUTI AKHIR TAHUN? (NON-STOP OFFICIAL DUTIES THROUGHOUT THE YEAR)
Seorang pegawai tinggi kerajaan pernah memberitahu bahawa kedudukan sebagai ketua jabatan adalah lebih mudah dan banyak masa lapang. Memang tanggungjawab yang dipikul begitu mencabar, tetapi beban tugas boleh diagih menerusi sistem pengurusan dan kawalan organisasi yang berkesan dan cekap. Sementelah, pengurusan itu sendiri membawa maksud mencapai sesuatu matlamat organisasi menerusi orang lain, maksudnya segala sumber dalaman dan luaran organisasi, khususnya subordinat.
Maka, bagaimanakah agaknya kaum guru di sekolah yang menyandang gelaran jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pelajaran siswazah dapat mengaplikasi prinsip kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan dalam persekitaran sekolah, sekali gus memuaskan hati semua pihak yang berkepentingan, terutama sekali murid yang menjadi alasan penubuhan sesebuah sekolah? Sebagai ahli ikhtisas, guru harus berupaya menggembleng segala input ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh sepanjang tempoh latihan praperkhidmatan. Selain itu, guru perlu sentiasa peka dan bersikap terbuka terhadap kepesatan perubahan persekitaran pendidikan dengan mengambil kira amalan terbaik, serta pengalaman diri sendiri dan orang lain, lalu melaksanakan pengamatan (kajian tindakan) supaya boleh dipindahkan dalam bilik darjah sebenar.
Rutin harian guru di sekolah memang padat, khususnya kepada guru baharu dan muda yang masih dalam tahap novis. Guru harus membuat persediaan rancangan mengajar, kegiatan bilik darjah dan pentaksiran yang berterusan. Guru lama yang sudah mencapai tahan kecekapan (kompeten) mungkin kelihatan lebih santai dan banyak masa untuk bertukar-tukar fikiran (baca: berbual) dengan rakan yang lain kerana mereka sudah masak dengan isi pelajaran dan penambahbaikan pedagogi secara in-situ.
Selagi tugas pengurusan dan perkeranian masih dilakukan oleh guru, senarai kesibukan guru bertambah panjang. Guru tingkatan misalnya perlu mengemas kini buku daftar kehadiran murid, data atas talian tempatan dan berpusat, serta mengambil tahu tentang kemajuan pembelajaran dan kebajikan anak buah mereka. Selain mengajar, guru akan menyandang beberapa tugas sampingan lain yang meliputi pentadbiran am, hal ehwal murid, kokurikulum dan jawatankuasa acara rasmi sekolah.
Kebiasaannya sesebuah sekolah tidak dapat lari daripada menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya untuk dua acara peringkat zon dan daerah. Maka, sebuah jawatankuasa bersifat ad-hoc skala besar akan dilantik secara serta-merta, sedangkan tugas yang sedia ada mesti juga berjalan tanpa gagal. Demi generasi muda, pihak sekolah dan guru menerima sahaja kehendak pendidikan walaupun bererti akan berlaku proses tarik tali supaya segala tanggungjawab memupuk pembelajaran tetap berjalan mengikut jadual.
Selain tugas asas untuk memupuk pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah, guru juga dikehendaki menjaga kemajuan kerjaya diri sendiri. Pihak pengetua dan guru data mungkin selalu memberi peringatan, tetapi proses kemas kini data perkhidmatan dan urusan naik pangkat atas talian kini terletak kepada individu guru. Alasan tidak memiliki kemahiran komunikasi maya sudah tidak laku kerana aplikasi atas talian yang disediakan cukup mudah, iaitu dengan hanya menyentuh ikon pada paparan skrin komputer.
Jumlah hari persekolahan minimum ialah 192 - 200 hari dalam setahun setelah ditolak secara cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti peristiwa. Sebahagian hari Sabtu harus digunakan untuk menjayakan kegiatan kokurikulum dan latihan dalam perkhidmatan. Ketika orang kerja pejabat boleh berehat di rumah, sebahagian guru pula berada dalam persekitaran kerja yang terikat kepada tatacara operasi piawai, SOP.
Cuti singkat pertengahan penggal persekolahan boleh dianggap sebagai kesempatan yang tepat untuk para guru berdamping dengan kaum keluarga dan merancang percutian ke destinasi idaman. Keizinan lawatan ke luar negara mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum perjalanan, atau tiga bulan jika memilih negara berfahaman komunis seperti China dan Russia. Cuti hujung tahun selama tujuh minggu walaupun panjang, tetapi tugas yang menunggu mengakibatkan guru harus melekat di hadapan skrin komputer atau berulang alik ke sekolah sendiri atau sekolah yang lain.
Kebanyakan guru sekolah menengah terbabit dengan urusan peperiksaan awam seperti pengawasan di pusat peperiksaan, atau sebagai pemeriksa skrip jawapan calon. Peperiksaan SPM dan STPM (kohort terakhir terminal) hanya berakhir paling cepat pada minggu pertama bulan Disember. Guru berkenaan hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk rehat sebelum dipanggil semula ke sekolah untuk pelbagai mesyuarat, urusan buku teks dan urusan dokumen pengumuman keputusan PMR.
Bagi pemeriksa kertas peperiksaan, jadual kerja mereka kira-kira sebulan lamanya mungkin bersifat anjal, tetapi perlu sentiasa awas tahap tertinggi akan keselamatan bahan dan keakuran peraturan pemarkahan. Pemeriksa perlu menjaga mutu pemeriksaan sejajar dengan kehendak piawai menerusi pemantau ketat oleh ketua pasukan, ketua pasukan bersama dan ketua pemeriksa. Setakat ini tahap kesahan dan kebolehpercayaan pentadbiran peperiksaan awam di Malaysia sangat tinggi.
Jawatankuasa takwim sekolah tahun berikutnya telah memulakan draf asas dan dummy sejak beberapa minggu sebelum cuti hujung tahun bermula. Tugas mereka akan berlarutan hingga pertengahan Disember sehingga beres segala urusan kemas kini maklumat dan proses penjilidan naskhah berkenaan. Hanya mereka yang pernah terlibat dengan jawatankuasa takwim dapat bercerita tentang erti cuti hujung tahun yang indah!
Pegawai atasan yang menghuni bilik berhawa dingin dan kerusi empuk mungkin sudah lupa dengan pengalaman mereka sendiri sebagai guru sebelumnya. Apabila banyak kesempatan membaca dan berfikir, maka timbul idea untuk memanjangkan senarai kegiatan masa cuti hujung tahun bagi guru di sekolah. Nasib baik juga program gotong-royong perdana yang diadakan beberapa hari yang lalu bukan bersifat skala penuh kerana sebahagian besar guru baru hendak bernafas sebelum turun semula ke sekolah tidak sampai dua minggu selepas itu...
Subscribe to:
Posts (Atom)