Wednesday, January 24, 2018
MISI MEMBURU KUMBANG: BAB 2 NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS (PERCEPTION OF GENDER)
Jumlah muka surat: 7 (termasuk satu halaman penuh ilustrasi)
Sinopsis
Cikgu Salimah, 25, sudah biasa dengan kerenah murid yang baru masuk tingkatan satu. Mulanya dia marah, tetapi kemudiannya tersenyum sendiri. Farhani sendiri rimas akan kebingitan (bising) memandangkan di rumahnya juga senyap sahaja. Jarak umur Farhani dengan Mohd Faris Akmal (abang ketiga) ialah 9 tahun. Farhani yang dipanggil adik dalam keluarga menjadi ejekan Haikal.
...
...
...
...
...
...
...
..
...
Sunday, January 21, 2018
NOVEL 'TAWANAN KOMANDER CAUCASUS' KOMSAS TINGKATAN 3 (INVISIBLE MOMENTS)
Pengenalan
Jumlah muka surat: 174 termasuk 2 halaman biodata penulis asal, tetapi tidak termasuk 10 halaman berhuruf roman.
Penulis asal: Cikgu Ruzaini Yahya, 50, guru tingkatan enam, SMK (P) Abu Bakar, Muar Johor.
Kelayakan akademik, BA(Hons), Dip.Ed, M.Ed (UKM)
Jumlah muka surat: 174 termasuk 2 halaman biodata penulis asal, tetapi tidak termasuk 10 halaman berhuruf roman.
Penulis asal: Cikgu Ruzaini Yahya, 50, guru tingkatan enam, SMK (P) Abu Bakar, Muar Johor.
Kelayakan akademik, BA(Hons), Dip.Ed, M.Ed (UKM)
Genre novel: fiksyen sains
Di sebalik judul / tajuk novel: Watak utama, Farhani, terperangkap dalam dunia kumbang dan ditawan oleh Komander Chalcosoma Caucasus, ketua tentera kerajaan kumbang kaum / spesies Chalcosoma Caucasus (muka surat 35).
Sinopsis Bab 1 (muka surat 1 - 8)
Bermula dengan kecoh kehilangan Kim Yong, rakan sekelas Farhani. Kim Yong, anak tunggal mendiang bapanya, seorang hartawan. Kim Yong dianggap angkuh kerana kurang bercampur gaul dengan rakan di sekolah. Namun, Farhani mengajak rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong, Puan Lee. Mereka tidak masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu, tetapi berlegar di luar. Wei kemudian ternampak zoo mini yang penuh dengan pelbagai spesies kumbang. Mereka terdengar Puan Lee meracau sambil ditenangkan oleh Mak Cik Margaret, adiknya. Farhani dan rakan segera beredar.
Haikal menebak kemungkinan Kim Yong diculik, tetapi Che Mei berasa hairan mengapa tiada ugutan wang tebusan. Farhani menyatakan Kim Yong hilang ketika keluar mencari kumbang. Berita telah tersebar menerusi media massa, tetapi setelah seminggu masih tiada kemajuan. Hanya ada pelbagai andaian, termasuk kononnya, Encik Kwok, bapa tiri Kim Yong mahu membolot harta. Sebulan kemudian, cerita Kim Yong menjadi sejuk. Hanya Farhani yang masih prihatin.
Watak utama: Farhani, 13, rakan sekelas dengan Kim Yong, Haikal, Devnath, Wei, Mira dan Ren Che Mei. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Pelajar Tingkatan satu Arif, Sekolah Menengah Sri Kencana.
Perwatakan watak utama:
prihatin: mengambil berat akan misteri kehilangan Kim Yong, walaupun mangsa bersikap kurang mesra.
peka / cakna / sensitif: segera mengajak rakan-rakannya beredar dari rumah Kim yong sebaik mendengar Puan Lee meracau tentang kehilangan anaknya.
dominan / unggul / berpengaruh / berciri pemimpin: berjaya menghentikan andaian rakan-rakan tentang kehilangan Kim Yong dalam nada jenaka.
Latar masyarakat:
masyarakat murid sekolah: Farhani, Haikal dan rakan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Kencana
masyarakat hartawan: mendiang bapa Kim Yong memiliki memiliki kilang dan syarikat di dalam sertadi luar negara.
masyarakat penyayang: Mak Cik Margaret menemani kakaknya dalam detik sukar
masyarakat penyayang: Mak Cik Margaret menemani kakaknya dalam detik sukar
Nilai murni:
keprihatinan / kepekaan / cakna: (gunakan huraian yang sama)
keunggulan peribadi
kasih sayang
keprihatinan / kepekaan / cakna: (gunakan huraian yang sama)
keunggulan peribadi
kasih sayang
Persoalan:
Keprihatinan / kepekaan terhadap keadaan / emosi orang lain
Keunggulan peribadi seorang remaja pintar
Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran:
Kita hendaklah prihatin / peka / cakna terhadap keadaan sekeliling / perasaan orang lain
Kita sepatutnya memiliki keperibadian yang unggul
Kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
Latar tempat:
Rumah banglo tiga tingkat Puan Lee / Kim Yong
Bilik kelas tingkatan satu Arif: Sekolah Menengah Sri Kencana: Ketika ketiadaan Kim Yong semakin tidak dirasakan, Farhani masih melihat tempat duduk kosong milik Kim Yong.
Latar masa
Perbincangan kbat:
Keprihatinan / kepekaan terhadap keadaan / emosi orang lain
Keunggulan peribadi seorang remaja pintar
Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran:
Kita hendaklah prihatin / peka / cakna terhadap keadaan sekeliling / perasaan orang lain
Kita sepatutnya memiliki keperibadian yang unggul
Kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
Latar tempat:
Rumah banglo tiga tingkat Puan Lee / Kim Yong
Bilik kelas tingkatan satu Arif: Sekolah Menengah Sri Kencana: Ketika ketiadaan Kim Yong semakin tidak dirasakan, Farhani masih melihat tempat duduk kosong milik Kim Yong.
Latar masa
Perbincangan kbat:
Saturday, January 13, 2018
AKHYAR RASHID BINTANG BOLA SEPAK DALAM PEMBIKINAN (THE YOUNG MESSI OF MALAYSIA)
Skuad bawah 22 tahun kebangsaan berjaya mengikat Jordan dalam kejohanan Piala AFC di China 1-1 sebentar tadi. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mengharungi perlawanan kedua dengan lebih baik setelah kecundang 1-4 di tangan Iraq kelmarin. Fua orang pemain yang mencuri tumpuan ialah penyerang, Akhyar Rashid dan oenjaga gawang, Haziq yang menafikan kelincahan Suleiman, perancang utama Jordan.
Ketika menentang Iraq, Akhyar hanya dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan seorang lagi pemyerang berbisa, iaitu Thanabalan. Kali ini Akhyar disenaraikan dalam kesebelasan utama. Namun, dia harus dikeluarkan pada suku ketiga perlawanan akibat kecederaan.
sumber ambilan di sini
Akhyar Rashid, pemain Kedah dalam saingan liga tempatan baru melepasi usia 18 tahun. Lahir pada 1 Mei 1999, ketinggian Akhyar ialah 169 sentimeter. Di padang, Akhyar memiliki pergerakan yang penuh taktikal, malah tidak hanya menunggu hantaran rakan.
Akhyar Rashid memiliki ciri pemain bola sepak yang kreatif dan prolifik. Bakat yang ada itu seharusnya digilap ke tahap yang lebih tinggi. Beliau perlu diberi oendedahan antarabangsa dengan lebih kerap.
...
...
...
...
...
...
Sunday, January 7, 2018
BIODATA GURU BERSARA 2018 (GOODBYE TENSION, HELLO PENSION)
BIODATA PERSARAAN TUAN HAJI ABDUL QAIYUM
8 JANUARI 2018 (ISNIN)
Terima
kasih sdra pengacara majlis, Cikgu A. Thedarajan
Assalamu
alaikum warahamtullahi wabarakatuh
Salam
sejahtera dan selamat pagi
Yang Diraikan
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
Tetamu kehormat
Yang Berusaha Encik Gunalan a/l Tony
Pengetua SMK St Michael Ipoh
Brother Matthew Bay
Pengarah La Salle Centre Ipoh
Encik Thomas Wong, Naib Yang Dipertua
PIBG
Barisan pentadbir sekolah
Guru dan pelajar SMK St Michael Ipoh
sekalian
Saya
berasa terhormat atas kesempatan untuk membaca biodata Yang Diraikan Tuan Haji
Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz, mantan Guru Kanan sains dan Matematik, SMK St
Michael Ipoh sempena Majlis Persaraan beliau pada pagi yang indah ini.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz dilahirkan pada tanggal 16 Februari 1962 di
Tambun, Ipoh. Beliau anak ketiga belas daripada enam belas orang adik-beradik. Bapa
Tuan Haji Abdul Qaiyum seorang nazir sekolah, manakala ibu beliau suri rumah
tangga.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh
antara tahun 1969 hingga tahun 1974. Persekolahan menengah beliau sepenuhnya di
SMK Raja Chulan, Ipoh antara tahun 1972 - 1979.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum kemudiannya diterima masuk ke Universiti Pertanian Malaysia
(kini Universiti Putra Malaysia, UPM) dan dianugerahkan Diploma Sains dengan
Pendidikan Matematik pada tahun 1982. Beliau menamatkan pengajian ijazah asas
di Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan utama Biologi dan minor
Ekonomi. Tuan Haji Abdul Qaiyum juga menyambung pengajian ijazah tinggi di
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Penempatan
pertama Tuan Haji Abdul Qaiyum ialah di
SMK Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang dari tahun 1985 hingga 1987.
Setelah dua tahun, Tuan Haji Abdul Qaiyum berjaya kembali ke Ipoh dan berkhidmat
di SMK Anderson selama 21 tahun, iaitu dari tahun 1988 hingga tahun 2009.
Perjananan
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz dalam saf kepimpinan sekolah bermula pada
tahun 2009 apabila dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik di
SMK St. Michael, Ipoh. SMK St. Michael,
Ipoh amat bertuah kerana pengalaman kepimpinan cemerlang Tuan Haji Abdu Qaiyum
bin Abdul Aziz di sekolah ini sehingga beliau
bersara pilihan pada tanggal 1 Januari 2018 yang lalu. Beliau telah
berkecimpung dalam kerjaya keguruan selama 32 tahun.
Hadirin
yang dimuliakan,
Beralih kepada hal kekeluargaan Tuan Haji
Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
Berstatus
bapa tunggal, Tuan Haji Abdul Qaiyum mempunyai 6 orang anak semuanya lelaki.
Anak sulung beliau, __________________________________ meneruskan legasi ibu
bapa mereka sebagai guru, sudah berumah tangga dan menerima kehadiran cahaya
mata perempuan yang merupakan cucu pertama Tuan Haji Abdul Qaiyum. Anak-anak
beliau yang lain masih belajar, termasuk yang bongsu di bangku sekolah rendah.
Maka, kesibukan Tuan Haji Abdul Qaiyum tidak berkurangan walaupun setelah
bersara.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kecemerlangan
perkhidmatan keguruan dan kepimpinan Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz
telah diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2003 di SMK Anderson, dan pada tahun
2012 di SMK St. Michael.
Kenangan terindah
Kenderaan
Tuan Haji Abdul Qaiyum berulang-alik ke sekolah sehingga bersara ialah Toyota
Unser, MPV keluarga besar yang begitu berjasa.Menunaikan fardu haji ketika
berkhidmat di SMK St. Michael, Ipoh pada tahun ______.
Tuan
Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz telah berjaya memimpin bidang sains dan
matematik di SMK St. Michael ini dengan cemerlang sekali. Beliau berjaya
menggembleng permuafakatan guru sains dan matematik yang rata-ratanya memiliki
pengalaman, pencapaian dan latar belakang yang hebat belaka dalam memacu
kecemerlangan pembelajaran, pencapaian peperiksaan awam dan koakademik dalam
kalangan Michaelian. Gaya komunikasi Tuan Haji Abdul Qaiyum yang bersahaja dan
mesra bukan sahaja disenangi oleh guru-guru sains dan matematik, bahkan memberi
inspirasi kepada Michaelian untuk berusaha gigih dalam pembelajaran di samping
menghargai segala usaha pembaharuan atau inovasi sains dan matematik dalam
kehidupan seharian mereka.
Sebagai
anggota berpengalaman dalam pasukan pentadbiran sekolah, Tuan Haji Abdul Qaiyum
turut melaksanakan kepimpinan kurikulum, perancangan kurikulum dan kepakaran
rundingan profesionalisme keguruan di SMI. Beliau datang awal ke sekolah setiap
pagi bagi membantu tuan pengetua dalam memastikan ketetapan MMI tercapai. Saban
pagi menerusi aplikasi telegram, beliau memuat naik senarai guru ganti sebelum
edaran rasmi dikeluarkan.
Demikian
antara butiran biodata Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz yang sempat saya
bacakan dalam majlis persaraan pada pagi ini. Secara peribadi, saya menganggap
Tuan Haji Abdul Qaiyum bin Abdul Aziz sebagai seorang mentor, pemimpin dan sahabat
yang sangat berkesan.
Izinkan
saya mengakhiri tugasan di pentas ini dengan serangkap pantun:
Dari Serdang menuju Bangi
Singgah sebentar di Salak Selatan
Tuan Haji Abdul Qaiyum kami sanjungi
Budi tuan abadi dalam ingatan
Sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)