Thursday, January 10, 2019
KIJANG YANG LELAH SAJAK TINGKATAN 3 (OLD AGE PROBLEM)
Pengenalan
Dimuatkan dalam antologi Bintang
Hati, muka surat 9. Terdiri daripada 4 rangkap yang tidak sama panjang, kecuali
rangkap dua dan rangkap 3 yang mengandungi 5 baris setiap satunya. Penulisnya,
Ustaz Wan Marzuki bin Wan Ramli, 48, lulusan pengajian Islam UKM dan Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada amnya, sajak menggambarkan
keperitan hidup seekor kijang tua.
Perbincangan rangkap demi
rangkap:
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
Kekuatan suara sang kijang semakin lemah sejajar dengan usia yang sudah
lanjut dengan tenaga yang merosot dalam persekitaran hutan tebal itu. Sang
kijang bukan lagi hebat bersaing atau lincah bergerak di kawasan penuh tumbuhan
itu.
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.
Pada ketika itu sang kijang berasa sedih di dalam jiwa. Keyakinan diri
mula pudar, manakala kekuatan dalam dirinya juga tewas. Semangat untuk bertahan
kini tinggal harapan yang tipis.
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga
Sang kijang masih berusaha untuk kembali gagah dalam baki usia yang
singkat. Dia perlu melawan perasaan serik kepenatan yang mencengkam dirinya
segenap segi.
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.
Sang kijang lebih waspada mengatur langkah kerana khuatir tersangkut
kaki pada akar pokok dan perangkap yang dipasang (oleh pemburu). Walaupun
dikuasai keyakinan diri yang merosot, sang kijang terus juga bergerak di hutan
tebal yang semakin redup. Di sudut hatinya yang dalam, sang kijang berbekalkan
azam yang kukuh dan sabar sambil melangkah dengan bijak dan matang. Akhirnya,
sang kijang berjaya menghilangkan rasa lemah untuk bergerak seperti biasa.
Mingguan Malaysia,
Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Tema
Perwatakan
Nilai murni
Persoalan
Pengajaran
kbat
Monday, January 7, 2019
LAPORAN RINGKAS GURU BERTUGAS 2019 SEMASA PERHIMPUNAN (HOW TO ADDRESS USING A RIGHT POSITIVE TONE TOWARDS EVERLASTING RAPPORT)
Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat
pagi dan salam sejahtera
Terima
kasih ( ________ selaku) pengacara majlis
Yang
Berusaha ____________________________
Pengetua
SMK ____________________________
Yang
Dihormati Penolong-penolong Kanan
Guru
kanan, guru,
Pemimpin
pelajar
Dan
seterusnya warga SMK ___________________ yang dikasihi sekalian
Bersyukur
kita ke Hadrat Ilahi dengan Inayah dan Kurnia-Nya kita berkesempatan berhimpun
pada pagi yang indah ini. Marilah sama-sama kita betulkan semula niat kita
supaya mengikhlaskan diri kepada-Nya semata-mata. Mudah-mudahan segalanya
menjadi amalan mulia dan ibadah. Insya-Allah.
Saya,
____________________, bersama ___________________ dan ________________ ialah
guru bertugas minggu _________ persekolahan, iaitu antara __ hingga__ Januari
yang lalu. Berikut saya sampaikan laporan ringkas tentang dapatan, pemerhatian
dan syor untuk penambahbaikan persekitaran pembelajaran terbaik yang
dihasratkan.
Pertama,
dari sudut disiplin. Pada
keseluruhannya baik dan terkawal. Tahniah kepada 99% pelajar yang berjaya tiba
awal ke sekolah. Kepada baki satu peratus lagi mohon mantapkan lagi perancangan
perjalanan ke sekolah. Boleh rujuk guru kaunseling untuk panduan pengurusan
masa yang berkesan.
Kedua,
tentang kebersihan. Tahniah juga
kerana boleh diberi penarafan terbaik. Hanya satu peringatan, iaitu bakul
sampah hendaklah dikosongkan dari masa ke masa tanpa menunggu waktu balik.
Ketiga,
pengurusan bilik darjah. Susunan
kerusi meja hendaklah mengikut PAK 21. Ketua kelas disarankan supaya berbincang
dengan guru kelas masing-masing ke arah itu. Begitu juga cara susunan beg dan
bekas minuman.
Pendek
kata, budaya sekolah yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dan keunggulan
pembelajaran, iklim sekolah yang kondusif dan semangat kerjasama yang tuntas
akan dapat dikekalkan sebagai penanda aras yang bersifat terbuka untuk
penambahbaikan.
Sekian
laporan guru bertugas.
Wabillahi
taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)