Saturday, April 30, 2016
Friday, April 29, 2016
Thursday, April 28, 2016
KOMUNIKASI DALAM MESYUARAT RASMI (DECODE AND RECODE)
Proses membuat keputusan dalam sesebuah organisasi sebahagian besarnya diambil menerusi mesyuarat. Sering juga mesyuarat berfungsi sebagai kesempatan bagi pihak pentadbiran dan pengurusan memperincikan pelaksanaan keputusan yang sudah dimuktamadkan di peringkat yang lebih tinggi. Sekolah juga tidak terkecuali daripada pelbagai mesyuarat besar dan kecil yang dipanggil berasaskan keperluan tertentu.
Mesyuarat am biasanya membabitkan semua anggota organisasi (mass briefing and meeting), manakala mesyuarat khusus dan teragih dibuat dalam kumpulan jawatankuasa lebih kecil. Setiap mesyuarat adalah mustahak dan tidak boleh diambil mudah. Maka, pengendali mesyuarat perlu membuat perancangan yang teliti supaya mencapai keberkesanan optimum dari segi kos, masa dan tenaga.
Celoteh yang meleret-leret serta menyimpang daripada agenda boleh mengakibatkan anggota mesyuarat berasa bosan, mengantuk dan lesu. Tumpuan akan merosot, sebaliknya timbul perasaan tidak puas hati. Mesyuarat bertukar seolah-olah sesi penyeksaan mental yang sangat membebankan.
Jangka masa yang diperuntukkan intuk sesebuah mesyuarat bergantung kepada tujuan dan pihak yang dipanggil menghadirinya. Jika membabitkan hal dasar organisasi dan membabitkan pemimpin kanan organisasi, isu yang dibincangkan mungkin memkan masa berjam-jam lamanya. Namun, mesyuarat teragih di peringkat lebih rendah seelok-eloknya tidak melebihi satu jam.
...
...
...
...
Wednesday, April 27, 2016
CERMINAN PERISTIWA YANG LALU (LESSON FROM EXPERIENCE)
Barang yang lepas jangan dikenang, kelak merosak diri sendiri. Demikian antara bait lagu syahdu dendangan Allahyarham Tan Sri (Dr.) P. Ramlee, seniman agung negara. Maksudnya, penyesalan terhadap kesilapan dan kegagalan masa lalu hanya membawa keburukan.
Sebaliknya, insan bijaksana akan melakukan muhasabah diri, lalu mengambil iktibar supaya perkara yang yang sama tidak berulang kembali. Seseorang itu hendaklah segera bangkit, serta tidak terbawa-bawa dengan kenangan lama. Selain itu, sebarang kejayaan atau pencapaian masa lalu bukanlah jaminan berkekalan sampai bila-bila.
Masa ialah kehidupan. Selagi seseorang itu bernafas, ertinya dia masih menikmati masa. Imam al-Ghazali rahimahullah pernah mengatakan bahawa perkara yang paling jauh daripada insan ialah masa yang berlalu, manakala yang paling hampir kepada insan ialah kematian dirinya sendiri.
Insan yang membiarkan masa berlalu sia-sia bukan sahaja tidak produktif atau tidak menyumbang, bahkan bersifat lalai (lagha). Mereka tergolong sebagai panjang angan-angan sepertimana banyak kali disebut lewat al-Quran. Alangkah ruginya insan yang cuai daripada mengingati Allah sebagai neraca tertinggi nilai dan bimbingan tingkah laku mereka.

gambar diambil daripada balikan cermin kereta

Tuesday, April 26, 2016
Monday, April 25, 2016
SURAU AL-HIDAYAH IPOH LANTIK KEPIMPINAN BAHARU (CONTRIBUTION TOWARD NEIGHBOURHOOD ORGANISATION)
Dr. Mohamad bin Awaludin, pemilik beberapa buah klinik terkemuka di Ipoh dan Kuala Kangsar telah dipilih sebagai pengerusi Surau al-Hidayah, Taman Desa Indah yang turut merangkumi Taman Ipoh Jaya Timur 2 dan sebahagian Taman Rapat Setia Baru bagi sesi 2016-2017. Jemaah surau ternyata berpuas hati terhadap kecemerlangan kepimpinan beliau dalam jawatankuasa pembangunan surau. Mantan pengerusi, Ustaz Zulkifli Ahmad pula dilantik sebagai penasihat.
Haji Shafie, pengurus Lembaga Air Perak (daerah Taiping) yang berkelulusan kejuruteraan awam (UiTM dan Melbourne) kekal sebagai timbalan pengerusi. Seorang lagi timbalan pengerusi ialah Tuan Haji Hasan bin Md Dom, jemaah senior sejak surau asal lagi. Jawatan setiausaha diamanahkan kepada Tuan Syed Sheikh bin Syed Ibrahim, seorang guru besar kanan.
Tuan Syed mendapat penolong yang juga pakar data, iaitu Cikgu Haji Zamri yang pernah bertugas sebagai webmaster blog pejabat pendidikan daerah. Jawatan bendahari dikekalkan kepada Tuan Fuad, seorang perunding kewangan dan motivasi keusahawanan, lulusan pengajian bahasa Inggeris. Beliau bakal dibantu oleh Tuan Rosli Ena, pensyarah kejuruteraan reka bentuk mekanikal, Politeknik Ungku Omar.
Sepuluh orang jawatankuasa kecil turut dilantik dalam mesyuarat agung yang berlangsung dalam suasana semangat ukhuwah selepas solat Maghrib. Pengerusi diberi mandat untuk melantik lima orang jawatankuasa kecil lagi. Mesyuarat pertama jawatankuasa baharu berlangsung selama satu jam usai solat sunat Isya.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah tentang kewangan surau dan kemajuan pembinaan ubah suai bangunan surau baharu. Projek ubah suai itu masih memerlukan sumbangan kirs-kira RM70 ribu bagi naik taraf dataran, parkir dan beberapa kemudahan lain. Sumbangan boleh dilakukan berdasarkan malumat yang tertera di atas.
Pasukan jawatankuasa pembangunan surau sedia ada dikekalkan sehingga selesai kerja naik taraf. Pihak jawatankuasa sangat menghargai setiap sen sumbangan yang mencecah jumlah kira-kira RM200 ribu setakat ini. Keperluan dana tambahan yang masih besar itu diharapkan dapat diperoleh dalam tempoh terdekat.

Sunday, April 24, 2016
Saturday, April 23, 2016
Friday, April 22, 2016
CABARAN GETIR PENIAGA KETIKA EKONOMI SURAM (THE IMPACT OF BOOM AND RECESSION)
Jual beli barang dan perkhidmatan menjadi nadi kegiatan ekonomi. Peniaga menjadi perantara untuk pengguna akhir mendapatkan barang dan perkhidmatan dalam kuantiti yang relatif kecil berbanding dengan jika terus berurus niaga dengan pihak pengeluar. Namun kemajuan, perdagangan elektronik secara atas talian telah menambah pilihan kepada pengguna, di samping meningkatkan persaingan perniagaan kepada peniaga konvensional.
...
...
...
...
...
...
...
PENGGUNAAN KOLAH UNTUK WUDUK (CLASSIC SETTING AT THE MOSQUE)
Jika di masjid atau surau kampung dahulu kala, kolah dan kerantung (tabuh) adalah peralatan biasa. Sebelum azan dikumandangkan, terlebih dahulu kerantung dipalu berdasarkan rentak pukulan tertentuk. Mula-mula dipukul dengan laju, kemudian semakin perlahan dan berakhir dengan pukulan yang mengisyaratkan bilangan rakaat sembahyang.
Kolah mengambil wuduk pula hanya binaan konkrit biass-biasa sahaja. Cebuk atau gayung pelbagai warna disediakan untuk jemaah membasuh kaki kerani kaki tidak boleh dicelup dalam kolah. Sebahagian cebuk merupakan sumbangan orang ramai.
Kini, kebanyakan masjid dan surau moden tidak lagi dilengkapi kerantung. Kolah pula hanya terdapat di sebahagian kecil masjid dan surau. Barangkali mungkin ada alasan keselamatan dan kesihatan.
Walaupun demikian, kebelakangan ini kolah kembali menjadi pilihan untuk jemaah mengambil wuduk, di samping deretan pili sedia ada. Kolah juga diberi sentuhan reka bentuk yang lebih canggih. Kolah juga lebih kerap dibersihkan supaya tidak cepat berlumut.

kolah di Masjid Negeri Perak

Wednesday, April 20, 2016
Tuesday, April 19, 2016
DILEMA GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA (PAYING MORE TAXES, FINANCING EDUCATION)
Pendapatan kasar isi rumah dijumlahkan daripada pendapatan suami isteri atau ibu bapa. Keperluan ekonomi yang semakin tinggi menyebabkan lebih banyak pasangan memiliki kerjaya masing-masing. Suri rumah sepenuh masa yang memiliki kemahiran tertentu juga boleh menjana pendapatan dengan menjual barang dan perkhidmatan sama ada secara bersemuka atau secara atas talian.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sunday, April 17, 2016
IPTS, UNIVERSITI SWASTA SEMAKIN GLAMOR (NO MORE MONOPOLY OF PUBLIC HIGHER EDUCATION)
Suatu ketika dahulu ibu bapa meragui status universiti swasta dan universiti yang ditubuhkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (glc). Namun kini, semakin banyak penaja biasiswa, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara telah menyenaraikan ipts dan universiti glc dalam tawaran mereka. Penghantaran pelajar ke luar negara yang semakin terhad mengakibatkan tajaan beralih ke dalam negara.
Mara menaja pelajar perubatan di UniKL (kampus RMCP, bersebelahan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Universiti Taylor). Petronas menghantar pelajar A Level ke KDU, kampus Utropolis dan Taylor kampus Lake Side. Yayasan Telekom mengutamakan universiti mereka sendiri, Multimedia; manakala Yayasan Tenaga Nasional ke Uniten.
Universiti Malaya juga menubuhkan universiti swasta bersama Universiti Wales sebahagai sebahagian tadbir urus kewangan korporat selepas bergabung dengan empat buah universiti penyelidikan lain menubukan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Ijazah dianugerahkan bersama oleh UM dan Wales. UIAM memiliki Kolej Islam Antarabangsa sebagai strategi korporat yang sama.
Pengajian forensik secara khusus ditawarkan di Universiti Sains dan Pengurusan Malaysia (MSU). Bidang forensik berkaitan jenayah kekerasan atau siber semakin mendapat permintaan yang tinggi di pasaran pekerjaan. Demikian juga bidang psikologi yang bersifat lebih fokus di ipts berbanding dengan sesetengah universiti awam.
...
...
...
...
Saturday, April 16, 2016
DR ZAKIR NAIK PENDAKWAH ULUNG YANG MENAKJUBKAN (THE RARE CONVINCING ORATOR)
Kali ini, kedatangan Dr. Zakir Naik buat kesekian kalinya ke Malaysia disambut dengan beberapa siri provokasi yang menjadi publisiti percuma terhadap program beliau. Anak didik Alnarhum Ahmad Deedat itu memang sangat terkenal di serata dunia. Beliau dilaporkan mencatat rekod kehadiran antara 300 ribu hingga satu juta hadirin dalam majlis ceramah beliau di negaranya, India.
Kebolehan Dr. Zakir Naik memetik dalil daripada kitab pegangan pelbagai anutan menampilkan kewibawaan yang sukar ditandingi. Beliau berupaya menjawab soalan-soalan bertaraf pukulan maut secara spontan. Maka, tidak hairanlah jika terdapat segelintitir pemuka yang berasa tergugat membantah keras kehadiran beliau.
Tokoh Maal Hijrah 2014 itu dihalang daripada berucap di Kanada dan United Kingdom, tetapi bebas bergerak di India. Malah, Dr. Zakir Naik diberi lesen untuk memiliki stesen televisyen sendiri, Peace Tv di negara kelahiran beliau, yang menjadi pangkalan segeli tir puak pelampau.

Friday, April 15, 2016
KERAHSIAAN MAKLUMAT KELUARGA, ORGANISASI (THE NEED OF VERBAL CONTROLLING)
Pepatah Arab mengatakan bahawa lisan itu umpama harimau garang yang terkurung. Jika terlepas boleh mengancam keselamatan orang lain, malah tuannya sendiri. Maka, komunikasi secara lain perlu terkawal supaya tidak menghadirkan bahaya kepada mana-mana pihak.
Hal ehwal keluarga dan organisasi sering menarik perhatian untuk dijadikan bahan perbualan semasa waktu senggang di tempat kerja, majlis sosial atau pertemuan spontan. Kemungkinan akan terlepas cerita yang tidak sepatutnya dikongsi dengan pihak ketiga memang besar. Tanpa disengajakan, cerita itu akan tersebar secara lisan juga atau laman sembang media sosial.
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, April 13, 2016
Monday, April 11, 2016
Sunday, April 10, 2016
BUKIT KAYU HITAM MASIH JADI TUMPUAN (DUTY FREE TRANSACTION)
Kebetulan sudah berada di Jitra, maka terus sahaja menghala ke sempadan Kedah - Thailand. Di sebelah Malaysia ialah Bukit Kayu Hitam, manakala di sebelah Thailand ialah pekan Danok. Penulis blog (PB) memang pernah memasuki negara gajah putih itu melalui jalan darat menerusi pintu masuk Pangkalan Hulu menuju ke pekan Betong.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, April 9, 2016
SIAPA DAN MENGAPA GURU? (THE REAL PROCESS OF CURRICULUM DELIVERY)
Ketika menunggu program pentaksiran calon guru dimulakan, penulis blog (PB) dosapa oleh seorang pensyarah kajian sosial di sebuah institut perguruan di utara tanah air.
...
...
...
...
...
...
...
KOPERASI GURU MELAYU KEDAH PATUT DICONTOHI (GENUINE BUSINESS DEAL)
Kesempatan menginap di bilik family suite di Hotel Darul Aman, Jitra milik Koperasi Guru Melayu Kedah (KGMK) memberi banyak input tentang gerakan koperasi guru yang berkesan. KGMK berjaya mengumpul aset tetap tidak alih, iaitu hartanah yang memungkinkan kutipan hasil yang berpanjangan. Pemilikan beberapa buah hotel di lokasi strategik berkaitan pendidikan ternyata lebih baik daripada menerima anugerah tanah puluhan ekar, tetapi berpindah tangan kepada pemaju demi keuntungan atas angin dan segera.
Hotel Darul Aman berdekatan dengan kampus Institut Aminuddin Baki cawangan utara, Institut Perguruan Darul Aman dan Politeknik Jitra. Kadar penginapan yang rendah sekitar 30 peratus pada hari-hari biasa boleh ditampung oleh permintaan waktu puncak seperti musim pendaftaran pelajar baharu, konvokesyen dan program pentaksiran berkala. Hubungan strategik dengan pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah juga memungkinkan KGMK beroleh pulangan untuk pakej penginapan atau penganjuran pelbagai program yang berkaitan.
Secara asasnya koperasi guru bertujuan menjaga kebajikan sesama anggota. Selain perkhidmatan pinjaman kewangan, koperasi memperuntukkan sejumlah hadiah kewangan bagi anggota yang menunaikan haji, kecemerlangan akademik anak dan khairat kematian. Caruman saham, simpanan khas dan yuran keanggotaan lazimnya diberikan dividen tahunan, bergantung kepada keuntungan koperasi yang telah diaudit secara profesional.
Walaupun sumbangan saham dan yuran anggota secara individu relatif kecil jumlahnya, namun apabila digabungkan boleh mencecah jutaan ringgit. Maka, dana yang besar itu boleh digunakan untuk mengembangkan kegiatan koperasi mengikut tatacara yang dibenarkan. Koperasi juga boleh memohon tanah kurniaan daripada kerajaan negeri untuk diagih-agihkan dalam kalangan anggota.
Peraturan kewangan yang ketat tetapi telus menyebabkan kes pecah amanah dalam gerakan koperasi jarang-jarang kedengaran. Masalah hanya terjadi atas aset anugerah seperti tanah kurniaan tadi. Terdapat koperasi yang mengambil jalan mudah bagi mengaut keuntungan segera dengan menyerahkannya kepada pemaju hartanah atas konsep perkongsian keuntungan.
Matlamat asal kurniaan tanah tidak tercapai. Anggota koperasi yang sepatutnya berkongsi lot tapak kediaman rumah sebuah akhirnya berputih mata. Mereka tidak mampu membeli unit kediaman mewah walaupun sebuah rumah teres yang dimajukan di atas tanah kurniaan tadi.
Koperasi yang berbuat demikian sepatutnya tidak lagi layak memperoleh tanah kurniaan pada masa hadapan. Sebaliknya, tawaran lot tanah perlu dibuat secara individu kepada anggota koperasi menerusi sebuah jawatankuasa khas yang terikat dengan tatacara tindakan piawai (S.O.P) tertentu. Pihak Angkasa selaku organisasi induk gerakan koperasi kebangsaan hendaklah membuat teguran keras terhadap koperasi yang terbabit.
Berbalik kepada KGMK, keupayaan mereka mengembangkan aset dan mengurus tanggungan (liabiliti) dengan cekap menunjukkan tahap amanah dan integriti yang tinggi. KGMK bergerak pada landasan yang tepat, terancang dan strategik. KGMK memang layak dijadikan contoh sebuah gerakan koperasi guru yang berjaya ...
Friday, April 8, 2016
BIASISWA MENANTI LEPASAN STPM (FINANCING TERTIARY EDUCATION)
Calon STPM, asasi, matrikulasi, foundation, diploma dan kelayakan yang setara, serta berjaya mendapat tempat di universiti awam (UA), institut pengajian tinggi swasta (ipts) atau luar negara boleh mula mengisi borang permohonan biasiswa secara atas talian. Penaja terdiri daripada pihak badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, bank, syarikat antarabangsa (MNC) dan banyak lagi. Memandangkan kos pengajian tinggi begitu mahal, maka pelajar UA dan ipts perlu segera merebut peluang yang datang menggolek ini.
Bank Negara, Khazanah, Mara, Yayasan Telekom dan TNB ialah antara contoh organisasi yang menawarkan biasiswa dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Selain pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, kepimpinan dan kemahiran insaniah juga diambil kira. Pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah diberikan keutamaan khas.
...
...
...
...
...
...
Thursday, April 7, 2016
Wednesday, April 6, 2016
HUJAN LEBAT MULAI TURUN KETIKA SUHU MASIH MEMBAHANG (WAITING FOR MODERATE WEATHER)
Di sana sini hujan lebat berserta angin kencang mulai menandakan musim bersuhu tinggi dan kering bakal berakhir. Fenomena cuaca sebegini lebih kurang sama sejak beberapa tahun lepas. Namun, rakyat Malaysia patut bersyukur justeru tiada kes kesihatan yang ekstrem akibat dehidrasi dan strok haba yang dilaporkan.
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, April 5, 2016
Monday, April 4, 2016
KAMPUS KOTA BERSAIZ KECIL, MANFAAT RUANG (AMERICAN MODEL FOR UNIVERSITY SETTING)
Kampus induk Universiti Havard hanya berkeluasan 175 ekar, berbanding dengan Universiti Malaya bersaiz 750 ekar, selain UKM dan UPM yang melebihi 2,000 ekar. Havard bukan tidak mampu membina kampus mega dengan kemudahan tercanggih. Havard memiliki dana endowment yang jauh melebihi keluaran negara kasar banyak negara.
Dewan kuliah di Havard biasa-biasa sahaja, bahkan sebahagiannya bekas gereja yang serba sederhana. Keadaan yang sama berlaku di Cambridge dan Oxford yang berupa kumpulan kolej pengajian atas nama saint tertentu. Namun, pelajar terbaik seluruh dunia berebut-rebut untuk memasuki universiti ternama yang bersifat konservatif sedemikian.

Sunday, April 3, 2016
Saturday, April 2, 2016
SBP ATASI MRSM? (FACT ABOUT BOARDING SCHOOL)
Murid cemerlang UPSR dan juga PT3 memasang impian untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Persikataran pembelajaran yang serba bersaing, berdikari dan bekerjasama menjanjikan pengalaman unik yang tidak terdapat di aekolah harian. Legenda tokoh keluaran SBP dan MRSM mengukuhkan lagi keinginan itu.
Ibu bapa juga dapat mengharapkan bimbingan dan jagaan yang meyakinkan dari segi disiplin, jati diri, pencapaian dan sahsiah anak mereka. Segelintir ibu bapa berasa lega tentang keselamatan anak mereka yang tidak perlu menempuh risiko pengangkutan dan perjalanan ke sekolah. Penjimatan besar dari segi perbelanjaan harian juga menyebelahi ibu bapa yang bertuah.

sumber: facebook
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)