SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, August 31, 2015

FIKIR DUA KALI SEBELUM MAKAN DI LUAR (S O P OF FOOD PREPARATION)

Tiada salahnya menikmati hidangan yang dijual di premis makanan eksklusif atau warung tepi jalan asal sahaja menepati kriteria gizi makanan seimbang, bersih, berkhasiat dan halal. Tiada pihak yang memaksa untuk sesiapa jua ke mana-mana premis atau warung tertentu melainkan dengan pilihan sendiri. Sebagai pengguna yang bijaksana dan cakna, sudah semestinya bersikap tegas diri atau asertif dalam membuat keputusan tentang pilihan tempat dan jenis hidangan pada sesuatu masa.

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, August 30, 2015

SALAH FAHAM DALAM KOMUNIKASI ATAS TALIAN ( NORTH POLE, SOUTH POLE)

Proses memindahkan maklumat secara lisan tidak terlepas daripada proses pencairan justeru dipengaruhi cara penyampaian dan status terimaan. Dalam disiplin komunikasi terdapat istilah penghantar yang melakukan 'decode', manakala penerima melakukan 'recode'. Jarak komunikasi dari segi usia, status sosioekonomi dan pengalaman yang berbeza memungkinkan mesej yang dihantar mengalami perubahan dari segi penerimaan.

Dalam konteks

...

...

...

...

...

...

Thursday, August 27, 2015

ETIKA MAJIS JAMUAN (TABLE MANNER AND PERSONAL GROOMING)

Undangan ke sesuatu majlis jamuan sudah merupakan penerimaan sosial yang cukup bermakna. Walhal, hidangan yang disajikan barangkali boleh dinikmati di restoran yang biasa kita kunjungi. Maksudnya, bukan nilai wang yang menjadi ukuran, sebaliknya pengiktirafan kerana tersenarai sebagai tetamu menjadi lebih utama.

...

...

...

...

...

...

...


Wednesday, August 26, 2015

Sunday, August 23, 2015

GAYA HIDUP GENERASI MUDA MASA KINI (OVER BUDGET)

...

...
sumber ambilan: metro ahad
23.8.15 halaman 6
klik untuk paparan lebih jelas
...

...

...

...

...

...

Thursday, August 20, 2015

...


KEPENTINGAN PENILAIAN, UJIAN BULANAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN ENAM (CONTINOUS LEARNING AND MEASUREMENT)

Jumlah waktu kuliah pelajar prauniversiti tingkatan enam lebih kurang sama dengan pelajar universiti, iaitu 14 minggu. Pelajar tingkatan enam rendah mendaftar pada bulan Mei, tetapi hanya memulakan kuliah secara tuntas mulai pertengahan bulan Jun. Lazimnya, sukatan pelajaran akan berakhir pada penghujung bulan September, diikuti oleh peperiksaan percubaan dan STPM sebenar.

Secara kasar, tempoh pembelajaran ialah selama empat bulan bersamaan 16 hingga 18 minggu, tetapi apabila ditolak cuti pertengahan penggal dan pelbagai cuti yang lain akan kembali kepada lebih kurang 14 minggu juga. Guru harus mereka bentuk dan merancang proses pembelajaran supaya akur dengan segala keperluan sukatan pelajaran dan hasil pembelajaran yang diamanahkan kepada mereka. Guru harus bertindak dengan bijak dan cekap supaya dapat memenangi kerjasama semua pelajar bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbuka.

Pelajar bukan sahaja dibimbing dari segi pencapaian hasil pembelajaran, bahkan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik supaya dapat mengorganisasikan segala isi pelajaran secara optimum. Kaedah hafalan misalnya sangat berisiko untuk digunakan semasa peperiksaan bertulis. Pepatah Cina mengatakan: saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya buat dan saya faham. 

Jika jaguh sukan dilatih dengan persediaan fizikal dan mental yang terbaik, pelajar prauniversiti juga demikian. Mereka harus menjalani sejumlah latihan yang terancang, menggunakan strategi, taktik dan teknik pembelajaran yang paling munasabah. Pendekatan analogi, anekdot, cerita kelakar yang diubah suai, inkuiri dan ujian berpasangan mesti dilakukan lebih kerap.

Sebagai golongan penghujung remaja, pelajar prauniversiti tingkatan enam masih terumbang-ambing dalam pencarian jati diri, berperang dengan perasaan, jatuh cinta dan mudah dipengaruhi. Pemimpin pendapat yang unggul dalam kalangan mereka sendiri perlu ditonjolkan sebagai penanda aras jangkaan guru dan teladan baik. Sebaliknya, kelompok yang cenderung ke arah sambil lewa dan tidak serius dalam pembelajaran perlu dipujuk sehingga nampak kerugian yang sedang mereka bawa kepada kelompok sendiri dan rakan lain.

Pentaksiran atau pengukuran pembelajaran secara formatif dan sumatif dilaksanakan secara berterusan lagi terancang. Jika pelajar dibiarkan belajar secara pasif, ukuran palsu atau syok sendiri akan berlaku. Guru menyangka penyampaian sudah berjaya, manakala pelajar menyangka bahawa mereka sudah boleh menjelaskan semula isi pelajaran dengan lancar.

Memandangkan jangka masa penggal yang begitu singkat, pihak sekolah hanya sempat mentadbir sekali sahaja ujian bulanan atau penilaian dan sekali peperiksaan percubaan sebagai pengukuran sumatif. Semasa sesi kuliah dan tutorial, guru harus memperuntukkan slot masa terhad yang terancang untuk pengukuran formatif dalam bentuk soal jawab lisan, latih tubi dan kuiz bertulis ringkas. Kedua-dua bentuk pengukuran tersebut menjadi asas untuk pembaharuan dan penambahbaikan dalam proses pembelajaran seterusnya.

Penegasan tentang kesahan dan kebolehpercayaan item penilaian memungkinkan pelajar prauniversiti meletakkan keyakinan yang tinggi tentang pengubahsuaian dan perubahan yang mreka harus laksanakan dengan segera. Kesibukan dan stamina yang harus diuruskan memang mencabar bagi pelajar yang menempuh usia kritikal dalam hidup mereka. Skor markah dan gred ujian bulanan atau penilaian menjadi penanda aras untuk pelajar mengenal pasti, melaksanakan dan mengukur keupayaan akademik, disiplin diri, kemahiran insaniah, kepimpinan dan modal insan masing-masing ...

Wednesday, August 19, 2015

PNGK BUKAN TIKET AUTOMATIK MASUK UA (IN PERSON AND IMPROMPTU CRITERIA)

Bukan mudah untuk calon STPM mencatat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Selain bertungkus-lumus belajar, mereka perlu bijaksana dalam proses merancang penulisan jawapan supaya bertepatan dengan kehendak tugasan soalan.

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, August 18, 2015

Friday, August 14, 2015

Wednesday, August 12, 2015

Sunday, August 9, 2015

Saturday, August 8, 2015

KUNJUNGAN KE PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR (HIGH PROFILE AREA OUTSKIRT METROPOLITAN)

Ada dua sebab yang menjadikan Puncak Alam sangat dikenali. Pertama, kes Altantuya Shariibu yang masih nerjalan. Kedua, kampus cawangan UiTM.

...

...

...

...

....

...

...

Friday, August 7, 2015

KEBAIKAN MAJLIS KAHWIN DI DEWAN SEWAAN (COST EFFECTIVENSS AND CONDUCIVE FUNCTION)


CARA BELAJAR EKONOMI MALAYSIA STPM (STORY OR THEORY?)

Terdapat pelbagai saranan pembelajaran supaya kehendak hasil pembelajaran dapat dicapai. Perancangan dan reka bentuk kegiatan bilik darjah atau bilik kuliah diharapkan menjurus terhadap persekitaran pembelajaran yamg aktif, berkesan dan produktif. Dalam masa yang sama, unsur kurikulum tersembunyi, iaitu amalan nilai murni seperti semangat kerjasama, tingkah laku asertif dan pengalaman organisasi dapat dipupuk dengan jayanya.

Sistem modular di bawah penjemaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam sangat mirip dengan sistem semester di universiti. Pada setiap penggal, kuliah dijalankan selama empat bulan sebelum peperiksaan ditadbirkan. Mata pelajaran Ekonomi Malaysia ditawarkan pada penggal ketiga.



...

...

...

...

...

...

Thursday, August 6, 2015

Tuesday, August 4, 2015

11 OGOS HARI DEBARAN PEMOHON UNIVERSITI AWAM (WAITING FOR THE GOOD NEWS)

Hari Selasa depan dianggap sebagai hari penentuan nasib kepada semua pemohon universiti awam lepasan STPM, matrikulasi, asasi sains dan laluan khas diploma serta kelayakan lain yang setara untuk kursus ijazah asas sarjana muda. Keputusan permohonan akan dipaparkan secara atas talian. Calon yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran universiti yang berkenaan.

Pada lazimnya, masih ada kekosongan tempat selepas itu kerana sebahagian pelajar sudah pun menyambung pengajian di luar negara atau institut pengajian tinggi swasta tempatan. Jumlah kekosongan tempat yang masih ada hanya akan diketahui setelah calon yang ditawarkan memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan juga secara atas talian. Malah, setelah calon menyatakan persetujuan menerima tawaran berkenaan, pada hari pendaftaran masih ada calon yang menukar fikiran, iaitu tidak mendaftar, menangguh pengajian atau atas sebab-sebab kesihatan.

Kekosongan tempat yang ditinggalkan akan diisi oleh pemohon dalam senarai simpanan yang membuat rayuan.

...

...

...

...

...

AKHIR PERJALANAN SEORANG IBU (THE DESTINY WE NEVER KNOW)

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, August 2, 2015

SATU HARI KERJA SATU MINGGU MAKAN (HIGHER PAY HERE)

Mengapa orang Indonesia kurus-kurus belaka? Pelancong saiz XL sukar untuk mencari baju batik elegan, kecuali di butik
Orang berbadan besar di sana hanya dalam kalangan ahli politik dan usahawan.

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, August 1, 2015

MAHASISWA DAN DEMONSTRASI: TIMJAUAN DIALEKTIKAL (THE REAL PURPOSE OF TERTIARY STUDY)

Di Indonesia, kampus Trisakti berdekatan Jakarta pernah menjadi saksi gerakan mahasiswa yang berupaya mengubah landskap siasah negara seberang itu. Di Thailand pada dekad 1970-an berlaku 'perang' antara mahasiswa universiti berlainan sehingga sampai ke peringkat kehilangan jiwa. Di negara ini, berkat kebijaksanaan pelbagai pihak serta budaya kesopanan yang bersemi dalam sanubari masyarakat tempatan memungkinkan kawalan tingkah laku mahasiswa yang lebih tertib.

...

...

...

...

...

...

...