SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2016

GAZA BERGELUT DALAM BELENGGU YAHUDI (THE ARABIAN DISUNITED)

...

...

...

...

...

...

...

...

PELANGGARAN ETIKA KEGURUAN MENERUSI APLIKASI MEDIA SOSIAL? (THE WISDOM OF SCHOOL LEADERS)

Persekitaran terbaik dan hubungan kemanusiaan yang mesra turut menyumbang terhadap pencapaian keberkesanan sekolah.

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, May 29, 2016

Thursday, May 26, 2016

Wednesday, May 25, 2016

GURU EKONOMI NEGERI PERAK HADIRI TAKLIMAT (COURSEWORK FOR PRE-UNIVERSITY SIXTH FORM)

Pelaksanaan kerja kursus Ekonomi 4 STPM membabitkan guru mata pelajaran di peringkat sekolah. Guru mata pelajaran berperanan membimbing, serta mentaksir hasil kerja kursus pelajar. Namun, dari segi gred,  menjadi hak mutlak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dari segi pemeringkatan skor dan penyelarasan gred.

Bagi memastikan bahawa tahap kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu, maka setiap tahun, pihak MPM mewajibkan semua pentaksir yang dilantik menghadiri sesi taklimat format penulisan kerja kursus dan rubrik pemarkahan. Para pentaksir dikehendaki akur dengan tatacara tindakan piawai (SOP) yang ditetapkan. Kerja kursus ekonomi yang diperuntukkan wajaran 20 peratus itu dilaksanakan sejak tahun 2013 lagi.
sifu ekonomi, Cikgu Latfi bersama Cikgu Zawawi

...

...

...

...

...

...

Saturday, May 21, 2016

Friday, May 20, 2016

TIPIKAL ULASAN PENCERAPAN GURU (SUPERVISION OR SUPER VISION?)

Sarjana bidang pentadbiran pendidikan mentakrifkan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Keguruan pula tergolong dalam kategori kerjaya menolong. Maka, keberkesanan sekolah dan pembelajaran hanya akan tercapai jika wujud keserasian dan persekitaran yang dikehendaki.

Isu permuafakatan guru yang menjurus terhadap kemajuan ikhtisas mereka masih belum menemui sentuhan ajaib. Masalah keterasingan eksklusif berdasarkan mata pelajaran tetap berlaku. Proses pencerapan guru juga masih terikat dengan kaedah lama, iaitu hubungan antara superior dengan subordinat.

Di negara maju, pencerapan guru lebih bersifat sukarela. Niat masing-masing ialah untuk saling belajar dan mengenal pasti keperluan penambahbaikan. Dengan itu, kegiatan bilik darjah bukanlah bertujuan untuk menunjuk handal atau sekadar mengambil hati.

Pencerapan guru yang bersifat formal dan berjadual pula lebih kepada maksud pelaporan dan penarafan yang didokumenkan. Pencerap bertindak seumpama juri, manakala guru yang dicerap seumpama peserta program realiti. Pencerap duduk di bahagian belakang kelas, sambil sibuk menanda skor pada instrumen yang dibawa.

Tidak sukar untuk meneka kecenderungan penilaian pencerap dari segi skor dan ulasan. Pencerap yang rata-ratanya tidak memiliki kelayakan khusus pengukuran dan penilaian, serta bukan pakar kandungan mata pelajaran yang dicerap akan hanya bergantung kepada andaian dan tanggapan yang belum tentu benar. Namun, pencerap masih mempunyai senjata ampuh, iaitu kedudukan yang lebih tinggi dalam organisasi.

Pada akhirnya, markah dipuratakan dan gred diberi. Pencerap kemudiannya memberi ulasan sebagai superior serba tahu. Sebagai subordinat, guru yang dicerap hanya berupaya meluahkan maklum balas di dalam hati.

Ironinya, pencerap sendiri belum dapat membuktikan dirinya luar biasa dalam pencapaian mata pelajaran untuk dicontohi. Alangkah baiknya jika pencerap superior tadi secara sukarela bersedia dicerap secara timbal balik oleh subordinat selepas itu. Walaupun hanya sebuah harapan, hal itu patut diberikan pertimbangan yang adil.

Kefahaman pencerap terhadap teknologi pengajaran lebih berkisar terhadap penggunaan alat bantu multimedia. Buku teks dan pedagogi tradisional dilayan bagaikan barang larangan. Konsep keperluan dan kesampaian isi pelajaran digantikan dengan alat bantu yang lebih canggih ...

Thursday, May 19, 2016

Monday, May 16, 2016

GURU INSPIRASI KEJAYAAN PELAJAR (CREATIVITY IN A LEARNING SETTING)

Semasa menyandang jawatan setiausaha PIBG di sebuah sekolah pada suatu ketika yang lalu, penulis blog pernah membentangkan analisis data pencapaian calon SPM dalam mata pelajaran fizik dan kimia yang sangat bercanggah dengan gred kertas Matematik Tambahan mereka.

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, May 15, 2016

Saturday, May 14, 2016

Thursday, May 12, 2016

Monday, May 9, 2016

Saturday, May 7, 2016

TEMA HARI GURU 2016: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA (MOULDING HEARTS AND MINDS)

Sekolah ialah organisasi yang memupuk pembelajaran. Komponen utama sesebuah sekolah ialah murid dan guru selain pihak berkepentingan yang lain, serta segala kemudahan prasarana fizikal dan komunikasi. Sebagai kerjaya yang termasuk dalam perkhidmatan menolong, tanggungjawab utama guru ialah memastikan bahawa proses pembelajaran murid terlaksana dengan berkesan, menarik dan menepati segala keperluan pendidikan yang digariskan.

Antara ungkapan klise yang biasa disebut ialah guru umpama lilin, yakni membakar diri untuk menerangi insan lain. Hal itu mungkin benar kerana guru berhadapan dengan pelbagai cabaran berat di bilik darjah dengan pelbagai latar belakang murid dan tingkah laku. Dalam era langit terbuka dan komunikasi maya tanpa wayar sekarang, guru bukan lagi sumber maklumat yang unggul.

Guru

Tema hari guru 2016 klik di sini

...

...

...

...

...

...

Friday, May 6, 2016

Thursday, May 5, 2016

Monday, May 2, 2016