Friday, March 8, 2013
8 MAC: GENAP LIMA TAHUN PENGGAL PILIHAN RAYA (THE REAL POLITICAL FORCE)
Tahun 2008 mencatat lembaran baharu dalam sejarah pilihan raya negara apabila kebanyakan kerusi parlimen dan negeri membabitkan saingan dua penjuru. Buat pertama kali dalam sejarah juga, kerajaan dibentuk dengan majoriti mudah, iaitu tanpa penguasaan dua per tiga kerusi parlimen. Kini, masanya sudah semakin hampir untuk tarikh pilihan raya ke-13 berdasarkan tarikh akhir pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri bersamaan dengan majlis angkat sumpah jawatan sebagai wakil rkayat.
Pengundi boleh membuat semakan daftar mengundi melalui laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR: sila klik di sini). Ringkasan penyelidikan tentang profil dan sikap pengundi juga telah dipaparkan di sini. Jika pada pilihan raya ke-12 yang lalu, hampir setengah juta pengundi muda yang berdaftar tidak sempat diwartakan, kali ini mereka akan membentuk kumpulan pengundi baharu yang besar jumlahnya.
Perang psikologi dan saraf telah lama dilancarkan menerusi media arus perdana dan juga maya yang disebut dengan pelbagai nama seperti media baharu atau media sosial. Capaian maklumat di hujung jari dan era langit terbuka membawa natijah bahawa pergantungan kepada media tradisional cetak dan elektronik yang dikendalikan oleh wartawan sepenuh masa sudah berakhir. Andaian telah politik persepsi, iaitu bahawa pengundi mudah dipengaruhi dengan propaganda sebelah pihak juga nampaknya tidak lagi berkesan
Beberapa organisasi bebas juga sibuk menjalankan kajian tentang arah aliran sokongan, misalnya Merdeka Centre (klik di sini), Zentrum Future Studies (baca di sini) dan UMCEDEL (klik di sini). Namun, seperti yang dibuktikan pada beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu, tidak semua dapatan kajian menepati keputusan sebenar. Isu persampelan dan ralat memang tidak dapat dipisahkan daripada kajian yang bersifat ilmiah.
Tahap kematangan demokrasi tempatan sekali lagi bakal teruji dalam proses pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Penyokong di peringkat akar umbi harus dapat mengawal emosi dan tingkah laku sebagaimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin mereka semasa sesi persidangan parlimen dan dewan undangan negeri. Fobia terhadap angka 13 sudah tidak relevan dalam era dunia tanpa sempadan kini.
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment