Analisis keputusan STPM yang diumumkan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin tengah hari tadi. Sumber ambilan klik
di sini.
a) 47,884 calon (92.67 peratus) lulus sekurang-kurangnya
satu mata pelajaran berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun 2011.
b) 2,709 calon (5.24 peratus) lulus
penuh dalam lima mata pelajaran
c) 21,779 calon (42.15 peratus) lulus dalam empat mata
pelajaran berjumlah .
d) 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata
pelajaran
e) 7,299 calon (14.13 peratus) lulus penuh dua mata pelajaran
f) 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.
g) 18 orang calon mencapai Gred A dalam lima mata pelajaran (12 calon: 2011): 7 sains, 11 sastera
h) ambil lima mata pelajaran, mendapat empat Gred A = 53 orang calon
i) ambil empat mata pelajaran, mendapat empat Gred A = 379 orang calon.
j) min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22 pada 2011
k) 442 orang calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon pada tahun 2011 (0.59 peratus)
l) prestasi calon bandar jauh lebih baik: yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 1,105 (13.53 peratus) berbanding hanya 170 calon (9.20 peratus) luar bandar.
m) bilangan calon bandar aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 392 (14.85 peratus) berbanding hanya lapan (6.4 peratus) calon luar bandar
n) calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah seramai 713 calon (12.90 peratus) berbanding hanya 162 calon (9.24 peratus) luar bandar
o) min PNGK sekolah kerajaan pada tahun 2012 ialah 2.33 berbanding 2.29 pada 2011
p) 59 buah sekolah mencapai min PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 52 sekolah pada tahun sebelumnya dan 47 sekolah pada 2010
q) calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran iaitu 23,683 calon (49.64 peratus) bagi tahun lepas berbanding 22,430 calon (47.84 peratus) pada tahun 2011
r) enam mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Further Mathematics T (71.43 peratus), Bahasa Cina (69.34 peratus), Ekonomi (59.19 peratus), Syariah (76.43 peratus), Sejarah (64.18 peratus) dan Geografi (70.21 peratus)
s) 15 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus
t) dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Literature in English pula menurun
u) penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi tujuh mata pelajaran iaitu Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Fizik, Kimia dan Biologi, Mohd Noh berkata 98.13 peratus (25,503) calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 98.11 peratus (25,993) pada tahun sebelumnya
v) Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2012, beliau berkata pada keseluruhannya berlaku peningkatan terhadap prestasi calon iatu sebanyak 36.22 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding 23.94 peratus pada sesi Julai tahun lepas
w) Lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon (47.39 peratus)
...
...
...
No comments:
Post a Comment