SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 19, 2013

EKONOMI STPM LEBIH MUDAH DAPAT 'A' DARIPADA KERTAS LAIN (SCORE SUBJECT, NOT THE KILLER SUBJECT)

Berdasarkan unjuran pencapaian STPM di sekolah tempat penulis blog (PB) bertugas dalam tempoh beberapa tahun belakangan, didapati bahawa Ekonomi mencatat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Matematik. Pada tahun ini, bilangan calon yang memperoleh A bagi Ekonomi sekali ganda berbanding dengan Pengajian Am. Maka, dengan sendirinya anggapan bahawa Ekonomi sebagai mata pelajaran yang sukar sudah tertolak dengan sendirinya.

Kelas UA3 sebagai contoh, 40 peratus calon mendapat A dalam kertas Ekonomi. Sebagai guru kelas dan guru Ekonomi, sudah tentu bahawa pencapaian berkenaan sangat melegakan. Penekanan terhadap kemahiran generik pembelajaran ekonomi, model huraian deskriptif dan grafikal, serta petua kuantitatif yang dikongsi dengan pelajar nyata berbaloi.

Beberapa orang pelajar yang berada dalam zon risiko F juga berjaya dibimbing hingga mereka berhasil mencatat gred lulus sebahagian, lalu mereka mendapat purata nilai gred minimum 1.0, bukan 0. Perkara yang paling diingatkan kepada kelompok harapan lulus (halus) itu ialah percubaan menulis jawapan, iaitu tidak membiarkan masa berlalu dengan tidak cuba menulis sesuatu. Kalau cuba menulis masih ada harapan, tetapi kalau tidak berbuat apa-apa pasti akan kecundang.

Setelah pelajar berjaya diyakinkan, secara ansur maju, pelajar dibimbing menyenaraikan sejumlah konsep, prinsip, teori dan hukum yang terjangkau sebagai asas jawapan minimum dalam peperiksaan. Penerapan prinsip kaunseling dalam membantu pelajar halus didapati sangat membantu mereka supaya tidak mudah berputus asa dalam pembelajaran ekonomi. Hasutan negatif sama ada berpunca daripada dalam diri sendiri atau daripada rakan yang bersikap pesimis mesti dihapuskan tanpa gagal.

Sama seperti masyarakat sebenar, pengaruh unggul memainkan peranan penting bagi menyokong persekitaran pembelajaran yang berkesan. Maka, tingkah laku terpuji diberi pengukuhan, manakala tingkah laku melencong dikenakan isbat yang jelas. Pelajar yang sering melafazkan keluhan dan rungutan perlu diberi amaran yang tegas supaya penyakit negatif mereka tidak berjangkit, lalu menjejaskan pembelajaran seluruh kelas.

Kaedah konfrontasi hanyalah strategi sementara kerana pada akhirnya pelajar harus mencapai kesedaran kendiri dan kesediaan untuk terbabit aktif dalam proses pembelajaran ekonomi. Namun, strategi guru ekonomi perlu mendapat sokongan daripada pentadbiran sekolah demi kebaikan dan pencapaian pelajar. Cubaan pelajar untuk mengelakkan diri daripada 'susah payah' pembelajaran perlu disiasat dengan saksama.

Hakikat bahawa tekanan dalam pembelajaran tidak dapat dielakkan perlu diulang cakap kepada pelajar dari masa ke masa. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kebijaksanaan peruntukan masa ialah kemahiran kritikal yang harus diberi perhatian di peringkat pengajian prauniversiti. Walaupun bilangan mata pelajaran tidak banyak, tetapi bilangan tugasan yang perlu disiapkan lebih banyak. Mutu persembahan tugasan juga mesti sejajar dengan tahap persediaan universiti. 

Sudah tentu guru ekonomi juga inginkan persekitaran pembelajaran ekonomi yang ceria dan selesa untuk dinikmati oleh semua pelajar. Proses mendapatkan kerjasama dan sokongan pelajar merupakan prasyarat atau titik tolak pembelajaran ekonomi yang berkesan dan hidup. Guru ekonomi harus merancang proses imbangan antara layanan terhadap keperluan motivasi pelajar dengan kesuntukan masa untuk menyediakan mereka dengan sejumlah sukatan pelajaran.

Tidak dinafikan bahawa disiplin ekonomi yang menjurus kepada pemikiran matematik menghadirkan kesukaran kepada pelajar yang memiliki latar belakang sastera semasa SPM. Pelajar kelompok sedemikian memerlukan intervensi pembelajaran sebaya di luar bilik darjah supaya beban minda yang dihadapi menjadi lebih ringan. Kepercayaan bahawa jalan menuju kecemerlangan menuntut beberapa pengorbanan harus sentiasa bersemi dalam diri pelajar.

...

...

48 comments:

Anonymous said...

hurmmm

Anonymous said...

salam cikgu..adakah saya berpeluang menyambung pelajaran ke u?? pointer saya hanya 2.75?? universiti manakah yg sesuai dgn keputusan saya?? bolehkah saya masuk ukm?

cikgu azhar said...

salam

insya-Allah jika kena dengan kursus yang dipilih. cuba semak dengan guru kaunseling tentang pemilihan kursus berdasarkan gred setiap kertas stpm. uni. untuk kursus sarjana muda tidak mengapa sebab jika hendak masuk uni. ternama boleh lakukan semasa ijazah lanjutan...

Anonymous said...

salam cgu, saya akan ulang ekonomi malaysia. saya agak kecewa sebab keputusan saya F walaupun saya faham konsep. boleh tak cgu terangkan dengan ringkas cara menjawab dengan betul. saya memang berminat untuk sambung pelajaran dalam bidang ekonomi di uni. harap cgu dapat membantu.

cikgu azhar said...

Salam,

Syabas kerana terus mahu mencuba. kebanyakan calon yang mendapat gred rendah bukan kerana tidak cukup bijak, tetapi kerana persembahan jawapan yang tidak kena, dan peruntukan masa menjawab yang tidak cekap. Dalam tempoh sebulan ini, buat soalan sendiri berasaskan hasil pembelajaran (sukatan oleh mpm) dan sediakan jawapan untuk 6 markah dalam tempoh tidak lebih daripada 8 minit bagi 5 soalan esei dan 12 minit bagi soalan kuantitatif. Markah bergantung kepada keakuran terhadap tugasan soalan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,saya nak minta pendapat cikgu,antara p.perniagaan & ekonomi mana lagi bagus?sekarang saya dlm kelas p.perniagaan,saya berminat & ramai yg cadangkan saya utk ambil subjek ekonomi tapi bimbang x boleh skor sebab ramai yg kata ekonomi lebih susah dr p.perniagaan

cikgu azhar said...

w.salam,

bergantung kepada strategi masing-masing. yang pentig pngk terbaik. ada yang langsung tak ambil pp @ ekon. semua A (BM, Sejarah, georafi) berjaya ke USM. yang penting jangan ambil jika kesudahannya dapat gred rendah.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam, cg mcmn nak bljr dgn btl dan fham dlm subjek p.prniagaan? Sy bimbang..

cikgu azhar said...

Salam,

gunakan peta minda / i-think.
jika tiada rakan belajar yang serasi, gunakan gajet untuk merakam penyampaian kuliah (olok-olok) dan dengar semula. make learning p.p. somewhat fun.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cgu, saya bercadang untuk mengambil perakaunan, eko dan pp di tingkatan 6. cgu rasa semua subjek tu senang skor ke? sbb saya confirm mau ambil perakaunan cuma saya takut kalau tidak boleh angkat eko Dan pp Kerana saya tiada basic semasa sekolah menengah. Patutkah saya ganti antara eko dan pp dgn yg lain atau tidak payah? antara eko Dan pp mana lagi senang bg pelajar yg tiada basic semasa sekolah menengah?

Unknown said...

Salam cgu, boleh saya minta email cgu kerana saya ingin bertanyakan banyak soalan tentang subjek-subjek ting. 6

cikgu azhar said...

Salam,

anon mei 4: senang kalau akur terhadap disiplin pembelajaran. tidak perlu tukar kerana guru bakal memberi bimbingan tang terbaik. tiada keperluan basic semasa lower form. susah senang bersifat subjektif ...

Farhan Guslin: ibnurodzi@gmail.com

Anonymous said...

Cikgu, saya ingin bertanya. Sekolah yg saya masuk menawarkan bm,ekonomi + p.p iaitu kelas kemanusiaan 2. Manakala kls kemanusiaan 3 pula adalah ekonomi, sejarah +p.p/bm. Jadi, saya ingin tahu antara bm atau sejarah, mana lg susah?

cikgu azhar said...

senang atau susah itu subjektif, bergantung kepada kecenderungan dan sejarah pembelajaran seseorang. bahasa memerlukan kepekaan terhadap analisis wacana dan juga generalisasi idea. sejarah menghendaki kebolehan mengenal pasti hujah kbat secara seimbang. sekadar contoh. cuba semak tekod pencapaian calon stpm terdahulu ...

Anonymous said...

Salam cikgu . Klau f6 ambl sbjek pa bm geo sej , nnti u blh ka ambl kos prniagaan or prbnkan ? Or f6 msti ambl eko pp jga ?

Unknown said...

salam saya nak tanye pasal pengajiaan perniagaan dengan ekonomi.Mana lebih mudah untuk skor?

cikgu azhar said...

Salam,

anon mac 30: seelok-eloknya ikut mata pelajaran, kecuali universiti swasta

unknown: bergantung kepada persediaan, folus dan rezeki

Wallahu a'lam

Anonymous said...

salam cikgu , saya mmg lemah math , boleh ke ambil ekonomi ? tapi cikgu ckp lebih baik elakkan dari masuk ekonomi . boleh berikan pendapat ?

cikgu azhar said...

salam,

boleh, tetapi hendaklah mengambil daya usaha mengukuhkan kemahiran kuantitatif kerana tidak akan diperincikan dalam kuliah ekonomi ...

Unknown said...

Salam cikgu, saya confuse samada nk pilih eko atau bm. saya minat eko tpi memandangkan result eko saya masa spm dpt C, jdi saya teragak2. apa pendapat cikgu?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam Nur Azlyna,

kenapa tak ambil bm & ekonomi sekali gus?

ekonomi asas dapat C tidak mempengaruhi pencapaian ekonomi stpm kelak. boleh dapat A jika kena caranya.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Salam cikgu saya nk tanya.Saya x ambk subjek eko smasa spm Sya hnya ambk perdagangan.Soaln sy bolehkh sy skor smasa stpm.Adekh geo atau eko patut saya pilih.

Anonymous said...

salam ckg, sya bercita2 nnti nak smbung degree perbankan.skrg sya masih di lower 6..tpi sya tak pasti lgi klau nak ambil subj eko/ perakaunan utk stpm..result spm sya hritu dua2 subj eko& acc dpt A..susah nak buat pilihan, tpi yg sya dengar dri senior form 6 perakaunan tu killer subj, eko pula senang nak score katanya..jdi sya nak tnya klau sya ambil subj eko utk stpm, insyaAllah degree nnti sya nak perbankan bole tak? ada tak laluan mcm tu?

cikgu azhar said...

Salam,

wakejaptaif Xperia: tiada masalah asalkan berusaha & fokus. pilih geografi pun o k

anon: tidak perlu bergantung kepada cakap senior secara tuntas. ciptakah sejarah. tiada syarat wajib akaun untuk perbankan. yang penting pngk terbaik, serta matematik spm minimum C

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

lampi

Anonymous said...

Assalam... Saya upper 6 yang akan mengambil ulangan untuk ekonomi penggal satu dan dua....

Adakah peluang saya untuk lulus kedua-dua kertas tersebut nipis?

Berkemungkinan kerana kesuntukkan masa untuk belajar pada masa kini...??

Apakah tips yang perlu saya lakukan untuk skor dalam kertas ini dalam masa yang singkat...??

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

Gunakan pengalaman semasa P1, P2 untuk penambahbaikan persembahan jawapan. Cuba kaji soalan stpm kebelakangan mulai tahun 2013 hingga kini. Buat analisis topikal dan rancang strategi untuk soalan berkemungkinan, bukan ramalan. Cuba kena pasti kekuatan sdra/i dalam tajuk tertentu dan fokus. Insya-Allah, membantu ...

Syakinah said...

Assalam cg.. Saya just nk tnya sekiranya kita terlupa untuk ltk titik margin adakah markah kita dipotong dan lagi stu dlm keluk kkp klu kita x ltk brg x n brg y tp kitaa ltk bnda lain adakah mrkah kita jugaa akan dipotong..mohon cg jelaskan

Syakinah said...

Assalam cg.. Saya nk tnya klu kita terlupa nk ltk titik margin di setiap keluk adakah markah kita akan dipotong dan lg satu klu kita x ltk brg x n brg y di keluk kkp tp kta ltk bnda lain adakah mrkah kita juga akan dipotong..mohon cg jelaskan

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam nur syakinah,

bergantung kepada tugasan soalan

titik margin atau titik origin?

tiafa madalah barsng kkp melainkan finyatakan secara khusus barangnya

Wallshu a'lam ..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cikgu azhar said...

W.salam,

hanya pengajian am & muet wajib. yang lain semua elektif termasuk ekonomi. bokah ambil contohnya oakej bm, ekonomi, sejarah

Anonymous said...

Saya tengah membaca bab 1 Ekonomi Mikroekonomi. Saya plan ambik STPM (tak pernah ambik) sebab nak sambung belajar (tukar bidang). Saya rasa minat ekonomi tapi bila masuk bab fungsi permintaan dan pengiraan jadi tak boleh hadam sebab based on buku takde penerangan. Now saya xtau sama ada nak amik ekonomi atau tak. Mcm mana nk faham fungsi /persamaan kalau tiada penerangan.

Anonymous said...

Salam. Saya sekarang ni berada di kelas sains sosial satu,di mana pengajian ekonomi adalah subjek wajib yang perlu diambil. Manakala geografi,ekonomi dah seni adalah subjek elektif. Saya mempunyai keiginan untuk mengambil subjek ekonomi,namun saya tidak mempunyai basic mengenainya. Hal ini kerana semasa di tingkatan lima saya berada di kelas sains tulen. Dan,saya berasa kurang yakin untuk mengambil subjek tersebut. Persoalannya,adakah pengajian perniagaan dan ekonomi dapat diambil sama? Adakah ianya tidak membebankan pelajar?

cikgu azhar said...

anon apr 22: fungsi Dx, Sx kena buat latihan dengan bimbingan guru
contohnya Q = a+bP; P itu harga, Q kuantiti' kena cari nilai a dan b
kemudian masuk balik dalam persamaan asal

anon may 3: pelajar sains ada kelebihan, iaitu kemahiran kuantitatif. ekonomi & pp sepatutnya
boleh capai gred tertinggi (A)

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

bagaimanakah saya mau jadi guru cemerlang ekonomi

cikgu azhar said...

jawatan guru cemerlang dijumudkan buat sementara. namun, guru ekonomi berpencapaian cemerlang sentiasa terbuka. lakukan kajian tindakan untuk intervensi terbaik ...

ael said...

cikgu, kalau nak ambil ekonomi wajib ambil math sekali?

Anonymous said...

Salam cikgu,sy bercadang untuk sambung ke tingkatan 6 tetapi subjek yg ditawarkn di sklh sy (akan bljr disana) tidak mempunyai subjek ekonomi dan math M...saya berminat untuk smbung bljr ekonomi tetapi tiada ekonomi ditawarkan cuma subjek yg sy bole ambil ialah (PA,BM,PP,SEJ)...adakah dgn subjek pengajian perniagaan shj sy bole smbung bljr ke kos yg sy minat??? Atau sy harus berpindah ke sklh yg mempunyai subjek ekonomi ditawarkan??? Sy kurang berminat sgt bljr ttg business

cikgu azhar said...

W.salam,

ael: tak wajib
tapi syarat kepujian matematik spm
kekal

anon april 27: minat bidang aa? eknomi dengan peèrniagaan macam sepupu. cuma ekonomi lebih kepada konsep dan pemboleh ubah secara teoritikal, manakala perniagaan mementingkan praktikum.terpulang nak pindah atau kekal di kelas yang ditawarkan

Wallahu a'lam ...

Ilya said...

Salam cg, sy nk tnya yang mana lagi better antara perniagaan ngn ekonomi? Sebab di sekolah sy hanya tawarkan ekonomi tapi perniagaan xde, sy dulu masa f5 sy ambik aliran perniagaaan.. jadi yang mana lebih elok?

Noor said...

Assalammualaikum cikgu, nk tanye pembelajaran f6 sama atau tidak dengan pembelajaran eco162 uitm ?

Jun Kit said...


Maaf menggangu,Cikgu, saya nak tanya soalan. Bagaimana keluaran negara kasar pada harga pasaran dikira mengikut kaedah perbelanjaan?

Anonymous said...

Assalamualaikum,kalau saya tak ada ambil subjek perniagaan dan ekonomi dalam SPM bolehke saya ambil subjek tersebut semasa di tingkatan 6 nanti?

Anonymous said...

Asalamualaikum cikgu, saya nak tanya. Sekolah yang saya dapat menawarkan subjek (pp Sej bm pA). Namun saya amat minati subjek ekonomi stpm. Boleh ke saya ambil extra subjek ekonomi dan belajar sendiri? Macam mana dengan kerja kursus?
Saya bercita cita untuk mengambil sarjana kewangan pada masa akan datang. Perlu ke saya ambil subjet ekonomi sebab syarat khas universiti untuk kursus tersebut. Atau ambil subjek pa pp bm sej dah mencukupi untuk kursus tersebut. Harap cikgu bantu saya,terima kasih cikgu.

Ahmadmar said...

Assalamualaikum cg kalau di f4 dan f5 tak ambil ekonomi then masuk f6 nak ambil ekonomi boleh ka skor??

Unknown said...

Assalam cg ...cg better saya ambik kls ekonomi ke geo ...math saya masa SPM b+ jer cg dan saya dari aliran sains ..minx banyak pendpt tapi ramai kata tak payah ambik eko Sebb results SPM tak strong

Unknown said...

Cg saya rasa nk give up je duduk f6 sbb saya kene duduk asrama. Kalau boleh saya rasa nk je berhenti sek tapi nnt mak saya kata apa pula. Lagipon ade ke org yg x pergi blaja mana2.