Yang Berusaha Puan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Sunday, March 3, 2013
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN KE-9 (SCHOOL ASSEMBLY REPORT)
Terima
kasih pengacara majlis
Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam
sejahtera dan selamat pagi
Terlebih
dahulu marilah kita berdoa yang terbaik untuk keselamatan negara kita yang
sedang teruji dengan hebatnya, secara khusus ancaman pencerobohan asing di Lahad
Datu, Sabah yang memasuki minggu keempat, amin.
Yang Berusaha Puan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Yang Berusaha Puan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Pada
minggu ke-9 yang lalu, iatu antara tanggal 25 Februari hingga 1 Mac 2013, saya
bersama Puan Alice Nesamoney ialah guru bertugas mingguan. Bersyukur ke Hadrat
Yang Maha Esa, bahawa secara amnya bahawa kerjasama dan komitmen yang
ditunjukkan oleh seluruh warga SMI telah menyumbang terhadap persekitaran
pembelajaran yang baik, berkesan dan cemerlang. Penilaian 1 yang bermula hari
ini bakal menjadi kayu ukur keberkesanan iklim dan budaya sekolah yang sihat
itu.
Tahniah
kepada 98 hingga 99 peratus pelajar yang berjaya tiba awal di sekolah, iaitu
sebelum pukul 7.25 pagi. Guru bertugas berpendapat bahawa tidak mustahil bahawa
SMI akan menghampiri sifar lewat ke sekolah apabila kemahiran generik tentang
perancangan dan pengurusan kendiri pelajar dari segi prinsip kesegeraan dan mendahului masa dalam kebanyakan keadaan dapat dipertingkatkan. Berdasarkan
maklum balas yang diterima daripada pelajar yang terbabit, mereka sedang
berusaha ke arah yang itu.
Sepanjang
minggu lepas juga hujan turun pada lewat petang dan malam mengakibatkan
beberapa kawasan laluan di SMI menjadi basah dan licin. Alhamdulillah bahawa
pelajar telah mengambil ingatan atas ucapan pengetua pada perhimpunan yang lalu
supaya mengawal pergerakan dengan berhati-hati dan tidak berlari-lari di
sekitar kawasan laluan. Status SMI sebagai sekolah selamat berjaya
dipertahankan setakat ini.
Disiplin
pelajar pada amnya masih terkawal walaupun borang demerit yang dihantar kepada
guru disiplin tidak menunjukkan perubahan yang signifikan. Tahniah buat
majoriti pelajar yang bersikap asertif, iaitu akur terhadap amalan disiplin
yang tinggi. Sistem organisasi sekolah sentiasa bersedia dengan mekanisme untuk
menolong kumpulan tingkah laku melencong atau belum mencapai tahap yang
diharapkan supaya lebih berdaya saing dan hebat dalam menuju ke arah
kecemerlangan SMI pada abad kedua penubuhannya kini.
Sepanjang
minggu lepas juga terdapat lima kes rujukan ke hospital, termasuk seorang bapa
pelajar, yang diuruskan oleh pihak sekolah. SMI sangat beruntung justeru lokasi
sekolah yang sangat berhampiran dengan segala kemudahan terbaik di bandaraya
Ipoh ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Adi Yusri yang sudi menggunakan rapport baik beliau dengan pusat
panggilan 999.
Seterusnya
tentang kebersihan dan keceriaan. Tentulah tidak wajar untuk kita masuk bakul
angkat sendiri atau bersifat bajak wangkang makan diangkat untuk memuji diri
sendiri tentang aspek ini. Kita memerlukan maklum balas pihak ketiga yang
berkepentingan supaya mutu kebersihan dan keceriaan sekolah terus menjadi
faktor kritikal terhadap persekitaran pembelajaran yang berkesan. Guru bertugas
berpendapat bahawa tahap kesedaran dan kesediaan pelajar SMI terhadap
kebersihan dan keceriaan sepanjang minggu ke-9 yang lalu masih banyak ruang
untuk pembaharuan dan penambahbaikan.
Organisasi
kelas dan giliran bertugas hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Berilah sokongan
kepada program kebersihan dan keceriaan sekolah kerana pada akhirnya
pulangan yang diperoleh ialah kecemerlangan dalam pengalaman dan pencapaian pembelajaran. Agak ironi bahawa masih ada bilik darjah yang dipunyai oleh pelajar yang bijaksana dan budiman
menggambarkan keadaan yang sebaliknya.
Akhir
sekali tentang isu kebisingan yang berpunca daripada tahap maskulin pelajar
lelaki yang sengaja hendak menonjol diri barangkali, terutama berhampiran
kawasan kantin. Keadaan yang berlaku mudah sahaja untuk ditangani, iaitu dengan
memupuk sikap menghormati orang lain dan organisasi, atau dalam bahasa
kaunseling dan psikologi, asertif, iaitu tegas diri. Sila gunakan kehebatan
suara maskulin kalian pada kesempatan yang lebih sesuai, misalnya semasa
aktiviti kawad kaki.
Saya
dan Cikgu Alice sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada semua pelajar SMI yang telah menyerlahkan kehebatan sekolah ternama ini
sepanjang minggu sudah. Demikian juga kepada pihak pengetua dan guru-guru yang
sentiasa sudi menghulurkan pertolongan. Mudah-mudahan SMI terus mencapai tahap
kecemerlangan yang lebih tinggi.
Sekian.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment