Petikan lima rangkap pantuh nasihat selenggaraan Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh yang termuat dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, muka surat 5 mungkin ringkas dengan hanya 40 patah perkataan, tetapi sarat dengan kebijaksanaan. Murid tingkatan satu boleh mula berjinak-jinak dengan percakapan yang sedikit, tetapi bermanfaat, berbanding dengan bercakap banyak, tetapi sia-sia seperti tin kosong. Baris pertama pantun dua kerat ialah pembayang, manakala baris kedua ialah maksud yang hendak disampaikan.
Perbincangan rangkap demi rangkap
Rangkap 1
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang dimiliki, kerena segala perbuatan atau tingkah laku tidak dapat lari jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan. Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut.
Rangkap 2
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Orang yang tidak berbuat sebarang kerja (yang produktif) akan selalu ketinggalan, leka dan panjang angan-angan.
Rangkap3
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Kekurangan dari segi paras rupa boleh ditutup dengan kebolehan tertentu, misalnya bijak dan sikap terpuji. Dalam bidang psikologi disebut sebagai kecantikan sosial. Orang-orang yang berjaya dan berilmu dipandang tinggi kerana status yang dimiliki.
Rangkap 4
Emas, perak, tembaga, suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Orang yang malas berbuat sesuatu tidak akan mengecapi kejayaan yang hakiki. Mereka kekal di takuk lama.
Rangkap 5
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
Orang yang cekap dan tangkas mampu melakukan banyak kerja secara serentak. Mereka tidak menunggu peluang yang sempurna untuk mula bertindak, sebaliknya menggembleng segala sumber yang ada.
Tema: Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik, serta menghindari sikap yang buruk.
Nilai:
1 Kerajinan: rangkap 2, tanpa berbuat sesuatu yang bermanfaat, seseorang itu tidak akan dapat
mengubah nasib diri.
2 Kebijaksanaan: rangkap 5, berupaya mengatur tindakan segera supaya peluang tida terlepas.
Persoalan:
1 Kerajinan dalam usaha.
2 Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan
Pengajaran:
1 Kita hendaklah rajin dalam berusaha
2 Kita hendaklah bijak dalam melakukan kerja
Contoh soalan aras petikan
...
Contoh soalan aras komsas
...
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
Kesimpulan dan penutup
...
...
29 comments:
Terima kasih. Sangat membantu.
Terima kasih sangat2.sangat membantu
Terima kasih, tetapi saya juga perlukan bentuk, unsur bunyi, & gaya bahasa
Terima kasih banyak banyak tetapi saya memerlukan gaya bahasa
wow this really helped thanks so much
terima kasih saya sangat merlukan ini
napa hny de funny interesting dan cool reactions napa xda tak membantu atau perlu update?
saya perlukan teknik plot
Saya memerlukan latar tempat,latar masa,latar masyarakat dan plot
Thank you very much for sharing
Terima kasih. Saya sangat memerlukan ini sebab nanti ada pentaksiranππ
How is this funny?
Terima kasih, sgt membantu
Terima kasih atas berkongsi maklumat
Terima kasih .bnyakx2
Apakah yyg hendak disampai oleh pengarang?
Enter your comment...
Terima kasih sangat sangat berkongsi ilmuπ
Terima kasih..sgt2 membantu ank buat kerja sekolah..ππ»ππ»ππ»
Cikgu kalau boleh ringkaskan ye
Terima kasih
Thank you so much πππ
Terima Kasih, Cikgu
����
Terima kasih, cikgu
Bagus ye pantun Ni π
Terima kasih,cikgu
Lakaka
Babi
Berguna untuk examπ
Post a Comment