SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, September 30, 2015

MEMUPUK KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR (SHARING ENTHUSIASM AND TALENTS)

Selain komponen kurikulum sebagai program utama pembelajaran rasmi di sekolah, murid seharusnya menikmati pengalaman pembelajaran sosialisasi menerusi kegiatan di luar bilik darjah, termasuk koakademik, kokurikulum, perkhidmatan dan kesukarelaan. Suatu ketika dahulu konsep pembelajaran melalui peniruan tingkah laku (learning by imitation) juga dikatakan sebagai kurikulum tersembunyi. Guru seharusnya mempamerkan tahap profesionalisme tertinggi seperti amalan etika dan tingkah laku teladan.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

ULANG KAJI MIKROEKONOMI: KADAR BUNGA (REWARD TO CAPITAL GOOD)


Monday, September 28, 2015

ULANG KAJI MIROEKONOMI: UNTUNG (THE PRICE OF RISK TAKING)


AWAS CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA (NO MORE REMINDER MAIL)

Cara terbaik supaya tidak terlepas tarikh penting ialah memasukkannya dalam aplikasi telefon pintar masing-masing. Terlalu banyak urusan yang perlu dibereskan sehingga memungkinkan seseorang itu terlupa tentang hal-hal mustahak. Peringatan tentang peristiwa dan tarikh penting dalam keluarga, sahabat karib dan organisasi  sangat membantu bagi memastikan tiada keciciran dan ketinggalan yang boleh menjejaskan diri sendiri dan pihak lain.

Jika masih tidak memadai, buat satu senarai kemudian masukkan dalam drop box, e-mel dan folder khas pada pemacu keras komputer dengan kod tertentu. Salinan maklumat dalam peranti mudah alih yang berlainan bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga andai kata sesuatu berlaku kepada mana-mana peranti yang dimiliki. Salinan bercetak boleh dimasukkan dalam satu fail khas ataupun di bwah cermin penutup meja di tempat kerja.

...

...

...

...

...

...

Sunday, September 27, 2015

MALAYSIA TERPAKSA TERIMA JEREBU IMPORT? (MENTALITY OF THE THIRD WORLD COUNTRY)

Fenomena kebakaran hutan memang sukar dielakkan, hatta di negara-negara maju sekalipun. Demikian juga dengan partikel terampai yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi. Namun, amalan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani tradisional dan syarikat besar yang mengambil jalan singkat membersihkan kawasan pertanian sangat dikesali.

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, September 26, 2015

BERBALOIKAH BERTUNGKUS-LUMUS BELAJAR PERUBATAN? (LESS INCOME FOR CRITICAL PROFESSION)

Apabila berada di bilik peperiksaan, perkara pertama yang terlintas dalam kalangan calon doktor perubatan ialah sebab mereka menyusahkan diri belajar hal-hal yang berat, di samping harus melalui amali klinikal yang lebih mencabar. Demikian ujar seorang mahasisiwi perubatan Universiti Dublin, Ireland Utara kepada penulis blog (PB). Namun, mereka perlu akur dan pasrah menempuhi proses pembelajaran yang hanya mampu diikuti oleh pelajar paling cemerlang dan gigih.

Doktor perubatan senior yang menyandang jawatan pentadbiran juga meluahkan perkara-perkara yang mereka rasakan tidak begitu kena dengan kerjaya kedoktoran yang masih bertaraf subordinat kepada pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang berkelulusan umum sahaja. Semasa mereka berhempas pulas mentelaah jurnal perubatan hingga larut malam, pelajar jurusan umum, sama ada sastera atau pengurusan boleh aktif dalam kegiatan kampus, selain mebuat persiapan ala kadar untuk peperiksaan. Namun akhirnya, mantan pelajar pintar terpaksa menerima hakikat bahawa ketua mereka ialah pelajar yang tidak dapat menandingi mereka semasa alam persekolahan dan prauniversiti.
      kampus fakulti perubatan UniKL di  Ipoh

...

...

...

...

...

...

Friday, September 25, 2015

SALAH FAHAM TERHADAP PEMBELAJARAN EKONOMI (WHEN THE AMATEUR TRYING TO LEAD)

Kekeliruan tentang disiplin ekonomi bukan sahaja menjadi nestapa dalam kalangan pelajar, bahkan dalam kalangan ahli ikhtisas pendidikan yang berasa diri mereka serba tahu. Guru ekonomi prauniversiti menggalas tanggungjawab ikhtisas bagi menolong pelajar beroleh akses pembelajaran ekonomi yang berkesan dalam konteks penyampaian kurikulum yang telah digariskan. Pelajar dilatih dan disediakan supaya berkebolehan mengungkapkan kompleksiti tingkah laku manusia menerusi penggunaan sejumlah konsep dan pemboleh ubah yang tepat.

Pembelajaran ekonomi  bertujuan membimbing pelajar membiasakan diri dengan modifikasi fenomena ekonomi yang rencam secara paling ringkas, tetapi tuntas. Pelajar ekonomi bukan disogokkan dengan huraian yang berjela-jela, sebaliknya diharapkan lebih cekap dengan penggunaan konsep, model dan rumus yang tertentu.

Cabaran yang dihadapi oleh guru ekonomi ialah keengganan pelajar untuk akur terhadap saranan pembelajaran ekonomi yang berkesan. Sebahagian mereka masih terpengaruh dengan gaya pembelajaran umum semasa menengah atas. Kemahiran generik pembelajaran ekonomi dipandang sebelah mata, atau lebih teruk tidak dipandang sama sekali.

...

...

...

...

...

ISLAM AGAMA ILMU (VIRTUE AND WISDOM IN LIFE)

Mimbar Jumaat menegaskan betapa Islam senantiasa sejajat dan selari dengan kekuatan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah meneroka dan mengembangkan segala cabang ilmu, sama ada berteraskan wahyu (revealed sciences) mahupun ilmu bantu (acquired sciences). Disiplin ilmu moden yang berteraskan dapatan penyelidikan yang autentik juga sejajar dengan tuntutan tadabbur ayat suci al-Quran dan tanda keagungan Ilahi di bumi (ayat manzurah, ayatullah fi'l-kaun).

Bidang astronomi, anatomi dan fisilogi, fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, matematik, muzik dan sains gunaan yang lain banyak terhutang budi kepada sarjana Islam silam. Sesuai dengan konsep bahawa kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang beriman (al-hikmah dolatul mukmin - hadith), sarjana Islam juga mengembangkan bidang ilmu yang telah dipelopori oleh tamadun Yunani, misalnya disiplin falsafah, mantik dan seni. Sudah pasti berlaku proses pemurnian justeru Islam menetapkan paksi ilmu terhadap tawhidic weltanschauung.
Penulis blog (PB) berkesempatan singgah solat Jumaat di Kampung Pasir Dula, Hulu Terengganu, kira-kira 330 kilometer dari Ipoh. Walaupun orang sebelah pantai timur lazimnya pekat dengan loghat masing-masing, khatib merangkap imam bertugas tetap menggunakan sebutan baku dengan lancar. PB seolah-olah berada di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Tajuk tentang Islam sebagai agama ilmu memang sudah biasa disentuh sejak di bangku sekolah rendah. Peristiwa Nabi menerima wahyu pertama (Iqra') di gua Hirak tidak pernah ketinggalan dijadikan dalil dan hujah. Islam menolak kejahilan (ignorance) yang hanya menjerumuskan insan ke arah kerosakan di muka bumi (al-fasad).

Kelemahan yang berlaku dalam kalangan umat yang begitu mudah mengikut telunjuk kaum kuffar dewasa ini berpunca daripada jauhnya mereka daripada penerokaan ilmu. Umat Islam kini lebih cenderung sebagai pengguna ilmu dan kurang ke arah peneraju ilmu. Masyarakat yang bergantung kepada orang lain tidak memiliki kekuatan yang tulen.
Sebahagian besar dunia Islam pula sangat ketinggalan dalam pencapaian ilmu pengetahuan. Nisbah buta huruf, akses pengetahuan minds-on dan hands-on juga masih membimbangkan. Pemerintah negara mundur lebih suka membiarkan rakyat mereka demikian kerana si jahil menjadi 'makanan' si cerdik.

Kekurangan ilmu akan diisi oleh emosi (perasaan yang mendatang) dan sentimen (perasaan yang kekal). Apabila keunggulan emosi tidak dibimbing oleh ilmu, maka insan akan bertindak secara ad-hoc, melulu dan terbabas daripada sebarang bentuk kawalan yang bersifat normatif. Pengaruh buruk juga mudah mengatur hidup masyarakat yang jahil akibat ketiadaan ilmu.

Masyarakat Islam yang sebenar akan sentiasa menghargai ilmu, serta sentiasa memburu kecemerlangan. Risalah dakwah hanya benar-benar berkesan dan sampai andai kata pencapaian kecemerlangan ilmu dalam kalangan umat berjaya dikembalikan. Semoga para jemaah di Kampung Pasir Dula, termasuk awang bangla yang berdiri dalam pick-up di atas beroleh kesedaran dan kesediaan ke arah memartabatkan ilmu pengetahuan sebagai cinta hakiki mereka ...

Thursday, September 24, 2015

MUSIM HAJI 1436 HIJRIYYAH BAKAL DIINGATI (LEAD AND MANAGE HUGE CROWD)

Belum pun reda rentetan peristiwa kren runtuh di Masjidil-Haram, kejadian rempuhan jemaah haji yang bersesak-sesak untuk melontar jamrah pula terjadi. Setakat ini sebanyak 717 orang jemaah dilaporkan terkorban, manakala 805 orang lagi mengalami kecederaan. Peristiwa tersebut berlaku pada waktu puncak, iaitu dalam tempoh waktu solat duha.

Punca sebenar berlakunya peristiwa sedih itu hanya bakal diketahui menerusi suatu siasatan tuntas oleh pakar. Peristiwa berlaku di zon perkhemahan jemaah Arab yang jauh daripada penempatan jemaah Malaysia yang bersekali dengan jemaah Turki dan negara Asia yang lain. Jadual untuk jemaah Asia biasanya bermula selepas waktu Asar.

...

...

...

...

...

...

Wednesday, September 23, 2015

KESELAMATAN JEMAAH HAJI (SACRED RITUAL ONCE IN LIFE TIME)

Peristiwa kren runtuh di Masjidil Haram membabitkan kehilangan lebih 100 jiwa telah berlalu. Angka itu termasuk tujuh orang jemaah dari Malaysia. Pemerintah Arab Saudi telah mengumumkan pampasan RM1 juta riyal (RM1.14 juta) kepada waris mangsa, selain bantuan perundangan yang lain.

Projek pembesaran kawasan mengerjakan haji sentiasa dilakukan dalam skala besar bagi nenampung kedatangan jemaah haji dari seluruh pelosok dunia. Hotel-hotel usang juga digantikan dengan hotel yang lebih selamat dan selesa. Sistem pengangkutan kereta api laju metro yang dibina oleh Prasarana Malaysia juga dijangka mengurangkan risiko keselamatan dalam suasana lautan manusia ketika tempoh puncak ibadah haji yang bermula dengqn wukuf di Arafah.

Di samping petugas rasmi dan suka rela, penggunaan teknologi canggih diperluas. Sebahagian besar jemaah berusia 40 tahun dan ke atas. Walaupun tahap kesihatan mereka telah diperakukan oleh doktor di negara masing-masing, perbezaan cuaca dan pergerakan mega memerlukan perhatian dan pemantauan khusus.

Kisah jemaah yang bersesak-sesak sehingga ada yang kehilangan jiwa dan tidak kurang yang terpisah daripada kumpulan bukanlah cerita baharu. Peristiwa rempuhan dan terpijak jemaah yang terjatuh memang sukar untuk dikawal. Sebagai contoh, ketika jemaah yang sudah turun daripada tangga bergerak (eskelator) menyarung selipar, bilangan jemaah lain yang turun berlipat kali ganda, lalu terjadi peristiwa yang mencemaskan di situ.

...

...

...

...