SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 2, 2010

DETIK PERUBAHAN SEORANG PELAJAR (BECAUSE OF ONE TEACHER)

Steve, 12 tahun, seorang budak gred 7 sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Ibu bapa Steve penagih alkohol dan tidak pernah mempedulikan kebajikan Steve. Di sekolah, Steve tidak pernah lulus sebarang ujian.

Suatu hari, seorang guru muda wanita mula mengajar di kelas Steve. Namanya Cikgu White. Penampilan dan senyuman Cikgu White sangat mempersonakan Steve sehingga dia tidak lepas-lepas memandang Cikgu White.

Namun, Steve masih kandas dalam semua kuiz dan ujian yang diberi oleh Cikgu White. Satu hari Cikgu White mengatakan bahawa dia sangat berduka cita kerana semua murid lulus dalam kuiz, kecuali budak yang paling kacak, maksudnya ialah Steve. Kemudian, Cikgu White mendekati Steve dan mengatakan: "...give yourself a chance., don't give up your life... Steve, please, I care about you..."
gambar hiasan

Mulai detik itu, Steve telah mengubah sikapnya yang degil dan selamba kepada azam dan kesungguhan. Walaupun ibu bapanya tetap mabuk-mabuk, Steve mula melihat bunga-bunga harapan untuk masa hadapannya sendiri. Dalam kuiz minggu berikutnya, Steve datang ke sekolah paling awal dan menghantar kertas jawapan juga paling awal.

Cikgu White sangat teruja kerana Steve akhirnya lulus buat pertama kalinya. Setelah itu, Steve tidak lagi menoleh ke belakang. Dia muncul sebagai murid yang cemerlang.

Steve kemudiannya lulus daripada Akademi Tentera Laut dengan gred cemerlang magna cum laude. Steve menurut jejak langkah Cikgu White, iaitu memberi inspirasi yang menyelamatkan banyak pemuda yang sudah hampir hilang arah dalam kehidupan. Tamat perkhidmatan tentera, Steve beralih ke bidang akademik sebagai seorang profesor adjung (adjunct professor) di sebuah kolej dan meneruskan bakti menyuntik inspirasi untuk menyemai kecemerlangan kepada lebih ramai generasi muda.

Demikian kisah benar tentang seorang guru yang menyelamatkan seorang budak yang hampir tenggelam potensinya dan seterusnya budak itu berusaha mengubah pandangan hidup lebih banyak orang. Kaum guru mungkin tidak kaya raya dan mewah dari segi harta benda, tetapi kaya dengan kata-kata motivasi dan inspirasi yang mempengaruhi perjalanan kecemerlangan generasi muda. Ilmu yang bermanfaat bakal dibawa sebagai bekalan amal jariah di sana nanti...

cerita penuh: Inspiring Teachers, Vol. 4, Issue 12 (Dec. 2010). www.teachersacademy.co

3 comments:

William Yaw said...

I think different people have different difficulties. Based on true story, I was one of the student with family problem and can hardly study. Tetapi munculnya Cikgu Zul(ayah angkatku, dia lah yang merubah situasi dan memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk membuat yang terbaik dalam SPM saya. Cikgu Azhar sendiri pernah mengajar saya semasa saya belajar di kelas 5V2. Saya bukan pelajar yang bagus. Yang nakalnya saya, malas, suka tidur dalam kelas, saya diberi sokongan moral daripada ayah angkat saya. Dari seorang yang suka tidur dalam kelas dan tidak memberi perhatian semasa pnp berlangsung, kini saya melanjutkan pelajaran saya di luar negara. Ini adalah jasa, dorongan, sokongan dan semangat yang diberikan oleh ayah angkatku. Tidak terlupa, cikgu-cikgu yang saya kenali dan rapati dalam geng cikgu yang bermain badminton setiap Jumaat.Sampai hari ini, saya masih menyimpan segala SMS, surat dsb dari ayah angkatku yang memberi sokongan kepada saya sejak menjadi anak angkat beliau. Oleh sebab itu, saya berasa sungguh beruntung mengenalinya. Tidak terlupa, Ustaz Shakir, Cikgu Ibrahim, Cikgu Shahruzaman dan cikgu cikgu yang lain yang mendoakan saya sebelum saya ke luar negara. Atas dorongan mereka, ia banyak membantu kepada seseorang pelajar. Bagi saya, seseorang pelajar perlu mempunyai sokongan dan dorongan dari seseorang yang mereka boleh contohi. Seperti yang saya katakan, pelajar perlu mempunyai idola mereka yang membolehkan seseorang pelajar itu contohi. Bagi saya pelajar kelas V tidak semestinya orang yang kurang berguna cuma mereka belum mempunyai idola dan impian mereka. Cikgu Azhar juga banyak membantu saya semasa cikgu mengajar saya di dalam kelas dan luar kelas. Komunikasi mengeratkan hubungan di antara pelajar dan cikgu samada formal ataupun tidak formal. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mendidik, memberi dorongan, sokangan moral dan ilmu kepada saya. Kini saya menrupakan seorang yang agak berilmu dan berjaya. Kerana cikgu-cikgu yang menjadikan siapa saya. Terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu...

CIKGU AZHAR RODZI said...

Maklum balas yang cukup baik. Mungkin William boleh menulis kisah itu dalam facebook @ mana-mana medium bertulis yang lain. Sambil itu, teruskan memberi komen dalam blog ini kerana saya percaya bahawa sebarang idea dan testimoni yang ditampilkan bakal dikongsi oleh pengunjung lain...

William Yaw said...

Terima kasih cikgu. Saya tidak kisah jika cikgu hendak edit dan post komen saya dalam blog cikgu. Saya akan terus memberi komen dalam blog cikgu. Setiap pagi saya mesti laman ke blog cikgu sebelum pergi ke sekolah. Ia menjadi tabiat harian saya sekarang. Blog cikgu cukup bermaklumat dan berinfomasi. Well done, Cikgu Azhar!