SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 13, 2010

"ERTI SEBUAH PENGORBANAN" NOVEL KOMSAS TINGKATAN 2 (INTRODUCING FORM TWO'S NOVEL)

Murid tingkatan 2 kohort 2011 boleh menganggap diri mereka sebagai bertuah justeru menjadi kumpulan pertama menggunakan novel yang pertama kali diperkenalkan, iaitu "Erti Sebuah Pengorbanan" (ESP). Pengarang edisi asalnya ialah Zaihanim binti Zainal Abidin, 35, guru di SMK USJ 4 Subang Jaya, Selangor. Edisi murid ESP bersaiz kecil sedikit daripada "Hikmah", iaitu novel komsas tingkatan 1.
Dengan menatap kulit hadapan ESP sahaja, pembaca sudah boleh menebak watak utamanya, seorang murid remaja perempuan yang sedang menggalas beg sekolah, serta buku teks bahasa. Di kejauhan terlihat sebuah rumah limas kampung yang mempunyai anjung, tangga, serta disokong oleh tiang-tiang yang bertapakkan konkrit. Perkataan pertama yang memulai novel juga terus menyebut nama watak utamanya, Iman, kependekan daripada nama penuh Iman Zulaikha binti Yusri.
Paparan kulit belakang ESP dapat memberi gambaran tentang jalan cerita ESP. Ibu bapa Iman, kedua-duanya bekas pensyarah kolej telah berpisah secara baik. Ibu Iman, Ruhaida menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (Ph.D) di New Zealand, manakala bapanya beralih ke bidang perhotelan dan kerap ke luar negara. Iman sebagai anak tunggal begitu berharap bahawa suatu hari kelak mereka bakal bersatu semula.

Jumlah muka surat ESP ialah sebanyak 123 halaman tetapi hanya dalam lapan bab. Sepertimana Hikmah, ESP turut dihiasi ilustrasi dalam bab 1, 3, 5, 6 dan 8 (muka surat 7, 38, 73, 90, 112). Di tengah-tengah harapan Iman, muncul Sofia, seorang janda, malah ibu kepada rakan sekolah Iman (Adib Danial) yang mungkin memudarkan harapan Iman yang masih berbunga itu.

Iman tidak mahu senasib dengan Pei Wen, rakan sekelasnya dalam Tingkatan 1 Dinamik, yang terpaksa menerima kehadiran seorang ibu tiri.  Buat sementara Iman tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung. Iman berhubungan dengan ibunya menerusi e-mel.

Apakah kesudahan kisah Iman Zulaikha? Apakah perkara-perkara yang perlu dipelajari daripada ESP? Kita akan berbincang lagi kemudian...

bersambung...

20 comments:

qila flora said...

assalamualaikum, cikgu bleh tak beri watak dan perwatakan novel ni.....

cikgu azhar said...

insya-Allah, sebelum buka sekolah dalam "posting" akan datang...

qila flora said...

trima kasih.cikgu...

qila flora said...

kalau tak keberatan,cikgu boleh tak beri tema,plot dan latar novel ni...

Ayeen Auji said...

bla buku rujuknnya nk dkluarkn..???

AiNNa IFfa said...

assalam..cikgu agak2 bila bku rjukan akan dkeluarkan??

Anonymous said...

SSalam.... lambat lg ker bku rujkan nk kluar??

cikgu azhar said...

Salam

Ayeen, Islamnur, anonymous:

Sebelum beli buku ulasan, baca dahulu naskhah novelnya. Catatan nota sendiri dan perbincangan dengan guru sebenarnya lebih tepat. Untuk tujuan peperiksaan, rujuk corak soalan PMR terdahulu walaupun novelnya sudah berubah...

Anonymous said...

salam..ckg.. boleh x ckg postkan..plot cerita ini..??

Mohd Amirul said...

Assalam'mualaikum.....cikgu azhar...kalau boleh cikgu post tentang Ringkasan Novel ini dari Unit 1 hingga Unit 8 boleh tak?

fatin mazlan said...

assalamualaikum..cikgu azhar..
boleh x cikgu masukkan tema,persoalan,gaya bahasa,latar,watak dan perwatakan,nilai dan pengajaran bgi setiap bab...

cikgu azhar said...

salam

anon jan 17, mohd amirul, fatin

macam kata maher zain, insya-Allah, insya-Allah ada jalannya... (dah ada versi bahasa Melayu). cikgu akan cari masa yang sesuai memandangkan senarai kerja rumah yang murid minta itu agak panjang juga. macam kalian bertiga, cikgu pun ada dua tangan, dan 24 jam sehari. sama-sama kita berdoa panjang umur murah rezeki...insya-Allah ada jalannya.

Anonymous said...

Cikgu,Boleh postkan sinopsis yang lain??....saya perlu yang seluruh punya...Terima kasih...

yuki said...

Cikgu~boleh tak post sinopsis Bab 1~~~Terima kasih~~~~

cikgu azhar said...

yuki

sinopsis bab 1 - 6 telah dimasukkan, bab 7 - 8 bakal menyusul. rujuk tajuk bab 1...

yuki said...

terima kasih banyak banyak ~~~ Cikgu~~~

吖貝 said...

Cikgu... manakah watak dan perwatakan novel ni..... ?
Bolehkah cikgu bagi website tu kepada saya kut?

cikgu azhar said...

klik pada "popular post" kajian novel ESP, kedudukan nombor 7.

Anonymous said...

Assalamualaikum , cikgu saya suruh saya membuat pembentangan tentang novel ini . Boleh tak Cikgu Azhar tolong ...

cikgu azhar said...

Salam

Tolong yang macam mana?