SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

KEMASUKAN UNIVERSITI BULAN SEPTEMBER MERESAHKAN IBU BAPA? (LATE HIGHER EDUCATION ENROLMENT DEBATE)

Berita bahawa pengambilan institusi pengajian tinggi awam dan swasta diselaraskan dengan amalan antarabangsa, iaitu bermula pada bulan September mengakibatkan tempoh "rehat" yang lebih panjang kepada pelajar yang baharu menamatkan pengajian menengah atas (SPM) dan prauniversiti (STPM). Mereka selesai menduduki peperiksaan pada suku ketiga Disember, memperoleh keputusan pada pertengahan Februari, atau awal Mac. Tempoh berkenaan hampir bersamaan tempoh kandungan wanita hamil cukup bulan dan bila-bila masa sahaja boleh melahirkan anak.
kampus UiTM Tapah dalam pembinaan

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang melaksanakan penyelidikan kemungkinan (feasible study) pastinya membuat perubahan itu dengan dapatan yang sukar ditolak begitu sahaja. Misalannya, KPTM mendapati bahawa dengan melewatkan tarikh mendaftar itu membolehkan Malaysia merebut 150,000 orang pelajar asing yang selama ini bertumpu ke Amerika Syarikat, Britain, India dan Mesir. Universiti awam dan universiti swasta di Malaysia diberi pengiktirafan (akredetasi) dan penarafan yang begitu ketat bagi memastikan hasrat untuk menjual negara sebagai hub pengajian tinggi segera tercapai.

Sebelum muncul Universiti Pulau Pinang (sekarang USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), negara hanya ada Universiti Malaya (UM). Sistem pengajian yang digunakan ialah secara penggal, sama seperti amalan universiti di United Kingdom. Bagi mendapat ijazah kepujian kelas pertama, seseorang siswazah perlu mencatat purata gred A dalam semua kursus yang dipilih. 

Ijazah kedua dua atas (tinggi) memerlukan purata B bagi keseluruhan kursus, manakala bagi kelas dua rendah ialah purata C. Ijazah kepujian kelas tiga dengan purata minimum gred D hanya dianugerahkan kepada siswazah profesional dalam bidang perakaunan, dan perubatan, termasuk farmasi dan pergigian. Pada masa dahulu, agak ramai siswazah yang tamat pengajian dengan ijazah am, iaitu tanpa kepujian. 
Kini, terdapat sejumlah hampir 700 buah IPTS yang terdiri daripada kolej, kolej universiti, universiti dan cawangan universiti terkemuka asing seperti Monash dan Nottingham. Bilangan pensyarah yang berkelulusan sarjana, dan doktor falsafah sudah mencecah angka 30,000 orang. Jatuh bangun sesebuah IPTS bergantung kepada enrolmen pelajar yang berjaya didaftarkan.

Di pihak ibu bapa, mereka risaukan tempoh masa yang begitu panjang untuk anak-anak mereka jika tidak terpilih mengikuti latihan khidmat negara atau tidak diterima bekerja sambilan. Pihak KPTM mungkin telah memikirkan pilihan supaya calon-calon siswa tempatan itu berpeluang mengikuti pengajian luar musim untuk tujuan pindahan jam kredit. Jika sebaliknya, tempoh hampir sembilan bulan itu sangatlah menyeksakan...

4 comments:

Anonymous said...

dah berkuatkuase ke bende ni?

cikgu azhar said...

begitulah menurut laporan media. pengumuman oleh menteri KPTM dan timbalannya...

Anonymous said...

bukan blan 9 untuk yang ambk degree je ke??

Anonymous said...

sama je kot...

just wait and see.