4 baja yang mencukupi (masyarakat yang berilmu)
5 pucuk yang tumbuh segar (generasi muda yang berpotensi)
6 sumber / bekalan mineral, klorofil yang berterusan (masyarakat berpendapatan tinggi, kuasa beli tinggi)
Bagi tugasan "cara belajar yang berkesan' boleh dinisbahkan kepada "cara menangkap ikan":
1 Cari tempat banyak ikan (tempat belajar belajar yang selesa)
2 Gunakan pancing / joran yang sesuai (bahan pembelajaran yang tepat)
3 Umpan yang digemari ikan (daya tarikan belajar)
4 Kaedah / kemahiran memancing (kaedah belajar)
5 Cuaca baik (pencahayaan / suhu yang dikehendaki / persekitaran sihat, kondusif)
Dalam keadaan tertentu, analogi negatif yang ekstrem seperti "perompak yang berjaya" misalnya mungkin boleh dicuba, tetapi tidaklah begitu digalakkan. Analisis permainan atau sukan yang memerlukan taktik agresif sebagai contoh boleh dinisbahkan begitu:
1 mengenal pasti mangsa (mengkaji kekuatan pasukan lawan)
2 bijak memperdaya mangsa, pihak berkuasa (taktik permainan sukar dibaca)
3 sampai tahap sanggup membunuh (menendang bola dengan kencang ke arah pintu gol, tidak mensia-siakan sebarang peluang)
4 tidak meninggalkan kesan forensik (kelihatan bersih dalam permainan)
5 mesti dapat hasil (sasaran menang sahaja)
6 tidak tamak (tidak gopoh hingga lalai)
Penggunaan Analogi dalam Rumusan (bahagian tersirat, kesimpulan)
Selain karangan, kaedah analogi boleh membantu murid menjana idea, serta membuat penyeluruhan (generalisasi, klasifikasi, payung idea) supaya tidak terperangkap dalam satu idea besar sahaja.
bersambung...
3 comments:
salam cikgu.nk tnye analogi tu kate2 yang menarik ker?
betul kan saya kalau saya salah
analogi = perbandingan, kiasan, tamsilan. kalau pengajian am stpm kebolehan analogi boleh membantu proses membuat penyeluruhan (generalisasi atau payung idea).
Analoginya mudah ,
Ahmad menanam jagung pada hari ini , keesokan harinya ahmad mahukan hasil jagung itu.
( kita haruslah usaha dan sabar untuk mendapat hasil yang lbih besar )
Betul tak ?
Post a Comment