SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, May 17, 2013

"SEBAB SAYA TIDAK MENYERTAI JEMAAH TABLIGH" (LEARNING FROM OUR PROPHET)

Luahan secara berterus terang seperti tajuk perbincangan ini mungkin mengundang salah faham yang meruncing. Maka, biarlah penjelasan kenalan penulis blog (PB) berkenaan disimpan sebagai pandangan peribadi yang tidak perlu didedahkan sepenuhnya. Hanya bahagian hujah yang bersifat umum, serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak bakal dibincangkan dengan kepala dingin.

Jemaah tabligh lebih bersifat ikatan tidak formal suatu gerakan dakwah massa yang diasaskan oleh Maulana  Ilyas bin Mohd. Ismail di selatan Delhi, India, tetapi telah menjadi fenomena sejagat (klik di sini). Anggota jemaah tabligh dapat dikenali menerusi cara penampilan diri, pakaian dan telor percakapan mereka. Bagi anggota jemaah yang sudah senior, mereka mengenakan serban dan jubah, serta dengan imej janggut yang agak panjang. 

Anggota jemaah tabligh bukan calang-calang orang dari segi kelulusan akademik dan kerjaya. Sebahagian anggota jemaah tabligh ialah ahli ikhtisas seperti doktor pakar perubatan, profesor, usahawan berjaya, jurutera dan peguam. Sejajar dengan kisah hidup pengasas jemaah yang banyak berbakti kepada golongan susah, anggota jemaah tabligh membiasakan diri dengan penampilan dan cara hidup yang sederhana supaya mesej dakwah dapat disampaikan dengan berkesan kepada sasaran. 

Jemaah tabligh menarik anggota baharu menerusi proses gasy dan tasykil. Sebagai contoh, usai solat jemaah di surau, anggota tabligh yang ditugaskan akan bangun, lalu membaca petikan kitab fadilat amal yang dikarang oleh Maulana Ilyas. Kemudian, mereka akan menggesa jemaah solat mengangkat tangan sebagai tanda azam untuk keluar berdakwah bersama mereka dalam tempoh minimum tiga hari. Nama mereka yang menyatakan azam itu akan dicatat dalam sebuah buku kecil.

Para rekrut baharu jemaah tabligh tadi akan mengikut ketua kumpulan kecil melakukan ziarah di kawasan kejiranan tertentu bagi mengajak penduduk setempat hadir ke surau atau masjid dengan bersandarkan dalil hadith dan sirah. Rekrut baharu kemudian digalakkan pula keluar berdakwah dan meninggalkan keselesaan hidup selama 40 hari. Kemuncak iltizam terhadap jemaah ditingkatkan dengan keluar berdakwah sehingga tiga bulan lamanya di luar negara.

Anggota jemaah tabligh dilatih supaya sanggup bergerak hingga ke kawasan pedalaman dan hujung dunia seperti petempatan orang Asli di Borneo, dan benua Amerika Latin. Jika Mother Theresa sanggup makan lumpur bersama golongan miskin tegar demi penyebaran Kristian di India, jemaah tabligh juga tidak kurang hebatnya. Perkataan 'amal' sudah basah bagi lidah mereka, malah pandangan sinis sesetengah anggota masyarakat hanya menguatkan lagi usaha dakwah mereka.

Jemaah tabligh juga mengadakan perhimpunan tahunan sedunia yang dipanggil sebagai ijtimak. Perhimpunan jemaah tabigh pernah disifatkan sebagai perhimpunan terbesar umat Islam selepas perhimpunan jemaah haji di padang Arafah. Ijtimak jemaah tabligh pernah diadakan di Malaysia, Thailand dan negara-negara bukan Islam dengan mendapat kerjasama pihak berkuasa setempat.

Pergerakan jemaah tabligh di Malaysia mencatat pencapaian yang lebih tinggi apabila memiliki masjid khusus sebagai markas induk kegiatan mereka yang dibina beberapa tahun yang lalu di Kuala Lumpur. Walaupun dari segi prinsipnya jemaah tabligh tidak mahu terbabit secara langsung dengan persaingan kuasa pemerintahan, namun pemimpin parti politik yang tertentu dilihat sentiasa cuba untuk mendekati pemimpin jemaah tabligh. Sama ada pergerakan jemaah tabligh meninggalkan impak yang kuat terhadap dunia politik atau sebaliknya, biarlah kajian yang autentik sahaja yang memberi jawapan.

Pergerakan jemaah tabligh menampung hasrat sebahagian umat Islam yang berasa selesa dengan kaedah dakwah yang dijalankan. Memang ada kritikan keras yang ditujukan terhadap jemaah tabligh, termasuk dakwaan bahawa pada awalnya pergerakan itu mendapat dukungan penjajah Inggeris di India, justeru tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap imperialisme. Malah terdapat banyak forum secara maya yang membahaskan natijah kehadiran jemaah tabligh dalam konteks kelangsungan dakwah era generasi Y kini (contohnya klik di sini).

Untuk berlaku adil, sumbangan pergerakan jemaah tabligh di seluruh dunia harus dilihat dari sudut yang menguntungkan (al-falah) terhadap perkembangan dakwah dalam jangka panjang. Pihak yang tidak bersetuju dengan kaedah dakwah jemaah tabligh mempunyai banyak pilihan untuk menyertai jemaah lain yang menggunakan pelbagai kaedah dakwah yang mempunyai sandaran dalil al-Quran dan al-Sunnah. Sifat tabligh (menyampaikan) bukan milik tunggal pergerakan jemaah tabligh, bahkan menjadi tanggungjawab setiap orang Islam yang mukallaf...

15 comments:

afiq muhammad said...

fadilat amal dikarang oleh maulana zakariyya rah.
in sha allah

Ahlul bayt said...

Pergerakan ini tidak menguntungkan perjuangan Islam kerana mereka pd hakikatnya bukanlah dakwah utk mengislamkan org bukan Islam (ini di akui oleh pusat gerakan mereka di Nizamuddin), sebaliknya memandulkan jihad umat Islam ke atas musuh Islam terutama Yahudi Zionis, dgn hanya keluar ke sana ke mari... kononnya utk memahami agama dan berdakwah, tapi yg keluar 4bulan sehingga bertahun2 pon.. kalau dgr mereka berceramah/bayan.. duk berputar2 perkataan yg sama dan tanpa ilmu yg boleh di gunakan oleh masyarakat. Sedangkan kalu kita ikuti cara sahabat2 r.a yg utama seperti saidina Umar r.a, sanggup berpakat dgn seorg lg sahabat utk bergilir2 belajar ilmu dgn Nabi Muhammad saw, dgn membahagikan hari 3hari utk Saidina Umar dan hari yg lain utk rakannya.

Anonymous said...

Ape je bebual...

ses as said...

Kesian awak ni ahlul bayt

Anonymous said...

nama kemain ..komen hampeh

Anonymous said...

Pendapat masing2..
Elakkan memaki hamun sesama Islam.Kelak kita di dlm golongan yg rugi.

WARX MAS said...

Ahlul Bayt membuat tafsiran yg bagus sekali. Namun demikian adalah lebih baik jika Ahlul Bayt buat kajian lebih terperinci dgn menyertai program 3 hari, 40 hari atau 4 bulan bersama mrk. Dari situ baru Ahlul Bayt dpt faham ttg pergerakan jemaah mrk.
Jgn lihat dr sudut luaran tp menyelam lah sehingga ke dasar. Kemudian buat tafsiran berdasarkan kajian yg tepat. Kajian hendaklah dilihat dari segi manfaatnya kpd usha dlm kerja agama itu sendiri dan faedah iman dan taqwa setiap jemaah mrk kpd Allah swt.

Unknown said...

Jika islam sendiri tidak kuat bagaimana hendak mengislamkan yg bukan islam.. Dakwah terhadap islam sesama islam bertujuan untuk menguatkan islam.. Membantu yg dah terpesong.. Setelah kuat baru la boleh dkwah yg bukan islam.. Kalau nak ajak org masuk islam kita perlu lah tunjukkan islam yg betol.. Baru mereka berminat terhadap islam.. Kalo islam pada nama je mcm mne nk dakwah mereka.. Kita perlu betol kan diri sendiri dulu baru boleh btol kan org laen.. Nie la tujuan tabgligh..

Azam Zainal said...
This comment has been removed by the author.
Tebuaw Kinabatangan said...

Saya suka cara tabligh berdakwah Kerana mereka kumpulan yang menghidupkan masjid Di kampung2 berbanding anak2 muda tempatan yang lebih suka merempit Di jalan2 kampung pada waktu malam, kedatangan mereka sedikit sebanyak menarik minat anak2 muda bersama2 beriktikaf Di masjid.
Dalam kumpulan Ini Ada yang suda lama aktif dalam jemaah maka banyak ilmu yang Di kongsi.
Selain Itu Ada juga yang Baru berjinak2 Dan ikut2 saja2 Nak Cari pengalaman Dan tambah ilmu agama.
Maka Kalau dapat didiklah ahli jemaah supaya menjaga kebersihan masjid Atau surau tempat mereka tinggal.
Jaga juga kemudahan sedia ada.. Kadang2 mereka meletakkan barang2 Di tempat sembahyang perempuan maka sepanjang Minggu Itu juga jemaah perempuan tak pegi masjid 😆😊✌🏻️

keseluruhanya Saya setuju jemaah tabligh berdakwah. Bukan mudah Nak Tarik minat anak muda ke arah agama...walaupun percuma.
Tapi senang saja anak muda menyertai acara hiburan walau kena bayar mahal. Dan tak payah Di suruh.
#jangankecamsaya✌🏻️#

nm dmb said...

Gerakan dakwah, mana2 semua bagus, sekurang kurang jemaah tabligh ambil taggungjawab tugas dakwah sesama islam, manakala gerakan lain boleh jalankan dakwah kepada bukan islam. Bahagi bahagikan tugas..

azharjaafar said...

Amir tabligh di India kata; "kita jgn kata usaha cara tabligh saja yg betul dan usaha cara pergerakan Islam yg lain tak betul.. tapi kita kena kata, hanya usaha cara Nabi s.a.w sahaja yg betul.."

Habis.. tutup kes

Anonymous said...

poyo laa si afiq muhammad ingta dia tu sempurna sangat ke?

mat rahim Ibrahim said...

Saya walaupun sudah lama bersama jemaah tabligh, kentut mereka pun saya tak kenal.

Macamanalah dgn orang islam yg lain yg tak pernah keluar bersama jemaah 4 bulan atau 40 hari.

Pelihara lidah moga tidak dihisab di mashar nanti dgn memfitnah mana mana jemaah Islam

norisham ishak said...

So awak berdakwah le ni untuk menghalang org lain berdakwah. Wahai "ahlul bait" dakwah bukan shj kpd kaum kafir tetapi kpd pelbagai golongan dan berbagai cara @ kaedahnya. Ada ditujukan kpd ahli maksiat, kaum fasik, munafik dan kafir. Hatta utk org muslim sendiri. Bukan semuanya maksum atau dah ok Imannya. Jadi jgn kamu berdakwah menyekat org lain berdakwah tapi buatlah sumbangan sendiri utk agama wahai "ahlul bait".