SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, November 24, 2013

KELEBIHAN BELAJAR DI SEKOLAH HARIAN (DISCIPLINE OF LEARNING)

Murid cemerlang UPSR kini sedang berdebar-debar menunggu keputusan pemilihan kemasukan tingkatan satu ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah menengah agama negeri (SMA), sekolah kawalan negeri dan rancangan khas (RK). Sebahagian pemohon SBP telah pun selesai menjalani ujian kemasukan dan temu duga di bawah kuota pengetua. Pencalonan dibuat oleh pihak kementerian berdasarkan kriteria tertentu.

SBP biasanya mendahului dari segi pengambilan murid tingkatan satu, diikuti oleh MRSM dan seterusnya. Bagi memenuhi hasrat yang pelbagai, SBP dan MRSM turut menawarkan pengkhususan seperti agama, bahasa Inggeris dan umum. Terdapat SBP integrasi, SBP agama, MRSM Ulul-Albab, MRSM Bahasa Inggeris (IGCSE), selain pengajian sains tulen.

Terdapat juga ibu bapa yang terus fokus terhadap SMKA dan SMA kerana kedua-dua jenis sekolah berkenaan juga menawarkan jurusan sains tulen, tetapi mempunyai tambahan mata pelajaran bahasa Arab dan pendidikan Islam tinggi. Program RK ditawarkan di sekolah harian biasa, biasanya sekolah kawalan negeri. Murid RK ditempatkan di asrama sekolah dan berpeluang mengkhusus dalam bidang agama, bahasa Inggeris dan sains tulen, sama seperti di SBP dan MRSM.

Jumlah pengambilan murid tingkatan satu SBP dan MRSM dianggarkan 15,000 orang, manakala SMKA dan SMA dianggarkan separuh daripada angka berkenaan. Andai kata RK menyediakan 5,000 tempat, maka keseluruhan murid tingkatan satu yang mengikuti program murid cemerlang berjumlah 27,000 orang, iaitu memenuhi permintaan murid bumiputera yang diberi keutamaan untuk akses pendidikan terbaik itu. Jumlah calon 5A UPSR ialah sebanyak 42,000 orang.

Calon near miss dengan pencapaian UPSR 4A, 1B atau 3A, 2B juga masih berpeluang memasuki  SBP, MRSM, SMKA, SMA dan RK dengan syarat kemasukan khas. Jika masih harus akur untuk ke sekolah harian biasa, mereka akan membentuk kumpulan 400,000 orang murid tingkatan satu yang masih ditawarkan dengan program pembelajaran terbaik oleh guru-guru terbaik untuk membimbing mereka menuju kecemerlangan. Maka, apakah kelebihan belajar di sekolah harian biasa?

Kebanyakan murid sekolah harian tinggal di rumah dengan keluarga masing-masing. Hanya segelintir murid yang berpeluang atau sanggup tinggal di asrama sekolah yang tertentu. Maka, murid perlu ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan sendiri atau awam. 

Jika penghuni asrama harus berkongsi kemudahan kamar, bilik air dan sebagainya secara beramai-ramai, murid di sekolah harian menikmati keselesaan di rumah. Pengalaman yang berbeza sudah tentu membawa natijah yang juga berbeza. Dengan itu, murid sekolah harian tidak perlu berasa rendah diri atau terkilan kerana tidak merasa pengalaman di sekolah berasrama.

Di rumah, murid sentiasa bersama anggota keluarga yang lain dan meniti usia remaja di bawah bimbingan orang tua masing-masing. Mereka mempunyai kesempatan yang lebih kerap untuk melakukan kegiatan keluargaan bersama, termasuk di meja makan, solat berjemaah, menonton rancangan televisyen yang bermanfaat, riadah dan menziarahi jiran tetangga atau sanak saudara tanpa terikat kepada sekatan masa. Tempat meluahkan perasaan, terutama dengan ibu, sentiasa ada.

Ibu bapa bukannya tidak percaya kepada proses pembelajaran di sekolah, tetapi mereka mahu mengekalkan momentum pembelajaran itu di luar sekolah, lalu berhabis wang ringgit, masa dan tenaga untuk menghantar anak mengikuti kelas tuisyen. Perkara sedemikian mungkin tidak boleh dilakukan oleh murid di asrama, melainkan pada musim cuti sekolah. Keserasian pembelajaran juga mungkin juga diperoleh di luar sekolah. 

Persaingan menuju kecemerlangan juga wujud di sekolah harian, justeru pelbagai program pembelajaran bestari telah direka bentuk oleh pihak sekolah. Murid cemerlang juga memiliki kesempatan yang luas untuk membimbing murid lain yang berpencapaian sederhana di bawah konsep pengajaran sebaya. Pada akhir nya, walau di mana-mana juga murid bersekolah, pencapaian kecemerlangan tetap ada, dengan syarat terdapat kemahuan yang kuat di dalam diri masing-masing, serta disiplin kendiri yang istiqamah ...

14 comments:

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Kejayaan itu tidak ditentukan dengan di mana tempat kita menuntut ilmu tetapi kemahuan diri untuk belajar itu yang penting.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

Anonymous said...

just drop by your blog.
Assalam. Sya skadar nak berkongsi jugak. sya pljar separuh2. dulu msa form 1 sya masuk sbp gak. duduk sana dlm sebulan kut. pastu balik semula ke sekolah harian biasa. manja sngat kut(?) tp jujurlah sekolah harian biasa kdgkala jauh lebih baik dri asrama ni. yelaa bila masuk asrama cayalaa parent mmg percaya habis kut kat anak2. ntah canne nak ckap. dorang yakin giler anak2 dpt bljr dgn baik, makan teratur, berdisiplin and so on. Kdg2 sya kesian gak dgn parents2 ni. well, sya bkn jenis yg hipokrit, so mmg xtahan laaa nak bia umi babah sya fikir cmtu. bila masuk sbp, pergh, seram.. tngok budak2 pandai. tu dulu masa form 1. pastu 3 tahun tu duduk laa sekolah biasa. proses pindah masa form 1 tu lama!! -,- 3bulan sya duduk umah. bljar sndiri. spnjg 3 tahun, study skolah biasa. best. kwn2 semua memahami dan xberlakon dpan parents sya semata2. yelaa kat asrama parents slalu ingat kgkwn ni yg baik2 kan? kita tak tahu sbnrnya. metal abuse mudah jdi. Tapi believe it or not, form 4 ni sya try masuk lgi? dpt offer and terima. ni dh half year dh duk sbp. okayy no offense duduk asrama mmg penat. ni parents pulak nak mintak masuk harian balik. :) tp sya follow je. betul.. kat sbp, sya ingat tanggapan sya salah masa form 1 tu. tu yg try lgi. and betullah. hidup yg baik dpan parents. study yg betul2 dajar oleh cikgu bila pelawat ada. hidup dlm usaha sndiri. makan pun xdpt jga bila kerja dh bnyaktp pduli apa hw bnyk pun. xkan xdpt rehat. kata skolah sbp tidur cun 11 bngun 4. habistu hw bnyk smpai kna stay up smpai kul 3? sampai masuk hospital? kata baik2 gig pe semua knp mcm sya sndiri je try jdi cmtu? semua sama je mcm skolah biasa. kat skolah biasa rsanya takde pilih2 org. siapa yg berbakat dan yg boleh buat ssuatu dialah yg dipilih and semua org msti ada peluang. takde nya dia favourite so dia laa dapat. ni sya bertahan je. takpe. skg ni depend laa. tp xdnafikan bnyk klebihannya d sbp wlupun sya xtahu apa. just nak luahlaa.

Anonymous said...

W.salam

terima kasih Adilah dan anony atas maklum balas yang sangat berharga. sesungguhnya perkongsian pengalaman seumpama ini memberikan input untuk mereka yang berkenaan untuk membuat keputusan dan pilihan. kalau ada kesempatan boleh dibukukan, insya-Allah ...

(cikgu azhar)

Anonymous said...

assalam nak tanya sikit macam mana proses pindah ekolah untuk sbp

cikgu azhar said...

W.salam,

perlukan perincian yang jelas ...

ayu said...

Sy dpt results PMR baik. Kawan saya lagi baik, masuk MRSM & SBP. Saya xdapat masuk sbb xcukup syarat. Bila SPM, Alhamdullilah results better dr kawan2 kat asrama.

Anonymous said...

Saya result PMR cemerlang straight A...apply masuk sbp form 4 tapi mintak tukar balik ke sekolah harian biasa after seminggu..result spm 2014 saya cemerlang 9A..kejayaan terletak dlm diri kita sendiri..dimana ada kemahuan utk success disitulah kita boleh berjaya no matter where u are..

cikgu azhar said...

Salam,

tahniah meshayu

anon dec 30: ya betul. tahniah

Anonymous said...

Assalamualaikum cg, sy xdpt nk teruskn pembelajaran kt mrsm sbb sy rasa xselesa. Jd, its ok la kn klau sy pindah masuk skolh biasa balik kn ? Macammana nk pujuk mak ayah saya ye? Boleh bg cadangan x? Sbb dorg mmg dh percaya sgt kt mrsm. ='(

tiesya said...

huaaa thanks. Dpt motivasi 😂...kalau keluar time form 1 ..dpt lagi ke form 4?..sya kt MRSM jgk.. Penat weyhh

Awisy said...

Apa beza SMKA dan SMA

Unknown said...

Ada x sesiapa yg msk mrsm n keluar balik?

Unknown said...

Nk mints pengalaman jer

Unknown said...

yeh sbp sucks