Sinopsis Bab 19
(
rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 141- 148)
‘Aku’ sekadar menemankan Danel di restoran
makanan segera. ‘Aku’ sekadar memesan jus epal, sedangkan Danel makan makanan
‘tidak sihat’ potensi darah tinggi. “Aku’ beralasan untuk makan tengah hari di
rumah nenek, lalu Danel memberitahu dia selalu masak menu berasaskan pisang di
situ. Kemudian, ‘aku’ mengikut Danel ke pasar raya tanpa ‘aku’ mahu membeli
apa-apa. Sebenarnya ‘aku’ berasa kurang selesa keluar dengan lelaki asing yang
mengundang risiko dan tidak sopan. ‘Aku’ malas memanjangkan perbualan yang
membuka ruang ‘kemesraan’ kepada Danel untuk perkara lain.
Akhirnya ‘kami’ pulang dengan bas sahaja walaupun
cadanganasal Danel ialah teksi yang mungkin memberi peluang berdua-duan lagi.
‘Aku’ berasa dalam zon selamat apabila tiba di kawasan kampung. Tiba-tiba
keadaan kecoh apabila Rafik, anak Che Jah yang memegang pisau dikejar oleh
beberapa orang lelaki. Dia menerpa kea rah ‘aku’, mengilas tangan kiri ‘aku’
dengan kuat, serta mencekik leher ‘aku’. Rafik mengugut untuk membunuh ‘aku’
jika ada sesiapa datang rapat. ‘Aku’ pengsan.
Apabila tersedar, kedua-dua belah tangan ‘aku’
diikat ke belakang dalam tempat kurungan yang busuk dan gelap. Kedengaran Rafik
dan seorang lagi anak Che Jah bertengkar tentang ‘aku’ dan jalan melepaskan
diri daripada buruan orang kampung. “Aku’ menjadi tebusan mereka.
Sinopsis Bab 20
(
rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 149 - 155)
Dalam pada ‘aku’ berkira-kira untuk melepaskan
diri dengan kaki kebas yang tidak diikat, Danel muncul membuka ikatan dan
mengarahkan ‘aku’ lari bersamanya meredah kepekatan malam. Ketika berhenti di
simpang ‘aku’ berjaya melepaskan genggaman Danel. Dia tahu tempat persembunyian
Rafik dan Haziq, tetapi sengaja tidak bertindak bagi mengelakkan kejadian lebih
buruk. Walaupun terkilan, ‘aku’ bersyukur.
Danel yakin Rafiq dan Haziq akan tertangkap.
Haziq pernah satu sekolah dengan Danel dan dia asalnya budak bijak. Apabila
tiba di rumah nenek, banyak orang berkumpul di situ. Nenek segera memastikan
‘aku’ tidak diapa-apakan. Nenek membantu ‘aku’ membersihkan diri. Nnenek
memberitahu dia telah memanaskan lauk tengah hari sebanyak empat kali.
‘Aku’ mengatakan Rafik dan Haziq terdesak, lalu
nenek menambah bahawa tindakan mereka tidak rasional. Haziq pernah mencuri
barang kemas pusaka ibunya gara-gara dadah, lalu disumbat di dalam lokap.
Hampir separuh penduduk kampong berkunjung ke rumah nenek berkongsi
kebimbangan. Solat hajat juga didirikan. ‘Aku’ tidak lena sambil berasa empati
terhadap Rafik dan Haziq.
Watak dan perwatakan
‘Aku’ / Lili: sentiasa berjaga-jaga / waspada
Danel: suka mengambil kesempatan
Rafik:
penagih dadah, kejam
Haziq: penagih dadah, bijak
Nenek ‘aku’:
penyayang
Penduduk kampong:
prihatin
Latar masyarakat
Masyarakat yang sentiasa berjaga-jaga / waspada
Masyarakat penagih dadah
Masyarakat yang penyayang
Nilai
Kewaspadaan
Kasih sayang
Keprihatinan
Persoalan
Kewaspadaan terhadap kemungkinan unsur bahaya / risiko
Kasih sayang sesama keluarga
Keprihatinan terhadap keselamatan jiran
Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa waspada terhadap niat yang tersembunyi
Kita janganlah terjebak dengan pengaruh dadah /
jenayah
Kita hendaklah prihatinterhadap keselamatan jiran
Latar tempat
Restoran makanan segera di pekan
Tempat persembunyian Rafik / Haziq
Rumah datuk / nenek ‘aku’
Latar masa
Tengah hari
Malam / selepas waktu solat isyak
Perbincangan kbkk / kbat
Kesan buruk pergaulan bebas
Iltizam memerangi najis dadah sahaja belum mencukupi
Contoh soalan aras komsas
Jelaskan tiga peristiwa yang
mengandungi unsur kejutan dalam novel yang anda pelajari.
Contoh soalan aras kbkk / kbat
Unsur kebetulan sering ditemui dalam
pembacaan sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda pelajari,
berikan dua contoh unsur kebetulan yang digunakan oleh penulisnya.
No comments:
Post a Comment