SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 15, 2015

BAB TUJUH BELAS, BAB LAPAN BELAS NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (RECOGNISE DISADVANTAGES MANIPULATOR)

Sinopsis Bab 17
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 123- 130)

'Aku' hanya tertarik membaca dua artikel dalam buku Danel, iaitu:
1. Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
2. Perihal Pisang

Artikel pertama tentang Amran Christopher, 21, beroleh pendapatan lumayan apabila beralih daripada tanaman kopi. Dia menanam 1200 pokok pisang di kawasan seluas 6 ekar di Kampung Pulau warisan Batu-bata. Amran juga mengembangkan perniagaannya dengan menjual anak pisang.

Artikel kedua tentang khasiat pisang kepada tubuh badan, terutama golongan tua yang kekurangan vitamin B6. Kandungan potasium yang tinggi membantu penyembuhan penyakit selain mencerdaskan otak seseorang. Sejarah pisang bermula dar Palestin dan Mesir.

Sinopsis Bab 18
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 131 - 140)

Pak Sahak, Kiai Baharom, ketua kampung dan Imam Sanusi mengunjungi datuk perihal kubah surau. Setelah menghidangkan minuman, 'aku' memasang telinga daripada daun pintu yang sengaja tidak ditutup. Pak Sahak isu itu dirujuk kepada Yang Berhormat (wakil rakyat), tetapi ketua kampung berpendapat orang kampung susah diajak berunding. Datuk lebih cenderung menyalahkan cara membawa kemajuan. Ketua kampung membidas pendirian datuk yang katanya terikat dengan sejarah lampau. Mereka kemudian 'bertekak' tentang nilai sejarah kepada ketua kampung yang bukan berasal dari situ.

Bunyi ranting memasuki jendela bilik menamatkan 'intipan aku'. Danel di luar memberi isyarat mengajak keluar ke pekan dan memberitahu nenek memberi izin. 'Aku' serba salah walaupun Danel cuba mewajarkan pelawaannya itu. Nenek muncul menyokong Danel kerana menolong mengangkat barang pesanan datuk. 'Aku' kaget dengan kebenaran bersosial nenek, tetapi menurut sahaja.

Mereka bersesak-sesak menaiki bas kerana kereta digunakan oleh abang Danel. Walaupun Danel menjawab bahawa penulisannya hanya fokus terhadap pisang, 'aku' tidak memberitahunya 'aku' juga penulis. Malah, Danel kaget apabila 'aku' memahami bahasa Mandarin yang dituturkannya dengan pekedai minyak gamat bahawa 'aku' teman wanitanya. 'Aku' juga tahu beberapa bahasa lain, tetapi tidak membertitahu Danel.


Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili:  tegas diri. Menaruh curiga dengan ajakan Danel untuk menemaninya ke pekan berdua.

Datuk 'aku' / Haji Abdul Rahman:  berani bersuara. Menyanggah pendapat ketua kampung yang menganggap remeh sejarah silam Kampung Sentosa yang dirintis oleh keluarga datuk.

Nenek 'aku' / Hajah Aisyah Tan Abdullah: bersangka baik. Tidak menaruh syak bahawa Danel mempunyai niat buruk mengajak'aku' menemaninya ke pekan.

Pak Sahak: berfikiran terbuka. Mencadangkan Yang Berhormat dirujuk dalam isu kubah surau.

Ketua kampung:  emosional / sensitif / perasa. Meninggi suara apabila datuk menyifatkannya sebagai orang asing yang tidak mengerti sejarah Kampung Sentosa.

Danel: oportunis / suka mengambil kesempatan. Menggunakan alasan pembantu angkat barang datuk untuk mendapat keizinan nenek berduaan dengan 'aku' ke pekan. Danel juga memberitahu pekedai di pekan 'aku' teman wanitanya kerana menyangka 'aku' tidak tahu berbahasa Mandarin.

Latar masyarakat

Masyarakat yang tegas diri / asertif

Masyarakat yang bersangka baik

Masyarakat yang oportunis / suka mengambil kesempatan

Nilai

Ketegasan

Keberanian

Hormat-menghormati  / saling menghormati

Persoalan

Ketegasan dalam membuat keputusan

Keberanian menyuarakan pendapat peribadi

Hormat-menghormati sesama manusia

Pengajaran

Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan

Kita hendaklah berani menyuarakan pendapat peribadi

Kita janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Latar tempat

Rumah datuk / nenek 'aku'

Di dalam perut bas

Di kedai ubat gamat

Latar masa

Sesi perbincangan datuk dengan ketua kampung

Semasa perjalanan di dalam bas

Perbincangan kbkk / kbat

Kemajuan / pembangunan desa yang lestari

Hubungan antara bukan mahram / ajnabi

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga pengajaran dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Watak utama sering digambarkan memiliki kelebihan tertentu.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh kelebihan yang dimiliki oleh watak utama.

No comments: