SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 3, 2015

BAB SEMBILAN, BAB SEPULUH NOVEL ' JENDELA MENGHADAP JALAN' (GENERATION GAP, BARRIER TO COMMUNICATION)

Sinopsis Bab Sembilan
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 58 - 67)

Beberapa minit sesudah sarapan, rumah datuk 'aku' dikunjungi tetamu bernama William Ng, pesakit datuk. Namun, aku tertumpu kepada anak bongsunya, Danel yang pernah ditemuinya dalam bas ekspres. Ketika muncul di dapur, Danel membangkitkan isu kubah surau dan pewaris tapak surau yang mahu menuntut semula tanah tersebut. Pembinaan dewan masyarakat juga terbantut kerana penduduk kampung enggan menjual tanah kepada pemaju.

Tiada rawatan diberikan oleh datuk kerana dia hanya berbual santai dengan William Ng. Danel pula bercakap tentang kesukaran melaksanakan pantang larang perubatan tradisional dan proses ramuan ubatnya. Danel mahu ayahnya beralih kepada penggunaan makanan tambahan yang dijual menerusi sistem jualan langsung. Adik-beradiknya bukan tidak menghargai usaha datuk sehingga kaki ayahnya sudah tidak bengkak lagi, tetapi sepakat untuk beralih kepada rawatan moden.

Datuk tidak mahu mendengar penjelasan panjang lebar Danel tentang sistem usus dan tubuh badan, tetapi Danel tetap meneruskannya. Adik-beradiknya telah mendaftarkan William Ng dalam program pemakanan tambahan dan senaman yang memerlukan rawatan tradisional datuk dihentikan. Datuk hanya menjawab 'hmmm' kerana Danel tidak berbahasa orang tua. 


Sinopsis Bab Sepuluh
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 68 - 78)

Datuk menghiburkan rasa kecewa dengan merunung ke luar jendela. Datuk sayang akan amalan perubatan tradisionalnya yang menyembuhkan sekian banyak pesakit. Namun, kemajuan rawatan moden menyebabkan pelanggan datuk semakin berkurangan. Kemudian datuk bercerita tentang sejarah ayahnya yang meneroka kampung itu dengan menewaskan gajah dan haiwan liar lain. Ayah datuk orang pertama membina jendela menghadap jalan.

'Aku' (Lili) berasa saat itu peluang terbaik untuk memperoleh jawapan tentang jendela menghadap jalan, tetapi seperti biasa hampa kerana datuk mengelak, lalu berubah kepada tajuk lain. Datuk cuba mengajak 'aku' berfalsafah tentang kehidupan, tetapi akhirnya menyuarakan rasa kesal atas sikap Danel yang didakwanya tidak pandai menjaga hati orang tua. Pada datuk, Danel tidak patut masuk campur terhadap pilihan rawatan ayahnya.

Kata-kata nenek tentang petunjuk kebenaran Tuhan menyebabkan datuk terpukul, lalu mengubah perbualan terhadap hubungannya dengan keluarga William Ng, saudara baharu (memeluk Islam). Abang sulung Danel bernama Sugi pula menyebabkan kampung terdedah kepada kedatangan pelbagai pihak kontraktor. Datuk terus bercakap tentang perihal menjaga hati orang tua dan keadilan hidup. 'Aku' berdiam sahaja, tetapi di dalam hati bercampur baur antara setuju dengan datuk dengan menyokong pendirian Danel. 'Aku' juga membantah tanggapan datuk terhadap ibu.

Watak dan Perwatakan

Aku / Lili: pendiam, peka. Pendengar yang dapat menangkap maksud percakapan Danel dan datuknya, tetapi di dalam hati memiliki pendirian sendiri.

Datuk 'aku' / Lili: cekal / gigih. Berusaha bersungguh-sungguh meneruskan amalan perubatan tradisional walaupun pesakitnya semakin berkurangan akibat kemajuan rawatan moden.

Nenek 'aku' / Lili: berterus terang. Nenek berani menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan datuk berkaitan isu mempengaruhi pilihan atau pendirian orang lain.

William / pesakit rawatan tradisional datuk: pasif. Hanya akur dengan pilihan rawatan moden oleh anak-anaknya.

Danel / anak William: tegas. tetap mahu menghentikan rawatan datuk terhadap ayahnya kerana sudah mendaftar program makanan tambahan dan senaman efektif.

Latar masyarakat

Masyarakat yang cekal / gigih

Masyarakat yang berterus terang

Masyarakat yang tegas

Nilai

Kecekalan / kegigihan

Kejujuran

Ketegasan

Persoalan

Kecekalan / kegigihan dalam pekerjaan / mempertahankan amalan

Kejujuran dalam menyuarakan pendapat

Ketegasan dalam membuat pilihan / menyatakan pendirian

Pengajaran

Kita hendaklah cekal / gigih dalam pekerjaan

Kita hendaklah jujur dalam menyuarakan pendapat

Kita hendaklah tegas dalam membuat pilihan / menyatakan pendirian

Latar tempat

Rumah nenek / datuk 'aku' / Laili

Latar masa

Pagi selepas sarapan: rumah datuk 'aku' (Lili) dikunjungi William Ng dan anak bongsunya, Danel

Perbincangan kbkk / kbat

Jurang generasi: adab menghormati orang yang lebih tua kian luntur?

Berpisah dengan kenangan: psikologi wargaemas

Contoh soalan komsas

Jelaskan tiga konflik / pertentangan dalam novel yang anda pelajari.


Contoh soalan kbkk / kbat

Perbezaan pendapat antara watak tidak semestinya membawa keburukan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua hujah tentang pernyataan di atas.

No comments: