Friday, March 6, 2015
JANGAN DISKREDIT PELAJAR SEMUA 'A' HANYA UNTUK JAGA HATI YANG LAIN (DILEMMA OF PSYCHOLOGIST)
Segelintir ahli psikologi memang bersikap dan berpendirian pelik, serta bercanggah dengan aliran pemikiran perdana dunia kecendekiawanan. Malah, dalam disiplin psikologi sendiri, seperti bidang ilmu yang lain, terdapat banyak mazhab pemikiran akibat proses pemetakan ilmu (compartmentalization) yang bertitik tolak daripada epistemologi yang kabur. Walaupun demikian, bidang psikologi semakin mendapat perhatian dalam era pascamoden apabila kompleksiti masyarakat dan persekitaran menjadi semakin rencam.
Perbincangan ini cuba menanggapi perspektif seorang ahli psikologi tentang peperiksaan sebagai alat pengukuran dan penilaian pembelajaran. Dunia pendidikan memang sebahagian besarnya berkembang daripada kajian psikologi pembelajaran. Namun, kaedah untuk mengukur hasil pembelajaran dibina oleh sarjana bidang pengukuran dan penilaian pendidikan.
klik imej untuk paparan lebih jelas
Peperiksaan bertulis yang dilaksanakan bertujuan mengukur hasil pembelajaran menerusi pentadbiran alat ujian yang memenuhi rujukan kriteria dan sejumlah keakuran tertentu. Walaupun kecaman terhadap sistem peperiksaan sedemikian sentiasa diulang-ulang, peperiksaan masih belum dapat digantikan dengan sistem yang didakwa lebih unggul. Hakikatnya ialah peperiksaan berjaya memisahkan pelajar berpencapaian cemerlang dengan pelajar berpencapaian sederhana dan rendah.
Memang benar bahawa pencapaian dalam peperiksaan bukanlah segala-galanya tentang bakat dan keupayaan seseorang, namun sebagai suatu ukuran pembelajaran masih benar. Hal itu sama dengan konsep penyelidikan yang menggunakan persampelan atau subjek kajian yang tertentu. Memang ada batasan untuk membuat penyeluruhan (generalisasi) terhadap populasi berdasarkan dapatan sampel, tetapi masih jauh lebih baik daripada pendapat amatur dan popular tanpa sebarang sandaran data.
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment