SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 10, 2015

KEWAJARAN BERSARA 62 TAHUN (THE IDEAL TIME SAY GOODBYE)

Di Malaysia, usia bersara wajib bagi kakitangan awam yang paling lama bertahan ialah pada ulang tahun kelahiran ke-55. Kemudian, had umur itu dinaikkan kepada 56 tahun, seterusnya 58 tahun dan terakhir 60 tahun. Namun, kakitangan awam dibenarkan memohon persaraan awal dengan kiraan bayaran pencen yang tertentu.

Permintaan untuk melanjutkan lagi umur persaraan bukanlah perkara pelik atau sensasi di negara-negara maju (klik di sini), tetapi berlainan halnya dengan negara kita yang mempunyai saiz kakitangan awam yang mencecah hampir satu juta setengah orang. Ibu bapa masih mengharapkan anak-anak mereka menyertai sektor awam atas sebab jaminan pendapatan walaupun mereka tahu anak mereka mungkin tidak akan bergelar orang kaya. Sistem kenaikan pangkat yang sedia ada juga mengakibatkan tempoh menunggu yang lebiih panjang selagi pegawai atasan tidak bersara.
petikan akhbar BH, Ahad 8/3/15 Nasional:16
(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Tiada perkara yang luar biasa apabila kesatuan sekerja induk kakitangan awam iaitu Ceupacs melontarkan tuntutan tentang pelanjutan had umur persaraan secara terbuka. Alasan-alasan yang mewajarkan tuntutan berkenaan pun memang masih masuk akal dan tidak keterlaluan. Tambahan pula, pelanjutan yang dimaksudkan bukanlah suatu proses automatik melainkan jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Hanya kakitangan awam yang melepasi saringan pemeriksaan kesihatan, serta kepakaran mereka dalam perkhidmatan masih diperlukan, barulah wujud keperluan. Maksudnya, pertimbangan akan diteliti mengikut merit permohonan penjawat awam sendiri atau tawaran pihak kerajaan. Demikianlah lebih kurang hujah pihak Ceupacs.
ambilan akhbar Kosmo! 10.3.15

Permintaan dan tuntutan Ceupacs yang terbaru itu pasti mengundang maklum balas sama ada bersifat menyokong, menolak atau berkecuali. Malah, isu pelanjutan umur persaraan dijadikan parodi (jenaka sinis) seperti paparan di atas. Walhal, pada usia awal 60-an penjawat awam masih segak dan tampan bagi lelaki, serta lebih berwibawa bagi wanita.

Rawatan dan intervensi perubatan moden memungkinkan seseorang yang memasuki usia emas 60-an masih kuat dan sihat. Fikiran mereka juga masih tajam justeru diaktifkan dengan urusan yang mendambakan pengalaman mereka yang panjang. Lihat sahaja ahli politik dan mantan pegawai tinggi yang masih menyumbang idea bernas walaupun sudah punya cicit.
sumber: Kosmo! 10.3.2015

Walau bagaimanapun, tuntutan Ceupacs yang tersebut mungkin tidak menjadi kenyataan dalam tempoh yang terdekat. Penegasan Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengesahkan hal itu. Namun, idea melanjutkan had usia persaraan kakitangan awam dijangka akan terus dibangkitkan oleh pihak kesatuan dari masa ke masa.

Buat masa sekarang, Ceupacs masih diterajui oleh kakitangan awam kumpulan pelaksana atau dahulunya sokongan. Suatu hari nanti apabila proses pensiswazahan kakitangan awam dapat dilaksanakan secara tuntas dan sistem automasi secara atas talian menjadi cekap, Ceupacs mungkin dibarisi kepimpinan baharu yang berkelulusan ijazah tinggi. Pegawai kumpulan pengurusan dan profesional gred pertengahan mungkin diberi kelonggaran untuk bergiat aktif dalam kesatuan sekerja awam ...

No comments: