Petikan Laporan Bernama:
Universiti swasta jadi US-kah?
...
Universiti kini dikenali sebagai UA, bukan IPTA
9 Mac 2015
JOHOR BAHRU - Istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi
akan digunakan untuk merujuk universiti awam, sebaliknya akan diganti
dengan istilah Universiti Awam (UA) berkuat kuasa serta merta. Ini diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan
Rektor (JNCR) hari ini dalam usaha memartabatkan status
universiti-universiti awam dalam negara. Pengerusi JNCR Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, jawatankuasa itu
sebulat suara mahu istilah IPTA ditukar kepada UA bagi memberi
pengiktirafan status yang lebih berprestij kepada universiti awam.
"Setelah mendapat persetujuan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan baru-baru ini, semua universiti awam yang terdapat di seluruh negara selepas ini akan dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik," kata Kamarudin selepas mempengerusikan mesyuarat JNCR di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini. Pelaksanaan istilah ini akan melibatkan sebanyak 20 buah universiti awam dan lebih 60 Kolej Komuniti dan Politeknik. Ini termasuk Universiti Malaya, UTM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).
Terdahulu, jawatankuasa itu turut memaklumkan penggunaan Penyata Kelayakan Malaysia di kesemua 20 UA. Kamarudin berkata, penyata itu yang memberi nilai tambah kepada skrol dan transkrip graduan mengandungi maklumat terperinci berkenaan pelajar termasuk kemahiran insaniah yang dimiliki mereka. "MQS lebih terarah kepada ciri sahsiah yang tidak dinyatakan dalam skrol atau transkrip," kata Kamarudin, yang juga Naib Canselor Unimap.
Ia termasuk penglibatan para graduan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilihat penting untuk mengimbangi graduan dengan pencapaian akademik terutama pada ketika mereka hendak memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke luar negara, katanya. Mesyuarat JNCR, yang mempunyai empat siri setahun itu, dihadiri 16 Naib Canselor dan Rektor universiti awam. Siri kedua mesyuarat itu dijangka berlangsung di Universiti Malaysia Sabah Mei ini.

(sumber asal petikan: klik di sini)
...
...
Universiti swasta jadi US-kah?
Selama ini universiti dan kolej universiti milik swasta dirujuk sebagai institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Adakah selepas ini ipts juga bertukar, tetapi dengan singktan US. Jika UA pun miirip sangat dengan UIA(M), US pula lazimnya merujuk negara Amerika Syarikat.
Maka, unsur lucu dan parodi tidak dapat dielakkan jika universiti dan kolej universiti swasta dirujuk sebagai US. Misalnya, seorang ibu memberitahu rakan kumpulan whatsapp bahawa anaknya akan melanjutkan pengajinaan tinggi ke US. Pada peringkat awal ini, iaitu sebelum terbiasa, rakan-rakan si ibu tadi mungkin tersilap sangka.

3 comments:
assalamualaikum cikgu. saya lepasan stpm 2014. keputusan stpm saya baru baru ini adalah 3.17 sahaja dengan keputusan bm dan pa a-,sj a, ekonomi d+. muet saya pula band 3. saya amat meminati bidang sejarah. pilihan pertama di ukm, kedua di ums. saya ada juga memohon antropologi dan sosiologi kerana ia menarik minat saya. adakah saya berpeluang dlm bidang tersebut terutamanya sejarah? saya ada juga memohon di um kos sejarah. ayah saya juga menyuruh saya mengambil sains politik. apa pendapat cikgu adakah peluang saya untuk sambung dlm bidang sejarah?terimakasih cikgu.
assalamualaikum cikgu,
cikgu saya pointer stpm baru baru ini cuma 2.58 sahaja bm,pa,sj saya b tetapi ekon saya d+. muet saya mendapat band3. saya memohon bidang sastera dlm bahasa melayu utamanya. saya juga memohon dlm bidang sejarah. saya juga meminta kos antropologi dan sosiologi. saya memohon antaranya di ukm,unimas,ums,um.. adakah saya berpeluang cikgu terutamanya dalam bidang sastera bm? tq cikgu
W.salam,
fatin: tahniah. insya-Allah ada peluang. namun, masih kena bersedia jika ditawarkan kursus lain, u lain yang tidak dipohon ...
shahira: bulan 8 keputusan permohonan, bulan 5 masih boleh ubah suai. kalau boleh masukkan uitm sekali, dan kursus bahasa asing (UM, UPM).
Wallahu a'lam ...
Post a Comment