SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, March 11, 2015

BAB TIGA BELAS, BAB EMPAT BELAS NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (DEFENCE MECHANISM OF THE PAST GLORY)

Sinopsis Bab 13
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 91- 98)

Rombongan lima orang tetamu yang berkunjung ke rumah datuk membawa bekas pesakit datuk yang sembuh setelah beralih kepada rawatan moden. Patutlah kerja nenek di dapur menjadi kurang teratur. Datuk juga tidak keruan hingga tidak perasan cawan kopi di tepi kanannya. Sebelum 'aku' sempat menghabiskan pertanyaan, datuk memberitahu semua pesakitnya sudah lari. Datuk akur dengan perjalanan masa. Datuk kena beralih semula kepada kebun dan perahu. Kemudian, datuk menyusun kayu api yang sudah kemas sepanjang malam bagi menenangkan fikirannya.

Pagi keesokannya datuk menyusun pula barang lama di ruang tamu seolah-olah menyusun juga perasaannya sendiri. Datuk juga tidak mengendahkan makan tengah hari. Permintaan 'aku' melawat Geetha diizinkan oleh nenek dengan syarat ditemani Abang Rashid, tetapi dia terlewat.

Sebagai menebus kesalahannya Abang Rashid membawa 'aku' ke pasar malam menikmati nasi padang percuma dan membeli kemeja bercorak batik. Seperti datuk dan nenek, Abang Rashid juga berkelakuan pelik. Dia bertanya sama ada 'aku' ada teman lelaki atau tidak, tetapi mengelak apabila ditanyakan bila dia akan berkahwin. Abang Rashid bercerita kisah lucu, namun hanya dia sendiri yang tergelak.

Sinopsis Bab 14
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 99 - 106)

Setibanya di rumah Geetha, 'aku' mendapati dia demam. Geetha juga memberitahu dia berasa bosan, lalu 'aku' mempelawanya ke rumah nenek. Mak Cik Letchumi tidak bertanya apa-apa. Sambil berjalan, Geetha bercerita tanpa henti, termasuk hal peribadi kerana katanya kalau tidak menjadi jurutera, dia akan menjadi juruhebah radio. Geetha dan 'aku' berhenti sekejap di perhentian bas memerhatikan manusia yang lalu-lalang.

Tiada sesiapa di rumah, lalu 'aku' cepat-cepat naik menunaikan solat zuhur yang sudah di penghujung waktu. Usai solat, 'aku' dan Geetha berbuat tentang seni bina rumah yang hampir sama. Kemudian Geetha mencadangkan memanjat bukit berhampiran untuk melihat matahari terbenam.

Maka, pada petangnya 'aku' tercungap-cungap mengekori Geetha yang pantas mendaki bukit itu. Mereka menikmati keindahan simbahan cahaya keemas-emasan yang tenggelam di hujung dunia itu. Geetha mencadangkan mereka melihat matahari terbit di jeti pada sebelah pagi pula.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: berfikiran tajam / peka, mentafsir kelakuan setiap orang yang rapat dengannya. Misalnya, tindakan datuk menyusun kayu api dan barang lama ditafsirkan sebagai menyusun fikiran yang rusuh.

Datuk 'aku': sabar / tabah, tidak cepat tenggelam punca apabila pekerjaan sebagai pengamal rawatan tradisional semakin terancam. Sebaliknya, datuk ligat memikirkan jalan lain bagi mengisi masa tuanya.

Nenek 'aku':  setia. Berkongsi perasaan rusuh dengan datuk yang kehilangan pesakitnya. Nenek tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja dapur seperti kebiasaannnya.

Abang Rashid: perahsia. Enggan menjawab hal perkahwinan, tetapi cuba mengelak dengan cerita lucu yang dibuat-buat.

Geetha: pencinta alam sekitar. Mengajak 'aku' menyaksikan peristiwa matahari terbenam di atas bukit berhampiran rumah nenek.


Latar masyarakat

Masyarakat yang berfikiran tajam

Masyarakat yang sabar / tabah menempuh cabaran hidup

Masyarakat yang mencintai alam sekitar

Nilai

Kepekaan

Kesabaran / ketabahan

Kerahsiaan

Persoalan

Kepekaan terhadap kelakuan / perasaan seseorang

Kesabaran / ketabahan dalam menempuh cabaran hidup

Kerahsiaan dalam komunikasi

Pengajaran

Kita hendaklah peka terhadap kelakuan / perasaan orang lain

Kita hendaklah sbar / tabah dalam menempuh cabaran hidup

Kita hendaklah menghormati kerahsiaan orang lain

Latar tempat

Rumah datuk / nenek

Perhentian bas kampung Sentosa

Bukit di belakang rumah datuk / nenek

Latar masa

malam

petang ketika matahari terbenam

Perbincangan kbkk / kbat

Pembaharuan / inovasi dalam perubatan tradisional

Dasar warga emas negara

Contoh soalan aras komsas

Huraikan tiga kelebihan watak utama dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup sering diangkat sebagai salah satu persoalan penting sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang sejajar dengan pernyataan di atas.

No comments: