SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, January 3, 2016

PANTUN ALAM REMAJA: PANTUN KOMSAS TINGKATAN 2 (HOME SWEET HOME FOR KIDS)

Pengenalan

Pantun Alam Remaja dimuatkan pada muka surat 5 dan 6 naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Pantun 4 kerat ini ditulis dalam 7 rangkap. Pembayang pantun terdiri daripada unsur alam dan kerenah manusia.

Maksud setiap rangkap

1        Elok rupanya kumbang jati,
                Dibawa itik pulang petang;
          Tidak terkatakan besar hati,
                Melihat ibu sudah pulang.

pembayang pantun: unsur alam
Anak-anak berasa sangat gembira apabila ibu tiba di rumah

2        Dibawa itik pulang petang,
                Dapat di rumput bilang-bilang;
          Melihat ibu sudah pulang,
                Hati cemas menjadi hilang.

Pembayang pantun:  unsur alam
Apabila ibu sudah ada di hadapan mata, perasaan bimbang tiada lagi

3         Ayam kinantan terbang mengekas,
                 Hinggap di ranting bilang-bilang;
           Melihat bonda pulang lekas,
                 Hatiku besar bukan kepalang.

pembayang pantun:  unsur alam
glosari:  kinantan, iaitu putih seluruhnya / belaka
Demi melihat ibu balik cepat / segera, anak-anak berasa terlalu seronok

4        Kita menari keluar bilik,
               Sebarang tari kita tarikan;
          Kita menyanyi adik-beradik,
               Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

pembayang pantun:  kerenah manusia
Sebagai tanda kegembiraan ibu sudah balik, secara spontan anak-anak menyanyi girang

5        Hanyut batang berlilit kumpai,
                 Terdampar di ujung Tanjung Jati;
          Bonda pulang bapa pun sampai,
                 Kita semua berbesar hati.

pembayang pantun: unsur alam
glosari:  kumpai, iaitu sejenis rumput layu / paku-pakis
               ujung = hujung
Sejurus setelah ibu balik rumah, ayah pula muncul. Perasaan gembira bertambah-tambah.

6        Ramai orang bersorak-sorak,
               Menepuk gendang dengan rebana;
          Alang besarnya hati awak,
               Mendapat baju dengan celana.

pembayang pantun:  Anak-anak berasa lebih girang / gembira apabila dibelikan baju dan seluar baharu

7       Mahulah kami hendak melapun,
               Lapun dibawa orang menjaja;
         Jangan marah kami berpantun,
               Budak kecil biasa manja.

pembayang pantun:  kerenah manusia
glosari:  lapun, iaitu sejenis jerat bingkas apabila disentuh / jaring menangkap ikan
Anak-anak berpantun sebagai tanda kemesraan dengan ibu bapa



Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.

Perbincangan Komsas
Tema:  Kegembiraan anak-anak apabila ibu dan bapa pulang ke rumah


Nilai murni

1   Kasih sayang: anak-anak . Ibu bapa sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa ke rumah. Ikatan kekeluargaan yang kukuh

2   Kemesraan: anak-anak menyambut kepulang ibu bapa dengan gembira. Ibu bapa pula
                           membelikan pakaian baharu

3   Saling menghargai: Anak-anak menghargai pemberian ibu bapa. Ibu bapa pula melayan keletah /
                                       kerenah anak dengan sabar

Persoalan
(huraian gunakan seperti dalam nilai murni)

1   Kasih sayang sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

2   Kemesraan dalam komunikasi keluarga

3   Saling menghargai antara anggota keluarga


Pengajaran

1   Kita hendaklah saling menyayangi sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

2   Kita hendaklah mengamalkan kemesraan dalam komunikasi keluarga

3   Kita hendaklah saling menghargai antara anggota keluarga


Persamaan rima

1   Hanya persamaan rima akhir antara pembayang pantun dengan maksud

Perulangan

1)  Rangkap1 dengan rangkap 2: baris 2 dengan baris 1; baris 4 dengan baris 3

2)  Rangkap 4:  perkataan 'sebarang' pada baris 2 dengan baris 4

Contoh tugasan

1  aras petikan:

    Berdasarkan rangkap 1 hingga rangkap 3, mengapakah anak-anak berasa gembira?

2  aras kbat:

    Hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil.
    Jelaskan pendapat anda.

3  aras komsas:

    Huraikan dua pengajaran berdasarkan pantun di atas.

Cadangan jawapan

1   Anak-anak berasa besar hati demi melihat ibu sudah pulang, lalu hilanglah rasa cemas apabila 
     ibu pulang lekas.

2   Saya bersetuju bahawa hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih 
     kecil. Anak-anak kecil yang dilayan dengqn penuh kasih sayang dengan bahasa dan
     komunikasi mesra dalam keluarga akan membetuk perwatakan yang bakal dibawa ke alam
     remaja, muda dan dewasa. Anak-anak kecil masih mudah dibentuk seperti maksud peribahasa' 
     melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3   (gunakan huraian yang disediakan di atas, serta contoh maksud dalam pantun)


Saranan kepada murid

Pelajarilah kaedah menulis pantun dengan betul. Pembayang hendaklah sama ada unsur alam atau kerenah manusia. Sekurang-kurangnya rima akhir / hujung baris 1 dengan baris 3, baris 2 dengan baris 4 hendaklah sama. Kesemua lima pantun dalam naskhah antologi terdiri daripada pantun 4 rangkap.

Saranan kepada guru

Beri bimbingan kepada murid melafazkan pantun dengan intonasi yang sesuai supaya kehalusan dan keindahan puisi tradisional Melayu terserlah.

Kesimpulan dan Penutup

Pantun ialah warisan puisi tradisional Melayu yang unik. Walaupun zaman telah berubah, pantun masih diungkapkan dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian. Kehalusan dan keindahan bahasa yang terungkap dalam setiap rangkap pantun akan mengingatkan kita tentang jati diri dan akar umbi alam Melayu ...

48 comments:

Han3391 said...

Thank you very much ,this help me to finish my projek!!!!!!!!!!

Unknown said...

Terima kasih cikgu, perkongsian ini amat membantu. Terima kasih sekali lagi.

JK said...

Thankyou 🎇

Anonymous said...

Not bad at all...... Intelligent

RyannDinii said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasih cikgu! semoga saya dapat cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan nota ni. :D Selamat Hari Guru! :)

Unknown said...

Terima kasih cikgu kerana memberi nota ringkasan ini..Selamat Hari Guru^_^

Chanond said...

Thanks atas nota ini..moga saya dpt result cemerlang pada exam esok..Selamat Hari Guru

Unknown said...

Thanks

Unknown said...

Terima kasih cikgu azhar....nota ini boleh membantu aku buat kerja rumah.

Unknown said...

Terima kasih cikgu azhar....nota ini boleh membantu aku buat kerja rumah.

Unknown said...

Terima kasih cikgu azhar..ini sgt membantu..tetapi tiada unsur gaya bahasa

Unknown said...

Terima kasih cikgu azhar..ini sgt membantu..tetapi tiada unsur gaya bahasa

lopak said...

cikgu azmin baik gilerrrrrr...... belanja kfc

Unknown said...

thank youu...i like it...tapi,tiada gaya bahasa...kalau boleh nk gaya bahasa

Anonymous said...

Terima kasih cikgu !!! Semoga saya dapat keputusan yang cemerlang !!!!

Sanjaydace said...

Cikgu ciri, bentuk semua tak de bah

Anonymous said...

Thank you...
Tapi tiada gaya bahasa :(

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

What is ciri for this pantun

Unknown said...

Thank you,cikgu

Unknown said...

Terima kasih,cikgu😃

Unknown said...

Terima kasih cikgu ☺

cikgusantau said...

tq so much cikgu

MK-001 said...

Too many comments... ��

Unknown said...

Tq very much!!!

Unknown said...

Welcome

Unknown said...

Thanks cg 😉

Unknown said...

Hi

Unknown said...

TERIMA KASIH UNTUK PANTUN INI.INI AKAN KELUAR UNTUK UJIAN SAYA🖒👍🖒👍

tRaCy_faTFat said...

Very good explanation teacher. Thanks

Unknown said...

Tq cg😊

Unknown said...

Bhbh

Unknown said...

Aku aku

Unknown said...

Tq

Unknown said...

Thnkyou sbb beri pngajaran diatas

Anonymous said...

Tq cikgu,untuk pantun ini

Unknown said...

Boleh tak bagi gaya bahasa

Unknown said...

Pagi_ pagi ke rumah pam Yahya
Singgah sebentar di rumah mak Leha
Kalau saudari ingin berjaya
Tekun belajar rajinlah usaha

Unknown said...

Adik beradik, bilang- bilang Contoh gaya bahasa apa

Unknown said...

Good learning 👍

Unknown said...

Terima kasih!!! Saya orang jepun,tapi saya stay di malaysia.Harap dapat memberi maklumat lebih lagi!!

Unknown said...

Thank you so much teacher

Anonymous said...

tq

Anonymous said...

You saved so much time for me. Tqvm. ;-D

SHAARATHI said...

THANK YOU DO YOU HAVE SOME YOUTUBE CHANNEL BECASE IALSO WANT TO JOIN YOUR CHANNEL AND I CAN LEARN SOMETHING

Unknown said...

Tq very much this answer help me to finish my homework and i learn more 😍