SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Program Nilam menyerlahkan kejayaan di SMI

SMK St Michael, Ipoh (SMI) yang bakal menyambut perayaan 100 tahun pada tahun 2012 memang memiliki kelebihan dari segi momentum untuk mencipta kejayaan. SMI berstatus sekolah kawalan, sekolah primier dan sekolah cemerlang. Hanya masa yang tepat sahaja diperlukan untuk SMI dimasyhurkan sebagai sekolah kluster.

Sebagai contoh, ialah program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan konsep sekolah dalam pusat sumber. Kini, semakin bertambah jumlah pelajar yang mencapai tahap gangsa, menghampiri perak dan seterusnya. Dalam perhimpunan mingguan juga, satu slot khas Nilam untuk memperkenalkan sesebuah buku dilaksanakan tanpa gagal. Selama ini pun warga SMI memang kuat membaca, cuma barangkali aspek rekod dan dokumentasi yang perlu diberi penekanan.

Dengan galakan yang berterusan daripada pihak pentadbiran sekolah, bimbingan guru, dan sokongan murid, SMI pasti mampu mendaki kedudukan teratas dalam carta Nilam peringkat zon, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Bunyinya mungkin sedikit mendabik dada, namun hakikatnya senarai panjang warga SMI yang mencapai tahap dunia dalam pelbagai lapangan (hingga kini) tidak menemui titik noktah.

Tradisi membaca dan menulis sememangnya menjadi asas pembentukan tamadun agung sejak dahulu kala. Walaupun konsep buku tradisional (berbentuk fizikal dan bercetak) sedang disaingi hebat oleh buku berkonsep maya (menerusi blog, portal, dan laman web), serta gajet mudah alih yang lain, pembacaan dan penulisan buku fizikal tetap kekal relevan justeru ciri autentiknya lebih jelas.

Dahulu, slogan "KUBUKU BUKU" (baca: kubu ku buku) selalu diuar-uarkan. Maka, program Nilam bakal membuka jalan supaya slogan berkenaan dapat disemarakkan semula. Selamat maju jaya kepada semua warga SMI yang bersama-sama menyokong Nilam!

1 comment:

prasekolah said...

tahniah. saya juga berminat dengan program nilam ini. saya juga sedangg menjalankan program nilam untuk murid-murid prasekolah bermula tahun 2010. prestasinya amat membanggakan. saya harap cikgu dapat berkongsi banyak idea untuk program nilam ini.