SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 18, 2009

Tip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Kebanyakan sekolah di Malaysia memulakan peperiksaan pertengahan tahun pada 11 Mei ini. Maka, hanya tinggal tiga minggu sahaja dari sekarang sebelum murid dan pelajar bertungkus-lumus menjawab soalan demi pencapaian terbaik. Kepada pihak guru dan sekolah, pencapaian pelajar akan menjadi kayu ukur terhadap penanda aras (bench-mark) yang telah ditetapkan.

Ada pendapat popular mengatakan bahawa sangatlah tidak adil untuk mengukur pencapaian seseorang murid, pelajar atau calon dalam tempoh tidak sampai 200 minit di bilik peperiksaan, sedangkan mereka telah menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya sebelum menduduki sesuatu kertas. Namun, kita harus ingat bahawa tempoh bertahun-tahun itu sebenarnya ialah fasa perancangan yang kebiasaannya mewakili 85 peratus, fasa pelaksanaan 5 peratus, fasa penilaian (post-mortem) 10 peratus. Seseorang atlet pecut 100 meter menghabiskan masa bertahun-tahun untuk latihan, tetapi hanya bertarung 10 saat di balapan!

Sementara sistem peperiksaan kita sedemikian rupa, teruslah mengatur strategi. Jangan hanya berharap bahawa nasib akan berubah justeru akan ada rombakan sistem peperiksaan yang tidak dapat dipastikan pelaksanaannya. Menolong orang membawa bahagia, mengharap orang membawa derita!

Secara amnya, rahsia besar kejayaan dalam peperiksaan ialah kebolehan mentakrif soalan dengan tepat. Banyak calon masih membaca soalan sambil lewa, dan terus menjawab tanpa berfikir dua kali. Calon yang bijak akan memperuntukkan sedikit masa untuk menganalisis soalan dari segi:

i. aras soalan;
ii. tugasan soalan; dan
iii. kata kunci soalan.

Calon yang bijak juga akan membuat perancangan agihan masa berdasarkan peruntukan markah. Selain itu, calon yang bijak begitu peka untuk membezakan soalan yang hanya menghendaki isi tanpa huraian dengan soalan yang menghendaki isi dengan huraian. Calon yang bijak juga tahu maksud huraian, iaitu isi pokok yang tidak diikuti dengan sebarang penerangan lanjut, sama ada contoh mahupun implikasi.

Akhir sekali calon harus ingat bahawa setiap mata pelajaran mempunyai cara menulis jawapan yang tersendiri. Misalnya, laras jawapan bahasa tidak bersesuaian untuk Ekonomi dan Kimia, dan sebaliknya. Namun demikian, sesuai dengan konsep bahasa merentas kurikulum, penggunaan umum tanda baca (noktah, koma, dan lain-lain), serta penggunaan kata hubung dan penanda wacana terpakai untuk semua kertas yang diduduki.

Sekian dahulu, bertemu kita di puncak jaya!

No comments: