SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 8, 2009

MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 (THE WRITING OF RESEARCH PROPOSAL FOR SIXTH FORM STUDENT)

Ipoh, Rabu: 9.9.09 / 19 Ramadan 1430



1. Memandangkan dunia penyelidikan masih baharu kepada pelajar tingkatan 6, pendedahan tentang perkara-perkara asas penyelidikan masih perlu diberi tumpuan. Pengetahuan sedia ada pelajar semasa menyediakan pelbagai jenis folio dan kajian tempatan ketika di peringkat menengah rendah dan menengah rendah mungkin boleh membantu. Maka, tugas selanjutnya ialah bagi menggilap dan mengembangkan kebolehan pelajar tingkatan 6 untuk ke arah terhasilnya penyelidikan yang lebih tinggi mutunya dan lebih bermakna.

2. Setakat ini belum ada garis panduan secara khusus tentang format dan bidang penyelidikan untuk pelajar tingkatan 6. Maka, prinsip umum yang boleh digunakan sebagai penanda aras penyelidikan pelajar tingkatan 6 ialah penyelidikan yang dilaksanakan dapat mengembangkan potensi pelajar dalam proses pembelajaran. Ringkasnya, penyelidikan pelajar tingkatan 6 dilaksanakan berasaskan mata pelajaran (subject-based research).

3. Cadangan penyelidikan pelajar tingkatan 6 seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Tajuk Penyelidikan

b. Pendahuluan
- Latar belakang penyelidikan secara am
- Format penulisan dan tumpuan penyelidikan

c. Objektif penyelidikan
(maksimum 3)

d. Kaedah penyelidikan
- Instrumen
- Responden
- Pentadbiran (rintis, pra, pos)
- Analisis Data

e. Kepentingan penyelidikan
- kepada pelajar
- kepada sekolah

f. Penutup
- Batasan kajian
- Harapan penyelidik

g. Senarai rujukan.

==========================================================================
CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN EKONOMI

1. Tajuk: Melukis Keluk Kemungkinan Pengeluaran Cembung dengan lengkap.

2. Pendahuluan:

Pelajar ekonomi sering berhadapan dengan masalah untuk menyediakan keluk yang lengkap sebagai menyokong hujah tentang sesuatu konsep atau teori ekonomi. Walau sebaik mana pun penerangan yang terdapat di dalam sesebuah buku atau menerusi penerangan guru, pelajar ekonomi memerlukan suatu kaedah yang boleh membantu mereka dalam menyediakan keluk yang lengkap. Maka, penyelidikan yang dicadangkan akan memberi tumpuan terhadap langkah melukis Keluk Kemungkinan Pengeluaran berbentuk cembung dengan lengkap.

Format penyelidikan akan menggunakan kaedah perbandingan sebelum dan sesudah intervensi. Dalam ujian pra, responden akan diminta melukis keluk tanpa sebarang proses rawatan. Seterusnya dalam ujian pos, instrumen yang sama akan diulang uji. Perbandingan pencapaian bagi kedua-dua ujian akan menjadi penentu sama ada intervensi yang dilaksanakan signifikan atau sebaliknya.

3. Objektif Penyelidikan:

3.1 Menentukan keberkesanan penggunaan pen pelbagai warna untuk melukis
keluk kemungkinan pengeluaran;

3.2 Menentukan keberkesanan menomborkan langkah melukis keluk
kemungkinan pengeluaran; dan


4. Kaedah Penyelidikan

4.1 Instrumen yang digubakan ialah kertas ujian pra dan ujian pos

4.2 Sampel responden yang dipilih ialah 2 orang pelajar lelaki dan 2
orang pelajar perempuan LA3

4.3 Pentadbiran ujian dibuat secara ulang uji kepada kedua-dua
kumpulan rawatan;

4.4 Analisis data ialah berdasarkan skor yang beri oleh guru.

5. Kepentingan Penyelidikan

5.1 Kepada Pelajar:
- dapat menggunakan kaedah yang terbaik untuk melukis keluk
kemungkinan pengeluaran secara akses kendiri.

5.2 Kepada guru:
- dapat menjimatkan peruntukan masa untuk menyediakan latihan kes
yang lebih mencabar.

6 Penutup:

Batasan penyelidikan ini ialah bilangan responden yang kecil. Namun, usaha ini boleh menjadi titik tolak penyelidikan yang lebih menyeluruh. Penyelidik berharap bahawa syor-syor yang bakal diperakukan menerusi penyelidikan ini akan membantu pelajar ekonomi melukis keluk kemungkinan pengeluaran dengan lebih cekap.


7. Senarai Rujukan:

Azhar Rodzi (2009). Menulis Cadangan Penyelidikan untuk Pelajar
Tingkatan 6. Dalam www.cikguazharrodzi.blogspot.com. Dimuat turun
pada 9.9.09.

Hew Yook Fong, Md Zyadi Md Tahir (2008). Miroekonomi. Kuala Lumpur:
Pearson Publications.

Portal Pendidikan Utusan Malaysia (2009). Dalam www.utusan.net.
Dimuat turun pada 11.9.2008

===========================================================================

3 comments:

yahoo said...

Saya sangat tidak setuju dengan kaedah penulisan kajian , kerana apa yang jelas ialah kajian spt ini hanya dijalankan oleh penuntut sarjana.. sepatutnya pelajar tg 6 di dedahkan dengan essei mengenai isu semasa yang boleh mereka dapatkan artikel atau bahan dari buku dan sumber lain . Ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk (explore ) pelbagai artikel atau kajian yang telah dijalankan oleh orang lain. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak menyuntiing idea orang lain dan memberi pandangan sendiri terhadap penulisan. dengan ini pelajar dapat berfikir dengan kreatif dan kritis. Apa yang saya dapati melalui pengalamn 2010, ramai peljar tidak dapat membuat referncing betul .... cuba cikgu periksa anak-anak murid cikgu dah tentu referencing yang sedikit dan tidak menepati .... Cuba kita dedahkan Rujukan sspt Harvard, APA dll dah tentu ini akan membantu mereka di U. Cuba tukar haluan sedikit ... Orang merancang ini besar kemungkinan mempunyai PHD oleh beliau tidak nampak perkara yang akan menjadi halangan... Kajian atau research memerlukan pelbagai persetujuan dari pihak yang terlibat .. Jadi kiat hendak menjadikan pelajar ini menjadi mangsa penderaan untuk mendapatkan maklumat..Cuba lihat desekeliling kita adakah Guru Tingkatan semuanya mempunyai Masters atau PHD ? ... dah tentu tidak jadi kita harus menilai diri kita sebelum memberi tanggungjawab yang begitu besar kepada pelajar kita. Ringkaskan kajian itu kepada essei (3000 patah perkataan) dan pastikan 3000 patah perkataan jangan lebih dan sekiranya lebih kita penalise mereka 5% ,10 % mengikut lebihan markah . Ini yang dipraktikan di Universiti di Luar Negara. tetapi di Malysia kita timbang Kilo .. lagi tebal lagi banyak dapat markah..... tolong!!!!!!!!!! selamatkanlah pelajar kita..........

yahoo.com said...

Saya sangat tidak setuju dengan kaedah penulisan kajian , kerana apa yang jelas ialah kajian spt ini hanya dijalankan oleh penuntut sarjana.. sepatutnya pelajar tg 6 di dedahkan dengan essei mengenai isu semasa yang boleh mereka dapatkan artikel atau bahan dari buku dan sumber lain . Ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk (explore ) pelbagai artikel atau kajian yang telah dijalankan oleh orang lain. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak menyuntiing idea orang lain dan memberi pandangan sendiri terhadap penulisan. dengan ini pelajar dapat berfikir dengan kreatif dan kritis. Apa yang saya dapati melalui pengalamn 2010, ramai peljar tidak dapat membuat referncing betul .... cuba cikgu periksa anak-anak murid cikgu dah tentu referencing yang sedikit dan tidak menepati .... Cuba kita dedahkan Rujukan sspt Harvard, APA dll dah tentu ini akan membantu mereka di U.. Saya sangat tidak setuju dengan kaedah penulisan kajian , kerana apa yang jelas ialah kajian spt ini hanya dijalankan oleh penuntut sarjana.. sepatutnya pelajar tg 6 di dedahkan dengan essei mengenai isu semasa yang boleh mereka dapatkan artikel atau bahan dari buku dan sumber lain . Ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk (explore ) pelbagai artikel atau kajian yang telah dijalankan oleh orang lain. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak menyuntiing idea orang lain dan memberi pandangan sendiri terhadap penulisan. dengan ini pelajar dapat berfikir dengan kreatif dan kritis. Apa yang saya dapati melalui pengalamn 2010, ramai peljar tidak dapat membuat referncing betul .... cuba cikgu periksa anak-anak murid cikgu dah tentu referencing yang sedikit dan tidak menepati .... Cuba kita dedahkan Rujukan sspt Harvard, APA dll dah tentu ini akan membantu mereka di U. Cuba tukar haluan sedikit ... Orang merancang ini besar kemungkinan mempunyai PHD oleh beliau tidak nampak perkara yang akan menjadi halangan... Kajian atau research memerlukan pelbagai persetujuan dari pihak yang terlibat .. Jadi kiat hendak menjadikan pelajar ini menjadi mangsa penderaan untuk mendapatkan maklumat..Cuba lihat desekeliling kita adakah Guru Tingkatan semuanya mempunyai Masters atau PHD ? ... dah tentu tidak jadi kita harus menilai diri kita sebelum memberi tanggungjawab yang begitu besar kepada pelajar kita. Ringkaskan kajian itu kepada essei (3000 patah perkataan) dan pastikan 3000 patah perkataan jangan lebih dan sekiranya lebih kita penalise mereka 5% ,10 % mengikut lebihan markah . Ini yang dipraktikan di Universiti di Luar Negara. tetapi di Malysia kita timbang Kilo .. lagi tebal lagi banyak dapat markah..... tolong!!!!!!!!!! selamatkanlah pelajar kita........

cikgu azhar said...

terima kasih atas maklum balas

sebenarnya kita semua masih menunggu modul komponen penyelidikan yang bakal dilancarkan (khabarnya) september ini bersekali dengan sistem modular untuk dimulakan pada tahun 2012. aktiviti penyelidikan yang dilakukan selama ini sekadar pendedahan proses penyelidikan dan lebih bersifat pengalaman pembelajaran.

mungkin dari segi input kelihatan sukar, tetapi pelaksanaannya dimudahkan dengan mengambil kawalan sumber yang dimiliki oleh pelajar prauniversiti. harap cikgu dapat meneliti keseluruhan artikel penyelidikan yang dimuat naik dalam blog ini.

apabila kita realistik, maka tidak timbul soal dera atau seksa, bahkan pelajar yang berpotensi sangat menghargai program yang dilaksanakan. datanya ada.

istilah seperti pemboleh ubah tetap (constant variable) dan pemboleh ubah bersandar (manipulated variable) misalnya telah diperkenalkan sejak tahun 3 sekolah rendah lagi. mereka sudah dibiasakan dengan proses pengutipan data dan penulisan folio sebelum masuk ke sekolah menengah lagi.

bab-bab timbang kilo tidak timbul sama sekali jika guru pembimbing penyelidikan melaksanakan tugas yang diamanahkan. dalam era inovasi dan nano ini, kita tidak boleh menunggu hingga tahap sarjana dan Ph.D baru hendak didedahkan dengan proses penyelidikan. kita lihat di negara maju, teknologi baharu dicipta oleh pelajar praijazah kerana mereka telah memiliki idea penyelidikan sejak di bangku sekolah.

Wallahu a'lam.