SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 1, 2009

ILMU EKONOMI KONVENSIONAL DAN EKONOMI ISLAM: DI MANA KESERASIANNYA? (THE ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM: A PREAMBLE)

(Atas saranan sahabat blogger dan pengunjung blog, beberapa siri tulisan tentang sistem ekonomi Islam akan dibincangkan. Namun, tulisan ini mengambil pendekatan yang sederhana supaya tidak terlalu teknikal sehingga menjadi seakan-akan kuliah untuk pelajar ekonomi. Namun, segala konsep, prinsip dan teori yang dimasukkan sememangnya telah diterima dalam disiplin ekonomi yang sebenar. Selamat membaca!)

1) Ekonomi berasal daripada perkataan Greek, oikos nomus yang bermaksud peraturan rumah tangga. Sesebuah keluarga mempunyai pendapatan yang terhad, sedangkan perbelanjaan yang hendak dibuat begitu banyak. Dalam kata lain, sesebuah keluarga itu menghadapi masalah kekurangan (sumber).

2) Sebab itu sesetengah ahli ekonomi mendefinisikan ekonomi sebagai sains kekurangan. Maknanya, keluarga perlu menjadi jalan bagi menggunakan sumber yang kurang itu dengan baik. Pilihan terpaksa dilakukan, dan akan ada pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan (konsep kos lepas, opportunity cost)

3) Kebanyakan ahli ekonomi klasik dan moden ialah keturunan Yahudi yang menduduki kerusi sarjana universiti ternama seperti Cambridge, Oxford, Harvard, Princeton dan Yale. Contohnya Alfred Marshall, Adam Smith, John Maynard Keynes, Milton Friedman
dan Irving Fisher. Perkara ini tidaklah menakjubkan justeru ciptaan seperti lampu isyarat (hijau, merah, kuning) juga dilakukan oleh sarjana Yahudi.

4) Hal itu tidak pula bermakna ilmu ekonomi ialah dominasi dan monopoli kaum Yahudi. Maksudnya, disiplin ekonomi konvensional (seperti yang menguasai kuliah di universiti dan kolej ketika ini). Sebenarnya terdapat ilmu ekonomi alternatif, dan yang paling menjadi perhatian ialah ilmu ekonomi Islam.

(Nota: Bagi masyarakat Islam, ekonomi Islam bukanlah alternatif, sebaliknya wajib bagi mereka. Rujuk al-Qur'an:al-Baqarah, 2: 208 mafhum ayat "... masuklah kamu dalam Islam keseluruhannya..." Namun, seperti yang dibuktikan dalam tamadun Islam dan sirah Nabi, jelas bahawa Islam tidak menolak kebijaksanaan daripada mana-mana sumber di luar Islam. Hujah tentangnya akan dibuat kemudian.)

5) Dalam kajian ilmu ekonomi konvensional sendiri terhadap pembahagian pendekatan, iaitu ekonomi positif dan ekonomi normatif. Namun, pendekatan ekonomi positif boleh dikatakan menguasai kuliah universiti dan amalan semasa. Pendekatan ekonomi normatif boleh dikatakan memainkan peranan yang agak kecil.

6) Ekonomi positif dikenali menerusi ciri di bawah:

- mementingkan apa yang sebenarnya ada (what is)

- bersifat bebas nilai (value-free)

- mementingkan bukti / data (research oriented per se)

- pertimbangan peribadi tidak diambil kira

7) Ekonomi normatif pula berciri:

- mementingkan apa yang sepatutnya ada
(what ought)

- bersifat pertimbangan nilai (value judgement)

- bukti / data tidak semestinya menjadi perkara yang muktamad

- mengambil kira sumber ilmu / pendapat / pertimbangan yang lain

8) Jika ekonomi konvensional diletakkan di bawah bidang sains sosial, ekonomi Islam lazimnya dimasukkan dalam kajian syariah dan muamalat. Hakikatnya ialah dalam Islam dimensi aqidah, syariah dan akhlak ialah suatu kesepaduan (continiuum). Tiada pemetakan (compartmentalization).

9) Ilmu ekonomi Islam tidak semestinya sentiasa bercanggah dengan ekonomi konvensional. Kedua-duanya bukanlah suatu garis selari yang tidak pernah bertemu. Sebaliknya, Islam meraikan semua kebijaksanaan dalam ilmu ekonomi konvensional jika langkah itu mendekatkan masyarakat kepada prinsip keadilan (equity), bertolong-tolongan dalam kebaikan (taawun 'alal-birri wa't-taqwa), dan bebas daripada elemen riba' dan keraguan (gharar).

10) Pernahkah anda membaca memoir sarjana Islam yang menyebut bahawa "aku melihat Islam di Jepun, di China, di Eropah dan di Amerika; tetapi aku tidak melihat Islam di Pakistan, Indonesia dan Mesir"? Maksudnya ialah aspek disiplin, kebersihan dan ketertiban masyarakatnya (sebahagian). Dalam kata lain, kualiti Islam telah sedia diamalkan dalam masyarakat bukan Islam. Sebab itulah apabila instrumen kewangan Islam diperkenalkan, bank utama dunia seperti Citibank dan HSBC menyambut produk tersebut dengan senang hati .

11) Sistem ekonomi konvensional per se terdedah kepada amalan manipulasi, spekulasi, monopoli dan penindasan. Jika tidak, mengapa sebahagian besar masyarakat dunia masih dibelenggu kemelaratan, kelaparan dan kegelapan? Pernahkah kita mendengar deklarasi kuasa besar ekonomi dunia hendak mengubah keadaan itu?

12) Sudah sekian lama ekonomi dunia mengikut telunjuk kaum pemodal (capitalist). Penentang kapitalis, iaitu faham sosialis pula berada di suatu ekstrem lain dan dalam banyak keadaan bertentangan dengan fitrah manusia. Ilmu ekonomi Islam menawarkan suatu pakej, iaitu sintesis segala kebijaksanaan.


Bersambung...

No comments: