SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, September 2, 2009

PELAKU EKONOMI DAN PRINSIP MUAMALAT (ECONOMICS ACTOR AND ISLAMIC PRINCIPLES)

WACANA EKONOMI ISLAM: BAHAGIAN 2

1. Secara asas, terdapat tiga kumpulan pelaku dalam sesebuah sistem ekonomi, iaitu:

(a) Isi rumah (household)

(b) Firma (firm)

(c) Kerajaan (government)


2. Ketiga-tiga pelaku saling berinteraksi sehingga mewujudkan tiga aktiviti ekonomi:

(a) Penggunaan (consumption)

(b) Pengeluaran (production)

(c) Pertukaran (distribution)


3. Interaksi di atas dapat diterangkan menerusi model aliran pusingan pendapatan.

4. Isi rumah ialah pemilik faktor pengeluaran, iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan. Kesemua empat faktor ditawarkan kepada firma. Bayarannya ialah upah, bunga, sewa dan untung.

5. Firma ialah unit pengeluaran (bagi barang dan perkhidmatan). Firma menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah. Bayarannya dalam bentuk perbelanjaan
isi rumah menjadi pendapatan kepada firma.

6. Kerajaan ialah organisasi pembuat keputusan yang tertinggi dalam ekonomi. Kerajaan boleh campur tangan untuk melindungi kepentingan isi rumah, dan juga melindungi kepentingan firma.

7. Isi rumah ialah pengguna hyang bertujuan memaksimumkan kepuasan (utility).

8. Firma beroperasi untuk memaksimumkan untung (profit maximasation)

9. Kerajaan berfungsi untuk memaksimumkan kebajikan (isi rumah dan firma).

10. Di samping itu, terdapat institusi kewangan (contoh: bank) yang menyediakan perkhidmatan kewangan. Bank menerima deposit tabungan daripada bahagian pendapatan (isi rumah dan firma) yang tidak dibelanjakan. Dari situ, bank akan membuat pelaburan atau memberi pinjaman kepada isi rumah dan firma.

11. Apabila berlaku perdagangan antarabangsa (ekonomi terbuka) maka muncul pula pelaku ekonomi yang keempat, iaitu sektor negara asing.

12. Saiz aliran pusingan pendapatan bergantung kepada suntikan dan bocoran. Komponen suntikan ialah pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport. Komponen bocoran ialah tabungan, cukai dan import.

13. Suntikan akan membesarkan saiz aliran pusingan pendapatan, dan sebaliknya bocoran mengecilkan saiz aliran pusingan pendapatan.

14. Keseluruhan perbincangan di atas merujuk kepada sistem ekonomi konvensional.
Dari segi teori, interaksi pelaku ekonomi dalam sistem ekonomi Islam juga sama. Cuma dari segi prinsip, motif dan aktiviti ekonomi memiliki sistem kawalan yang berbeza.

15. Ekonomi konvensional mempercayai konsep "tangan ghaib", iaitu kuasa permintaan dan penawaran pasaran yang mengawal tingkat aktiviti ekonomi. Penentuan keseimbangan harga dan kuantiti keluaran ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Campur tangan kerajaan berlaku untuk melindungi isi rumah dan firma, misalnya dasar harga maksimum, dasar harga minimum, cukai dan subsidi.

16. Ekonomi Islam tidaklah menolak secara tuntas (total rejection) terhadap konsep berkenaan. Namun, semua interaksi pelaku ekonomi mesti mengambil kira hubungan dengan al-Khaliq (Tuhan Yang Maha Pencipta), selain hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar.


Bersambung...

No comments: