SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, October 26, 2009

KAJIAN TINDAKAN: PEMBENTANGAN GURU CEMERLANG FIZIK SMI DAPAT PERHATIAN (ACTION RESEARCH CONVENTION: MR. CHONG DELIVERED AN IMPRESSIVE PRESENTATION)


Kampar, 22 Oktober 2009 (Khamis)

Encik Chong Weng Sung lebih dikenali sebagai guru disiplin yang tegas di SMK St. Michael, Ipoh (SMI). Justeru, pelantikan beliau sebagai Guru Cemerlang Fizik (gred DG 48) tidak begitu disedari murid. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan entusias, Encik Chong sentiasa mempamerkan kesungguhan optimum untuk melonjakkan nama SMI bagi mata pelajaran Fizik.

Saban tahun pencapaian mata pelajaran Fizik SPM di SMI begitu memberangsangkan, iaitu 25 - 30 calon mencatat 1A (mulai tahun ini A+). Maka, SMI diberi peranan sebagai pengerusi mata pelajaran Fizik Daerah Kinta Utara. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan SMI antara sekolah cemerlang dalam mata pelajaran Fizik di Malaysia.
Tajuk "miskonsepsi" yang dibentangkan sangat bertepatan dengan persepsi yang mengatakan fizik sukar difahami. Menerusi kajian tindakan Encik Chong, guru fizik dapat berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan Encik Chong. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan (USM) dan telah dua kali lulus PTK aras cemerlang...

3 comments:

Anonymous said...

Salam....

saya berminat dengan pembentangan GC fizik, En. Chong ni. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut? Sekiranya sesuai, boleh juga jemput En. Chong utk membentangkan action research beliau di education summit MARA nanti. Jika tidak keberatan, boleh lah hubungi saya, Ithnaini Muhd Kamil(pegawai pelajaran Fizik) di Bahagian Pendidikan Mengah, Ibu Pej MARA. Boleh email saya di ithnaini@mara.gov.my

cikgu azhar said...

salam

saya sudah sampaikan maklumat yang berkenaan kepada en chong.

Anonymous said...

salam cikgu azhar ... saya juga berminat untuk membaca keseluruhan artikel kajian yg telah en chong tulis... boleh emailkan kepada saya asmah@kmns.matrik.edu.my ... terima kasih