Bahagian pertama penyampaian sijil kepada sejumlah 58 orang pelajar SMI yang mencatat kehadiran penuh disempurnakan oleh pengetua. Setelah itu, Foo Keat Seong menyampaikan sijil dan hadiah kepada 17 orang pelajar yang mencatat pencapaian cemerlang kokurikulum 2009. Antara penerima ialah Siau Junyi yang memenangi emas acara menembak Sukma 25m air pistol.
Kriteria pemenang ialah pencapaian minimum peringkat negeri. Antara permainan yang menonjol ialah polo air, ragbi, tenis, bola keranjang dan skuasy. Tidak ketinggalan juga sukan ekstrem seperti mountain bike yang diwakili oleh Ahmad Amirul Hakim dari 5V1.
Hadir sama ialah jurulatih hoki terkenal, Len Olivero, yang juga bekas guru SMI, Encik Steven, dan wakil PIBG (Harneak Singh, Stanley Fella Design). Seorang lagi pemain hoki negara, Mohamad Abdul Hadi tidak dapat hadir .
Sesungguhnya kegiatan kokurikulum ialah komponen penting dalam proses pembelajaran di sekolah. Sebagai pelengkap kecemerlangan akademik, kegiatan kokurikulum direka bentuk bagi memupuk pengalaman organisasi, kepimpinan, kepengikutan, kebajikan dan komunikasi interpersonal. Negara memerlukan modal insan yang berdaya saing dan memiliki jati diri ke arah pencapaian masyarakat madani, serta status negara maju dengan acuan sendiri....
No comments:
Post a Comment