SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 22, 2011

"CAPA RENGAT" CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THE WILD FLOWER)

Pengenalan


Penulis:  Baharuddin Kahar

Ambilan:  Antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 76 - 83

Teknik penceritaan:  sudut pandangan orang pertama - "aku"

Watak utama:

1)  "Aku" -  budak perempuan berusia 11 tahun

2)  Ibu "aku"

3)  Pak Cik Kinto - bapa saudara "aku"

4)  Su - budak perempuan kampung yang mengajak "aku" bermain rumah katak

5)  budak lelaki 8 tahun - adik tiri Su (anak ibu tiri Su yang bengis)

Sinopsis


"Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke hampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su...

Peristiwa Menarik

1   "Aku" cepat jatuh hati dengan pemandangan di kampung yang begitu segar dan menyenangkan. "Aku" sangat berbeza dengan ibu yang asyik bermenung, kelihatan murung dan tercegat di dalam rumah. "Aku" seronok dengan persekitaran kampung dan kanak-kanaknya yang bermain dengan girang sekali.

      Perwatakan:  menghargai alam sekitar

      Latar masyarakat:  masyarakat kanak-kanak bandar
                                :  masyarakat yang menghargai alam sekitar

      Latar tempat:  sekitar kawasan kampung / padang belukar (yang subur)

      Latar masa:  pagi / ketika matahari mula memancarkan cahaya terik

      Nilai murni:  kasih sayang / mencintai alam sekitar ("aku" asyik / kagum dengan panorama desa)
             
      Persoalan:  Kecintaan terhadap alam sekitar
                     :  Persekitaran kampung / desa yang indah
                     :  Sikap ingin tahu kanak-kanak

     Pengajaran:  kita hendaklah mencintai alam sekitar


2   Kanak-kanak kampung mudah mesra dan bijak memancing perhatian "aku" supaya menyertai mereka bermain di kawasan paya. "Aku" yang mulanya kekok kemudian berasa nikmat pengalaman baharu yang tidak terdapat di kota. Mereka bermain dengan bebas lepas.

     Perwatakan:  mudah mesra / peramah

     Latar masyarakat:  masyarakat kanak-kanak kampung / masyarakat yang mudah mesra / peramah

     Nilai murni:  kemesraan / keramahan

     Persoalan:  kemesraan / keramahan dalam pergaulan / komunikasi

     Pengajaran:  Kita hendaklah mesra / ramah dalam pergaulan / komunikasi


3   Su pandai mengambil hati "aku". Dia sanggup meredah paya untuk mendapatkan bunga capa rengat, lalu dihadiahkan kepada "aku" sebagai tanda persahabatan dan kenangan. Su bergegas pulang apabila dipanggil oleh adik tirinya, walaupun 'projek' kota pasir mereka belum siap.

      Perwatakan:  peka / prihatin / sensitif  (Su tahu cara untuk mengukuhkan jalinan perkenalan dengan "aku")

      Latar masyarakat:  masyarakat yang peka / prihatin / sensitif

      Latar tempat:  kawasan paya

      Nilai murni:  kepekaan / keprihatinan

      Persoalan:  kepekaan / keprihatinan terhadap kepentingan membina ikatan persahabatan yang kukuh

      Pengajaran:  kita hendaklah peka / prihatin / sensitif terhadap kepentingan persahabatan


4  Ibu "aku" memendekkan tempoh tinggal di kampung kepada sehari sahaja. Ibu hanya mahu menyelesaikan urusan pemindahan milik tanah pusaka di kampung kepada Pak cik Kinto sahaja. Ibu tidak betah duduk berlama-lama di kampung.

      Perwatakan: berterus terang

      Latar masyarakat:  masyarakat yang berterus terang

      Nilai murni:  terus terang

      Persoalan:  terus terang dalam komunikasi / menyatakan pendirian

      Pengajaran:  kita hendaklah berterus terang dalam komunikasi / menyatakan pendirian


Perbincangan kbkk   

1   punca perbezaan cara hidup di bandar dengan di desa:  sistem kejiranan, ancaman jenayah

2   kelebihan tinggal di kampung / bandar:  pergaulan / pengalaman zaman kanak-kanak

3   cara menghargai harta pusaka / warisan:  menyediakan rumah berkumpul keluarga besar  

7 comments:

Anonymous said...

cikgu,apa maksud ciri ciri novel

Anonymous said...

cikgu,apa maksud (hampung dimomokkan) oleh ibu

akira baharuddin said...

RALAT :
Salam, cikgu. Izinkan saya membuat sedikit pembetulan dalam analisis Cerpen Capa Rengat ini. Saya merupakan pembaca setia karya Pak Bahaharuddin Kahar ini dan saya telah membaca kesemua karya2 beliau. Cerpen Capa Rengat ini sudah berpuluh-puluh kali saya baca dan tak pernah terdetik istilah jemu dengan cerpen ini. Watak 'AKU' dalam karya Capa Rengat ini bukanlah seorang budak perempuan berusia 11 tahun, tetapi seorang remaja lelaki. Saya harap, Cikgu, boleh perbetulkan kesilapan tersebut agar pelajar2 tingkatan dua tidak terkeliru. Itu sahaja. Keperihatinan cikgu, saya hargai. Salam.

Anonymous said...

hi

latifahusaini said...

dia memaksudkan Aku sebagai seorang budak perempuan berumur 11 tahun kerana ada ayat "seorang budak lelaki berumur lebih kurang 8 tahun" dan "aku lebih tua 2 atau 3 tahun darinya". 11 dikira remaja?

cikgu azhar said...

salam

terima kasih akira, latifah dan anony yang lain

petikan cerpen dalam antologi gsgg edisi murid hanya sebahagian. Maka, 'kekeliruan' tidak timbul. Lagi pula hanya soalan novel yang perlu jawapan esei, genre lain (dalam antologi GSGG) semua aneka pilihan.

remaja boleh dikira dari usia akil baligh

momok ialah gambaran negatif / hodoh / bersifat menakut-nakutkan

novel tidak kurang daripada 10,000 patah perkataan, biasanya dipecahkan kepada banyak bab.

taecyon said...

salam cikgu,saya nak tanya apa peristiwa yang boleh dijadikan peribahasa ya cikgu? sila berikan jawapan.terima kasih ^_^