SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 21, 2011

CIRI PELAJAR DAPAT 'A' EKONOMI STPM (HOW TO EXCEL IN ECONOMICS STUDY)

Setakat ini pelajar Ekonomi SMK St Michael, Ipoh (SMI) tidak menghampakan penulis blog selaku guru mata pelajaran, dan sebagai ketua panitia selama beberapa tahun, menjalankan tugas guru kanan dan setiausaha bidang. Tidak pernah ada satu tahun pun tercicir pelajar yang mendapat gred A. Tahun 2010 yang lalu, kelas UA3  merekodkan 4 orang pelajar dengan gred A dan seorang gred A-. 

Kejayaan 92.86 peratus calon STPM daripada UA3 mencatat gred lulus penuh dan sebahagian menggambarkan bahawa proses pembelajaran telah berlaku. Di samping mentelaah teori, pelajar telah menerima pendedahan yang mencukupi tentang kemahiran generik belajar Ekonomi dan perancangan jawapan yang betul dalam konteks peperiksaan. Penekanan terhadap alat analisis, kaedah induktif dan deduktif telah memungkinkan pelajar beroleh pertolongan yang mencukupi.

Secara amnya, berbanding dengan mata pelajaran lain yang lebih jelas pertaliannya dengan pengalaman persekitaran seharian pelajar, Ekonomi lebih bersifat sedikit abstrak dan bermain-main dengan andaian, konsep, prinsip dan teori. Walaupun terdapat soalan atau tugasan yang pada zahirnya berbunyi aplikasi, tetapi hakikatnya asas jawapan dan penulisan yang diharapkan masih tentang andaian, konsep, prinsip dan teori. Pendek kata, tiada ruang bagi calon mengarang idea-idea sendiri, atau yang bersifat umum.

Terdapat empat bahagian soalan dalam kedua-dua kertas Mikro dan Makro. Bahagian A mengandungi 30 soalan aneka pilihan yang diikuti dengan 4 pilihan jawapan. Calon yang telah cekap mengenal pasti pengganggu jawapan (kuat, sederhana, lemah) akan mendapati bahagian ini tidak sesusah mana.

Bahagian B (esei pendek) mengehendaki calon menjawab 5 daripada 8 pilihan soalan yang dikemukakan. Setiap soalan membawa 6 markah. Maka, maksimum 3 hingga 4 isi dengan huraian ringkas diperlukan.

Bahagian C (esei panjang) menghendaki calon memilih 2 daripada 4 soalan yang diuji. Setiap soalan membawa 10 markah. Jumlah isi yang diharapkan mungkin masih sama, tetapi huraian dan penerangan keluk (gambar rajah) lebih terperinci.

Bahagian D (kuantitatif) paling diminati oleh calon. Sebabnya, calon hanya perlu mengenal pasti rumus yang berkaitan, menunjukkan jalan hitungan dengan lengkap, menulis inferens (ayat jawapan) tanpa meninggalkan apa-apa unit ukuran dan simbol yang relevan dengan tugasan. Selain itu, bagi sesetengah soalan, calon perlu melakar gambar rajah dengan melabel segala paksi, lokus, dan keluk.

Calon yang bijak juga boleh menggunakan bahagian A sebagai rujukan silang justeru terdapat item soalan yang turut mengandungi konsep, teori dan gambar rajah yang mungkin membantu jawapan bahagian B, C dan D. Barangkali penggubal soalan telah mengambil kira hal demikian, lalu memastikan tiada pertindanan teori yang diuji dalam setiap bahagian. Namun, calon masih boleh memanfaatkan cara menulis ayat laras ekonomi, cara melukis dan melabel gambar rajah dan bidang tajuk yang biasanya disusun secara tertib mengikut turutan nombor soalan.

Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah dari segi perancangan masa menjawab soalan. Secara nisbah, setiap satu markah bersamaan 1.8 minit, atau 100 markah bersamaan 180 minit (3 jam). Walaupun begitu, calon tidak perlulah terlalu rigid tentang nisbah itu.

Aras kesukaran soalan tidak sama. Jika calon rajin membuat penelitian item soalan STPM 3 tahun belakangan, perhatikan bahawa terdapat soalan yang boleh dijawab dalam masa yang sangat singkat, mungkin sepuluh saat sahaja, iaitu item soalan bahagian A (aneka pilihan). Sebenarnya, calon berupaya menyiapkan semua 30 soalan objektif dalam tempoh kurang daripada 40 minit dengan peratus kemungkinan jawapan betul yang tinggi (zon gred A). Begitulah juga dengan item soalan dalam bahagian B, C dan D.

Semua saranan di atas hanya akan bererti andainya calon telah membuat persediaan yang sepadan. Maksudnya, calon hendaklah menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah (kuliah), menyiapkan tugasan tepat pada masanya, atau lebih awal, dan membuat latih tubi kendiri. Pertimbangkan juga kata-kata bestari bahawa kaedah terbaik untuk belajar ialah dengan mengajar orang lain.

Bukti keberkesanannya telah ditunjukkan oleh calon STPM di SMI yang telah mendapat gred A dalam mata pelajaran Ekonomi. Tidak semestinya mereka bermula dengan terus cemerlang, tetapi mereka ialah kumpulan palajar yang sentiasa ingin bergerak ke arah kecemerlangan. Mereka tahu masa untuk bertungkus-lumus dan masa untuk istirahat, kerana terlalu banyak rehat akan berkarat (too rest is to rust)...

13 comments:

SalmahJ said...

salam..tahniah cikgu Azhar atas kejayaan pelajar dalam subjek Ekonomi dan kejayaan cikgu juga.....boleh tak cikgu Azhar bagi ceramah teknik ekonomi kepada pelajar SMKpulau nyior......??????Terima kasih...kalau boleh terima kasihhhhhhh

cikgu azhar said...

Salam, terima kasih atas maklum balas sepantas kilat.

ceramah on-line ke? sebenarnya bukanlah hebat sangat, sekadar hendak memberi motivasi kepada calon STPM kohort terakhir soalan MPM 100% tahun ini.

Guru ekonomi smk pulau nyior tentu lebih hebat. pelajarnya pasti berkobar-kobar...

Anonymous said...

Salam, tahniah kepada cikgu Azhar di atas pencapaian STPM pelajar2 ekonomi yg memberansangkan..Boleh cikgu bagi tips2 topik yang perlu diberi penekanan untuk memperoleh A dlm ekonomi?

Anonymous said...

Salam, tahniah kepada cikgu Azhar di atas pencapaian STPM pelajar2 ekonomi yg memberansangkan..Boleh cikgu bagi tips2 topik yang perlu diberi penekanan untuk memperoleh A dlm ekonomi?

Nuraqira said...

assalamualaikum cikgu, saya nie lemah dalam subjek makro, sebab ianya terlalu umum.. bagaimana nak skor dalam makro, mikro alhamdulillah saya boleh ikut lagy rentaknya... tQ

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam

anony mac 21, 22

kena ikut kumpulan tajuk kerana teori ekonomi saling berkaitan.

aqira,

berdasarkan pencapaian stpm 2011, calon lebih banyak skor makro. matlamat dasar makro ialah pertumbuhan tanpa inlasi, pengangguran, serta pencapaian imbayaran bayaran positif. setelah itu, cuba kaji model AE = C + I + G + Xn satu per satu. Kuasai keluk AE-AS dan keluk J-W. Insya-Allah, semuanya beres...

Anonymous said...

Salam cikgu, sy dlu SPM dari aliran sains. Tapi STPM skg sy ambil aliran kemanusian dan ada sbjek ekonomi. Ckgu rasa akan ada masalah tak untuk sy score nanti ��

cikgu azhar said...

Salam,

bahkan suatu kelebihan kepada bekas pelajar aliran sains kerana ekonomi banyak konsep kuantitatif matematik

canterbury maps said...

assalamualaikum cikgu , saya lemah dalam mikro apa cara yang saya boleh gunakan untuk mendapatkan skor yang bagus

cikgu azhar said...

W.salam canterbury maps,

sentiasa fokus ketika kuliah

sediakan pelan melukis keluk (nomborkan langkah: misalnya paksi / label,
keluk AC, titik minimum, MC potong minimum AC, keseluruhan AR di bawah AC, tandakan Eo, Po, Qo, TR, TC bagi kes untung kurang norma sebuah firma PS.

catat pelan huraian dengan / tanpa gambar rajah.

buat persembahan lisan huraian secara berpasangan (macam tadarus)

selamat mencuba ...

judith shin said...

Salam cikgu.. Saya pelajar ekonomi sejak di sekolah menengah.. Keputusan spm bagi Eko saya hanya mendapat C+ dan saya agak lemah untuk subjek math.. Saya ingin minta pendapat cikgu adakah betul pilihan saya memilih ekonomi untuk stpm saya.. Trima kasih

cikgu azhar said...

Salam judith shin,

sekurang-kurangnya sdra Judith sudah memiliki asas pengetahuan sedia ada. maknanya suatu kelebihan. terus mara kerana sejarah tidak boleh diubah. berusahalah sehabis daya dengan kaedah belajar yang serasi ...

judith shin said...

Trima kasih cikgu