SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

SAJAK "BURUNG-BURUNG PAGI" KOMSAS TINGKATAN 2 (EARLY BIRDS)

Pengenalan


Sajak nukilan A. Wahab Ali berjudul "Burung-burung Pagi" tergolong dalam kategori puisi yang mempunyai pengertian yang "berlapis" dan bersifat sedikit abstrak (rujuk bahagian pengenalan sajak, antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 19). Maka, murid harus dapat menangkap makna yang tersirat di sebalik gaya bahasa sajak yang mudah difahami itu. Perbincangan kali ini diharapkan sedikit sebanyak membantu murid menjiwai mesej, nilai murni, persoalan dan pengajaran yang hendak disampaikan.

Selain menjiwai keindahan bahasa sajak, murid juga diharapkan mengaitkan tema sajak dengan kehidupan murid yang sedang meniti usia awal remaja supaya dapat memupuk sikap yang positif terhadap adab pergaulan dan juga pembelajaran. Secara amnya, sajak "Burung-burung Pagi" mengetengahkan tema kegigihan mencari rezeki. Manusia patut mencontohi kegigihan burung yang hanyalah sejemput daging berusaha mencari makanan.

Perbincangan rangkap demi rangkap

          Kau telah bangun
          Mengirai sayapmu
          Entah siul berapa kau nyanyikan
          Membuka mataku

Awal-pagi pagi lagi sang burung telah bangun sambil menggerak-gerakkan sayap masing-masing. Burung juga tidak jemu bersiul-siul sebagai nyanyian memotivasi diri supaya membuka mata dan tidak melayan rasa mengantuk. Sesungguhnya hari yang bahru telah tiba.

          Aku bangun
          Masih kuap sekali di pintu
          Dan setompok cahaya matahari di dadaku
          Kerjaku sudah menanti

"Aku" (penyajak yang mewakili manusia) juga telah bangun sambil menguap sekali di muka pintu. Cahaya matahari telah singgah di tubuh "aku" menandakan hari telah siang benar. "Aku" harus bersedia untuk bekerja.

          Kulihat kau mematuk pasir pertama
          Melintas kota tandus dari pepohon
          Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
          Atau secebis roti busuk
          Dan remah anak-anak sekolah
          Rezekimu
          Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

"Aku" melihat sang burung mematuk pasir pertama setelah turun ke kawasan bandar dari sarang mereka di pokok. Sang burung tetap mencuba nasib kalau-kalau terdapat ulat-ulat yang lemak. atau secebis roti busuk dan sisa cebisan makanan yang ditinggalkan oleh murid sekolah. "Aku" berpendapat bahawa rezeki sang burung di bandar itu sangat terhad.

           Tapi kau yang hanya
           Sejemput daging
           Begitu yakin dengan
           Sayapmu yang kecil

Namun, "aku" begitu kagum dengan keyakinan yang dimiliki sang burung. Dengan saiz sekerdil sejemput daging dan sayapnya yang juga kecil, sang burung tidak menunjukkan rasa lemah atau berputus asa terhadap peluang dan persekitaran yang mungkin tidak memihak kepadanya. Sang burung terus gigih mencari makanan.


3 comments:

Anonymous said...

Cikgu, apakah tema, persoalan, nilai, dan pengajaran bagi sajak ini?

Syuu said...

@anynymous "Cikgu, apakah tema, persoalan, nilai, dan pengajaran bagi sajak ini?"

kalau nak cari macam nilai gaya bahasa,pengajaran,tema,persoalan,nada dsb,,,

1.pergi website ni http://www.cemerlangbm.com

2.ataupun ko cari kat google search ,,, cth:ko nak search sajak ketenangan,,
ko buat cemni : sajak ketenangan tg2


nanti jumpe la ,,,

selamat mencuba. :D

aisyah suraya said...

cikgu,apakah nilai-nilai positif yang terdapat dalam diri penyajak?