SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 3, 2011

"HEMODIALISIS" DRAMA KOMSAS TINGKATAN 2 (MEDICAL ETHIC AND FAMILY CARE)

Pengenalan

Ada penceramah yang menjadikan perkataan FAMILY sebagai akronim kepada Father And Mother I Love You. Maka, barangkali KELUARGA boleh menjadi singkatan kepada Kasih Emak Luhur Untuk Ayahanda Rahsia Gembiranya Anakanda. Doktor Afif terpaksa berhadapan dengan ketegasan prinsip ayahnya (abah), bekas penulis, sedangkan Dr. Afif mahu merawat sendiri penyakit abahnya yang selama ini telah meletakkan kedudukannya sebagai doktor pakar.

Skrip drama olahan Jais Sahok itu termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 129 - 155, iaitu sebanyak 27 halaman. Walaupun agak panjang, tetapi jalan ceritanya mudah difahami, serta jelas. Walaupun papa cuba bertegas dengan prinsipnya supaya Dr. Afif lebih mengutamakan pesakit lain di klinik daripada dirinya sendiri, sebagai doktor pakar, abahnya sendiri juga pesakit yang mesti dirawat segera, bahkan lebih daripada itu, sebagai tanda kasih sayang dan membalas jasa.

Tema

Kepatuhan terhadap etika kedoktoran dalam merawat pesakit dalam kalangan anggota keluarga terdekat.

Sinopsis

Mama terkejut apabila terdapat bengkak pada kaki abah setelah abah mengadu sakit perut yang amat sangat. Mama menyarankan supaya abah diperiksa oleh Dr. Afif, anak mereka sendiri, tetapi abah menegah. Apabila abah pengsan, mama memanggil Afif yang selanjutnya mencadangkan abah ke klinik. Apabila abah terus membantah, Afif memanggil Dr. Leong, doktor baharu di klinik Afif. Abah disyaki menghidap penyakit buah pinggang (pulyuria atau oliguria) yang teruk. Akibat tertekan dengan sikap abah, beberapa kali Afif meninggikan suara. Hanya Nabilah, anak Afif, cucu abah dapat melembutkan sedikit pendirian abah. Namun, abah tetap berdegil hingga memaksa Afif mengarahkan Dr. Leong menyorong abah dengan kerusi roda ke klinik. Empat jam kemudian, abah kembali ke rumah. Kali ini dengan mesin hemodialisis. Abah masih mempertikaikan kos rawatan pembersihan darah yang menggantikan fungsi buah pinggangnya itu. Anak bongsu balik dari kampus dengan keputusan cemerlang. Kerana teruja, sambungan mesin hemodialisis terputus dan darah merah membasahi baju abah. Keadaan menjadi genting apabila Afif sedang mengendalikan kes kecemasan di hospital. Apabila Afif pulang, dia berjaya menyambungkan mesin berkenaan, dan abah kembali sedar...

Watak dan perwatakan:

Abah, pesara kerajaan, penulis kreatif, pesakit buah pinggang:  tegas, degil, berpandangan jauh

Mama, isteri yang setia: peka, penyayang

Doktor Afif, doktor pakar, anak yang baik:  mematuhi etika, bertanggungjawab, penyayang, bijak

Dr. Leong: patuh arahan ketua, cekap

Nabilah: bijak (berkata-kata, memujuk), penyayang

Fatin Atiqah, anak bongsu abah, mahasiswi cemerlang: bijak, penyayang

Contoh Tugasan:  

bersambung...

5 comments:

armouris said...

info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

Anonymous said...

perwatakkan watak mna cikguuu

Anonymous said...

perwatakan yang titik bertindih lha...hatoii!!!

Anonymous said...

Haha , ringkas dan padat .. Dalam buku komsas lgi banyk , tapi isi pnting skit .. Terbaek la cekgu !!

fatin azira said...

smbungan ny manee siikkk ?