SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, February 2, 2011

CERPEN "IDOLA" KOMSAS TINGKATAN 5 (HERO TO ZERO)

Pengenalan daripada Dirgahayu Bahasaku
(muka surat 120 - 121)

a.  kisah seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan angan-angan dan minat menjadi hero bangsawan idolanya;

b.  amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasnya;

c.  suatu hari, mendapat peluang bersemuka dengan hero pujaannya itu, lalu bertukar-tukar luahan perasaan;

d.  hero bangsawan menasihati penjaga panggung supaya berpijak di bumi nyata (hidup tidak seindah lakonan);

e.  penjaga panggung berasa sedar (dalam kecewa) bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri;

f.  Penulis cerpen, Zaen Kasturi, berjaya menggarap rasa hati orang yang dekat dengan pelakon (penjaga panggung), berbeza dengan kelaziman masyarakat yang cenderung memperkatakan pelakon dan bintang filem.

Tema: Tanggapan sipi (menyimpang) seorang petugas pentas terhadap kehidupan sebenar pelakon pujaannya.

Sinopsis
(muka surat 147 - 154)

Si penjaga panggung setia dengan tugasnya menyusun kerusi hingga ke tengah malam usai pementasan bangsawan. Dia berangan-angan menjadi hero, sambil bermonolog dengan kerusi yang kaku. Ketika isterinya mempersoalkan angan-angannya itu suatu pagi, penjaga panggung masih cuba memberi justifikasi (alasan). Suatu petang penjaga panggung sengaja datang awal untuk menonton sesi latihan dan bertemu hero pujaannya. Tanpa disangka olehnya, hero pujaannya mengatakan dunia lakonan tidak sama dengan dunia sebenar, dan menyifatkan pujian penonton (khalayak) sebagai racun paling berbisa yang menjerumuskan kepada penyakit lupa diri. Dia mahu penjaga panggung berhenti memuji kerana sesuatu pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan disebabkan minat. Malah, si hero mengatakan tidak perlulah terkesima (kagum) dengan dunia lakonan (penglihatan zahir), sebaliknya perlu kembali ke dunia nyata. Akhirnya si hero berjaya meneka hasrat sebenar si penjaga panggung, lalu menasihatinya supaya menjadi dirinya sendiri. Pada sebelah malamnya, selesai persembahan, penjaga panggung tidak bernafsu menjalankan tugasnya, sebaliknya dia melemparkan satu demi satu kerusi ke dinding panggung seolah-olah letusan gunung berapi yang terpendam dalam dirinya. 


Contoh tugasan


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.


          "Misalkan saja saudara minat memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon."
          "Kenyataan saudara itu memeningkan saya."
          "Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara memahami kata-kata saya itu."
          "Bagaimana?"
       "Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
      Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya itu.
          "Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak, saudara."
            Si penjaga panggung terus melongo.
            "Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?"
            Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.

                    (Dipetik daripada "Idola" dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010:  Kuala Lumpur, muka surat 151)

i.    Apakah maksud terkesima?   (1 markah)

ii.   Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya?   (3 markah)

iii.  Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda   (4 markah)

iv.  Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas.   (4 markah)

Perancangan Jawapan

Soalan i:

Aras soalan: Petikan

Tugasan:  Maksud petikan

Cadangan jawapan:  Maksudnya ialah tercengang / termangu-mangu / hilang akal (lihat glosari Dirgahayu Bahasaku, 350)

Soalan ii:

Aras soalan:  Petikan

Tugasan soalan:   Sebab yang diberi oleh hero

Fokus soalan:   berhenti memuji hero

Cadangan jawapan:  Sebab si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.

Soalan iii:

Aras soalan:  kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk)

Tugasan:  punca

Fokus:  masyarakat mengagumi pelakon, penyanyi

Cadangan jawapan:  Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari segi bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan karier dan kisah hidup di luar bidang persembahan mereka.

Soalan iv:

Aras soalan:  komsas

Tugasan:  Pengajaran

Fokus:  satu daripada petikan, satu luar petikan

Cadangan jawapan:  Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.

3 comments:

maryanne said...

err..takda ka persoalan? gaya bhasa? watak pwatakan? latar?

Anonymous said...

???????????????????????

Anonymous said...

wtf