SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, February 4, 2011

PANTUN EMPAT KERAT “MUHIBAH DAN PERPADUAN” KOMSAS TINGKATAN 2 (TOGETHER WE UNITED)


Pengenalan

Pantun selenggaraan Zailani Taslim ini dimuatkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius pada muka surat 6. Amalan muhibah dan perpaduan yang disarankan kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia diungkapkan dalam lima rangkap pantun. Rakyat perlu memahami adat yang terdapat pada bangsa-bangsa yang lain, serta bekerjasama dalam segala urusan agar dapat membina negara yang yang mantap (lihat Pengenalan, muka surat 3).

Analisis pantun rangkap demi rangkap

          Petang hari pergi ke pekan,
                    Pulang membawa sebungkus laksa;
          Hidup muhibah perlu diamalkan,
                    Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Hidup muhibah hendaklah menjadi amalan rakyat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Perpaduan ialah jaminan (insurans) kemakmuran, keselamatan dan kemajuan negara. Muhibah ialah jalan ke arah jalinan kemesraan dan pergaulan yang memerlukan tolak ansur terhadap segala perbezaan yang mungkin wujud.

        Cantik bergugus buah papaya,
                   Masak dipetik satu per satu;
         Walaupun berlainan bangsa budaya,
                   Kerana muhibah hidup bersatu.

Perbezaan latar belakang kaum dan budaya (amalan hidup masyarakat) tidak menghalang pemupukan muhibah demi menyatukan rakyat. Bersatu teguh bercerai roboh. Moto jata negara @bersekutu bertambah mutu” eloknya dihayati.

         Air mengalir dalam terusan,
                  Mengairi sawah beratus relung;
          Bekerjasama segala urusan,
                    Tanda bersatu bergotong-royong.

Amalan bekerjasama dalam segala urusan ialah tanda bersatu dan bergotong-royong. Muafakat membawa berkat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

          Tuan Puteri dari kayangan,
                    Senyuman manis seperti madu;
          Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
                    Untuk membina bangsa yang padu.

Asal usul keturunan yang berbeza-beza bukanlah halangan untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Tiada alasan untuk mengasingkan diri. Semua kaum menyumbang terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang dihasratkan itu.

          Enak nian air kelapa,
                    Penawar sakit mujarab sekali;
          Kebudayaan asal tidak dilupa,
                    Kebudayaan nasional mereka banggai.

Semua kaum masih boleh mengamalkan budaya asal masing-masing supaya tidak dilupai. Namun, semua kaum mesti menyemai rasa bangga terhadap kebudayaan kebangsaan. Walaupun ciri utama kebudayaan kebangsaan berteraskan Islam dan Melayu, kebudayaan kaum dan etnik bebas diamalkan dalam kalangan kaum masing-masing.

6 comments:

sadness in my heart said...

salam cikgu ..
apa dia punya tema,persoalan,pengajaran ? tolong ya cikgu ..
:)

hazirah razak said...

http://gsggwb.blogspot.com/2011/02/pantun-empat-kerat-muhibah-dan.html

tp ada smpi persoalan jee

*Princess Icy* said...

bli jer buku rjukan, lg sng!

cikgu azhar said...

maaflah lama tidak menjengah soalan-soalan yang dikemukakan.

Tema:

keperluan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

Persoalan:

1 Muhibah menyatukan masyarakat berbilang kaum

2 Kerjasama lambang penyatuan masyarakat

3 Perbezaan keturunan bukan penghalang perpaduan bangsa

4 Kebudayaan nasional tidak meminggirkan kebudayaan asal

Pengajaran:

1 Kita hendaklah mengamalkan hidup muhibah

2 Kita hendaklah bekerjasama dalam segala urusan

3 Kita janganlah menjadikan keturunan sebagai halangan perpaduan bangsa

4 Kita hendaklah berbangga dengan kebudayaan nasional

5 Kita janganlah melupai kebudayaan asal kita

tentang rujukan laman lain dan buku rujukan di pasaran, silakan.

untuk pmr masih boleh berbuat demikian, tetapi calon spm harus merujuk pakar (guru yang memiliki akses pentaksiran) daripada buku "rujukan" yang mendakwa itu dan ini. dapatkan pandangan guru sebelum mempercayai buku "rujukan" yang melambak di pasaran...

yuki said...

Cikgu~blh tak bagi gaya bahasa dan nilai nya?terima kasih cikgu~

adam izzuddin said...

ader x link analisis untuk cerpen gema sepi gadis genius?